Rabu, 26 Jun 2013

Minum Berdiri

Assalamualaikum & Bismillah
Topik hangat kita hari ni ialah (hangat lah sangat kan),mengenai ....perbuatan tidak sopan iaitu (minum berdiri).


MINUM BERDIRI : Antara Hukum, Kesan dan Kaitan Isu Semasa

HADITH

Islam telah menetapkan adab bagi umatnya dalam melakukan sesuatu kegiatan bagi mendapat kesejahteraan. Begitu juga islam telah menetapkan adab-adab ketika minum. Permasalahan berkaitan minum berdiri ini telah menyebabkan ulama berbeza pendapat mengenai hokum minum berdiri itu.

Hadis yang menunjukkan tegahan minum berdiri ialah hadis yang diriwayat oleh muslim iaitu: Terjemahan: dari anas ra, sesungguhnya nabi Muhammad saw melarang minum berdiri. Hadis ini merupakan hadis yang diriwayatkan oleh muslim didalam kitab minuman, bab tegahan minum berdiri, hadis yang ke 3771.

Hadis ini menjelaskan larangan yang berbentuk tegahan minum secara berdiri. Namun ulama telah berselisih pendapat mengenai larangan minum berdiri ini. Ibn qym berpendapat hukum minum berdiri ini adalah haram dan hanya dibenarkan sekiranya terdapat halangan yang menghalangnya minum secara duduk.

Namun beberapa fuqaha seperti imam malik berpendapat laranagn ini telah dimansukhkan dengan hadis Ibn Abbas iaitu: Terjemahan: dari Ibn Abbas berkata, aku memberi air zam-zam kepada Rasulullah saw, lalu baginda meminumnya sambil berdiri ( riwayat muslim).

Hadis ini merupakan hadis yang diriwayatkan oleh muslim didalam kitab minuman, bab minum air zam-zam berdiri, hadis ke 3776. Hadis ini menunjukkan rasulullah saw minum air zam-zam dalam keadaan berdiri. Imam malik telah memansukhkan hadis yang pertama tadi dengan hadis ini yang menunjukkan minum berdiri bukan haram.

Perkataan nabi melarang minum berdiri itu, menurut zahirnya larangan minum sambil berdiri itu. Tetapi hadis ibnu abbas menunjukkan bolehnya minum berdiri. Al-Mazuri berkata, orang-orang yang berselisih pendapat dalam masalah ini ialah jumhur yang berpendapat boleh minum berdiri dan pendapat yang lain berpendapat makruh.

Hadis dari anas ra merupakan hadis sunnah qauliyah manakala hadis dari Ibn Abbas merupakan hadis sunnah fi’liyyah. Apabila kedua-dua hadis ini bertembung, maka yang menjadi dasar hokum ialah hadis sunnah qauliyah, manakala hadis sunnah fi’liyyah berperanan menafsirkan maksud sebenar yang terkandung dalam hadis sunnah qauliyah tersebut. Ini bererti tegahan pada hadis anas tadi bukan membawa maksud haram, tetapi makruh.

Imam Nawawi berkata yang sebenarnya, larangan yang di maksudkan itu adalah untuk kebersihan dan perbuatan nabi minum berdiri itu menjelaskan bolehnya minum berdiri dan tidak haram. Berdasarkan pada hadis yang menegah minum berdiri itu, dapat di lihat mengapa rasulullah saw menegah kita minum berdiri.


KAJIAN DARI SUDUT SAINS

Di antara sebab di larang minum berdiri ialah, menurut pakar perubatan Dr Abdul Razzak Al-Kailani “Sesungguhnya makan dan minum duduk lebih baik dr segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas; dimana makanan dan minuman lalu di dinding perut dgn tenang.

Adapun minum berdiri menyebab cecair akan jatuh ke dasar perut dgn keras dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini selalu berlaku dan lama masa berlalu akan menyebabkan perut akan longgar dan jatuh sehingga menyebabkan susah nak hadam. Begitu juga dgn makanan.

Menurut pandangan Dr Ibrahim Ar-Rawi, apabila seseorang itu berdiri ototnya menjadi tegang (strain) dan pada masa yang sama sisitem imbangan pada sistem saraf pusat (central nervous system) dalam keadaan terlampau aktif mengawal semua otot, untuk melakukan proses pengimbangan dan berdiri tegak.

Ia adalah proses gabungan diantara sistem saraf dan sistem otot dlm satu masa yg menyebabkan manusia tidak mampu mendapat kerehatan anggota. Kerehatan otot adalah syarat yg terpenting ketika makan dan minum dan wujud ketika mana duduk.

Apabila duduk maka sistem saraf dan sistem otot dlm keadaan tenang dan sensation (rasa) akan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambahnya kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman dan akan menyerap (assimilation) makanan dengan cara yang betul.

Namun demikian diharuskan berdiri ditempat yg tak sesuai duduk sprti tempat yg terlampau sesak. Ini adalah kerana Nabi s.a.w pernah minum berdiri,ini berdasarkan kepada hadis Ibn Abbas yang menyatakan rasulullah minum air zam-zam berdiri.

Persoalannya di sini, mengapa rasulullah minum air zam-zam dalam keadaan berdiri.

Menurut kajian pakar, air zam-zam mengandungi fluorida yang memiliki daya efektif membunuh kuman serta ia mengandungi kalsium dan garam magnesium yang tinggi berbanding air biasa, dari segi saintifik air zam-zam bersifat alkali, jadi air zam-zam boleh meneutralkan asid hidroklorik yang terhasil di dalam perut dan mengurangkan pedih ulu hati.

Jadi inilah sebab rasulullah minum air zam-zam berdiri supaya air tersebut cepat dapat meneutralkan asid yang terhasil dalam perut.

