Ahad, 27 Januari 2013

silau yer....

Bismillah & Assalamualaikum....

Hah,siapa nak tahu satu berita tergempar yang tak gempar mana pun....tapi bolehlah meletus gunung berapi tu...(hihihi ayat hiperbola je tu)

Korang tahu tentang Cermin Tahan Silau tak?
Tak tahu tak pe ....tengok pic bawah ni & saya pasti anda akan faham...
 
nampak tak perbezaannya...ni yang saya bakal pakai tak lama lagi...
huhuhu...saya sebenarnya tak suka pakai cermin mata,tapi nak buat macam mana dah terpaksa....
hmm,tapi yang bestznya cermin mata saya special sikit...saya pakai yang tahan silau punya....



Oklah sampai disini saja kita berlabuh yer...nanti kita gi Australia (jumpa mat lutfi nak tak...kalau tak nak takpe..saya gi seorang je..)
Jom tengok video matlutfi.....(^ ^)




  hah,habislah saya kena pakai cermin...tak tahulah muka saya jadi macam mana nanti...hihihi

cepat sedar....

Bismillah & Assalamualaikum...


             Kenapa kita perlu berdakwah?Apakah Dakwah kita akan diterima atau hanya diambil untuk sementara waktu...Bagaimana cara berdakwah yang berkesan?Jawapannya ada ditangan setiap dari kita...

Memang dakwah itu penting.Kerana apa?Why...Because manusia ini bersifat pelupa.. Insan itu maksudnya"Lupa"...Tidak kira dimana,bila atau bagaimana pun dakwah itu perlu dan dijalankan pada setiap masa,setiap detik,atau setiap minit...bak kata pepatah cina atau golongan peniaga (TIME IS MONEY....)
Money ok,siapa yang rugi kalau tak hargai masa....diri sendiri jugak...
Setiap orang ada caranya yang tersendiri untuk berdakwah,mungkin dengan cara lembut (maksudnya cara yang perlahan...biasa digunakan pada peringkat permulaan dakwah)Ada juga yang guna cara yang kasar(bahasa yang digunakan adalah kasar...tapi pada masa yang sama memberi kesan,kesedaran atau suntikan yang menyedarkan kita dari koma....)
Dimana-mana pun boleh kita jalankan aktiviti dakwah ini...contohnya di fb...(sambil on9 sambil dakwah...tapi perlu diingat juga jangan kita berdakwah pada orang tapi kita sendiri tidak betul....ingat yer...)


Nah,saya dah penat berleter...mari sini..dekat-dekat sikit...nak dakwah sikit ni....
baca tau..


   PESANAN UMAR AL-KHATTAB
'Apabila engkau melihat sseorang yg berilmu mencintai dunia maka curigailah ia mengenai agamanya kerana setiap orang yang mencintai sesuatu akan menyibukkan diri dgn apa yg dicintainya itu'...cintailah ilmu dan sibukkanlah diri untuk mendapatkanya..


 NASIHAT EMAS IMAM MALIK
Wahai Amirul Mukminin! Anggaplah jiwa anda sekarang berada di pintu kematian dan sakaratul maut. Anggaplah anda sedang menghadapi kepedihan rasa sakit yang dialami setiap orang yang hendak meninggal dunia….

Wahai Amirul Mukminin! Persiapkanlah segala bentuk amal shalih yang mampu anda kerjakan, agar kelak anda selamat dari kecemasan dan rasa takut pada Hari Kiamat….

Wahai Amirul Mukminin! Perintahkanlah kepada seluruh manusia untuk taat kepada Allah dan senang akan ketaatan. Cegahlah mereka dari segala bentuk kemaksiatan. Buatlah mereka selalu membenci kemaksiatan ….


 Amalkanlah...
1.bismillahhirrahmannirrahim pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2.alhamdulliah pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3.astagfirrullah jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4.insyaallah jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5.lahaulawalaquataillahbillah bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6.innalillah jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7.laailaahaillallah bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah


 "Carilah hatimu pada tiga tempat. Cari hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran. Jika kau idak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!".

Imam Al-Ghazali

 10 WASIAT IMAM AL-SYAHID HASSAN AL-BANNA

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.
2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.
4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara. ·
7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam Jemaah Islam, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang memberi kebajikan.
9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang. ·
10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.


 Apabila kita membuat perancangan.
Kita selalu kata "insyaAllah".

Tetapi bila tidak dapat apa yang kita rancang,
Kita akan berkeluh kesah.

Apabila datang ujian kita merungut pada khalayak,
Tanda tidak redho dengan ujian.

Itulah insan yang pelupa....
(Termasuk yang menulis ini)

Tandanya,
Perkataan "insyaAllah" dan "Allah" belum sebati dengan jantung kita ini.

Tiada yang manusia yang sempurna melainkan Nabi Muhammad saw, dengan Izin Allah.

Moga Allah memberi kekuatan jiwa yang sabar dan takut kepada Allah.

*Beruntunglah siapa yang mendengar kalimah "Allah",
Bergetar jiwa mereka.
(Moga kita ikhtiar bersama mendekati Allah dan mencontohi Rasulullah SAW)

Wallahu a'lam

Barakallahufikum


 Ya Allah,
Diriku memohon pada-Mu,
Jika tiba masaku,
Izinkan diriku dalam

Keadaan tengah berpuasa,
Keadaan mendapat redho ibubapa,
Keadaan iman tengah di kemuncak,
Keadaan hati yang bersih,
Keadaan bibir yang penuh dengan selawat,
Keadaan persekitaran yang mengingatkan pada Allah.

Kurniakanlahku kemanisan Husnul Khotimah Ya Allah.
:')
Amin Ya Allah,

Wallahu a'lam

Barakallahufikum

 What will happen today if Allah take ourlife because we forgot to sujud,
What will happen today if Allah close our heart from the light of goodness and iman because yesterday we forgot to remember him?




 Allah ghayatuna,
Arrasul quduwaruna
Al-quran dusturna
Al-jihad fi sabiluna
Al-mautu fi sabilillah asma amanina

Allah adalah tujuan kami
Ar rasul ikutan kami
Al-quran panduan kami
Jihad jalan kami
Mati di jalan Allah cita tertinggi kami

# Lirik lagu Bingkai Kehidupan ^^


 Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.

- Charles Cahier

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.

- Charles Cahier

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah

kesan langsung pemikirannya.

- James Allen

Menyimpang seinci, rugi seribu batu.

- Peribahasa Cina

Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.

- Benjamin Disraeli

Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.

- I. Salanter Lipkin

Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan

kualiti yang baik dalam perbuatannya.

- Aristotle

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.

- Albert Camus

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.

- Marcus Aurelius

Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.

- Jose Joaquin Olmedo

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan

kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak

menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke

akhir hayat.

- Joseph Conrad

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.

- William J. Siegel

Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.

- Philip Massinger

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.

- Lao Tze

Kegagalan adalah asas kemenangan

- Lao Tze

Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.

