Ahad, 18 Ogos 2013

Raya

Assalamualaikum & Bismillah

Ni lambat bagi sebab masih dalam mood puasa.Pantun raya mengikut negeri masing-masing.



"Pantun Raya"
Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita


Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)


Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei


Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang


Assalamualaikum.

Sabtu, 17 Ogos 2013

Selamatkan kaum seislam anda

Assalamualaikum & Bismillah

   

/ http://mubasher-misr.aljazeera.net/livestream/
Ni maklumat secara live yang anda boleh lihat apa yang berlaku di mesir sekarang.
Assalamualaikum.


Selasa, 13 Ogos 2013

Al-Quran

Assalamualaikum & Bismillah

KAJIAN AL-QURAN : MESIN MERENTAS MASA
based on Ibnuyaacob article "time travel" 

Dunia perfileman barat amat beriya-iya mempromosikan filem yang bercorak “merentas masa”. Mereka cuba mengakademikkan angan-angan dengan mencipta pelbagai teori matematik dan fizik. Maka muncullah formula-formula palsu untuk mencipta mesin merentas masa. 
KONSEP EINSTEIN DAN RELATIVITI MASA 
Dunia kajian merentas masa dari pandangan barat dikatakan dipelopori oleh profesor Yahudi bernama Albert Einstein. Profesor ini dalam kajian-kajian awalnya mengatakan masa boleh direntas sekiranya kita dapat menjumpai ruang masa ini.
Menurut pakar fizik dan astronomi, John Wheeler, Wormhole adalah sejenis ruang perjalanan pintas ke arah tempat yang jauh dan masa. Melalui wormhole, manusia dapat pergi ke satu generasi ke generasi yang lain dalam jarak masa yang singkat.
Manusia juga dapat memilih tarikh, tahun dan tempoh yang dikehendaki untuk pergi ke sana dengan bebas tanpa sebarang gangguan dan sekatan.
Antara filem yang paling mempengaruhi pemikiran masyarakat dunia tentang time travel ialah Back to the Future. Kebijaksanaan seorang profesor yang berimej rambut ala Einstein telah berjaya membantu seorang remaja kembali ke masa lampau.
Albert Einstein                              John Wheeler
Namun begitu, John Wheeler yang sudah membangunkan teori Wormhole sejak 1957 sendiri tidak mampu memberikan bukti-bukti kukuh untuk menyakinkan masyarakat tentang kemampuan merentas masa. Wheeler sendiri kelihatan banyak menciplak idea-idea Hermann Wehl dari Jerman yang sudah pun berteori tentang wormhole sejak 1921.
KEGHAIRAHAN DUNIA AKEDEMIK DALAM TEORI MERENTAS MASA 
Merentas masa adalah satu angan-angan yang cuba direalisasikan oleh dunia akademik barat. Ringkas kata, Dajjal memang tahu ianya tidak akan berlaku tetapi ia mahu masyarakat dunia berusaha ke arah angan-angan kosong yang tidak akan berlaku sehingga kiamat.
Jikapun Allah mengizinkan ada mesin yang mampu merentas masa, maka orang yang paling bermasalah ialah Dajjal itu sendiri. Apakah mungkin syeikh-syeikh Arab sanggup mengeluarkan wang beratus-ratus billion dollar untuk melancong dengan mesin tersebut?
Jika ada orang Islam yang mempunyai mesin masa, sudah pastilah Dajjal akan menghadapi masalah paling besar kerana 10 tahun dari sekarang kemungkinan besar teori bahawa Samiri yang disebut dalam surah Toha adalah Dajjal mungkin sudah banyak terima pakai.
Apabila teori Samiri adalah Dajjal diterima pakai, maka lebih baiklah orang Islam pergi berjumpa dengan Samiri yang mengikut rombongan Bani Israel merentas Laut Merah dan membunuhnya terus. Mungkin itulah yang paling banyak akan berlaku.
