Sabtu, 25 Mei 2013

In shaa Allah




Assalamualaikum & Bismillah

Semua dah tahu dan sedia maklum,bahawa surah al-kahfi(Gua) menceritakan tentang Zulkarnain atau Alexander The Great (Nabi Zulkarnain as) ,tapi sebelum kita membaca ayat yang ke-83 hingga 99 yang menceritakan tentang Nabi Zulkarnain as, dalam ayat ke- 24 menceritakan tentang perkataan IN SHAA ALLAH.


Selain ucapan subhanallah,alhamdullilah,allah hu akbar,perkataan lain iaitu in shaa Allah ada diceritakan dalam al-quran. Apa yang kita sedia maklum maksud in shaa Allah adalah 'Dengan Izin Allah atau Jika Allah Mengkehendaki' adalah satu istilah yang sering digunakan berkaitan dengan janji atau dalam bahasa orang putih nya 'With God's Will '. Selalunya apabila kita berjanji, orang yang perlu menunaikan janji itu akan berkata  in shaa Allah bagi memberi faham kepada si penerima janji bahawa janji akan terjadi dengan keizinan Allah SWT.


Kisah ini diceritakan dalam ayat ke -24 (seperti yang di tulis di atas) dalam surah al-kahfi(gua).Kisahnya bermula apabila beberapa penduduk Mekkah datang kepada Nabi Muhammad SAW  bertanya tentang roh, kisah Ashabul Kahfi dan kisah Zulkarnain. Nabi menjawab, "Datanglah besok pagi kepadaku agar aku ceritakan." Keesokan harinya wahyu tidak datang menemui Nabi, sehingga Nabi gagal menjawab hal-hal yang ditanyakan. Tentu saja "kegagalan" ini menjadi cemuhan kaum kafir.

Saat itulah turun ayat menegur Nabi S.A.W

"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap sesuatu: "Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu besok pagi, kecuali (dengan menyebut): in shaa Allah . Dan ingatlah kepada Tuhan-Mu jika kamu lupa dan katakanlah "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini.".


Nampak tak betapa hebat perkataan in shaa Allah ni sehinggakan Allah s.w.t tidak menurunkan wahyu seperti kelazimannya tentang pertanyaan penduduk berkaitan roh.Apa yang dapat kita simpulkan di sini ialah perkataan in shaa Allah ini perlu diucapkan oleh setiap mereka yang membuat janji.Apa yang kita rancangkan jika tidak dikehendaki oleh Allah (kun faya kun) maka ia tidak akan berlaku tanpa keizinan-Nya.Walaupun kita pasti rancangan yang kita aturkan dah teliti,tapi kita perlu juga ucapkannya yang membawa maksud meminta keizinan-Nya.


ok,sebelum terlupa, ada satu lagi info berguna iaitu perkataan in shaa Allah yang membawa kepada maksud yang berbeza.


Apa yang ingin saya tekankan disini adalah tulisan rumi dalam penulisan, 'In Shaa Allah' atau 'InsyaAllah'. Kita tidak sepatutnya menulis 'InsyaAllah', 'InsyAllah' atau 'InshaAllah' kerana ia bermaksud 'Cipta/ Buat/ Wujudkan Allah'. Bunyi sama tapi membawa  maksud yang berbeza.

Astaghfirullah al-Azim...


In shaa Allah haruslah ditulis dalam 3 perkataan rumi 'In Shaa Allah' yang membawa maksud 'Dengan Izin Allah'. Marilah kita sama-sama sebarkan kepada semua dan perbetulkan kesilapan yang sebelum ini kita pernah lakukan. In Shaa Allah.                                                                                                                                          

                                                                                

ok,that all for today,in shaa Allah jumpa lagi.Assalamualaikum

Khamis, 23 Mei 2013

rahsia sesuatu kejadian

Assalamualaikum & Bismillah
Saya nak tanya kepada anda semua ,kenapa adanya azan ? Apa fungsi Azan bagi setiap 5 waktu dalam masa sehari? Ok,semua mesti anggap saya ni gila,kurang waras (dan seangkatannya).Tapi tahukah anda bahawa ( dah macam buat iklan sensodyne pulak) kenapa dalam setiap azan yang dikumandangkan ,azan subuh berbeza dan dikira special.Pernah terfikir tak? Kalau tak pernah,mari saya beritahu sebabnya.

"ash shalaatu khairun minan naum"