- Lao Tze

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding

kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.

- Flower A. Newhouse

Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.

- Samuel Johnson

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya
Tempah Percutian Murah Anda Sekarang !!

dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.

- Cecil B. DeMille

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak

mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.

- Peribahasa Arab

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

- Peribahasa Melayu

Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan

tindakannya.

- Confucius

Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah

melakukan satu kesalahan lagi.

- Confucius


 "Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji."

 Setiap kemaksiatan adalah racun di dalam hati yang merosak kesucian jiwa
seseorang, kerana ia rindu berbuat dosa yang akan mewariskan kehinaan. Oleh sebab itu, meninggalkan dosa bererti menghidupkan jiwa dan memancarkan cahaya keimanan di celah-celah sanubari insan.

Yang selalu membunuh kebijaksanaan seseorang ialah tamaknya
– Sayidina Ali.

Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan .

Kata al-Imam As-Syafi’i, “Mencari ilmu itu lebih utama daripada mengerjakan sunnah.”

Jika kita bandingkan hidup yang singkat di dunia ini dengan hidup yang abadi di alam akhirat, maka hidup ini adalah mimpi belaka
Rasullullah SAW bersabda;” Orang yang cerdas adalah orang yang selalu memikirkan dan mempersiapkan kematian”.

Berikan sepenuh kasih sayang kepada ibu bapa, kerana mereka adalah pemegang tali penghubung nyawa ketika kamu meningkat dewasa; kasih mereka terhadap anak adalah kasih dari titisan air mata dan titik peluh yang tak mungkin terbalas.

Gembira dan bahagia tika menyabit padi kiranya ianya ditanam sendiri. Begitu juga jiwa manusia itu bukan tumbuh kerana upah tetapi kerana kerja yang patut mendapat upah.

Biar kamu tidak cantik di mata penghuni bumi tetapi namamu menjadi perbualan penghuni langit.

Nabi SAW bersabda,”Jagalah dirimu daripada api neraka.. Meskipun dengan sedekah separuh daripada sebiji kurma. Jika tidak dapat,maka sepatah kata yang baik.”

Antara sifat munafik itu ialah menganggap nasihat orang sbagai sindiran
kepadanya sebab itu tidak diterimanya.



 JANGAN sekali-kali berkata, “Tak sembahyang pun tak apa, tak tutup aurat pun tak apa asal hati baik. Yang solat dan bertudung pun perangai teruk.” Orang begini telah buat dua kejahatan:
1. Berani menafikan suruhan Allah.
2. Menganggap hati sendiri sudah baik dalam keadaan hatinya masih derhaka pada Allah tidak mahu menurut perintah Allah


 "Carilah duniamu seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya dan carilah akhiratmu seolah-olah engkau akan mati besok pagi" (Hadis Riwayat Ibnu Asahin)
"Sebaik-baik kamu ialah orang yang tidak meninggalkan akhirat kerana dunianya dan tidak meniggalkan dunia kerana akhiratnya" (Hadis Riwayat Al-Khatib)
"Perbanyakkanlah mengingati sesuatu yang dapat menghapus segala keniknatan hidup,iaitu MATI" (Hadis Sahih Riwayat Tirmidzi,Nasaai,Ibnu Majah & Ibnu Nu'aim)


♥ Mutiara Hikmah ♥
• Jika manusia mencewakanmu, Jangan berduka karna Allah selalu menunaikan harapanmu
• Jika manusia menzalimimu, Jangan berduka karna Allah selalu berlaku adil terhadapmu
• Jika manusia melukaimu, Jangan berduka karna Allah selalu menitipkan penyembuh buatmu
• Jika manusia menyayangimu, ketahuilah bahwa terkumpulnya cinta seluruh manusia di bumi ini tak akan pernah menandingi cinta Allah terhadapmu


 Agama buat kehidupan di akhirat,
harta buat kehidupan di dunia.
Di Dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati,
tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara

-Saidina Abu Bakar As-Siddiq


 Dalam mencari...

Dlm kita cuba mencari kebenaran, kita terkadang akn berjumpa kepalsuan..
Dl­m kita cuba mencari ketenangan, kita terkadang akn berjumpa kerumitan..
Dl­m kita cuba mencari keaslian, kita terkadang akn berjumpa tiruan..
Dlm kita cuba mencari kegembiraan, kita terkadang akn berjumpa kesedihan..
Dl­m kita cuba mencari ketulusan , kita terkadang akn berjumpa keraguan...
Dl­m kita cuba mencari kebahagiaan, kita terkadang akn berjumpa ujian..
Dlm kita cuba mencari jawapan, kita terkadang akn berjumpa kekeliruan..
Dlm kita cuba mencari kesempurnaan, kita terkadang akn berjumpa kekurangan..
Beg­itulah kehidupan, semuanya mengikut Aturan Tuhan Yang Maha Menentukan.
Teta­pi dlm kita mencari jalan Tuhan, di situlah letak segala kebahagiaan..♥ :)

*PYH*


 Dengan “Bismillah” Aku Mulai
Dengan “Allahu Akhbar” Aku Laungi
Dengan “Subhanallah” Aku Kagumi
Dengan “MasyaAllah” Aku Keluhi
Dengan “Alhamdulillah” Aku Sudahi
Dan Dengan “Inna Lillah Wa Inna Ilaihi Rajiun” Aku Akhiri..


 Kelebihan Surah Al Insyirah

Mari kita bersama2 berkongsi mengenai kelebihan surah al Insyirah ini.

Tau tak surah al Insyirah ?

Ayatnya bermula dengan Alam Nasyrah La Ka Sodrok.

Antara kelebihan surah Al Insyirah ini adalah sekiranya poket kita dah kering, tak de sen, kalau ada pun cukup beli gula2 hacks, maka bacalah surah Al Insyirah ni sebanyak 7 kali...

InsyaALLAH anda akan rasa relaks je walaupun perut lapar.

Tak terliur pun tengok orang tengah gigit durian crepe.

Lagi, sekiranya anda jenis banyak kerja, overtime memanjang, projek paper kena siapkan berjela2, tidur sampai 2 ke 3 pagi.

Besuk kau orang ngantuk......

Jadi, sebelum tidur, bacalah 3 atau 7 kali surah al Insyirah ni.

Insya ALLAH, tidur 3 jam pun cukup, segar, macam minum Redbull. :)


 Dek kerana lemah kita tunduk pada hawa nafsu
Dek kerana lemah kita patuh pada suruhan syaitan
Dek kerana lemah kita malas bangun solat subuh

Macam mana nak jadi kuat... ?

Step pertama, Perkara yang paling mudah untuk jadi kuat adalah bergaul dengan orang-orang yang soleh. Tak susah bukan ? tapi ramai orang susah nak buat perkara itu padahal itu perkara mudah. ''sebenarnya aku segan nak bergaul dengan mereka sebab tu aku selalu lari dari mereka mungkin hidayah tak sampai lagi kot..''

