Khamis, 24 Januari 2013

Dakwah satu tugas atau arahan....(& ! &)

   Assalamualaikum & Bismillah...

Hari ini saya ingin berkongsi dengan semua tentang [DAKWAH]...
Siapa tahu apa itu d4kW4h....sila angkat tangan anda....

oK,mari baca penjelasan saya dulu tentang dakwah yer..nanti kalau rasa nak copy+paste ke,atau nak tambah lagi apa yang korang rasa kurang ke (boleh komen yer).....Tapi sebelum tu baca dulu apa yang saya dapat simpulkan disini mengenai D4kwah yer...


  Dakwah bermaksud menyeru,mengajak,memanggil umat manusia untuk beriman dan taat kepada Allah S.W.T serta kembali kepada ajaranNya yang sebenar.Muhammad al-Ghazali memberi penerangan istilah dakwah sebagai satu program (barnamij) yang lengkap yang kesemua peringkatnya mengandungi semua ilmu pengetahuan yang menjadi satu keperluan kepada manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup dan bagi menyingkap panduan yang menjadi petunjuk kepada mereka.
Adam Abdullah AL-Auri dalam kitabnya Tarikh al-Dakwal al-Islamiyah baina al-Ams ila al-Yaum menjelaskan bahawa dakwah ialah memalingkan pandangan dan pemikiran manusia kepada pandangan dan pemikiran yang berdasarkan akidah,kerana dakwah merupakan satu seruan bagi menyelamatkan manusia daripada kesesatan yang hamper-hampir mereka terjeremus kedalamnya.
Dr.Abu al-Majd al-Sayyid Nawfal menjelaskan bahawa dakwah itu ialah usaha golongan yang mempunyai kemampuan memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada sasaran untuk membawa mereka kepada Islam dan menjauhkan mereka daripada kepercayaan selain kepada Allah S.W.T dengan cara-cara tertentu.   Dr.Ra’uf  Shalabi menerangkan bahawa Islamiah itu ialah gerakan membawa atau mengubah masyarakat daripada keadaan kekufuran kepada keadaan keimanan,daripada keadaan kegelapan kepada cahaya dan daripada keadaan sempit kepada keadaan lapang,di dunia dan di akhirat.Kesimpulannya,dakwah itu merupakan satu usaha seseorang atau berkumpulan untuk menyeru manusia dengan menggunakan beberapa pendekatan tertentu untuk membawa menusia kepada keredhaan Allah......

Hah ,sekarang korang dah faham kan apa itu D4kwah....  Tapi korang pernah terfikir tak tentang perkara ni bila korang baca tentang pengertian dakwah ....Adakah Dakwah yang kita sampaikan kepada Orang Islam dengan Bukan Islam melalui cara yang sama.....

Jawapan saya ialah tidak...kenapa ? sebab cuba korang fikir & bayangkan begini....Orang Islam tu sama seperti seorang pelajar (si A) yang dah pandai tulis karangan bahasa melayu ke bahasa inggeris ,tapi dia tak pernah dapat markah yang tinggi.Kiranya belum benar-benar mahir tapi dia tahu macam mana nak tulis karangan yer...
Manakala Orang Bukan Islam ni pula seperti seorang pelajar (si B) yang langsung tidak tahu menulis karangan ....Dia tak tahu  apa itu karangan dan segalanya yang berkaitan dengan karangan ni...
So....Cara Dakwah kita mestilah berbeza..... yang si A ni kita hanya ajar dia apa yang dia tak faham sahaja mengenai islam ni manakala si B ni kita kena ajar dari awal seperti apa itu Islam... Kalimah Syahadah....dan segalanya termasuklah mengenai Rukun Iman,Rukun Islam....dan sebagainya...

Satu je yang saya nak ingatkan korang ...... berhati-berhatilah semasa nak berdakwah & jika kita tak tahu lebih baik jangan berani mencuba kerana cara Orang Bukan Islam tanya dan soal mengenai Islam ni berbeza dengan Orang Islam ...kadang tu ada yang bagi soalan sampai kita susah nak fikir apa jawapan yang sesuai & betul-betul memuaskan hati diorang ni......
Walaupun tugas kita sebagai Khalifah dimuka bumi ni tidak pernah terlaksana tetapi dengan mengubah diri sendiri juga merupakan tugas utama & mungkin Orang Bukan Islam akan kagum dan tertarik dengan peribadi kita....lebih baik kita ubah diri kita dulu sebelum mengubah diri orang lain....Mungkin cara kita berdakwah berbeza dengan orang lain....atau mungkin juga kita tidak sedar akhlak diri kita mengubah seseorang untuk berubah.....

Kata-kata sala seorang  rakan Facebook saya........
“Dakwah itu bukan tunggu dihamparkan karpet merah”moga Allah menguatkan hati-hati kita untuk terus menyebarkan Islam,tidak kira siapa kita selagi kita bergelar Islam”....

Wahai para DAEI,hentikan lamunanmu mari meyahut Tarbiyah ini,Umat ini terlalu RINDU dengan belaian DAKWAHMU.Umat  ini terlalu HAUS dengan semaian ROHANIMU.Umat ini terlalu lapar dengan cahaya RABBANIAH dijiwa-jiwa yang tandus.Mari bersama menebar Dakwah agar umat ini takkan hilang jati dirinya dari DUNIA YANG PENDUSTA!!! ALLAH,ALLAH,ALLAH’

Mungkin ada yang dah baca post saya yang bertajuk (Daeiku)   tapi saya drafkan post tu untuk sementara waktu ni sebab post tu mengenai Novel yang saya pertandingankan....Maaf  yer.....


oklah sampai disini sahaja.....moga kita sama-sama dapat memperbaiki diri kita dan munkin siapa tahu tanpa kita sedar turut mengubah orang disekeliling kita...Wallahualam.....Assalamualaikum
Video ni memang mengalirkan air mata sesiapa yang melihat....ni salah satu perkara kecil kiamat akan berlaku.... (video yang bertajuk "This Time" bukan mat lutfi punya yer.....) (& ! & )