Jika kita terjemahkan, ianya bererti Solat itu lebih baik daripada tidur. Tetapi cuba perhatikan baik-baik. Mengapa kalimat itu hanya dikumandangkan semasa azan subuh saja? Dalam kalimat itu Allah SWT ternyata sedang memberikan isyarat kasih sayangnya pada kaum muslimin, satu isyarat yang sering kita abaikan maknanya, yang jika kita tangkap isyarat itu lebih kurang akan berbunyi seperti ini
"solat (pada masa) itu lebih baik dari pada tidur".
Subhanallah Laa Khaula Wa Laa Quwwata Illa Billaah, Lalu mengapa isyarat itu dikumandangkan hanya pada solat subuh, tatkala kita semua sedang tidur , dan bukan pada azan untuk solat lain?.
Pada kajian MILIS, kajian GISSI 2 dan kajian-kajian lain di luar negeri, yang dipercayai sebagai suatu penyelidikan yang sahih mendapati satu kesimpulan jika puncak terjadinya serangan jantung sebahagian besar dimulai pada jam 6 pagi sehingga jam 12 tengahari.
Mengapa demikian? Kerana pada masa itu sudah terjadi perubahan pada sistem tubuh dimana terjadi kenaikan tegangan saraf simpatis (istilah Cina:Yang) dan penurunan tegangan saraf parasimpatis (YIN).
Tegangan simpatis yang meningkat akan menyebabkan kita sedia bergerak, tekanan darah akan meningkat, denyutan jantung lebih kuat dan sebagainya.
Pada tegangan saraf parasimpatis yang meningkat maka terjadi penurunan tekanan darah, denyut jantung kurang kuat dan lambat. Terjadi peningkatan aliran darah ke perut untuk melumatkan makanan dan berkurangnya aliran darah ke otak sehingga kita merasa mengantuk, cenderung kepada keadaan istirehat.
Pada pergantian waktu pagi buta (mulai pukul 3 dinihari) sampai siang itulah secara diam-diam tekanan darah beransur naik, terjadi peningkatan adrenalin yang meningkatkan tekanan darah dan penyempitan pembuluh darah (efek vasokontriksi) dan meningkatkan sifat agregasi trombosit (sifat saling melekat satu sama lain pada sel trombosit agar darah membeku) walaupun kita tertidur.
Aneh bukan? Perkara ini terjadi pada semua manusia, setiap hari termasuk anda dan saya mahu pun bayi anda. Perkara seperti ini disebut sebagai ritme Circardian/Ritme sehari-hari, yang secara semulajadi diberikan Allah swt kepada manusia.


Furgot dan Zawadsky pada tahun 1980 dalam penyelidikannya mengeluarkan sekumpulan sel dinding arteri sebelah dalam pada pembuluh darah yang sedang diselidikinya . Pembuluh darah yang normal yang tidak dibuang sel-sel yang melapisi dinding bahagian dalamnya akan melebar bila dititisi suatu zat kimia iaitu: Asetilkolin.
Pada penyelidikan ini terjadi keanehan, dengan dikeluarkannya sel-sel dari dinding sebelah dalam pembuluh darah itu, maka pembuluh tadi tidak melebar bila dititisi asetilkolin.
Penemuan ini menimbulkan kegemparan dalam dunia perubatan. 
“Jadi itu  yang menentukan melebar atau menyempitnya pembuluh darah, sesuatu penemuan baru yang sudah sekian lama, sekian puluh tahun diteliti tapi tidak bertemu”.
Penyelidikan itu segera diikuti penyelidikan yang lain diseluruh dunia untuk mengetahui zat apa yang ada didalam sel bahagian dalam pembuluh darah yang mampu mengembangkan/melebarkan pembuluh itu. Dari sekian ribu penyelidikan maka zat tadi ditemui oleh Ignarro serta Murad dan disebut NO/Nitrik Oksida.
Ketiga penyelidikan itu Furchgott dan Ignarro serta Murad mendapat hadiah NOBEL tahun 1998. Zat NO selalu dihasilkan, dalam keadaan rehat tidur pun selalu dihasilkan, namun hasil ini dapat ditingkatkan oleh ubat golongan Nifedipin dan nitrat dan lain-lain tetapi juga dapat ditingkatkan dengan bergerak, dengan bersukan
Efek Nitrik oksida yang lain adalah mencegah kecenderungan membekunya darah dengan cara mengurangi sifat agregasi/sifat melekat satu sama lain dari trombosit pada darah kita.
Jadi kalau kita kita bangun tidur pada pagi buta dan bergerak, maka ini akan memberikan pengaruh baik pada pencegahan gangguan kardiovaskular.
Naiknya kadar NO dalam darah kerana aktiviti iaitu wudhu dan solat sunat dan wajib, kemudian disertai berjalan ke masjid merupakan perlindungan bagi pencegahan kejadian kardiovaskular......... tanpa manusia menyedarinya.
Selain itu patut dicatat bahawa pada posisi rukuk dan sujud terjadi proses menekan, posisi ini meningkatkan tegangan otot parasimpatis (yang melawan kesan tegangan otot simpatis). Dengan exercise tubuh menghasilkan NO untuk melawan peningkatan kadar zat adrenalin di atas yang berkesan menyempitkan pembuluh darah dan membuat sel trombosit darah kita jadi bertambah liar dan saling memeluk.

Ok,that all for today & Assalamualikum

Khamis, 16 Mei 2013

Siapa diri kita ???????

Assalamualaikum & Bismillah
Hari ini saya ingin bercerita atau lebih dikenali ialah berkongsi mengenai Pencipta kita.
Pernah terfikir tak kenapa,makin lama banyak lagu mengenai ketuhanan dan yang bersifat keagamaan dan semakin lama semakin banyak juga kumpulan nasyid yang baru "lahir"(WUJUD).
Memang kita kena ingat balik yang kita diciptakan kat dunia ni untuk menjadi Khalifah (yang suatu ketika dahulu kita sendiri yang memilih diri kita untuk menjadi khalifah ni)

Korang rasa,korang dah sampai tak tahap dalam memberi nasihat dan menjadi khalifah ni ? Bila kita fikir balik dan insafkan diri (serta letak cermin depan kita) mungkin kita akan nampak kekurangan kita...tapi kita tetap jugak kena jalankan kewajipan kita sebagai khalifah-Nya dekat muka bumi ni.