Segan..? buat apa nak segan..? kalau asyik segan saja bila nak berubahnya..? Kalau hang segan nak pi pinang minah tu macam mana hang nak nikah dengan dia ? jadi tak perlu segan mereka juga manusia biasa dan hidayah tak datang kalau tak dicari begitu juga dengan baju, baju tidak akan terpakai kalau kita tidak memakainya (n_n


 Mu'az bin Jabal meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda : "Tidak ada sesuatu amalan yang dikerjakan oleh seseorang yang lebih menyelamatkan dirinya dari azab kubur daripada zikruallah" (Riwayat Imam Ahmad)



Wahai purnama, wahai purnama yang indah lagi sempurna.
Bagaimana, bagaimana nak ku luah dengan kata-kata.

Ya badrotim, ya badrotim min haza kul lakamaalin.
Madza yua'b, madza yua'b biruan u'la kamakolin.

Suburkan kecintaan kita pada Rasulullah saw bukan pada artis2 kpop. Solu ala Nabi.. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسلِّمْ
8 Pintu Syurga Sedia Menanti

Nabi bersabda, "Sesiapa yang mengambil wuduk dengan sempurna kemudian dia berdoa, asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna muhammadan 'abdahu wa rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin, akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana yang dia suka." (HR Tirmizi)
 Tersebut di dalam hadis bahawa barangsiapa yang melazimi surah QAF akan diringankan Allah saat dia menghadapi Sakaratul Maut...

عنِ النبـيِّ عليهِ الصلاةُ والسلامُ:
" مَنْ قرأَ سورةَ ق هَوَّنَ الله عليهِ ثاراتِ الموتِ وسكراتِه ".
 Andai rasa hidup kita gelap dan kelam zulmat....maka dirikan solat...tekunilah solat...dirikanlah solat..

Kenapa? Kerana SOLAT itu NUR....
Sabda Nabi SAW: "Solat itu CAHAYA.." (Riwayat Muslim)

Hidup orang yang tidak solat sentiasa gelap walaupun tubuhnya bermandikan cahaya.
 Seorang muazzin bertanyakan seorang ahli jamaah yang istiqamah hadir ke masjid sebelum azan di kumandangkan...

Muazzim: Setiap waktu saya lihat tuan hadir awal..

"Saya suka menyahut panggilan Allah sebelum DIA memanggil saya..dan saya amat malu andai saat Allah memanggil saya, saya masih sibuk melayani dan menyahut selain dari panggilanNya...
 Andai kita ditimpa kerugian duniawi yang amat berat namun kita masih istiqamah di jalan Allah, hakikatnya kita tidak @ belum rugi apa-apa. Dan...andai kita dapat buat untung besarrrr sekali pun namun kita jauh dari petunjuk dan jalan Allah, hakikatnya kita telah kerugian segala-galanya.."
 SINGKIRKAN SYAITAN DENGAN AIR HUJAN

Bagi orang yang terkena sihir, santau atau gangguan jin dan syaitan, cuba mandikan dia dengan air HUJAN....ia adalah satu kaedah rawatan Al Quran. Moga-moga ia maklumat yang bermanfaat.

Dalil bahawa syaitan dapat di halau dan disingkirkan dari diri pesakit dengan asbab air hujan adalah firman Allah berikut:

وَيُنَزِّلُ عَلَيْكُمْ مِنْ السَّمَاءِ مَاءً لِيُطَهِّرَكُمْ بِهِ وَيُذْهِبَ عَنكُمْ رِجْزَ الشَّيْطَانِ وَلِيَرْبِطَ عَلَى قُلُوبِكُمْ وَيُثَبِّتَ بِهِ الأَقْدَامَ} [الأنفال: 11

"Dan (ingatlah ketika) Ia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengannya dan menghapuskan dari kamu gangguan Syaitan, dan juga untuk menguatkan hati kamu dan menetapkan dengannya tapak pendirian (kamu di medan perjuangan)." (Surah Al Anfal : 11).

WALLAHU A'LAM BIS SOWAB...
 " Kenapa halang kami ? – Syaikh Mutawalli

Bagi sesiapa yang tidak suka melihat kaum muslimin menyambut kelahiran pembawa cahaya hidayah, Junjungan Nabi SAW, maka renungi kata – kata seorang alim besar, Syaikh Muhammad Mutawalli asy-Sya’rawi rahimahullah yang beliau utarakan dalam “Ma-idah al-Fikr al-Islamiyyah” halaman 295 yang bermaksud:-
“Jika setiap ciptaan yang dijadikan, hatta yang tidak bernyawa sekalipun, bergembira dengan kelahiran Baginda SAW dan semua tumbuh-tumbuhan pun bergembira malahan semua binatang pun bergembira dan semua malaikat pun bergembira dan semua jin Islam bergembira di atas kelahiran Baginda SAW, maka kenapa kamu menghalang kami daripada bergembira dengan kelahiran Baginda SAW ?.”

Gambar: Biadap! Rekaan Sebuah Bar Seperti Kaabah

Semakin lama, orang kafir makin biadab dan sudah pijak kepala kita secara terang-terangan. 

Yang terbaru, reka bentuk kiblat orang Islam ditiru dan dijadikan bar (disko/kelab malam) di New York.....
Biadap! Rekaan Sebuah Bar Seperti Kaabah

Semakin lama, orang kafir makin biadab dan sudah pijak kepala kita secara terang-terangan.

Yang terbaru, reka bentuk kiblat orang Islam ditiru dan dijadikan bar (disko/kelab malam) di New York.....
 
                
               
 Ok...assalamualaikum....semoga Allah akan menambahkan ilmu kita untuk dikongsi bersama yang lain...Amin

tanda-tanda kiamat....tanpa kita sedari


Bismillah & Assalamualaikum...

 Today I want to tell about Gog & MAGOG....

What you know about gog & magog.... what is this?Let I explain to you....
But....can I explain it in malay.......
Ok,apa itu gog atau dalam bahasa malaysianya ialah (Ya'Juj) manakala magog pula ialah (Ma'Juj)
 Baca post saya sampai habis & anda akan mendapat kepuasannya seperti makan KITKAT (hihihi..)


Sesungguhnya kesemua tanda-tanda kecil qiamat telah lengkap sempurna. Salah satu dari tanda-tanda besar sebelum datangnya hari qiamat adalah munculnya Ya'juj dan Ma'juj. Ya'juj dan Ma'juj sehingga kini masih menjadi misteri bagi sesetengah pihak, yang mana para pengkaji sejarah Islam dan sebahagian ulama sendiri mempunyai pelbagai penafsiran tentang hal ini. Merujuk kepada hadis riwayat Imam Muslim ini;

10 Tanda Besar Qiamat


Dari Huzaifah bin Asid Al-Ghifari r.a., berkata, “Datang kepada kami Rasulullah SAW dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu Baginda SAW bersabda: “Apa yang kamu semua perbincangkan?”.
Kami menjawab:
“Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”.