Selain itu, air zam-zam juga mengandungi iodin, sulfat dan nitrat. Kandungan makronutrien yang tinggi khususnya magnesium, sodium dan potassium menyebabkan air zam-zam bersifat nutritif berbanding sumber lain, inilah yang membuatkan air zam-zam dapat menyegarkan para jemaah haji yang meminumnya dan memberi ketahanan anbodi kepada orang yang meminumnya.



Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Subhanallah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bagi umatnya!
Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIIR MASAK..

1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur dpat membersihkan organ-organ internal.
2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu fungsi seluruh pencernaan + ginjal
3. Minum segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah
4. Minum segelas air sebelum tidur dapat mencegah stroke + serangan jantung



"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman,
(2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran
(4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".
~Surah Al-'Asr.

   

 

Biologikal Manusia
Perbuatan meminum sambil berdiri akan menyebabkan proses penapisan air tidak berlaku. Keadaan ini boleh menyebabkan penyakit kristal ginjal
Perbuatan meminum sambil berdiri akan menyebabkan proses penapisan air tidak berlaku. Keadaan ini boleh menyebabkan penyakit kristal ginjal
Secara klinikal, air yang masuk dengan cara posisi duduk akan disaring oleh sfinger. SFINGER adalah suatu struktur berotot (muscular) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup. Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penapisan yang berada di ginjal (kidney). Sekiranya pada masa tersebut kita minum sambil berdiri maka air yang kita minum itu secara automatik akan masuk tanpa disaring lagi. Ia akan terus menuju ke kandungan air kencing. Ketika menuju ke kandungan air kencing itu maka terjadilah pemendapan (sedimentation) di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Oleh kerana terdapat sisa-sisa makanan yang melekat pada saluran ini maka bermulalah satu penyakit kristal ginjal (crystal kidney disease) yang sungguh berbahaya. Senario ini menjustifikasikan hubungan-kait ureter yang sedikit demi sedikit menjadi tersumbat tadi.
Larangan Minum Dan Makan Secara Berdiri Menurut Perspektif Islam
Terdapat beberapa hadis yang menerangkan perihal tegahan perbuatan minum secara berdiri yang diriwayatkan oleh para sahabat Nabi Muhammad S.A.W. Di antara petikan hadis yang masyhor;
“Dari Anas dan Qatadah, Rasulullah S.A.W bersabda; “Sesungguhnya beliau melarang seseorang minum sambil berdiri, Qotadah berkata:”Bagaimana dengan makan? Beliau menjawab; “Itu kebih buruk lagi.”
(Riwayat : Muslim dan Turmidzi)
“Bersabda Nabi Muhammad S.A.W dari Abu Hurairah; ”Jangan kalian minum sambil berdiri! Apabila kalian lupa, maka hendaknya ia muntahkan!”
(Riwayat :  Muslim)
Manakala terdapat sebuah hadis yang menceritakan perbuatan Nabi Muhammad S.A.W duduk bertongkatkan lutut semasa makan seperti di dalam petikan hadis berikut;
“Diriwayatkan ketika Rasulullah S.A.W di rumah Aisyah R.A. sedang makan daging yang dikeringkan di atas lutut talam sambil duduk bertongkatkan , tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah S.A.W duduk sedemikian itu lalu berkata; “Lihatlah orang itu duduk seperti budak. Maka dijawab oleh Rasulullah S.A.W; “Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak.” Lalu Rasulullah S.A.W mempersilakan wanita itu untuk makan. Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah S.A.W sebagaimana sabdanya; “Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan.”
(Riwayat : Bukhari)
Larangan Minum Dan Makan Secara Berdiri Menurut Perspektif Sains
Berdasarkan kepada hasil kajian yang dijalankan oleh seorang Pakar Perubatan bernama Dr. Abdul Razzak Al-Kailani berkaitan tindakbalas terhadap makan dan minum secara berdiri telah merumuskan;
“Sesungguhnya makan dan minum dalam keadaan duduk lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas. Di mana makanan dan minuman akan melalui dinding perut dengan perlahan-lahan. Manakala minum berdiri menyebabkan cecair akan jatuh ke dasar perut dengan laju dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini sering berlaku dan dalam jangka masa panjang, ia akan menyebabkan perut menjadi longgar dan jatuh sehingga menyebabkan minuman susah untuk dihadam. Begitu juga dengan makanan.
Posisi secara duduk akan membuat sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang dan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambah kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman
Posisi secara duduk akan membuat sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang dan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambah kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman
Pandangan ini turut disokong oleh Dr. Ibrahim Ar-Rawi yang membuat kajian terhadap sistem saraf dan sistem otot telah menerangkan;
“Apabila seseorang itu berdiri ototnya menjadi tegang dan pada masa yang sama sistem imbangan pada sistem saraf pusat (central nervous system) dalam keadaan terlampau aktif mengawal semua otot, untuk melakukan proses pengimbangan dan berdiri tegak. Ia adalah proses gabungan di antara sistem saraf dan sistem otot dalam satu masa yang menyebabkan manusia tidak mampu mengawal kedua-duanya untuk rehat. Keadaan otot yang rehat adalah syarat yang terpenting ketika makan dan minum dan keadaan ini hanya wujud ketika seseorang itu duduk. Ini kerana apabila duduk maka sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang akan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambah kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman. Ini akan menyerap (assimilation) makanan dengan cara yang betul.
Kesimpulan
Para Fuqaha’ telah khilaf dalam masalah hukum minum berdiri ini. Namun begitu, para Fuqaha’ lainnya ada berpendapat larangan minum berdiri ini telah dimansuhkan (dihilangkan hukum) berdasarkan hadis Ibn Abbas R.A yang berkata:
“Aku memberi (menghulurkan) air zam-zam pada Rasulullah SAW, dan Baginda meminumnya sambil berdiri“
Dalam sahih Bukhari, hadis daripada Abdul Malik bin Maisarah daripada al-Nizaal, dia berkata:
“Ali bin Abi Tholib datang ke “bab al-Ruhba” dan dia minum sambil berdiri, kemudian berkata “ada antara kamu tidak suka orang minum sambil berdiri, dan aku melihat Baginda S.A.W minum seperti yang aku sedang lakukan sekarang (berdiri)”
Kesimpulan yang dapat diambil daripada perbincangan di atas memberikan kita penjelasan kepada kita bahawa terdapat dua pandangan berkaitan isu ini. Pertama, jika terdapat hadis yang melarang daripada makan dan minum sambil berdiri secara konsisten memberikan signifikasi bahawa perbuatan makan dan minum secara berdiri adalah tidak digalakkan. Kedua, jika terdapat  hadis yang membenarkan perbuatan makan dan minum sambil berdiri pula ia memberikan pengertian bahawa bukanlah dosa (cuma perbuatan itu tak digalakkan). Pandapat ini disokong oleh ulamak seperti at-Tabari, al-Khattabi dan al-Hafiz Ibn Hajar.
Air merupakan komponen asas di dalam kehidupan manusia samada ianya berbentuk molekul sejuk atau panas. Kewujudannya tidak dapat dipisahkan kerana ia mempunyai banyak faedah
Air merupakan komponen asas di dalam kehidupan manusia samada ianya berbentuk molekul sejuk atau panas. Kewujudannya tidak dapat dipisahkan kerana ia memberikan banyak faedah kepada manusia
Akhir kalam, kedua-dua pilihan ini (makan atau minum secara berdiri atau duduk) adalah dibenarkan tanpa larangan/ tanpa makruh (bi duun kiraha). Namun begitu, PERBUATAN MAKAN DAN MINUM SAMBIL DUDUK ADALAH LEBIH AFDAL kerana Rasulullah S.A.W melakukannya lebih kerap (banyak kali) berbanding perbuatan berdiri.
Sumber: Qiblati edisi 04 tahun II. Judul: Larangan Minum sambil berdiri, Hal 16