Perumpamaan yang boleh diberi sama macam (ketam mengajar anaknya berjalan....tapi kita tetap kena bagi nasihat walaupun benda tu nampak macam senang..tapi susah (kalau yang dah pernah cuba mesti tahu )
Saya ada sesuatu yang nak diceritakan disini sebenarnya....tapi minta maaf terlebih dahulu takut ada yang terasa (perkara yang saya ingin bagi tahu ni tak de kaitan dengan  yang hidup dan yang telah meninggal dunia...)

Suatu hari dalam ( biarlah rahsia),saya dengar seorang hamba Allah ni bercerita ttg agama (berkaitan dgn fardhu kifayah lah), saya jenis yang suka mendengar dan memerhati je,tak suka campur dalam urusan orang yang tak de kaitan.Masalahnya ialah hamba Allah ni bercerita ttg benda yang salah,saya rasa macam nak tegur tapi perasaan takut tetap akan muncul  bak kata orang "perasaan berdebar apabila tunggu untuk ditemuduga"hihihi
Memang betul-betul rasa nak je tegur tapi..saya rasa takut bukan sebab takut kepada hamba Allah ni tapi sebab saya tak pernah tegur diorang ni pun,saya rasa macam tak sanggup berhadapan dengan diorang ni sebab mungkin dia akan pandang kita dari sudut Negative (sebab manusia ni ada side Positive & side Negative nya ( cerita DR.JEKLLY & MR.HYDE FORM 3 NOVEL)

Saya terfikir juga masa tu kalau saya tegur  : adakah mereka akan terima atau mengkritik ?
Nak tahu kenapa saya nak tegur diorang ni sebabnya ialah apa yang hamba Allah ni cakap tu sebenarnya dah kira terpesong sangat sampaikan pelajar-pelajar lain berfikir untuk terima pendapat dia ni dan kebanyakannya dah terangguk-angguk dan setuju. Ni yang buat saya terfkir kalau saya tak tegur rasa macam salah,tapi KEBERANIAN dalam DIRI INI terlalu tipis lebih nipis dari kulit bawang masa buat experiment science form 1 (erk,rasamacam mengimbas kembali kenangan sekolah dahulu pulak )

Ok,semua mesti sekarang dah Blink,blink ,dizzy and keadaan yang serupa seperti ni kan...sebelum korang jumpa doktor untuk ambil ubat,baca dulu penyelesaian antara kaitan lagu nasyid kat malaysia yang dah capai tahap HOT dan cerita saya tadi.

Perkaitannya ialah :-
1. Berdakwah boleh dengan pelbagai cara contohnya : menyampaikannya dengan cara menyanyikan lagu,menulis dalam bentuk buku terutama novel sebab ramai yang suka baca novel.

2.Tugas berdakwah bukan terletak dibahu ustaz,ustazah,pendakwah bebas,atau guru-guru sekolah agama tetapi dibahu setiap manusia yang masih bernafas sehingga saat ini & yang tengah baca post saya ni ( kenapa ana,anta ????)

3. Seperti dalam nombor 2, setiap dari kita yang memilih dan bersetuju untuk menjadi khalifah maka jalankanlah tugas tersebut seperti kita rasa macam apa yang kita tahu semuanya kita telah bagi tahu dan berkongsi dengan orang lain.

4.Walaupun status seseorang itu berbeza pada pandangan orang lain,masih ada sifat baiknya yang mungkin kita tak lihat masa kita lihat keburukannya (mana boleh kita minum dalam satu masa tangan kita memasukkan nasi dalam mulut,begitulah perumpamaan yang sesuai),dan seteruk mana pun contoh walaupun seorang penagih dadah memberi nasihat kepada kamu,jika nasihatnya benar kamu perlu mengikutinya.

5.Setiap dari kita akan dapat ilmu yang berbeza,tak semua sama dalam menafsirkan ilmu yang diterima macam tu jugak bila peperiksaan jawapan pelajar berbeza antara 1 sama lain walaupun guru yang mengajarnya adalah seorang.

6.Mungkin soalan yang kita tanya tak mampu dijawap oleh seorang ustaz/ ustazah yang terkenal dengan jawapan mereka yang memuaskan (bukan bermakna soalan kita tu High Order Thinking (HOT).Mungkin jawapan yang kita perlukan boleh didapati dan diberikan oleh seorang kanak-kanak yang bawah umur dari kita,atau seorang yang kita tak sangka dia boleh berikan jawapan yang mungkin memuaskan hati kita.

Sebelum saya mengundur diri (macam nak pergi jauh je bunyinya) saya nak ucapkan Selamat Hari Jadi buat Ayah saya dan Selamat Hari guru untuk esok( belum pukul 1.00 pagi lagi (@-@).



Ok,that all for today,Assalamualaikum ( & *)

Sabtu, 4 Mei 2013

semut...bayaha atau tidak

Assalamualaikum & Bismillah
Hari ni saya nak terangkan serba sedikit tentang binatang...(kalau cerita tentang manusia,banyak sangat ...jadi saya bercerita mengenai haiwan)

ok,anda boleh pilih haiwan kegemaran anda....(????)cari dalam kamus,hihihi
tajuk kali ni mengenai semut yang boleh mematikan di dunia ni...(takut tak baca tajuknya..kalau takut saya nasihatkan anda jangan baca kerana takut anda akan mengigau di malam hari...hihihi

ok,jom baca post saya kali ni jika anda berminat dengan tajuknya...