Lalu Nabi SAW bersabda:
“Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya 10 macam tanda-tandanya”.

Kemudian Nabi SAW menyebutkannya:
“ 1. Dukhan
(Asap: rujuk Surah ke-44, Ad Dhukan)

2. Al Masih Ad Dajjal
(Fitnah Terbesar Di Akhir Zaman: Rujuk Surah ke-18, Al Kahf ayat 1-110 sebagai pelindung & pedoman untuk kita umat Islam menilai segala sesuatu dengan 'mata hati' bukan mata luaran)

3. Dabbatul Ardhi
(binatang bercakap keluar dari Tanah berhampiran Bukit Shafa di Mekah)

4. Terbit matahari dari tempat tenggelamnya
(dari Barat Ke Timur atau ada pendapat sesetengah ulama ia kaitan dgn Modern Western Civilization iaitu "cahaya" kehidupan Barat diagungkan dan menjadi ikutan seluruh manusia)

5. Turunnya Isa Ibnu Maryam a.s.
(pergolakkan di Damascus, Syria terletaknya Masjid Umayyad : Menara Timur turunnya Baginda berbaju kuning muda dari langit bersama dua malaikat sebelum jemaah al Mahdi menunaikan solat subuh)

6. Ya'juj dan Ma'juj
(Tamandun manusia di Caucasus dan Eropah Barat)

7. Gempa bumi, sekali di Timur;
8. Sekali di Barat dan;

9. Ketiga di Semenanjung Arab

10. Api yang keluar dari arah negeri Yamen yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(bunga-bunga pergolakkan di Yamen)

(Hadis Riwayat Muslim)

Namum bagi saya setiap persoalan ada jawapan kerana bagi umat Islam yang mempercayai Rukun Iman yang ke-3 (Percaya kepada Kitab-kitabNya) dan Rukun Iman yang ke-4 (Percaya kepada Rasul-rasulNya) ini adalah petunjuk segala persoalan yang wujud dalam kehidupan dunia dan akhirat.

وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَاناً لِّكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَى لِلْمُسْلِمِينَ  

Dan Kami turunkan kepadamu (Nabi Muhammad) Al Kitab (Al Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri 
(Surah Al Nahl : 89)

Ya'juj & Ma'juj dalam bahasa Arab dapat diterjemahkan melalui asal dari perkataan “Aj” atau “Ajij”. “Ajij” yang membawa maksud api yang membara dan “Ajja” bermaksud “Asra” iaitu membawa maksud dia bergerak dengan pantas. Selain itu perkataan “Ma'juj” juga dapat dilihat dalam persamaannya dengan perkataan Arab iaitu “Maja” dan “Yamooj” yang membawa maksud gelombang atau yang menyebarkan. Maka secara keseluruhanya dapatlah kita simpulkan hubungan perkataan tersebut sebagai “api yang membara” dan “untuk membesarkan dan menyebarkanya”. Lalu memusnahkan segala yang berada di laluannya.

Ya'juj dan Ma'juj adalah nama dua kaum besar anak cucu Nabi Adam a.s yang berasal dari keturunan Yafits bin Nabi Nuh a.s.

Dari Samurah bin Jundub r.a., Rasulullah SAW bersabda:
"Putra Nuh ada tiga, iaitu Sam, Ham, dan Yafits."
(Hadis Riwayat Ahmad dan Hakim)

Dari Samurah bin Jundub dan Imran bin Husain r.a., Rasulullah SAW bersabda:
"Putra Nuh ada tiga, iaitu Sam Abul Arab, Ham Abul Habasyah, dan Yafits Abur Rum."
(Hadis Riwayat Tabrani)

Para ulama dan pengkaji sejarah menyatakan bahawa putra Nabi Nuh a.s. ada tiga iaitu Sam, Ham, dan Yafits. Sam adalah bapak orang Arab, Persia, dan Romawi. Ham adalah bapak kaum Habsyi, Negro, dan Naubah, manakala Yafits adalah bapak kaum Turk, Slavia, dan Ya'juj Ma'juj.

Abu Sa'id Al-Khudri mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Allah SWT berseru pada hari kiamat, wahai Adam, bangkitlah dan keluarkanlah utusan (penghuni) neraka."

Lalu Adam berkata,
"aku penuhi perintah-Mu dan segala kebaikan berada pada tangan-Mu, wahai Tuhanku siapa utusan penghuni neraka itu?"

Lalu Allah SWT menjawab,
"(iaitu) sebanyak 999 orang dari setiap 1000 orang"

maka pada saat itu kanak-kanak menjadi beruban (kerana takut), kandungan wanita yang hamil berguguran, dan kamu melihat manusia dalam keadaan mabuk,  padahal sebenarnya mereka tidak mabuk, tetapi azab Allah SWT itu sangat keras".
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)


Ya'juj dan Ma'juj ini mempunyai kaitan sejarah keturunan Nabi Nuh as. Saat menjelang kewafatan, Nabi Nuh a.s memanggil anak-anaknya (Sam, Ham dan Yafits) untuk menghadap beliau. Maka Sam segera datang menemuinya, namun kedua saudaranya tidak muncul iaitu Ham dan Yafits. Akibat dari ketidakpatuhan Ham dan Yafits, Allah SWT kemudian menurunkan bala kepada mereka berdua. Yafits yang tidak datang kerana lebih memilih berdua dengan isterinya (berhubungan suami isteri) kemudian melahirkan anak bernama Sannaf. Kelak kemudian Sannaf melahirkan anak yang ganjil.

Dari Imran bin Hushain r.a., Rasulullah SAW bersabda:
"Dan demi jiwaku yang berada dalam genggaman-Nya bahawa kalian adalah kilauan dua makhluk yang selalu berkembang jumlahnya iaitu Ya'juj dan Ma'juj yang berasal dari keturuan Adam keturunan Iblis"
(Hadis Riwayat at Tirmidzi)

Dari Abdullah bin Amr r.a., Rasulullah SAW bersabda :
"Ya'juj dan Ma'juj berasal dari keturunan anak Adam, dan jika mereka diutus kepada manusia pastilah mereka akan merosak kehidupan manusia dan tidak seorang pun dari mereka yang mati  kecuali ia telah meninggalkan jumlah keturunannya mencapai 1000 lebih."
(Hadis Riwayat Ath-Thayalisi dalam Musnadnya).

Imam Thabrani menambahkan, dibelakang mereka terdapat tiga kelompok, iaitu Ta'wil, Maris, Mesekh."

Berdasarkan kepada kitab injil dan sejarah yahudi: Kronikal 1-5
Ya'juj datang dari keturunan Ruben, manakala Ma'juj datang daripada keturunan Jefet, yang mana kedua-dua keturunan ini berasal daripada keturunan Nabi Nuh as. Dalam bahasa Hebrew, Ya'juj dikenali sebagai “Melekh Eretz Magog” yang bermaksud raja kepada tanah Ma'juj. Manakala Ma'juj dalam bahasa Hebrew membawa maksud “daripada Gog”.