                    
  Assalamualaikum

Selasa, 18 Jun 2013

zikir

Assalamualaikum & Bismillah
 

Di dalam kesibukan menjalankan pekerjaan harian, kita kadangkala terasa payah melakukan sesuatu. Bagaimanapun, kita selalu terlupa Allah subhana wa ta'ala berada di samping kita dan telah berjanji akan memudahkan hidup kita jika kita memintanya. Di dalam surah Al-Mukmin ayat 60, Allah menjelaskan:



Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!

Doa Harian ini adalah himpunan doa-doa yang mudah tetapi penting di dalam pekerjaan dan amalan seharian kita, sebagaimana yang pernah dilazimkan oleh Nabi Muhammad s.a.w semasa hayat baginda.


Oleh kerana semua bacaan doa dan zikir tersebut dalam Bahasa Arab, maka disarankan kepada pembaca agar mempelajari bacaan teks doa atau zikir
daripada orang yang boleh atau memahami bahasa arab agar setiap kalimat yang dibaca betul dari segi bacaan dan maknanya kerana apabila bacaan berubah, maka ertinya juga akan berubah. Kalimat bahasa arab juga adakalanya tidak dapat diterjemahkan ertinya dengan sepenuhnya kerana Nabi Muhammad s.a.w telah diberi kelebihan oleh Allah dengan "Jawami Al-Kalim" iaitu ucapan yang panjang dan mendalam. Adapun terjemahan setiap doa dan zikir hanyalah sebagai bantuan untuk memahami erti setiap bacaan agar menambahkan rasa khusyuk sewaktu membacanya.

Doa dalam bahasa arab, berasal dari kata ( دَعَا - يَدْعُو - دَعْوَة ) yang bererti, memanggil, memohon atau meminta. Orang yang berdoa ertinya orang yang mengajukan permohonan kepada Allah tentang kebaikan diri, keluarga dan harta benda,urusan dunia, agama dan akhirat. Meminta turunnya rahmat dan terhindar dari bencana.

Di dalam Al-Quran kata-kata doa banyak kita temukan dalam beberapa ayat dan surah, mempunyai beberapa erti yang berbeza kandungan dan makna dari ayat-ayatnya dengan perbezaan susunan kalimat-kalimatnya pula.
Umpamanya:


a. Doa yang bererti ibadah atau menyembah. Sebagaimana firman Allah:


b. Doa yang bererti Istighathah (meminta tolong). Seperti Firman Allah:

c. Doa yang bererti As-Sual (memohon), Seperti Firman Allah:

d. Doa yang bererti An-Nidaa' (panggilan). Seperti Firman Allah:
e. Doa yang bererti Ath-Thana' (pujian). Seperti Firman Allah:
f. Doa yang bererti Al-Qaul (ucapan). Seperti Firman Allah:

Dan jangan kamu berdoa (menyembah) selain Allah, sesuatu yang tidak memberi manfaat dan mudharat kepadamu...
(Surah Yunus ayat 106)


...dan minta tolonglah kepada saksi-saksimu (sekutu-sekutumu) selain Allah jika kamu orang-orang yang benar.
(Surah Al-Baqarah ayat 23)

...mintalah kepadaKu, akan Ku perkenankan pintamu...
(Surah Al-Mukmin ayat 60)

Iaitu pada hari DIa memanggil kamu...
(Surah Al-Isra' ayat 52)

Katakanlah Pujilah Allah atau Pujilah Ar-Rahman...
(Surah Al-Isra' ayat 110)

Ucapan mereka di dalamnya ialah: Maha Suci Ya Allah...
(Surah Yunus ayat 10)

أَسْتَغْفِرَاللهَ الْعَظِيْمَ الَّذِيْ لَاإِلَهَ إِلَّا هُوَالْحَيُّ الْقَيُّوْمُ وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ
Astagfirullahal’adzim Alladzi laa ilaaha illa hual hayyul qayyum watubu ilaih


لاَاِلهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِى وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٌ
Laa Ilaha illallah wahdahu laa syarikalah lahul mulku walhul hamdu, yuhyi wa yumitu wahua ‘ala kulli syaiin qadir


أَللّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ وَاِلَيْكَ يَعُوْدُالسَّلاَمُ فَحَيِّنَا رَبَّنَا بِالسَّلاَمِ
 وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ دَارَ السَّلاَمِ تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ يَاذَالْجَلاَلِ وَالاِكْرَامِ
Allahumma Anta salam wa minkassalam wa ilaika ya’udu ssalam fahayyina rabbana bissalam wa adkhilnal jannata darassalam tabarakta rabbana wata’alaita yadzal jalali wal ikram


اِلَهَنَا يَارَبَّناَ أَنْتَ مَوْلنَا : سُبْحَنَ اللهِ
Ilahana ya rabbana anta maulana : Subhanallah


سُبْحَنَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ دَائِمًا أَبَدًا : أَلْحَمْدُ لِلَّهِ
Subhanallah wabihamdihi da iman abadan Alhamdulillah

أَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ عَلَى كُلِّ حَالٍ وَنِعْمَةٍ : اللهُ أَكْبَرُ
Alhamdu lillahirabbil ‘alamin ‘ala kulli halin wani’matin Allahu Akbar

أَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَنَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً
Allahu akbar kabiran walhamdu lillahi katsira, wa subhanallahi bukratan wa asilan


لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلى كُلِّ شُيْئٍ قَدِيْرٌ.
Laa ilaha illallahu wahdahu laa syarikalahu, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumitu wahua ‘ala kulli syaiin qadir


حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ وَلَاحَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ
Hasbunallah wa ni’mal wakil ni’mal maula wani’mannasir wala haula wala quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘adzim


اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَسَلِّمْ وَرَضِيَ اللهُ تَعَالَى عَنْ كُلِّ صَحَابَةِ رَسُوْلِ اللهِ أَجْمَعِيْنَ
Allahumma shalli ‘ala sayyidina muhammadin wasallim wa radliyallahu ta’ala ‘an kulli sahabati rasulillahi Ajma’in


اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. حَمْدًا يُوَافِيْ نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ.
يَا رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ الْكَرِيْمِ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ
Alhamdulillahirabbil ‘alamin, Hamdan yuwafi ni’amahu wa yukafi u mazidah ya rabbana lakal hamdu kama yanbaghi lijalali wajhikal karimi wa’adzimi sulthanika


اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِى الدِّيْنِ وَعَافِيَةً فِى الْجَسَدِ وَزِيَادَةً فِى الْعِلْمِ
 وَبَرَكَةً فِى الرِّزْقِ وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ وَرَحْمَةً عِنْدَ الْمَوْتِ وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْتِ
Allahumma Inna nas’aluka salamatan fiddin, wa’ afiyatan fil jasadi wa ziyadatan fil ‘ilmi, wabarakatan firrizqi, wa taubatan qablal maut, wa rahatan ‘indal maut, wa maghfiratan ba’dal maut.


اَللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا فِي سَكَرَةِ الْمَوْتِ وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ وَالْعَفْوَ عِنْدَ الْحِسَابِ
Allahumma hawwin ‘alaina fi sakaratil maut wannajata minannari wal ‘afwa ‘indalhisab


اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَ ذُنُوْبَ وَالِدَيْنَا وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانَا صِغَارًا
Allahummaghfirlana dzunubana wa dzunuba walidaina warhamhuma kama rabbayana shigara.
YA ALLAH AMPUNILAH DOSA DOSA KAMI, & DOSA KEDUA ORANG TUA KAMI, SERTA SAYANGILAH MEREKA SEBAGAIMANA MEREKA MENYAYANGI KAMI


اللَّهُمَّ اجْعَلْنَا فِي تَعَلَّمِنَا وَامْتِحَانِنَا مِنَ النَّاجِحِيْنَ
Ya Allah jadikanlah kami orang orang yang sukses dalam belajar kami & dalam Ujian kami.


اللَّهُمَّ طَهِّرْ قُلُوْبَنَا وَأَفْكَارَنَا وَأَحْسِنْ أَخْلاَقَنَا وَأَحْسِنْ بِالصَّالِحَاتِ أَعْمَالَنَا
Ya Allah Sucikanlah hati kami dan fikiran kami, perbaikilah akhlak kami dan perbaikilah amal perbuatan kami dengan perbuatan yang baik


اللَّهُمَّ إِنَّانَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى
Allahumma Inna Nas alukal Huda wat tuqa wal 'afafa wal ghina


رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
Rabbana Laa Tuzig Qulubana Ba'da Idz Hadaitana min ladunka rahmatan Innaka Antal Wahhabu.


رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ إِمَامًا
Rabbana Hab Lana Min Azwajina Wadzurriyatina Qurrata A'yunin Waj'alna Lil muttaqina Imaman


رَبَّنَا ظَلَّمْنَا أَنْفُسَنَا فَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
Rabbana Dzallamna Anfusana Fainlam Taghfirlana Watarhamna Lanakunanna Minal Khasirina


رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Rabbana Atina Fiddunya hasanatan wa fil akhirati hasanatan waqina adzabannari


وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَبَارَكَ وَسَلَّمَ
Washallallahu 'ala sayyidina muhammadin wa'ala alihi washahbihi wabaraka wasallam


سُبْحاَنَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ وَسَلاَمٌ عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

Subhana Rabbika rabbil 'izzati 'amma yasifuna, Wasalamun 'alal mursalin walhamdulillahirabbil 'alamin,

نَسْأَلُكَ الإِجَابَةَ الْفَاتِحَةُ
Nas'alukal Ijabah Al Fatihah... 
 
Apa pentingnya zikir ????
Jawapannya hanya bagi membuang sifat-sifat riak,ujub,bongkak,sombang dalam diri kita ni.
 