Semut adalah seekor haiwan yang sangat kecil. Tapi ternyata ada beberapa jenis semut yang mengandungi racun sangat mematikan. Hati-hati apabila anda mencari semut jenis ini.

 1. Yellow Harvester Ant




Nama lain adalah Maricopa Harvester Ant. Yup, nampak kecil dan tidak berbahaya. Tapi ini adalah salah satu semut yang paling beracun. Hanya ditemui di Arizona, Amerika Syarikat.

Jika digigit, sangat menyakitkan dan mengalami pembengkakan tubuh. Boleh mati jika ada reaksi alergi. Satu kejutan boleh membunuh tikus dengan berat 2kg.


2. red Harvester



Salah satu
semut yang paling beracun, tapi kurang agresif berbanding Semut Api. Hanya ditemui di Amerika Syarikat. Jika digigit, akan terjadi pembengkakan pada kulit dan sangat sakit. Boleh mati kerana reaksi alergi.


 3. fire Ants  (gambarnya tak dapat diambil sebab kamera rosak...hihihi...)


Semut Api boleh menyebabkan keracunan secara maksimum dan kematian. Sekitar 20 kematian di seluruh dunia setiap tahun disebabkan oleh semut api ini.

Gigitannya menyengat, akan terasa seperti terbakar oleh api, kemudian mengalami pembengkakan dan boleh mengalami kematian jika alergi. Ditemui di Asia, Amerika dan Eropah.



Tips untuk berjaga-jaga dengan SEMUT(kalau semut tahu saya tulis post ni...mesti die serang saya...hahaha)

1. Simpan ridsect banyak-banyak (beli selagi anda terdaya....kalau ada bekas kosongnya pun tak pe...mungkin semut akan takut jika tahu anda PENGUMPUL BEKAS RIDSECT)
2. Bela tenggiling di rumah anda ( semut merupakan haiwan yg paling banyak di muka bumi,iaitu 1 juta bagi setiap seorang ( ni fakta yang benar.)Tenggiling memakan semut sebagai makanan rujinya(pelik je bunyinya..hihihi)
3.Balut diri anda supaya semut tidak dapat melihat anda lagi ( caranya pilih alat perlindungan yg mempunyai warna sama dgn warna persekitaran anda...belajar dengan sesumpah...)
4. Elak diri anda sejauh mungkin agar tak bertemu,berjumpa,terlihat atau terserempak dengan semut sedaya mungkin....

Ni je tip yang saya boleh beri setakat ni,kalau ada lagi nanti saya akan tambah....
Moral story :-
Walaupun semut itu kecil,tetapi kelebihannya yang boleh membawa kepada maut amat menakjudkan,jadi jangan perlekehkan kekuatan seseorang walaupun di mata kita dia lemah,tetapi kekuatan yang dimilikinya mungkin disembunyikan..jika ingin tahu maka KITA PERLU BUAT UJI KAJI....(JOM JALANKAN EXPERIMENT )....
OK,that all for today...ASSALAMUALAIKUM
erk,sebelum terlupa nah,silalah buka video yang disediakan di bawah ni...harap anda terhibur...

kalau nak buat macam ni,perlu sasarkan kepada orang yang tak de sakit jantung n penyakit berbahaya ..takut kita masuk penjara pulak....(video so real it's scary)


 cuba try jika anda betul-betul dah pasti rambut anda boleh buat macam ni...

Sabtu, 9 Mac 2013

ambidextrous

Assalamualaikum & Bismillah

Apa itu AMBIDEXTROUS...erk,knp terus tanya soalan..tak de mukaddimah dulu ke.. hahaha..maaf terlupa.Sebenarnya selama saya post tentang otak..saya rasa jawapan yang saya postkan macam tak difahami oleh anda , anda, dan anda semua bila membaca post saya..betul tak (sila angkat kening macam YOUSEFF...)

Ok...sebagai permualaan ...siapa disini bertangan kidal..apa kaitannya dengan otak...kalau tak faham,sila baca post saya yang sebelum ni tentang otak...


Otak kanan mengawal bahagian kiri badan 
manakala 
otak kiri mengawal bahagian kanan badan


Fungsi otak kanan berkaitan dengan :
  • Imaginasi
  • Berfikir secara kreatif
  • Irama
  • Khayalan
  • Emosi
  • Ilham
  • Intuisi (gerak hati)
  • Warna
  • Muzik
  • Apa saja aktiviti-aktiviti kreatif
Fungsi otak kiri
  • Mengingati ilmu, pengetahuan atau maklumat
  • Menyimpan data dan fakta
  • Menganalisis
  • Memahami logik, bahasa dan matematik


Otak kanan lebih kepada kreativiti dan selalunya dikaitkan dengan orang yang menggunakan tangan kiri (kidal) manakala otak kiri lebih kepada pengiraan, sistematik dalam mengatur pelan perancangan namun kedua-duanya mempunyai saling kaitan dan manusia menggunakan kedua-dua belah otaknya untuk berfikir secara optimum.