Masalahnya, masyarakat Islam tidak mahu menerima hakikat dan masih seronok berteori dengan Teori Relativiti ciptaan Albert Einstein itu. Amat menghairankan… 
BUKTI MESIN MERENTAS MASA TIDAK AKAN WUJUD 
1) Bukti Pertama : Peringatan Rasulullah SAW 
Terdapat banyak bukti yang menunjukkan manusia tidak dibenarkan atau diizinkan merentas masa lampau (past) dan pergi ke masa hadapan (future).
Persoalan perkara yang lepas (past), sememangnya wajibak diimani bahawa kita tidak boleh lagi kembali ke masa tersebut. Sabda Rasulullah SAW;
“Rebutlah peluang lima sebelum lima; masa muda sebelum tiba masa tua. Masa sihat sebelum tiba masa sakit. Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa kaya sebelum tiba masa miskin. Masa hidup sebelum tiba mati.”
Jika masa itu boleh berpatah balik maka tak perlulah Rasulullah SAW bersabda seperti di atas. Adalah lebih baik baginda mengatakan “…kembalilah kamu ke masa lampau untuk memperbetul kesilapan.” 
Baginda Rasulullah SAW yang maksum dan penghulu segala nabi sendiri tidak diberikan kelebihan merentasi masa, inikan pula kita manusia biasa yang penuh dengan noda. Hadith di atas jelas menunjukkan ketegasan Rasulullah mengenai masa.
Ia bermakna, seseorang hamba Allah tidak akan dapat mengembalikan waktu-waktu yang telah lepas. Setiap waktu dan saat yang dianugerahkan Allah untuk dilaluinya adalah amat berharga.
2) Bukti Kedua : Peringatan Allah SWT Dalam Al-Quran
Di dalam ayat Al-Quran, Allah SWT menegaskan dengan jelas berkenaan masa;
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta pula berpesan-pesan dengan kesabaran.”
(Al-Asr, 1-2)
Nah, keseluruhan surah ini sudah tepat untuk membalas semua hujah ahli-ahli fizik seluruh dunia yang cuba memperkenalkan teori merentas masa. Tidak perlulah lagi bagi kami menghurai panjang akan ia.
3) Bukti Ketiga : Merentas Masa Menyalahi Konsep Taubat 
Bukti ke 3 yang menunjukkan mesin merentas masa tidak akan tercipta ialah kerana ia membelakangi konsep taubat. Islam menyuruh umatnya sentiasa bertaubat bukan sahaja kerana dosa tetapi kerana masa tidak boleh berpatah balik.
Konsep taubat ini wujud kerana semua umat Islam harus meyakini bahawa kita tidak boleh kembali ke masa lalu untuk membetulkan semula kesilapan lampau.
Setiap umat Islam disarankan memperbanyakkan taubat tanpa menunggu dosa itu wujud. Ini berdasarkan firman Allah SWT;
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan orang-orang yang banyak mensucikan diri.”
(al-Baqarah, 222)
Firman Allah lagi;
“Dan bertaubatlah kamu kepada Allah, wahai sekalian orang-orang Mukmin, semoga kamu mendapat kebenaran.”
(an-Nur, 31)
Allah SWT telah memberi amaran kepada usaha sia-sia manusia ini dengan mendedahkan bahawa semua urusan peribadi manusia dan takdir masa depannya sudah pun tertulis di dalam Lauh Mahfudz. Allah sudah pun menetapkan bagaimanakah nasib setiap hamba ciptaan-Nya.

ISU MERENTAS MASA DIKALANGAN PARA WALI

Dikalangan para ulama hatta nabi sekali pun tidak berlaku ke atas mereka kemampuan “merentas masa”, inikan pula kita manusia yang penuh hina dan noda. Apatah lagi golongan kafir seperti Albert Einstein yang bercita-cita tinggi itu.

Hatta Dajjal sekali pun tahu masa tidak boleh diubah, yang berlalu tetap berlalu dan yang akan datang belum pasti lagi.