 
Ni gaya belagak,nak tunjuk die seorang je ada lidah.hihihi (jangan cuba aksi ni di rumah,nanti anda dilabel gilaz)

 
Assalamualaikum

 

Ahad, 16 Jun 2013

hari bapa (*-*)

Assalamualaikum & Bismillah
Hari ni saya nak ucapkan SELAMAT HARI BAPA kepada Bapa saya & semua bapa-bapa yang ada di luar sana.Mari kita kaji mengenai sejarahnya.

Sejarah Hari Bapa
Pelbagai cerita dan pendapat yang berkembang dan dicatat dalam cerita sejarah mengenai bermulanya idea sambutan hari bapa ini.
Ms Sonora Louise telah digelar sebagai Mother of the Father’s Day Festival. Ini semua kerana besarnya sumbangan dan pengorbanan beliau dalam usaha untuk mewujudkan sambutan hari bapa sebagai mana yang kita sambut sehingga hari ini.
Mengikut catatan sejarah, idea pengasasan hari bapa mula timbul di benak Sonora setelah beliau mengetahui akan adanya sambutan hari ibu pada sekitar tahun 1909. Beliau kemudiannya melihat sendiri begitu besarnya pengorbanan dan susah-payah bapanya dalam membesarkan adik beradiknya setelah kematian ibunya. Justeru, beliau sendiri berfikir bahawa mengapa tidak juga diadakan sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa seorang bapa.
Ideanya ini telah cuba disebar luaskan olehnya sendiri ke merata tempat. Dan ramai juga yang menerima dan ada juga yang mentertawakan usahanya itu. Namun, Sonora tetap berusaha lebih gigih demi memastikan impian dan matlamatnya itu tercapai.
Usaha dan jerih-payahnya mula menampakkan hasil apabila pada 19 Jun 1910, sambutan hari bapa telah mula disambut di Spokane, Washington.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun juga silih-berganti. Hampir kesemua presiden Amerika Syarikat menerima dan menyetujui sambutan Hari Bapa. Dan akhirnya pada tahun 1972, presiden Richard Nixon mengumumkan bahawa hari ahad minggu ketiga Jun adalah sambutan umum perayaan sambutan hari bapa.

Apa kata dari jabatan mufti ( selangor )

GARIS PANDUAN
SAMBUTAN HARI BAPA, IBU, KEKASIH
DAN YANG SEUMPAMANYA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM.
JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR
GARIS PANDUAN
SAMBUTAN HARI BAPA, IBU, KEKASIH
DAN YANG SEUMPAMANYA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM.

PENDAHULUAN.

Garis Panduan Sambutan Hari Bapa, Ibu, Kekasih dan yang Seumpamanya Menurut Perspektif Islam ini disediakan untuk dijadikan sebagai asas rujukan kepada seluruh lapisan masyarakat Islam di Negeri Selangor agar segala acara sambutan yang bersempena dengan hari atau tarikh-tarikh tertentu dapat diraikan mengikut ruang lingkup perspektif Islam.
Islam adalah agama yang syumul dan merupakan suatu sistem kehidupan yang diatur dengan bijaksana serta keluhuran dalam membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek. Islam juga adalah agama yang bersifat sejagat, hatta tiada satu pun perkara yang tidak disentuh oleh Islam.
Garis panduan ini boleh digunapakai oleh para ibu bapa, anak-anak, para pendakwah serta seluruh warga Negeri Selangor amnya untuk difahami dan dihayati kandungannya agar matlamat untuk melahirkan insan syumul dan keluarga sakinah beroleh kejayaan.


DEFINISI ISTILAH.
1. Sambutan.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, sambutan ditakrifkan sebagai penerimaan, cara-cara meraikan atau menyambut sesuatu.
2. Hari Bapa.
Hari Bapa merupakan suatu hari yang bermula pada awal abad ke-12 untuk memberi penghormatan dan peringatan terhadap para bapa. Ia disambut pada tarikh yang berlainan di seluruh dunia serta melibatkan pemberian hadiah kepada bapa dan lain-lain aktiviti kekeluargaan.
3. Hari Ibu.
Hari Ibu yang disambut di sebahagian negara Eropah dan Timur Tengah telah mendapat pengaruh dari kebiasaan memuja Dewi Rhea, isteri kepada Dewa Kronus dan ibu para dewa dalam sejarah Yunani kuno.
Di Amerika Syarikat dan lebih dari 75 negara lain seperti Australia, Kanada, Jerman, Itali, Jepun, Belanda, Malaysia, Singapura, Taiwan dan Hong Kong, Hari Ibu disambut atau diraikan pada hari Ahad minggu kedua bulan Mei.
4. Hari Kekasih.
Hari Kekasih atau Valentine’s Day sebagaimana yang difahami ialah hari di mana dua insan yang berkasih sayang atau sepasang kekasih yang sedang bercinta meraikan percintaan dan kasih sayang mereka. Budaya ini disambut pada tanggal 14 Februari setiap tahun.
2
5. Perspektif Islam.
Perspektif adalah pandangan atau pentafsiran yang wajar dan mengambilkira sesuatu perkara secara keseluruhannya. Islam adalah agama yang di dalamnya terkandung ajaran yang meliputi aspek aqidah, syariah dan akhlak. Semua aspek dalam Islam sama ada dari sudut teori dan praktiknya perlu difahami dan diterapkan dalam bentuk yang komprehensif sesuai dengan maksud Islam sebagai cara hidup (nizam al-hayah).