Cuba test otak anda dengan melihat gambar di bawah :

                      

adakah anda faham apa yang saya sampaikan....harap semua yang baca post saya ni,bijak-bijak belaka seperti albert einstein ( 160 range IQnya sama dengan stephen hawking
)

ok,cukup sampai disini sahaja....opps,lupa apa itu ambidextrous? yer,tu lah soalan kami...hmm,saya faham..mari dekat sikit,senang nak jelaskan kat kamu kalau jauh takut tak dengar...hihihi

 ambidextrous ialah orang yang boleh menggunakan kedua-dua belah tangannya dengan baik sejak kecil dan secara semulajadi...
siapa yang ada penyakit / kelebihan ini.

Apa penyakit / kelebihannya...
Ada yang berpendapat ia petanda masalah ,walaupun mereka rasa bangga memilikinya sebagai suatu kelebihan(bangga sekejaplah tu maksudnya...hihihi)
Mungkin mereka menghadapi masalah mental & disleksia apabila bersekolah...
Apa itu disleksia ..hihihi tahu-tahu je apa yang kami fikirkan.
Disleksia ialah orang yang tidak boleh membaca tapi bagaimana mereka boleh jadi hebat...
Jawapannya ..mereka fokus kepada kelebihan yang mereka miliki.

Mereka adalah :-
Albert einstein :- Ahli fizik terkenal (bkn jiran saya..harap maklum..hihihi)
Thomas Alva  Edison :- Pencipta mentol (kalau rasa susah nak beli mentol kat kedai...jadikan dia sebagai jiran anda..tip berguna. Sihat utk harta anda..hihi)
Tom Cruise :-pelakon terkenal (entah ,.tak tahu nak komen apa..Fatih lagi terkenal..)
      ok...mari dengar lagu nasyid & video mat lutfi...



That all for today...Assalamualaikum. ( @ - @ )

Khamis, 28 Februari 2013

Amaran.....tidak diendahkan

Assalamualaikum & Bismillah

   
             Apa yang anda faham tentang tanda diatas ini(ni hanya amaran tapi manusia tak pernah nak endahkannya)
Pernah terfikir tak kenapa kat Sekolah ada Loceng,kat Hospital ada Ambulans,kat kereta ada "Hon",kat handset ada alarm.... tu semua adalah tanda "amaran",manusia tak akan berdisiplin kalau tak ada benda ni semua.Cuba bayangkan kalau benda ni semua takde,tapi ada polis,doktor,guru,bomba &sebagainya(boleh ke mereka kawal keadaan)..
Dan pernah kah kamu terfikir,kenapa setiap kereta bunyi "hon"nya tetap sama ,tak ada ke yang lagu rock,nasyid ke?(gila sekejap)....ini membuktikan walaupun undang-undang telah ditetapkan,tapi untuk melaksanakannya suara kita tidak mampu didengar oleh berjuta/berbillion lemon manusia ni sebab kebanyakannya teringi digelar "istimewa",kalau guna suara tak boleh,bagilah amaran bertulis(tetap tak boleh,sebab manusia ni ramai yang buta huruf & pura-pura buta huruf..(tapi bagi jepun diorang tetap akan baca sebab diorang suka membaca buku..hihihi).So,teknologi seperti loceng semua dicipta untuk tujuan bagi "amaran,peringatan,nasihat"untuk apa?Hanya satu je jawapannya iaitu untuk mendisiplinkan manusia ni ? sebab apa? sebab manusia ni degil,tak suka dengar arahan.Tetapi kenapa yer manusia ni berani untuk menjadi khalifah kat muka bumi ni sedangkan dengar nasihat pun malas,ni nak bagi nasihat kat orang lain pulak?seperti apa?seperti ketam mengajar anaknya menari,eh silap berjalan.Ni nasib baik dulu time cikgu ajar tak pernah terfikir untuk buat peta dunia...
Berbalik kepada soalan kita tadi ...kenapa manusia ni berani untuk menjadi khalifah?Sebab hanya manusia sesama manusia je yang faham bahasa pertuturan kita,cuba bayangkan Kucing tegur kita buang sampah? tak ke pelik,sedangkan budak bawah umur tegur kita buat salah pun kita marah dia.kalau kucing yang tegur,hmm nauzubillah (tak tahu apa jadi?)Siapa cakap hanya peranan ustaz,ustazah & golongan alim ulama sahaja yang harus melaksanakan tugas "dakwah"(khalifah) tu,hahaha(kalau korang angkat tangan pun bukan saya boleh tahu,betul tak)...
Contoh :Doktor boleh nasihat pesakit dia makan ubat ikut masa,tapi boleh ke doktor jalankan tugas dakwah?jawapannya boleh,habis takkan tak kena marah,(cuba baca ni ) time doktor beri ubat boleh doktor nasihatkan supaya makan ubat tu selepas basuh tangan /sebelum minum ubat mulakan dengan membaca "bismillah".
Orang buat bangunan pun guna nisbah yang betul,kalau tak bentuk bangunan tu jadi macam menara condong pulak?hihihi...apa kaitannya ? setiap manusia perlu memiliki nisbah dan ukuran yang seimbang dalam memiliki iman ,takwa serta keikhlasan supaya hidup kita selamat dunia akhirat..
 