Setakat ini, belum lagi kita melihat ada dikalangan wali dapat pergi ke masa lampau atau masa hadapan. Terdapat isu seseorang yang istimewa atau mempunyai kelebihan psikik anugerah Allah.

Golongan ini dapat melihat masa lampau hanya dengan cara menyentuh barang-barang kegunaan orang lain atau memegang sesuatu objek atau melalui sesuatu kawasan. Ia perkara yang benar dan realiti. 

PSIKIK TIDAK MERENTAS MASA

Psikik terkenal bernama Dorothy Allison (gambar) yang tinggal di daerah Nutley, New Jersey pernah membantu polis negeri dan FBI menyelesaikan kes jenayah misteri iaitu kes JonBenet Ramsey (JBR). Kejayaan Allison membuatkan dia dipanggil sebagai tetamu undangan khas rancangan Larry King Live.
Tetapi Allison tetap berada di tempat kejadian untuk mengesan kesan-kesan yang ditinggalkan penjenayah. Allison tidak hilang dari kedudukannya untuk pergi ke zaman silam. Ini secara langsung membuktikan individu psikik tidak boleh merentas masa. 

PANDANGAN PARA WALI MELIHAT SEJARAH HIDUP SESEORANG

Melihat sejarah hidup seseorang dengan cara merenung wajahnya bukanlah tergolong dalam konsep merentas masa. Walaupun si pelihat itu (mungkin wali atau nabi) mampu melihat secara jelas, tetapi ia tidak mampu masuk ke dalam “masa lampau” yang dilihat. Ia hanya mampu menjadi penonton.

Suatu perkara yang mampu diusahakan manusia berkaitan masa ialah mempercepatkan perjalanan. Misalnya, pukul 2.00 petang berada di London, kemudian pukul 2.15 berada di Tokyo. Hanya itulah peluang yang ada untuk diusahakan oleh manusia.

Melajukan pergerakan objek tidak akan terkeluar dari batas masa. Jika objek itu boleh bergerak 100 kali lebih laju dari kelajuan cahaya pada tarikh 23 Januari 2009, maka objek itu tetap akan berada pada tarikh dan hari yang sama juga iaitu 23 Januari 2009.

Maka peluang itu nampaknya jelas kelihatan diambil sepenuhnya oleh Nicola Tesla dalam projek Eksperimen Philadephia [klik di sini] 

KEFANATIKAN GOLONGAN FIZIK

Amat menyedihkan apabila pakar-pakar fizik umat Islam boleh terpengaruh dengan dakyah sesat teori Einstein, Wheeler dan Hermann.  Mereka amat kagum dengan susunan fungsi fizik yang penuh nilai estetik.

Mereka berbincang berbicara suatu perkara yang telah ditetapkan dalam lauh mahfudz. Padahal, itu hanyalah pekerjaan yang sia-sia sahaja. Catatan dalam lauh mahfudz adalah kekuasaan Allah. Ianya tidak boleh diubah lagi, ianya tetap tertulis di situ.
Firman Allah SWT;
“(Kaummu wahai Muhammad, bukan sahaja menolak ajaranmu), bahkan orang-orang kafir itu terus tenggelam dalam keadaan mendustakan kebenaran.”
(al-Buruj, 19)
“(lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Lauh Mahfudz.”
(al-Buruj, 22)


Kefanatikan golongan fizik lebih kelihatan fanatik apabila suatu pendekatan fungsi fizik diperkenalkan iaitu Wormhole Metric. Secara pokoknya, masyarakat cuba diberitahu bahawa merentas masa itu boleh dilakukan jika pengirannya betul dan formulanya tepat.
Maka disebabkan itu, seringkali kita dihidangkan dengan filem-filem merentas masa yang akan mempamerkan seseorang saintis membuat pengiraan matematik fizik di buku notanya.