SEJARAH BERKAITAN SAMBUTAN HARI BAPA, IBU DAN KEKASIH.
1. Hari Bapa.
Sambutan hari bapa bermula di Amerika Syarikat dengan ideanya dicetuskan oleh seorang wanita, Sonora Dodd dari daerah Spokane. Beliau mahu sesuatu dilakukan untuk mengenang bapanya, William Smart, seorang veteran perang saudara yang ditinggalkan oleh isterinya dan membesarkan enam orang anak secara bersendirian di sebuah ladang kecil.
Hari bapa yang pertama disambut pada tahun 1910 dengan mengambil sempena tahun kelahiran William Smart sendiri.
Sejak tahun 1972, ia disambut setiap tahun apabila bekas Presiden AS, Richard Nixon menandatangani satu undang-undang awam yang menjadikan hari tersebut dicatat di dalam kalendar.
Tarikh yang diakui secara rasmi di berlainan negara.
Ahad ketiga bulan Jun
Amerika Syarikat, Afrika Selatan, Argentina, Bahamas, Bangladesh, Belanda, Bulgaria, Chile, China, Colombia, Costa Rica, Cuba, Cyprus,
3
Filipina, Greece, Guyana, Hong Kong, India, Ireland, Jamaica, Jepun, Kanada, Malaysia, Malta, Mauritius, Mexico, Pakistan, Panama, Paraguay, Perancis, Peru, Puerto Rico, Singapura, Slovakia, Sri Lanka, Switzerland, Trinidad dan Tobago, Turki, United Kingdom, Venezuela, Zimbabwe.
23 Jun
Nicaragua, Poland, Uganda.
30 Julai
Vietnam.
Ahad ketiga bulan Julai
Uruguay.
Ahad terakhir bulan Julai
Republik Dominican.
23 Mordad (bulan kelima kalendar Iran)
Iran.
Ahad kedua bulan Ogos
Brazil.
8 Ogos
Taiwan.
Ahad pertama bulan September
Australia, New Zealand.
Ahad kedua bulan November
Estonia, Finland, Norway, Sweden.
5 Disember
Thailand.
23 Februari
Belarus, Rusia, Ukraine.
19 Mac
Bolivia, Honduras, Itali, Liechtenstein, Portugal, Sepanyol.
4
5 Mei
Romania.
8 Mei
Korea Selatan.
Hari Ascension
Jerman.
Ahad pertama bulan Jun
Lithuania.
5 Jun (Hari Perlembagaan)
Denmark.
Ahad kedua bulan Jun
Austria, Belgium, Ecuador.
17 Jun
El Salvador, Guatemala.
2. Hari Ibu.
Di Malaysia dan sebahagian besar negara lain sambutan Hari Ibu diadakan pada hari Ahad minggu kedua bulan Mei setiap tahun. Pada hari tersebut, anak-anak akan meraikan ibu mereka dengan berbagai cara. Tidak kiralah apa yang dilakukan untuk ibu tercinta walaupun sekadar ucapan ringkas.
3. Hari Kekasih.
Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap dan diseksa di dalam penjara.
Walaupun berada dalam penjara, Valentine tetap berusaha mengajar dan menyebarkan agama tersebut dalam kalangan banduan di penjara, di samping membantu tawanan-tawanan penjara melepaskan
5
diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Raja Rom dan beliau diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.
Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Beliau disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.
Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati di antara seorang hamba dengan tuhannya dan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka iaitu Valentine.
Berdasarkan penerangan tersebut, adalah jelas bahawa tidak ada istilah Hari Kekasih atau Valentine’s Day dalam Islam. Hakikatnya, orang-orang Islam tidak boleh menyertai atau meraikannya kerana hari tersebut adalah hari perayaan bagi orang-orang Kristian.