 
Polis boleh bagi nasihat kepada pencuri supaya tak curi lagi kalau tak dihukum potong tangan atau hukum hudud untuk orang yang membunuh. Apa isi penting yang anda dapat ialah mengenai Setiap Seorang Dari Kita Dijadikan Khalifah,maka Jalankanlah dengan sebaiknya....Setiap dari kita ada tanggungjawabnya di muka bumi ni....tapi apa kaitannya dengan disiplin...kaitannya ialah kita kena disiplin diri kita sendiri dengan melakukan Suruhan-Nya& meninggalkan Larangan-Nya.Disiplin itu penting,ia membuktikan kejayaan jika kita melakukan dengan betul dan baik....
ok,that all for today....



 
           


Rabu, 27 Februari 2013

Alexender zulkarnain...siapakah beliau???

Assalamualaikum & Bismillah 
 Siapakah Alexender Zulkarnain...nak tahu..sila angkat tangan..(hahaha macam nampak je)..ok,siapa nak jawapan untuk periksa sila baca sampai habis..



“Siapa yang aniaya, akan kami siksa dan dikembalikan kepada Tuhan agar Tuhan memberi siksa yang lebih hebat lagi. Adapun orang-orang yang saleh dan baik, akan kami lindungi serta diberi ganjaran-ganjaran dan kepadanya kami hanya akan perintahkan kewajiban-kewajiban yang ringan saja.”
Kata-kata tersebut berasal dari mulut sang penguasa eropa yang sejarah hidupnya,kelakuannya,kepercayaannya,menjadi pro dan kontra lebih dari 2300 tahun setelah sepeninggalnya iskandar zulkarnain,atau Alexander zulkarnain,atau yang kerap kita kenal dengan nama Alexander the great.
Alexander dilahirkan di Macedonia,tahun 356 sebelum masehi beliau lahir sebagai seorang pangeran yang akan meneruskan kekuasaan ayahnya Raja Philip II, Alexander dididik dengan pendidikan terbaik,dilatih oleh guru-guru terbaik dan dikurniai bakat terbaik,sebagai ilmuan,panglima,pangeran,dan pemimpin yang baik.

tersebutlah nama salah seorang pemikir terkenal pada zaman itu Aristoteles sebagai salah satu guru dari Alexander,pada usianya yang masih muda Alexander mengikuti pertemuan-pertemuan politik antara para raja dan bangsawan,kecerdasannya mengundang rasa iri serta kekaguman para raja.
keberaniannya ditempa oleh cerita tentang keberanian Achiles yang berasal dari buku iliad pemberian dari gurunya Aristoteles,Achiles nama seorang pejuang yang diceritakan begitu gagah berani dan kuatnya menimbulkan kesan positif bagi Alexander muda.
pada usianya yang ke 20 ayahnya Raja Philip II meninggal dunia karena terbunuh oleh beberapa orang yang tidak menyukainya,saat itulah Alexander diangkat menjadi seorang raja,mewarisi kekayaan Macedonia,serta mewarisi kekuasaan sebagai pemimpin tertinggi.
"Sehingga, apabila dia sampai di tempat terbenam
Matahari, didapatinya matahari itu terbenam dalam mata
air yang berlumpur hitam. Di sana didapatinya satu
kaum. Kami berkata : Hai, Zul'karnain, adakalanya
engkau siksa (kaum yang kafir itu) atau engkau
perlihatkan kepada mereka kebaikan..."
(Surah al-Kahfi 18 ayat 86)

Alexander zulkarnain,diceritakan dalam Al-quran yang tiada keraguan didalamnya,sebagai seorang yang mengemban tugas menegakkan Kebenaran,beliau mengemban tugas tersebut dan mulai bergerak dengan cara memperluas kekuasaan macedonia, pertama dia menyerbu daerah yang sekarang dikenal sebagai bulgaria dan rumania.
Pada zaman itu dikenal kebengisan tentara Imperium persia,tentara yang tidak mengampuni anak-anak,orang tua mahupun wanita,kekuasaan Imperium persia antara lain membentang dari Selat Dardanella sampai ke India.
Tahun 334 sebelum masehi,Alexander memulai penyerbuan ke wilayah-wilayah Asia menyeberangi laut Marmoa mendarat di daerah Asia kecil atau sekarang Turki.
kemenangan demi kemenangan setelah kemenangan pertama di sungai Granicus tidak membuat Alexander
melupakan tugas utamanya,setelah berbagai penaklukan beliau tidak mengizinkan  melainkan membuat kesepakatan dengan menghormati kepercayaan bangsa-bangsa yang ditaklukannya,bahkan dalam beberapa versi diceritakan Alexander menikahi salah seorang dari bangsa yang ditaklukannya.