Gog di dalam Injil ialah sama dengan Ya'juj yang dinyatakan di dalam al Quran dan selain itu Ya'juj dikatakan sebagai Ketua Negara Russia.Terdapat tiga nama yang dinyatakan di dalam Injil iaitu ROSH atau Russia, MESHECH atau Moscow dan TUBAL atau Tobalsk.

Adakah Ya'juj & Ma'juj Manusia?
Petunjuk yang paling penting dalam mengenali Ya'juj dan Ma'juj adalah mengikut kepada al Quran (Surah al Kahf:83-98 dan Surah al Anbiya:95-96) dan juga koleksi hadis-hadis Rasulullah SAW. Mereka  ini adalah golongan manusia yang sangat kuat dan sentiasa melakukan penindasan dan kerosakkan berdasarkan kepada Surah al-Kahf yang menceritakan perjalanan Dzulkarnain yang bertemu dengan satu golongan atau tamadun manusia yang sentiasa melakukan “fasad” atau kerosakkan ke atas manusia.

Dikukuhkan lagi bahawa Ya'juj dan Ma'juj adalah golongan manusia kerana Dzulkarnain adalah merupakan seorang manusia jadi tembok yang dibina adalah untuk manusia. Menurut Islam, Ya'juj dan Ma'juj begitu berkuasa dan hanya Allah SWT sahaja yang boleh memusnahkan mereka. Ya'juj dan Ma'juj bukanlah raksasa atau makhluk yang hidup dalam alam ghaib atau hidup terpenjara dalam tanah yang sentiasa menggorek untuk keluar ke bumi seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Hanya terdapat tiga makhluk terpenting atas muka bumi ciptaan Allah SWT iaitu manusia, malaikat dan jin (syaitan bagi yang kafir).

Persoalannya adalah Yahudi telah kembali ke Baitulmaqdis (Jerusalem) apabila tentera British diketuai Jenderal Edmund Allenby menawan kota ini pada 11 Disember 1917 dan mengistiharkan Perang Salib telah tamat, merujuk kepada Surah al Anbiya dan hadis ini:



وَحَرَامٌ عَلَى قَرْيَةٍ أَهْلَكْنَاهَا أَنَّهُمْ لَا يَرْجِعُونَ
Sungguh tidak mungkin atas (penduduk) suatu negeri yang telah Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali (kepada Kami). 
(Surah Al Anbiyaa' : 95)

حَتَّى إِذَا فُتِحَتْ يَأْجُوجُ وَمَأْجُوجُ وَهُم مِّن كُلِّ حَدَبٍ يَنسِلُونَ
Hingga apabila dibukakan (tembok) Ya'juj dan Ma'juj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. 
(Surah Al Anbiyaa' : 96)


Dari Auf b. Malik r.a., katanya, Rasulullah SAW telah bersabda:
"Aku menghitung enam perkara menjelang hari qiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmaqdis."
(Hadis Riwayat Bukhari)

Namun adakah anda melihat mana-mana raksasa Ya'juj dan Ma'juj berkeliaran dengan banyak? Sudah tentu tidak kerana Ya'juj dan Ma'juj adalah manusia. Allah SWT memberikan petunjuk mengenali Ya'juj dan Ma'juj ini yang dijelaskan di dalam al Quran, Surah al Kahf:


وَيَسْأَلُونَكَ عَن ذِي الْقَرْنَيْنِ قُلْ سَأَتْلُو عَلَيْكُم مِّنْهُ ذِكْراً 

Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Dzulkarnain. Katakanlah: "Aku akan bacakan kepadamu cerita tantangnya". 


إِنَّا مَكَّنَّا لَهُ فِي الْأَرْضِ وَآتَيْنَاهُ مِن كُلِّ شَيْءٍ سَبَباً 

Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.


فَأَتْبَعَ سَبَباً 

maka dia pun (Dzulkarnain) menempuh suatu jalan.


حَتَّى إِذَا بَلَغَ مَغْرِبَ الشَّمْسِ وَجَدَهَا تَغْرُبُ فِي عَيْنٍ حَمِئَةٍ وَوَجَدَ عِندَهَا قَوْماً قُلْنَا يَا ذَا الْقَرْنَيْنِ إِمَّا أَن تُعَذِّبَ وَإِمَّا أَن تَتَّخِذَ فِيهِمْ حُسْناً 

Hingga apabila dia telah sampai ke suatu tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam (sebelah Barat) di dalam laut yang berlumpur hitam (Black Sea), dan dia mendapati di situ segolongan umat (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): "Wahai Dzulkarnain! Pilihlah sama ada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka".


قَالَ أَمَّا مَن ظَلَمَ فَسَوْفَ نُعَذِّبُهُ ثُمَّ يُرَدُّ إِلَى رَبِّهِ فَيُعَذِّبُهُ عَذَاباً نُّكْراً 

Berkata Dzulkarnain:"Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian ia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya.


وَأَمَّا مَنْ آمَنَ وَعَمِلَ صَالِحاً فَلَهُ جَزَاء الْحُسْنَى وَسَنَقُولُ لَهُ مِنْ أَمْرِنَا يُسْراً 

Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya; dan kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak memberati.


ثُمَّ أَتْبَعَ سَبَباً 

Kemudian dia (Dzulkarnain) berpatah balik menurut jalan yang lain.


حَتَّى إِذَا بَلَغَ مَطْلِعَ الشَّمْسِ وَجَدَهَا تَطْلُعُ عَلَى قَوْمٍ لَّمْ نَجْعَل لَّهُم مِّن دُونِهَا سِتْراً 

Hingga apabila dia telah sampai ke tempat terbit matahari (sebelah Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu,


كَذَلِكَ وَقَدْ أَحَطْنَا بِمَا لَدَيْهِ خُبْراً 

demikianlah. dan sesungguhnya ilmu Kami meliputi segala apa yang ada padanya.


ثُمَّ أَتْبَعَ سَبَباً 

Kemudian dia (Dzulkarnain) menempuh suatu jalan (yang lain lagi).


حَتَّى إِذَا بَلَغَ بَيْنَ السَّدَّيْنِ وَجَدَ مِن دُونِهِمَا قَوْماً لَّا يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ قَوْلاً 

Sehingga apabila dia sampai di antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua gunung itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti perkataan mereka.


قَالُوا يَا ذَا الْقَرْنَيْنِ إِنَّ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ فَهَلْ نَجْعَلُ لَكَ خَرْجاً عَلَى أَن تَجْعَلَ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ سَدّاً 

Mereka berkata: "Hai Dzulkarnain, sesungguhnya Ya'juj dan Ma'juj itu orang-orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara kami dan mereka?"