KRITERIA UTAMA DALAM MENENTUKAN SAMBUTAN HARI BAPA, IBU, KEKASIH DAN YANG SEUMPAMANYA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM.
Segala acara sambutan yang bersempena dengan hari atau tarikh-tarikh tertentu yang diraikan, terutamanya seperti Hari Kekasih yang dibawa oleh masyarakat Barat, tanpa disedari bertujuan untuk meleka dan merosakkan akhlak masyarakat Islam, kerana senario menyambut Hari Kekasih telah menjadi lumrah dan berlaku dalam kalangan remaja Islam.
6
Sungguhpun ia belum sampai ke tahap yang kronik, namun begitu apa yang lebih membimbangkan, mereka bukan sekadar berutus-utus kad ucapan dan saling bertukar hadiah, atau meraikannya di kelab-kelab dan tempat-tempat hiburan, tetapi terdapat juga segelintir remaja yang beragama Islam sanggup menggadai maruah dan kehormatan diri demi membuktikan kesetiaan terhadap pasangan masing-masing.
Bagi menjelaskan masalah sebilangan remaja yang begitu mudah terpengaruh dengan budaya asing, al-Quran memberi pengajaran dan ingatan kepada umat Islam, bahawa orang Yahudi dan Nasrani akan terus berusaha sedaya upaya untuk memperdaya umat Islam supaya mengikut kehendak mereka. Allah s.w.t. berfirman:
Maksud: ‘Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar.” Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh daripada Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. Orang-orang yang kami berikan kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutar-belit maksudnya), mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya; dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi’.
(Al-Baqarah: 120-121)
Ayat ini memberi pengajaran kepada umat Islam bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani itu akan terus berusaha sedaya upaya untuk memperdaya umat Islam supaya mengikut telunjuk dan kehendak mereka.
Berbagai-bagai cara dan jalan yang mereka lakukan untuk merosakkan kepercayaan dan keperibadian umat Islam. Oleh kerana ramai yang tidak 7
menyedari hakikat ini, maka bukan sedikit dalam kalangan umat Islam yang terikut-ikut dengan adat dan budaya serta cara hidup mereka, semata-mata dengan alasan menurut peredaran zaman, sekalipun yang diikuti itu bersalahan dengan ajaran Islam dan bertentangan dengan akhlak dan budi pekerti yang mulia. Hakikat ini wajib diketahui dan disedari oleh semua pihak.
Oleh itu, umat Islam hendaklah mempastikan sesuatu perkara yang dilakukan itu adalah mengikut landasan Islam yang sebenar. Mengamalkan adat dan budaya Melayu yang sopan lagi tertib tidaklah salah asalkan tidak bertentangan dengan prinsip dan ajaran Islam. Islam sangat menitikberatkan soal remaja di antaranya bagaimana mengarah hala tuju tentang percintaan.
Remaja atau pemuda pemudi Islam sepatutnya memiliki kekuatan iman, ketahanan jiwa, mempunyai jati diri, tidak mudah terumbang-ambing dan dipengaruhi, apatah lagi untuk tujuan melakukan kemungkaran kerana hatinya takut kepada Allah s.w.t.
Rasulullah s.a.w. ada menyebutkan bahawa tujuh golongan manusia yang akan mendapat perlindungan atau lembayung Allah, antaranya: Pemuda atau remaja yang sentiasa beribadat kepada Allah tidak kira pagi, petang, siang atau malam; seorang lelaki apabila diajak oleh perempuan yang cantik jelita dan kaya raya untuk melakukan maksiat, dia menolak kerana takutkan Allah, sebagaimana Baginda bersabda yang maksudnya:
‘Tujuh orang yang dilindungi oleh Allah dalam naungan-Nya pada hari tidak ada naungan kecuali naungan-Nya iaitu: Imam yang adil, pemuda yang selalu beribadat kepada Allah, orang yang hatinya sentiasa terpaut kepada masjid, dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh perempuan yang kaya dan cantik melakukan maksiat, lalu dia berkata: “Sesungguhnya aku takut kepada Allah,” seorang lelaki yang sentiasa bersedekah dengan sembunyi-sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang telah dinafkahkan oleh tangan kanannya, dan seseorang yang sentiasa ingat 8
kepada Allah (berzikir) di tempat yang sunyi sehingga matanya mengalir air mata’.
(Riwayat Bukhari).
Berdasarkan hadis ini, jelaslah bahawa pemuda dan remaja yang hebat itu ialah pemuda yang tahan ujian dan mempunyai jati diri serta tidak mudah terpengaruh, semata-mata cinta dan takut kepada Allah s.w.t.
1. Kasih sayang dalam Islam adalah untuk sepanjang masa. Ia bukan hanya ditetapkan dalam tempoh masa atau hari yang tertentu sahaja untuk menzahirkan kasih sayang.
Percanggahan dari perspektif Islam:
a. Perlakuan segelintir daripada kalangan masyarakat masa kini yang meraikan atau menzahirkan kasih sayang pada tempoh atau hari tertentu dalam kalendar masihi seperti Hari Kekasih, sebenarnya tidak selari dengan kehendak syara’.
Dalam kalendar masihi, setiap tarikh adalah merupakan hari peringatan kepada Saint yang tertentu iaitu bermula dari 1 Januari hingga 31 Disember setiap tahun. Perkataan Saint membawa maksud wali atau rasul bagi agama Kristian. Hanya paderi yang dipercayai mempunyai mukjizat, banyak menyumbang kepada gereja serta banyak membuat kebajikan akan diiktiraf dan diberi gelaran ini.
2. Konsep kasih sayang tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja.
Adalah menjadi tabiat semula jadi manusia suka dikasihi dan mengasihi antara satu sama lain. Rasulullah s.a.w. sendiri menyeru umatnya agar saling berkasih sayang sesama Islam, sebagaimana hadis Baginda yang bermaksud:
9
‘Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri’.
(Riwayat al-Bukhari).
Kasih sayang yang paling utama ialah terhadap Allah s.w.t., diikuti Rasulullah s.a.w., kedua ibu bapa, suami, isteri, anak-anak, ahli keluarga, kaum kerabat, jiran tetangga dan seterusnya. Ianya hendaklah dibatasi dengan syarat-syarat yang telah digariskan dalam Islam termasuklah dalam aspek menjaga perhubungan antara bukan mahram dan maruah individu itu sendiri.
Kasih sayang dalam Islam dapat dikategorikan kepada tiga:
Pertama: Kasih Pencipta (Allah s.w.t.) kepada hamba-Nya. Kasih sayang Allah s.w.t. kepada hamba-Nya adalah kasih yang berkekalan. Allah s.w.t. berfirman dalam Surah Ali 'Imran, ayat 31:
Maksud: ‘Katakanlah jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah Daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi’.
Kedua: Kasih hamba kepada Pencipta. Kasih hamba kepada Pencipta adalah berlandaskan keimanan dan ketaqwaan. Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah, ayat 21:
Maksud: ‘Wahai sekelian manusia sembahlah Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang yang) bertaqwa’.
Ketiga: Kasih makhluk sesama makhluk. Kasih makhluk sesama makhluk sifatnya tidak berkekalan, kerana ia bergantung kepada keadaan. Kasih sayang sesama makhluk tidak boleh melebihi kasih sayang dan kecintaan terhadap Allah s.w.t.
10
Percanggahan dari perspektif Islam:
a. Perlakuan segelintir individu yang menzahirkan kasih sayang dan kecintaannya kepada golongan tertentu seperti golongan artis sebagai idola sehingga pada tahap mengagung dan memuja adalah melampaui kasih sayang terhadap Allah s.w.t. dan rasul-Nya.
b. Pergaulan bebas tanpa batasan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram yang menzahirkan kasih sayang dan kecintaannya hingga menggadai maruah dan kehormatan diri .
c. Ibu bapa dan ahli keluarga yang tidak mengambil tahu siapa rakan anak-anaknya, ke mana ia pergi dan waktu bila seharusnya anak-anak berada di rumah sebenarnya belum lagi menunaikan tanggungjawab dan amanah Allah dalam mendidik anak-anak sekalipun ianya telah dewasa.
d. Kasih sayang yang dizahirkan berdasarkan darjat, pangkat, gelaran dan kekayaan adalah palsu semata-mata tanpa di dorongi hati yang ikhlas.
e. Kasih sayang yang membezakan bentuk dan fizikal manusia hingga meminggirkan warga emas, kanak-kanak, golongan orang kurang upaya dan kurang berkemampuan.
3. Sambutan yang dilakukan tidak menjejas atau merosakkan aqidah, syariah dan akhlak seseorang individu Muslim.
Setiap individu Muslim hendaklah mempastikan bahawa setiap langkah yang diambil dalam kehidupannya akan membawa natijah yang baik. Bagi mendapatkannya, setiap perbuatan atau perlakuan haruslah didahului dengan usaha dan perancangan yang baik dalam menghasilkan sesuatu.
11
Ekoran daripada itu, setiap ancaman yang boleh merosakkan ‘maqasid al-syariah’ atau prinsip asas syariah iaitu memperuntukkan manusia supaya menjalani kehidupan dengan menjaga dan mempertahankan agama, akal, nyawa, keturunan dan harta sewajarnya hendaklah dihindarkan.
Percanggahan dari perspektif Islam:
a. Sambutan yang berunsur maksiat seperti percampuran atau pergaulan bebas antara lelaki dan wanita yang bukan mahram.
b. Sambutan yang diraikan dengan perkara yang haram seperti meminum arak, berzina, meniup lilin (menyerupai amalan agama Majusi) dan sebagainya.
c. Sambutan yang bersifat melalai atau melekakan individu akan tanggungjawabnya terhadap Allah s.w.t. dan agamanya.
d. Sambutan yang dilakukan bersifat hiburan yang melampau dan di tempat-tempat yang dikategorikan sebagai tempat maksiat seperti pesta tertutup, kelab-kelab malam atau pusat karaoke dan sebagainya.