Antara Iskandar zulkarnain dengan Yajud dan Majud.
Dikisahkan,saat Iskandar menuju Armenia melewati Persia dan Azerbaijan,dia menemui bangsa yang hidup diantara dua gunung,bangsa tersebut terlihat hidup dalam ketakutan,kegelisahan,seakan setiap harinya adalah ketakutan,Iskandar tidak memahami bahasa yang digunakan bangsa tersebut,akhirnya Iskandar mengerti alasan ketakutan bangsa tersebut,adalah dikarnakan bangsa tersebut tinggal berdampingan dengan bangsa Yajud dan Majud,Bangsa yang kejam,menghancurkan segala yang mereka lewati,membunuh siapa yang mereka temui.
Iskandar meminta bahan-bahan dari bangsa yang hidup diantara dua gunung tersebut,untuk membuat tembok yang tidak bisa di tembus oleh siapapun,oleh apapun.
“tembok ini adalah anugrah dari tuhanku,hanya tuhankulah yang dapat menembusnya dengan izinnya”
Bangsa yang hidup diantara dua gunung tersebut berterima kasih pada Iskandar serta memberikannya upah,namun Iskandar berkata
“saya menghargai pemberian dari kalian,namun saya tidak mengharapkannya,adalah rahmat tuhan saya yang telah memberikan saya segalanya”
Setelah Iskandar Zulkarnain dapat menaklukkan negeri-negeri lainnya ditimur, barat, diutara dan diselatan, maka kerajaannya kini
meliputi: Moroko, Rom, Yunani, Mesir, Persia dan India, sehingga merupakan sebuah kerajaan yang amat luas, yang belum pernah terjadi sebelumnya, dimana penduduknya kini hidup dengan aman
tenteram dan makmur.
Cita-cita Iskandar Zulkarnain telah dapat dicapainya, berkat pertolongan Allah, kerana dia selalu berlindung diri kepadaNya. Tetapi sayang setelah Iskandar Zulkarnain meninggal dunia, kerajaan
yang besar dan bahagia itu menjadi berpecah-belah, kerana perebutan kekuasaan para pengikutnya yang ditinggalkannya.
Iskandar Zulkarnain yang bererti raja Timur dan Barat, telah dapat mempersatukan kerajaan Timur dengan kerajaan Barat, menjadi suatu kerajaan yang adil dan makmur, berkat ilmu dan pengetahuannya, serta berkat dasar ketuhanan yang selalu dipegangnya teguh dalam mendirikan kerajaan besar itu.
Cita-cita Iskandar Zulkarnain yang suci murni dan maha besar itu, untuk sementara telah dilanggar oleh manusia yang berkuasa sesudahnya.

“beliau adalah raja yang agung,yang merendahkan keagungannya dibawah naungan keagungan yang Esa..beliau adalah raja yang agung,yang keagungannya anugerah dari yang maha agung..beliau adalah raja yang bijaksana,yang kebijaksanaannya adalah amanah dari yang kuasa”