قَالَ مَا مَكَّنِّي فِيهِ رَبِّي خَيْرٌ فَأَعِينُونِي بِقُوَّةٍ أَجْعَلْ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ رَدْماً 

Dzulkarnain berkata: "Apa yang telah dikuasakan oleh Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik (dari bayaran kamu), maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka,


آتُونِي زُبَرَ الْحَدِيدِ حَتَّى إِذَا سَاوَى بَيْنَ الصَّدَفَيْنِ قَالَ انفُخُوا حَتَّى إِذَا جَعَلَهُ نَاراً قَالَ آتُونِي أُفْرِغْ عَلَيْهِ قِطْراً 

 berilah aku potongan-potongan besi". Hingga apabila besi itu telah sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Dzulkarnain: "Tiuplah (api itu)". Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, diapun berkata: "Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar aku kutuangkan ke atas besi panas itu".


فَمَا اسْطَاعُوا أَن يَظْهَرُوهُ وَمَا اسْتَطَاعُوا لَهُ نَقْباً 

Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.


قَالَ هَذَا رَحْمَةٌ مِّن رَّبِّي فَإِذَا جَاء وَعْدُ رَبِّي جَعَلَهُ دَكَّاء وَكَانَ وَعْدُ رَبِّي حَقّاً 

(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar". 
(Surah Al Kahf : 83- 98)



Lokasi Dzulkarnain "..apabila dia sampai di antara dua gunung..", bukti gambar menunjukkan terdapat dua pergunungan yang bersempadan antara Russia, Georgia & Azerbaijan

Berdasarkan keterangan Surah al Kahf : 92-98, fakta relevan mengenali Ya'juj & Ma'juj ialah:

a. Negeri Ya'juj & Majuj = Khazaria & Russia (Magog=Anglo: Pakatan American & Israeli and Gog=Pakatan Russia)
b. Jalan ke utara = ke utara Iran menuju ke Armenia
c. Di antara dua gunung = Gunung Caucasus
d. Kaum hampir mereka tidak memahami perkataan = Kaum Armenia
e. Tembok besi = Daryal Gorge/Iberian Gates/Caucasian Gates

Ya'juj & Ma'juj adalah puak Khazar, iaitu 98% bangsa Yahudi kita ketahui hari ini. Yahudi Khazar adalah palsu, dan 12 kaum Yahudi sebenar berkulit gelap 

1. Reuben 
2. Simeon 
3. Levi 
4. Judah 
5. Issachar 
6. Zebulun 
7. Dan 
8. Naphtali 
9. Gad 
10. Asher 
11. Joseph 
12. Benjamin,

jauh berbeza dari rupa Yahudi kita kenali hari ini. Patung atau lukisan dinding Piramid atau Mesir menunjukkan Firaun adalah negro, orang Yahudi berkulit gelap dan Yahudi lah merupakan pembina piramid-piramid Firaun bersama hamba-hamba Mesir. Mereka bersama Nabi Musa a.s. menyeberangi Laut Merah. Oleh itu bagaimana pula mereka yang berwajah German atau Rusia atau Eropah dan boleh mengaku mereka Yahudi? Dari kaum ke-13? Inilah penipuan kaum Ya'juj & Ma'juj.


Kaitan Ya'juj & Ma'juj dengan Laut Galilee atau Tasik Tiberias atau Kinneret


Tak puas lagi.....nak saya tambah infonya....sabar yer....
                KHAS UNTUK YANG RAJIN MENGUNJUNGI BLOG SAYA....THANKZ...



Allah SWT (akan) berfirman kepada Nabi Isa a.s.:
"Aku telah jadikan di antara hamba-hamba Ku segolongan manusia (ya'juj & ma'juj) yang tidak dapat dikalahkan; bawa orang-orang ini dengan selamat ke Tur, Kemudian Allah SWT akan menghantar Ya'juj & Ma'juj yang akan turun dari segenap cerun, yang pertama daripada mereka akan melewati tasik Tiberias (laut Galilee atau Kinneret) dan meminum airnya (menggunakan untuk hidup). Apabila yang terakhir dari mereka melewatinya, dan berkata: "Dahulu pernah ada air disini". Nabi Isa a.s dan para sahabatnya kemudian akan terkepung disini (di Tur, dan mereka akan mengalami kesusahan yang teramat sangat) sehingga kepala seoekor lembu lebih bernilai dari 100 dinar. Nabi Isa a.s. dan para sahabat kemudian berdoa kepada Allah SWT dan Allah SWt menghantar serangga yang akan menyerang leher-leher mereka dan mereka akan mati keesokkan paginya. Nabi Isa a.s. dan para sahabat akan turunke bumi dan mendapati bumi dipehuni oleh bau bangkai yang teramat busuk. Nabi Isa a.s. dan para sahabat berdoa kepada Allah SWT dan menghantar burung yang lehernya seperti unta yang akan mengankat bangkai-bangkai tersebut dan membuangnya ke tempat dipilih Allah SWT.."
(Hadis Riwayat Muslim)
Ya'juj & Ma'juj Adalah MANUSIA Kerana :

1. TEMBOK BUATAN MANUSIA HANYA UNTUK MANUSIA

“…tembok di antara kami dengan mereka…”; Surah al Kahf : 97
Mereka yang meminta pertolongan adalah manusia, dan bagi memisahkan antara manusia dengan manusia (kaum Ya'juj & '). Oleh itu sekiranya mereka jin, kenapa perlu ada tembok atau perlu memanjat dan menebuk tembok? Bukankah mereka boleh terus berjalan menembusi tembok yang diperbuat oleh manusia? Ini kerana jin dan malaikat tidak dapat dihalang kerana dapat menembusi tembok dibuat manusia.


2. PERBUATAN MELAKUKAN KEROSAKAN ATAU “FASAD” KE ATAS MANUSIA

“…sesungguhnya kaum Ya'juj dan Ma'juj sentiasa melakukan kerosakan di bumi…”; Surah al Kahf : 94“
Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi…”; Surah al Maidah : 33

Kerosakan atau “fasad” ialah perbuatan sesama manusia, dan Surah al Kahf menyatakan kerosakan dilakukan kepada manusia. Manusia mempunyai kebebasan membuat pilihan dan boleh dipertanggung-jawabkan ke atas fasad dilakukan. Jin mempunyai kebebasan membuat pilihan tetapi makhluk ghaib tidak dapat dikenalpasti sebagai makhluk melakukan fasad.