ISU RUANG MASA DALAM BUKU MUHAMMAD ISA DAWUD

Berasaskan ulasan buku Siapa Penghuni Bumi Sebelum Manusia yang pernah kami nyatakan sebelum ini, Muhammad Isa Dawud banyak membangkitkan soal masa dan celahan-celahannya. Namun begitu, ulasannya dilihat berhati-hati dan tidak mempersoalkan merentas ke masa lampau.

Antara kes-kes celahan masa yang dimuatkan Muhammad Isa Dawud ialah berkenaan seorang kanak-kanak perempuan bernama Karen yang terjatuh di suatu tempat asing. Dikhabarkan bahawa Karen telah dibawa oleh sekumpulan makhluk seakan-akan manusia meninjau ke kawasan mereka.

Karen merasakan ia berada dikalangan makhluk-makhluk itu dalam tempoh sehari semalam sahaja tetapi, ibu bapanya hanya menjumpai beliau selepas 8 hari pencarian. Kes ini ditafsirkan oleh Muhammad Isa Dawud sebagai terjatuh di celah masa. Muhammad Isa Dawud juga berandaikan anda kehidupan lain yang jauh di dalam bumi.

TINGGAL YANG SIA-SIA, KEJAR YANG TERSEDIA

Apakah peranan umat Islam dalam isu time travel ini? Tidak lain tidak bukan ialah jangan membuang masa untuk mencipta mesin merentas masa kerana mesin itu memang mudah dicipta tetapi ia tidak mampu pun bergerak.

Satu perkara yang perlu pakar-pakar fizik Muslim menyibukkan diri adalah berkaitan dengan mencari pendekatan fizik untuk melajukan pergerakan objek dalam period masa yang sama. Pakar-pakar fizik Muslim perlu mencontohi usaha Prof Dr. Yahaya Said al-Mahjari.

Walaupun sekadar teori, usahanya bukanlah untuk mencari bagaimana untuk merentas masa, tetapi ia mencari bagaimana menggerakkan suatu objek ke tempat yang jauh tanpa sebarang pengangkutan seperti yang dilakukan Asif bin Barqiya. Usaha sebegitu tidak terkeluar dan terlanggar persoalan keimanan kepada qada’ dan qadar Allah.Assalamualaikum

Yajuj & Majuj

Assalamualaikum & Bismillah

“…Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Ya’juj dan Ma’juj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi...”; al-Anbiyaa’:95-96

Selain itu, berdasarkan keterangan Surah al-Kahfi : 92-98, fakta relevan mengenali Yajuj Majuj ialah:
a.) Negeri Yajuj Majuj : Khazaria, Russia (Gog is the Anglo-American-Israeli alliance and Magog is Russia)
b.) Jalan ke utara : ke utara Iran menuju ke Armenia
c.) Di antara dua gunung : Gunung Caucasus
d.) Kaum hampir mereka tidak memahami perkataan : Kaum Armenia
e.) Tembok besi : Daryal George/Iberian Gates/Caucasian Gates

Siapakah kaum Yajuj Majuj? Mereka adalah puak Khazar, iaitu 98% bangsa Yahudi kita ketahui hari ini. Yahudi Khazar adalah palsu, dan 12 kaum Yahudi sebenar berkulit gelap, jauh berbeza dari rupa Yahudi kita kenali hari ini. Patung atau lukisan dinding Piramid atau Mesir menunjukkan Firaun adalah negro, dan orang Yahudi berkulit gelap. Mereka kaum bersama Nabi Musa as menyeberangi Laut Merah. Oleh itu bagaimana pula mereka yang berwajah German atau Rusia boleh mengaku mereka Yahudi? Inilah tipu-daya Yajuj Majuj.

 |Pembentukan Negara Israel-Intro|
 Kemungkinan untuk menjadikan Palestin sebagai negara Yahudi sudah menjadi matlamat Zionis sejak akhir kurun ke-19. Selepas Pengisytiharan Balfour, idea untuk melobi sokongan kuasa besar semakin kuat dan melalui Perisytiharan Balfour, kerajaan Britain berjanji untuk menyokong penubuhan negara Yahudi di Palestin. Pada tahun 1936, Suruhanjaya Peel mencadangkan Palestin dibahagikan kepada negara untuk orang Yahudi dan negara untuk orang Arab. Cadangan ini ditolak atas alasan tidak akan berjaya oleh kerajaan Britain dan menjadi salah satu sebab kepada pemberontakan negara Arab 1936-1939 di Palestin.