 NI MAKLUMAT LAIN,KALAU RAJIN SILALAH BACA....KALAU MALAS ..PERGI TIDUR....hihihi

Iskandar Zulkarnain dikenali sebagai raja dan penakluk yang tiada tolak bandingnya. Di kalangan umat Islam, beliau dikenali sebagai Iskandar Agung. Manakala dalam masyarakat Barat, beliau dipanggil Alexander The Great. 
Namun, perbezaan nama itu menimbulkan persoalan yakni adakah kedua-dua nama itu orang yang sama ataupun tokoh yang berbeza. Persoalan ini masih belum terjawab. 
Di kalangan ulama dan para sarjana, mereka berbeza pendapat mengenai perkara ini kerana terdapat beberapa perbezaan dan ketidak selarasan cerita mengenai Iskandar Zulkarnain mengikut versi Islam dan barat.
Namun begitu A. Yusuf Ali, salah seorang ulama yang terlibat dalam menterjemah dan mentaksirkan al-Quran ke dalam bahasa Inggeris, menyimpulkan bahawa Iskandar Zulkarnain yang disebut dalam Quran dan sejarah Islam sama dengan Alexander The Great di barat. Perbezaan nama itu timbul kerana Raja Iskandar Zulkarnain menguasai empayar yang luas melangkaui dari benua Eropah sampai ke Timur Jauh. Beliau memerintah dua kerajaan dunia iaitu Timur dan Barat. Iskandar Zulkarnain pernah memimpin bala tentera ke Parsi, India, Bulchistan, dan Asia Tenggara. Malahan pernah belayar mengelilingi Semenanjung Tanah Melayu dan singgah di kota Medang Kamulan timur yang terletak di Kelantan.Di Medang, Iskandar Zulkarnain merancang untuk menguasai seluruh Kepulauan Melayu. 
Menurut catatan sejarah, Iskandar Zulkarnain berada Pulau Jawa selama 20 tahun untuk tujuan berdakwah. Setelah itu, beliau memimpin angkatan tenteranya menuju ke China. Kedatangannya mendapat tentangan yang hebat daripada Maharaja China. Tetapi bala tentera Iskandar Zulkarnain terlalu kuat dan akhirnya tentera China menyerah kalah.Maharaja China terpaksa menyerahkan bahagian timur Wilayah Shensi kepada Iskandar Zulkarnain. Beliau telah melantik seorang gabenor dan menamakan wilayah itu ‘Shang’ iaitu dari sebutan Cina ‘Yaksan’, nama asal Iskandar Zulkarnain. Selepas berjaya menguasai sebahagian wilayah Shang, China, Iskandar Zulkarnain meneruskan misi penaklukan ke negara Korea sebelum menyeberang ke Kepulauan Jepun. Dengan itu, tercapailah hasrat Iskandar Zulkarnain untuk sampai ke negara matahari terbit iaitu tempat yang paling hujung di sebelah timur.
Di setiap negara yang ditaklukinya, Iskandar Zulkarnain telah mengambil kesempatan untuk menyebarkan agama Nabi Ibrahim. Hampir tiga perempat dan penjuru dunia telah dijejaki oleh Iskandar Zulkarnain. Perihal ini ada disebut dalam al-Quran bahawa Iskandar Zulkarnain telah sampai ke negara matahari jatuh iaitu Norway dan terbit yakni Jepun. Sebab itulah beliau digelar “Zulkarnain” yang dalam bahasa Arab membawa pengertian “yang mempunyai dua tanduk”. Dua tanduk itu merujuk kepada dunia barat dan timur. 
Iskandar Zulkarnain dipercayai hidup lebih 3500 tahun yang lalu.Mengikut kitab Sulalatus Salatin, raja-raja Melayu merupakan keturunan Iskandar Zulkarnain. Ramai pengkaji sejarah meragui hubungan tersebut dan menyifatkannya sebagai percubaan penulis kitab itu untuk mengangkat martabat dan menunjukkan kehebatan serta kemuliaan raja-raja pada zaman dahulu. Sesetengah pula yang menyifatkannya sebagai mitos yang sengaja diadakan. 
Begitu juga legenda mengenai Iskandar Zulkarnain sengaja diperbesar-besarkan.Mengikut legenda barat, Raja Iskandar Agung pernah membina tembok gerbang besi bagi menyekat Yakjuj dan Makjuj yang lari ke sebuah gunung. Tujuannya ialah untuk mengelakkan kedua-dua makhluk ini daripada membuat onar dan mencetuskan huru-hara. Gerbang besi ini kononnya pernah ditemui oleh seorang pengembara China pada kurun ke-7 Masihi. Pengembara yang bernama Hiouen Tsiang menjumpai gerbang itu ketika dalam perjalanannya ke India. Beliau hanya menemui dua daun pintu yang diperbuat daripada besi dan digantung dengan loceng-loceng. Pintu gerbangnya sudah tidak wujud lagi. Keadaan ini mungkin disebabkan gerbang besi itu telah dirobohkan oleh orang-orang Monggol yang keluar menjelajah ke barat. Tembok gerbang besi itu dipercayai terletak di sebuah daerah yang bernama Hissar iaitu lebih kurang 150 batu dari Bukhara.
Kisah Iskandar Zulkarnain turut disebut secara tidak langsung dalam kitab Injil. Iskandar Agung atau Alexander The Great dibayangkan sebagai seorang raja yang gagah perkasa dan memerintah jajahan yang besar. Namun empayar jajahannya musnah selepas kematiannya. Josephus, seorang ilmuwan yang berbangsa Yahudi-Palestin yang hidup hampir sezaman dengan Nabi Isa a.s. pernah menulis secara panjang lebar mengenai lawatan Iskandar Zulkarnain ke Juruselam dan Baitul Mukaddis yang menjadi kota suci kepada orang-orang Yahudi, Nasrani, dan Islam.Baitul Mukaddis pernah diperintah oleh Nabi Sulaiman dan Nabi Daud. 
Selepas kewafatan kedua-dua nabi tersebut, orang Yahudi berbalah sesama sendiri dan menyebabkan kota itu jatuh ke tangan Iskandar Zulkarnain. Selepas Iskandar Zulkarnain meninggal dunia, Baitul Mukaddis jatuh pula ke tangan beberapa kuasa seperti Rom, Parsi, dan Islam. 
Sehingga ke hari ini, Baitul Mukaddis masih menjadi rebutan di kalangan orang-orang Islam, Yahudi, dan Nasrani dan menyebabkan pergolakan di Palestin masih menjadi isu yang tidak kunjung selesai.Yang lebih menarik dan pelik mengenai Iskandar Zulkarnain ialah beliau dikatakan pernah berguru dengan Aristottle, anak murid Plato, ahli falsafah Yunani yang terkenal. Justeru itu, timbul persoalan apakah Aristottle merupakan seorang yang beragama Islam kerana tidak mungkin bagi Iskandar Zulkarnain yang menganut ajaran Nabi Ibrahim mempelajari sesuatu yang bertentangan dengan akidah dan kepercayaannya. 
Bukan sekadar itu, Iskandar Zulkarnain juga dikatakan memperturunkan zuriatnya di Asia Tenggara, India, dan Parsi. Di antaranya ialah “Bharata” yang lahir di Pulau Jawa. Daripada “Bharata” pula lahir Anushirwan yang menjadi Raja Parsi dan turun kaum Pandawa serta Kaurawa dalam abad pertama Masihi.Nampaknya terdapat usaha daripada pelbagai bangsa dan kaum untuk menghubungkan keturunannya dengan Iskandar Zulkarnain. 
Jadi sudah tentu Iskandar Zulkarnain merupakan seorang tokoh dunia yang begitu hebat sehingga namanya disebut hampir dalam kebanyakan peradaban besar dan utama dunia. Setiap bangsa dan peradaban mempunyai panggilan yang tersendiri terhadap Iskandar Zulkarnain. Mereka cuba menampilkan sifat-sifat Iskandar Zulkarnain mengikut acuan serta nilai masyarakatnya. 
Oleh hal yang demikian, bukan suatu perkara yang menghairankan kalau Iskandar Zulkarnain mempunyai nama dan panggilan yang lain selain daripada Iskandar Agung dan Alexander The Great. Hal ini kerana pada hakikatnya kedua-duanya merupakan orang dan tokoh yang sama.
                                                                                              
ok,that all for today.assalamualaikum