3. YA'JUJ DAN MA'JUJ DARIPADA KETURUNAN MANUSIA

Dari Abu Said Al-Khudri ra bahawa Rasulullah saw bersabda :
“Allah SWT berkata, ‘Wahai Adam, berdirilah dan keluarkan penghuni neraka.’ Adam berkata, ‘Labbaik, wa sa’daik, segala kebaikan berada dalam kekuasaan-Mu. Ya Tuhan, bagaimana penghuni neraka tersebut? Allah SWT menjawab, “Dari setiap 1000 terdapat 999.”… Abu Said mengatakan bahawa mereka berkata, “Siapakah di antara kita yang termasuk orang tersebut?” Rasulullah SAW menjawab. “999 Ya'juj dan Ma'juj, sedangkan dari kalian hanya satu” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)


Ya'juj dan Ma'juj daripada keturunan manusia, iaitu daripada keturunan anak lelaki Nabi Nuh a.s. bernama Yafis dan berhijrah ke utara, iaitu ke Eropah dan Selatan Rusia selepas banjir kering. Keturunan Sam berlegar di sekitar bumi Kanaan lalu membentuk bangsa Arab dan sekitarnya. Keturunan Ham pula berhijrah ke Afrika lalu membentuk bangsa Afrika.

Oleh itu sekiranya seseorang itu berketurunan nabi, beliau semestinya manusia dan malahan boleh dianggap berketurunan mulia dan baik-baik. Oleh itu, tidak munasabah menyatakan Ya'juj dan Ma'juj makhluk ghaib (jin?) atau raksasa tetapi berketurunan nabi-nabi.


4. YA'JUJ DAN MA'JUJ DIMASUKKAN KE DALAM NERAKA

“…telah tetap hukuman seksa dariKu: “Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia…”; Surah As Sajdah : 13

Ya'juj dan Ma'juj adalah makhluk boleh dihisab untuk ke neraka atau syurga. Namun mereka dimasukkan ke dalam neraka. Hanya terdapat dua penghuni neraka, iaitu jin dan manusia. Ya'juj dan Ma'juj berketurunan Nabi Adam a.s. dan oleh itu mereka bukan jin mahupun raksasa. Ini membuktikan mereka manusia seperti kita.

Selain itu, setiap tahun pada Sabtu kedua pada bulan November, 'mereka' berarak perayaan melalui beberapa jalan penting di Landon dan Vatican dengan slogan "Ya'juj dan Ma'juj adalah Pelindung ".


Terbukanya Dinding atau Tembok Ya'juj dan Ma'juj

Tembok menyekat kaum Ya'juj & Ma'juj telah lama terbuka apabila orang Yahudi iaitu sesetengah Bani Israel & kaum lain yang beragama Yahudi kembali ke Baitulmaqdis (Jerusalem) dan membentuk negara Israel pada tahun 1948. Allah SWT telah memberi keterangan di bawah bagi menjelaskan kepulangan Yahudi ke Baitulmaqdis:

“…Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Ya'juj & Ma'juj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi...”; (21:95-96)

“Penduduk” dimaksudkan ialah orang Yahudi, “negeri” adalah Baitulmaqdis,“Ya'juj & Ma'juj” adalah Yahudi (Khazar & Eropah Barat), dan “meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi” bermaksud Ya'juj & Ma'juj menguasai dan menjajah keseluruhan aspek kuasa-kuasa pemerintahan dunia.

Allah SWT malahan menyatakan “mustahil” bagi orang Yahudi untuk pulang ke Baitulmaqdis, kecuali setelah tembok menyekat Ya'juj & Ma'juj terbuka dan mereka telah berkuasa atas setiap manusia (The World Order of Gog & Magog). Orang Yahudi telah lama pulang ke negeri Baitulmaqdis dan membentuk negara Israel pada tahun 1948 dengan diiktiraf kuasa-kuasa dunia terutama Eropah dan USA dan mana-mana negara yang menentang atau memberi ancaman kepada Israel akan menerima sekatan pelbagai bentuk dari Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Oleh itu apakah penjelasan kepulangan mereka ke Baitulmaqdis? Sedangkan Allah SWT melarang mereka pulang & menuntut kembali hak tersebut sekiranya berlaku kezaliman? Sepertimana kita ketahui Yahudi telah melakukan dua kali kemungkaran di Tanah Suci ini dan dihalau oleh Allah SWT melalui serangan kerajaan Babylon dan Byzentine dan sekarang adalah kemungkaran yang ketiga dan yang terakhir..dan akan dihalau oleh tentera panji hitam (al Mahdi, Isa Ibnu Maryam dan para tenteranya)

Antara ayat al Quran berkaitan dua kali kermukaan Yahudi di Tanah Suci:


وَقَضَيْنَا إِلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ فِي الْكِتَابِ لَتُفْسِدُنَّ فِي الأَرْضِ مَرَّتَيْنِ وَلَتَعْلُنَّ عُلُوّاً كَبِيراً 

Dan telah Kami tetapkan terhadap Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakan di muka bumi ini dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar". 
(Surah Al Israa' : 4)


لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُواْ مِن بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوا وَّكَانُواْ يَعْتَدُونَ 

Telah dilaknati orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan Isa putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka durhaka dan selalu melampaui batas. 
(Surah Al Maidah : 78)

Syarat ditetapkan & balasan yang akan dikenakan & sepertimana yang kita ketahui sekarang Yahudi di Palestin kembali dengan kemugkaran.


عَسَى رَبُّكُمْ أَن يَرْحَمَكُمْ وَإِنْ عُدتُّمْ عُدْنَا وَجَعَلْنَا جَهَنَّمَ لِلْكَافِرِينَ حَصِيراً 

Mudah-mudahan Tuhanmu akan melimpahkan rahmat(Nya) kepadamu; dan sekiranya kamu kembali kepada (kedurhakaan) nescaya Kami kembali (mengazabmu) dan Kami jadikan neraka Jahannam penjara bagi orang-orang yang tidak beriman. 
(Surah Al Israa' : 8)


Ini jelas menunjukkan Yahudi amat berkuasa dan berbangga diri dengan apa yang telah mereka lakukan dan bermaksud tembok telah terbuka dan Ya'juj & Ma'juj telah lama menguasai pemerintahan. Orang Yahudi dikembalikan melalu agenda puak Khazar & puak Eropah Barat, iaitu Pakatan Yahudi dan Nasrani Zionis yang menguasai dunia hari ini dan digambarkan di dalam Surah al Kahf sebagai kaum Ya'juj & Ma'juj. Mereka malahan boleh dianggap menguasai dunia hari ini kerana tiada negara yang mampu menghalang mereka daripada menghancurkan Palestine.


Fakta kedua menyokong dakwaan tembok Ya'juj & Ma'juj telah lama terbuka ialah berdasarkan keterangan Allah SWT di bawah:

“…Maka mereka… tidak dapat menebuknya…”; Surah al Kahf : 97

Ayat menyatakan mereka tidak dapat “menebuk” tembok tersebut. Beribu-ribu tahun Allah SWT memelihara tembok tersebut, dan tiada satu makhluk pun di seluruh alam ini mampu “menebuk” tembok kecuali dengan keizinan Allah SWT, iaitu apabila Allah SWT mengizinkan Ya'juj dan Ma'juj dilepaskan.