 |1882-1904|
Gelombang pertama penghijrahan pendatang haram Yahudi dari Eropah ke Palestin

|1897|
Kongres Zionis pertama bertemu di Basel, Switzerland. Kongres tersebut dilancarkan untuk menempatkan lebih ramai Yahudi di bumi Palestin. Di dalam kongres yang sama, Organisasi Zionis sedunia (World Zionist Organization) ditubuhkan

|1904-1914|
Gelombang penghijrahan kedua pendatang haram Yahudi

|1917, 2 November|
Menteri Luar England, Lord Arthur James Balfour, mengutus surat (yang kemudiannya dikenali sebagai Deklarasi Balfour) kepada Lord Edmund de Rothschild bagi menyokong usaha penubuhan negara Yahudi di bumi Palestin

|1918, 9 Disember|
Tentera British menjajah Palestin

|1920, 24 April|
Persidangan San Remo telah memberi kuasa kepada England ke atas Palestin

|1936-1939|
Rakyat Palestin cuba bangkit bagi menentang penjajahan

|1947, 29 November|
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), melalui Jawatankuasa Khas mengenai Palestin telah mencadangkan supaya negara Palestin dipecahkan menjadi dua negara, sebahagian bagi rakyat berketurunan Arab Palestin dan sebahagian lagi bagi pendatang haram Yahudi (Resolusi 181 perhimpunan agung PBB). Manakala Baitul Maqdis (atau Al-Quds atau Jerusalem) dan daerah di sekitarnya dijadikan kawasan antarabangsa, tanpa berbincang terlebih dahulu dengan pihak Palestin

|1948, 9 April|
Pasukan pengganas bawah tanah Yahudi yang dikenali sebagai kumpulan Irgun dan Stern Gang melakukan pembunuhan kejam ke atas 254 rakyat Palestin di perkampungan Deir Yassin berdekatan Baitul Maqdis

|1948, 14 Mei|
Mandat England ke atas Palestin berakhir secara rasminya. Yahudi Zionis serta-merta mengishtiharkan penubuhan negara israel. Amerika Syarikat menawarkan hubungan diplomatik penuh bagi mengiktiraf negara haram Israel

|1949|
Pada penghujung tahun 1948, Israel meluaskan penjajahannya ke atas 78% daripada tanah Palestin. Akibat dari rampasan tersebut 750,000 orang Palestin menjadi pelarian dan hidup dalam keadaan yang sangat daif. Sebelum tahun 1947, Yahudi hanya berjaya memiliki 7% tanah Palestin

|1967, 5 Jun|
Israel melancarkan serangan ke atas beberapa negara Arab. Peperangan ini dikenali sebagai ‘Perang Enam Hari.’ Israel mendapat bantuan kewangan dan persenjataan dari Amerika Syarikat. Di dalam peperangan tersebut, Israel telah menawan Timur Baitul Maqdis, Tebing Barat dan Gaza. Akibatnya, 500,000 lagi warga Palestin dihalau dari kampug halaman mereka.

 LEBIH 6 JUTA RAKYAT PALESTIN TELAH MENJADI PELARIAN SEMENJAK TAHUN 1948...
 
Assalamualaikum

Alien vs Cicak

Assalamualaikum & Bismillah


Bila bercakap tentang UFO, perkataan 'alien' atau makhluk asing pasti dikaitkan sama. Soalannya sekarang, siapakah sebenarnya 'alien' itu?. Adakah 'alien' ini benar-benar datang dari planet lain, galaksi yang lain? Mengapa mereka digambarkan lebih bijak dari manusia dan memiliki teknologi yang amat hebat?