SAMBUTAN YANG DIANJURKAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM.
1. Sambutan yang dilakukan sebaik-baiknya secara sederhana, tidak melalaikan tanggungjawab seorang Muslim terhadap Allah s.w.t. dan tidak bersifat membazir.
2. Sambutan yang baik adalah dengan cara mengasihi sesama sanak saudara melalui amalan ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka, menzahirkan rasa syukur jika senang dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa sebarang musibah.
12
3. Sebaik-baik sambutan adalah dengan mengadakan sembahyang berjamaah bersama ahli keluarga, majlis tahlil dan doa selamat, pesanan dan nasihat yang baik serta dalam suasana yang mahabbah.
4. Setiap ibu bapa perlu merenung kembali dan muhasabah diri ke atas amanah serta tanggungjawab yang terpikul di bahu mereka. Adakah kita telah memainkan peranan sebagai pemimpin keluarga dengan penuh kasih sayang, melalui jalan kebenaran untuk menikmati kedamaian hidup di dunia dan kebahagiaan akhirat.
5. Setiap ibu bapa perlu menyayangi dan melindungi ahli keluarga mereka daripada segala bentuk ancaman akidah dan kelalaian dunia. Ibu bapa perlu menjadi contoh terbaik di dalam keluarga dan disegani, dihormati serta disayangi oleh ahli keluarga.
6. Setiap ibu bapa perlu mewujudkan persekitaran yang baik dan selesa agar ahli keluarga merasa selamat, dihargai dan dihormati dalam usaha melahirkan insan syumul.
7. Setiap ibu bapa perlu prihatin dan memainkan peranan bersama untuk membabitkan diri dalam membanteras gejala sosial dan maksiat yang berleluasa dalam masyarakat, melalui program amar makruf nahi mungkar bagi melindungi ahli keluarga daripada terjebak.
8. Setiap ibu bapa perlu memperingatkan dirinya perihal pentingnya peranan mereka dalam menyemaikan nilai-nilai etika dan spiritual yang tinggi dalam kalangan ahli keluarga mereka.
9. Setiap ibu bapa mestilah mengambil langkah-langkah proaktif bagi mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran keibubapaan (parenting skills) bagi menyediakan anak-anak mereka untuk lebih berupaya menghadapi cabaran masa kini.
13
10. Didikan agama yang sempurna adalah satu faktor perlindungan (protective factor) yang mampu menyelamatkan manusia dari terjebak ke dalam perbuatan keji yang hanya akan merosakkan dirinya sendiri. Apabila pegangan serta keutamaan tidak lagi berkisarkan kepada tunjang agama yang kukuh, dengan mudah sahaja seseorang itu melakukan sesuatu perbuatan yang merugikan diri, keluarga, masyarakat dan negaranya.

PENUTUP.
Harus diingat, mengamal dan mengikut budaya asing, terutamanya dalam meraikan hari-hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan tersebut, sebenarnya akan menjerumuskan umat Islam kepada kehancuran kerana perkara seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak bahkan keimanan dan akidah, serta menjatuhkan maruah agama Islam itu sendiri.
Umat Islam diseru agar tidak sesekali meniru budaya asing yang ternyata bercanggah apatah lagi ia turut menjerumuskan mereka ke lembah kemaksiatan. Adalah diharapkan semoga dengan adanya garis panduan seperti ini akan dapat membantu umat Islam bagaimana untuk meraikan sambutan Hari Bapa, Ibu, Kekasih dan yang seumpamanya menurut perspektif Islam yang sebenar.
Disediakan oleh:
Jabatan Mufti Negeri Selangor.
(www.muftiselangor.gov.my) 14

Kasih bapa sama seperti kasih seorang ibu.Jadi hargailah ia selagi mereka masih hidup.Selamat hari Bapa. ( * -*)


Ahad, 9 Jun 2013

AL-Quran

Assalamuaikum & Bismillah
Siapa kat sini masih lagi membaca al-quran walaupun dah khatam berulang kali.Tahniah lah kerana masih lagi terus membuka ,membaca Hadiah istimewa Nabi Muhammad S.A.W yang diturunkan Allah S.W.T kepada beliau dan kepada kita jua sebagai penyambung umatnya.
Ok,hari ni siapa yang nak tengok kilang proses mencetak AL-Quran ni.Tengok je boleh tapi maaf sebab tak boleh sentuh yer.

Kilang ni terletak di madinah


  Yang Bestz nya ialah mereka akan memberi anda senaskah AL-QURAN sebelum balik.Lelaki boleh masuk ke dalam dan tengok ,tapi perempuan hanya boleh lihat dari atas je,tak boleh masuk.
                         ok,asslamualaikum