 
 


Koleksi hadis Mutawatir berkaitan Ya'juj dan Ma'juj untuk rujukan bersama:


Dari Zainab binti Jahsy r.a., bahawa Rasulullah SAW bangun dari tidurnya dan bersabda,
"Laa ilaaha illallaah", celakalah orang-orang Arab kerana suatu bencana akan berlaku, iaitu hari ini dinding (tembok) Ya'juj dan Ma'juj telah terbuka sebesar ini. (membuat lingkaran dengan jari telunjuk dan ibu jari). 

Zainab binti Jahsy r.a., lalu bertanya,
Wahai Rasulullah, apakah kita semua akan binasa padahal di antara kita banyak terdapat orang-orang soleh?

Baginda SAW menjawab,
Ya, jika banyak berlaku kemaksiatan.
(Hadis Riwayat Muslim)



Dari Zainab binti Jahsy r.a., Rasulullah SAW bangun dari tidurnya dengan wajah kemerahan, lalu Baginda SAW bersabda, "Laa ilaaha illallaah", celakalah orang-orang Arab kerana suatu bencana akan berlaku, iaitu hari ini dinding (tembok) Ya'juj dan Ma'juj telah terbuka sebesar ini. (membuat lingkaran dengan jari telunjuk dan ibu jari). 

Zainab berkata,
"Aku bertanya, "Apakah kita akan celaka wahai Rasulullah, sedangkan di antara kita masih terdapat orang- orang soleh?"

Baginda SAW menjawab,
"Ya, apabila kekejian telah tersebar luas" 
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)



Dari Zainab binti Jahsy r.a., Rasulullah SAW datang kepadanya dengan gemetar sambil berkata,
"Laa ilaaha illallah, celakalah bangsa Arab kerana keburukan yang telah dekat, hari ini telah dibuka benteng Ya'juj dan Ma'juj seperti ini". Baginda SAW memberi isyarat dengan mendekatkan telunjuknya dengan jari sebelahnya. 

Zainab binti Jahsy berkata, Aku bertanya,
"Wahai Rasulullah, apakah kita akan dibinasakan sedangkan ramai orang-orang yang soleh?"

Baginda SAW menjawab,
"Ya, benar jika keburukan telah bermaharajalela"
(Hadis Riwayat Bukhari)



Dari Zainab binti Jahsy r.a., Rasulullah SAW bangun dari tidurnya dengan wajah kemerahan, lalu Baginda SAW bersabda, "LAA ILAAHA ILLALLAAH", Baginda SAW mengulanginya tiga kali, celakalah bagi bangsa arab kerana keburukan yang telah mendekat, saat ini penghalang Ya'juj dan Ma'juj telah dibuka seperti ini, Baginda SAW memperagakan jarinya dengan membentuk angka sepuluh. 

Zainab binti Jahsy berkata, Aku bertanya,
"Wahai Rasulullah, apakah kita akan dibinasakan sedangkan ramai orang-orang yang soleh?"

Baginda SAW menjawab,
"Ya, bila kekejian kian banyak.
(Hadis Riwayat at Tirmidzi)



Dari Zainab binti Jahsy r.a., Rasulullah SAW datang kepadanya dengan gemetar sambil berkata,
"Laa ilaaha illallah, celakalah bangsa Arab kerana keburukan yang telah dekat, hari ini telah dibukakan pemisah Ya'juj dan Ma'juj seperti ini". Baginda SAW memberi isyarat dengan mendekatkan telunjuknya dengan jari sebelahnya. 

Zainab binti Jahsy berkata, Aku bertanya,
"Wahai Rasulullah, apakah kita akan dibinasakan sedangkan ramai orang-orang yang soleh?"

Baginda SAW menjawab,
"Ya, benar jika keburukan telah bermaharajalela"
(Hadis Riwayat Ahmad)



Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda,
"Saat ini (tembok) penghalang Ya'juj dan Ma'juj telah terbuka seperti ini." Baginda SAW mengilustrasikannya sambil melingkarkan (jari) tangan Baginda yang maksudnya sembilan puluh kemudian menyatukannya. 
(Hadis Riwayat Ahmad)



Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda, 
"Allah membuka benteng Ya'juj dan Ma'juj seperti ini". Baginda SAW mengilustrasikannya dengan tangan Baginda yang maksudnya sembilan puluh. 
(Hadis Riwayat Bukhari) 



Dari Abu Hurairah ra, Baginda SAW bersabda: 
"Hari ini dinding Ya'juj dan Ma'juj telah terbuka sebesar ini. (menekuk jari telunjuk sampai ke pangkal ibu jari).
(Hadis Riwayat Muslim)

Apakah maksud hadis apabila dibaca bersama ayat 97 Surah al Kahf yang menyatakan Ya'juj & Ma'juj “tidak dapat menebuknya”? Ini membuktikan Allah SWT telah melepaskan mereka kerana fakta tembok berlubang membuktikan mereka telah berjaya menebuk tembok. Tembok tidak akan berlubang jika tidak boleh ditebuk!

Oleh itu fakta tembok berlubang membuktikan Ya'juj & Ma'juj dilepaskan semasa zaman kehidupan Rasulullah SAW di Madinah, iaitu selepas Allah SWT menukarkan kiblah ke arah Kabbah. Meraka yang masih berpegang Ya'juj & Ma'juj akan dilepaskan selepas Ad Dajjal akan terus menerus menunggu sehinggalah bumi ini hancur dan qiamat, dan Ya'juj & Ma'juj tetap tidak kunjung tiba. Sepatutnya mereka memikirkan kembali kepercayaan mereka yang bercanggah dengan Al Quran dan hadith dan bertanya diri sendiri jawapan bagi persoalan di bawah:

1. Bagaimana dengan penjelasan kepulangan orang Yahudi ke Baitulmaqdis dan membentuk negara Israel pada tahun 1948 (Surah al Anbiya : 95-96)?

2. Rasulullah SAW menyatakan tembok telah berlubang, iaitu telah berjaya ditebuk Surah al-Kahf : 97).

3. Kenapa terdapat ketepatan fakta yang sempurna menghubungkan al Quran dengan sejarah Yahudi Khazar? Sedarilah tipu daya itu teorinya tidak tetap dan sentiasa berubah-ubah, manakala kebenaran itu sebenarnya lebih terang dan tetap tidak berubah-ubah.


terdapat banyak pendapat dari pelbagai pihak tentang Ya'juj & Ma'juj belum keluar, tetapi tiada satu pun kenyataan rasmi dan penjelasan bertulis yang mengukuhkan penafian mereka dan memberi jawapan yang tepat tentang keadaan yang berlaku di Tanah Suci Jerusalem, kembalinya Yahudi di situ dan kejatuhan kuasa-kuasa Islam


Muat Turun e-Book Disini

Analisis dari Sheikh Dr. Ridhwan Saleem terhadap hujah dan kajian yang telah dilakukan oleh Sheikh Imran Hosein bersertakan dengan kajiannya yang tersendiri

Enlightening talk on Ya'juj and Ma'juj



That All for Todays..... Assalamualaikum...