Benda-benda aneh yang terbang di langit kerapkali menjadi perhatian manusia. Pada zaman moden cerita tentang UFO ini bermula dengan kisah seorang usahawan Amerika, Kenneth Arnold. Pada 24 Jun 1947 ketika memandu pesawat peribadinya berdekatan Gunung Rainier, Washington, dia telah ternampak sembilan objek terbang bersinar melintasi Gunung Rainier menuju Gunung Adams dengan "kecepatan yang luar biasa". Dia bercerita kepada seorang wartawan akhbar bahawa benda itu bergerak dengan kecepatan 1600 km/jam.

Arnold kemudiannya mengatakan bahawa mereka "terbang seperti piring jika dilemparkan melintasi air" dan dia juga mengatakan bahawa mereka "pipih seperti pai", "berbentuk seperti piring", dan "berbentuk seperti bulan sabit, lonjong di depan dan cembung di belakang, ... mereka kelihatan seperti cakera pipih yang besar" (namun kemudian digambarkan berbentuk seperti sabit). Laporan Arnold tersebut membuat masyarakat dan media masa tertarik perhatian sehingga munculah istilah 'Piring Terbang' (flying saucer). Pada Julai tahun yang sama, terjadilah Peristiwa Roswell yang terkenal itu menjadikan UFO lebih fenomena.
Sebenarnya situasi sebegini sudah muncul jauh sebelum tahun 1947 seperti kejadian di Nuremberg pada 14 April 1561. Ketika itu penduduk melihat langit dipenuhi cakera-cakera bercahaya. Beberapa anekdot lain juga melaporkan hal yang sama. Tetapi di sini bukanlah hendak menghuraikan berkenaan UFO. Ini tidak penting. Di sini kita ingin tahu siapakah di sebalik UFO iaitu apa yang dinamakan sebagai 'alien' tadi.

'Alien' dan 'UFO' popular amnya selepas peristiwa Kenneth Arnold dan Roswell. Kedua-duanya berlaku pada tahun 1947. Peliknya, selepas peristiwa itu beratus-ratus laporan tentang penyaksian UFO telah diterima di seluruh Amerika. Kemudian pihak media,penulis buku, filem dan pelbagai lagi medium mula menggembar-gemburkan kehadiran makhluk asing. Kemudian kes UFO dan makhluk asing menjadi tema yang popular dalam Teori Konspirasi. Antara yang popular ialah siri televisyen X-Files. Di dalam siri ini, Kerajaan Amerika digambarkan mempunyai hubungan sulit dengan makhluk luar bumi dan kerap menutup penglibatan mereka dengan fenomena UFO.

Benarkah terdapat makhluk luar bumi?

Kami akan beritahu anda sebentar lagi siapakah sebenarnya makhluk pintar dan cerdas ini, sebagaiman yang ingin 'shadow government' mahukan kita semua mempercayainya.

Terdapat ciri-ciri khas bagi semua 'alien' yang didapati dari saksi-saksi yang pernah menjadi mangsa penculikan ataupun sekadar terlihat sahaja. Mereka telah melukiskan lambang-lambang yang dipakai oleh 'alien' ini. Mereka juga telah melukiskan gambaran fizikal makhluk asing tersebut. Mari kita analisis penemuan mereka.
Lambang di sebelah kiri adalah lambang burung berkepala dua, sedang menggenggam sebiji bola. Di sebelah kanannya ialah seekor ular. Di sebelah bawah kanan ialah satu segitiga dan ular, disebelahnya pula ialah seekor burung (helang?). Disebelah bawahnya ialah satu segitiga di dalam bentuk bujur.

Ini pula adalah lambang satu 'puak' makhluk asing iaitu Reptilian. Lihat segitiga dan ular.
Buat pengetahuan anda, mengikut kajian para pengkaji UFO dan makhluk asing, terdapat beberapa puak makhluk asing yang biasanya dikategorikan berdasarkan rupa, bahasa dan lambang pada pakaian. Ada di antaranya telah mengalami proses hibrid. Antara nama-nama kelompok makhluk asing yang biasa adalah seperti Sirian, Reptilian, Pleiadian, Orion dan sudah pasti Grey.

Dua kelompok yang popular ialah Grey dan Reptilian.Grey (atau Zeta Reticuli) senang dikenali dengan trademark wajahnya yang berbentuk bujur, berkepala besar dan matanya yang unik.

Wajah Grey seringkali muncul dalam filem, buku, majalah dan menjadi logo komersil (AlienWorkShop misalnya). Reptilian pula lebih kepada campuran haiwan-haiwan bersifat reptilia seperti biawak, ular dan cicak. Kadangkala mereka digelar 'Serpent Tribe' atau 'The Lizard Race'.
Grey                                     Reptilian

Antara fenomena yang dikaitkan dengan 'alien' ialah kejadian kehilangan organ-organ haiwan. Anehnya kejadian ini juga banyak terjadi di Amerika. Haiwan-haiwan ini ditemui mati dengan kehilangan organ dalaman dan ada yang tanpa kepala. Namun yang anehnya, tiada kesan-kesan darah ditemui.

Lihat gambar makhluk asing atau 'alien' di bawah ini. Wajahnya sungguh hodoh. Fizikalnya buruk dan seperti haiwan dari spesis dinosour. Perhatikan betul-betul dan cuba kaitkan semua misteri ini. Tentang kerajaan Amerika, kejadian UFO, rupa 'alien' yang hodoh, cicak, ular, segitiga dan teknologi canggih.

Berdasarkan beribu-ribu laporan UFO, fail-fail saksi penculikan, pengkaji dan survivor projek/program rahsia Amerika. Juga catatan Jan Van Helsing, Philip J. Corso dan lain-lain. Juga tidak dilupakan pandangan bijak dari ilmuan Islam seperti Muhammad Isa Dawud, teori unik dari Val Valerian dengan Krill Files, MJ12 dan Matrix...

Tidak diragukan lagi bahawa semua 'alien' yang digembar-gemburkan oleh media terutamanya dari Amerika itu adalah satu propaganda. 

PROPAGANDA

Propaganda yang menjenamakan semula makhluk-makhluk jin dan syaitan kepada makhluk pintar dan cerdas dari luar angkasa. Jika di alam Melayu kita dimomokkan dengan rupa jin yang hodoh dan menggerutu dalam kisah-kisah rasukan dan gangguan jin. Di Amerika tiada bezanya, modus operandinya sama. Cuma yang membezakan dan mengelirukan ialah istilah-istilah saintifik yang digunakan. Hallucination, abduction, space travel, implant, mutilation dan pelbagai lagi adalah angkara makhluk yang sama. Makhluk yang juga banyak menculik dan menghilangkan kanak-kanak di dalam pengalaman orang-orang Melayu. Bezanya di Amerika, terdapat campur tangan manusia.
Apa kaitan kerajaan Amerika dengan semua ini?. Kerajaan Amerika, yang semua kita ketahui dikuasai oleh tangan-tangan tersembunyi, atau kita panggil The Hidden Hand, Illuminati, Freemason, konspirasi Zionis atau apa sahaja adalah mengadakan kerjasama sulit dengan propaganda ini. Pertukarannya adalah teknologi. Gambar diatas merujuk kepada kawasan bernama Area 51.

Jin adalah makhluk mukallaf. Maksudnya mereka juga dipertanggungjawabkan kehidupan di dunia. Mereka juga mendapat balasan syurga dan neraka. Sebab itu ada Jin Islam dan Jin Kafir. Jika sudah kategori mukallaf seperti manusia, maka pada masa yang sama, mereka juga memiliki fikiran untuk berkembang maju seperti manusia. Jadi siapakah perantara antara makhluk Jin dan manusia dalam konspirasi besar ini?.

Dajjal dan para penyembah Iblis. Dajjal adalah manusia pintar yang termasuk antara makhluk yang ditangguhkan ajalnya, sebab itu tiada seorang Nabi pun diutuskan melainkan dia akan mengingatkan kaumnya akan bahaya fitnah Dajjal. Dajjal juga mempunyai teknologinya sendiri hasil pembelajarannya yang lama, disamping itu dia tahu kewujudan para jin ini yang hidup lebih dahulu dan lama dari manusia.

Untuk balasannya Kerajaan Amerika atau 'shadow government' perlu melakukan tugas khas. Apakah tugas itu? Tugas itu adalah kerja-kerja mempromosikan 'alien' sebagai makhluk luar angkasa yang pintar dan cerdas. Untuk apa?

Pertamanya adalah untuk menimbulkan panik dan ketakutan awam.

Keduanya untuk propaganda susulan. Iaitu 'upgrade' imej 'alien' kepada para dewa atau Tuhan yang kononnya pernah singgah dan menguasai Bumi. Kini para dewa ini akan kembali dan kita mesti meraikannya (ingat kemunculan Dajjal?). Istilah popular yang sering digunakan ialah Annunaki (Annunaki adalah salah satu dewa Sumeria).

Ketiganya untuk membiasakan manusia dan menjadikan para jin dan syaitan ini idola atau penyelamat bagi manusia. Para jin yang asalnya hodoh ini rupa-rupanya adalah makhluk pintar yang memiliki teknologi canggih seperti UFO kononnya.
Dari premis di atas, para Elit telah mengeksploitasikannya sebagai salah satu cara mengelirukan fikiran awam. Contohnya kewujudan pergerakan Raelian yang menyembah 'alien' ini. Mereka juga memiliki kitab suci sendiri iaitu Urantia Book yang ditulis oleh nabi makhluk asing itu. Para cendekiawan juga diupah untuk menulis tentang Annunaki atau 'ancient astronauts' yang kononnya merupakan para dewa-dewi sembahan manusia pada masa dahulu yang 'hilang' kini kembali untuk menguasai bumi.
Kita akan tahu siapakah dalang disebalik semua ini apabila mengkaji dengan lebih jauh. Lambang burung berkepala dua itu adalah lambang khas pertubuhan inspirasi Dajjal. Freemason (Scottish) adalah organisasi yang biasa menggunakan lambang ini. Begitu juga lambang helang. Lambang helang pada mohor Amerika adalah helang yang sama pada logo Nazi. Salah satu bacaan yang agak baik ialah The Nazi Hydra In America.

Ular adalah lambang kultus-kultus penyembah Iblis. Segitiga adalah lambang khas kultus sihir dan juga materialis. Semua puak 'alien' menggunakan kombinasi lambang-lambang ini. Anehkan? Mereka dari 'tuan' yang sama.
Cuba lihat salah satu tulisan 'alien' yang sempat direkodkan (gambar atas). Sesiapa yang sudah biasa dengan kod rahsia atau bidang kriptografi pasti sudah dapat mengecam jenis tulisan ini. Ini adalah kod yang biasa digunakan oleh para Mason sehingga dilabel sebagai Mason Code. Sudah terang lagi bersuluh.

Seperkara lagi, teori yang mengatakan mereka adalah tentera-tentera Dajjal dari golongan manusia yang diculik terutama di Segitiga Bermuda juga boleh difikirkan (Muhammad Isa Daud). Pakaian dan sarung kulit boleh dicipta dengan mudah seperti yang ditonton dalam filem-filem Holywood.

Sebagai tambahan, ular adalah salah satu jelmaan yang paling kerap dan paling mudah bagi jin. Maksudnya jin mudah untuk muncul dalam dimensi manusia dalam bentuk ular. Cicak pula adalah lambang pengkhianat. Teliti kisah Nabi bersembunyi di dalam gua dari kejaran kaum musyrik. Dan apakah rahsia sabda Nabi yang mensunatkan kita membunuh cicak?




Assalamualaikum