Isnin, 13 Januari 2014

Protokol zion???

Protocol of Zions (Protokol Zionis) merupakan salah satu dokumen yang paling kontroversi di dunia. Ramai yang menganggap Protokol merupakan sebuah dokumen palsu yang sengaja di buat-buat demi menguntungkan kumpulan anti Semitik, pandangan ini diwakili oleh kaum Zionis-Yahudi dan para pendukungnya.

Dalam bukunya The International Jew ( 1976), Henry Ford menyatakan, " Jika saya ditanya tentang keaslian Protokol Zionis, maka saya tidak akan terlibat ke dalam perdebatan yang panjang itu. Satu-satunya perkara yang ingin saya katakan berkenaan dengannya adalah semua kejadian yang ada di dunia ini selaras dengannya ... "
Salah sebuah Rumah Rothschild 
Namun sebaliknya, banyak pula yang menganggap Protokol Zionis ini adalah asli dan boleh dipercayai. Pandangan ini kebanyakannya oleh Dunia Islam dan sejumlah tokoh kemanusiaan di Barat. Bahkan tokoh berkaliber Henry Ford juga termasuk ke dalam kelompok ini.

Selain kemunculanya yang selalu menimbulkan polemik berpanjangan, Protokol Zionis juga dilihat sebagai satu dokumen rahsia yang muncul dalam Kongres Zionis Antarabangsa Petama yang diadakan di Bassel Swiss pada tahun 1897.
Keluarga Rothschild berkurun menjadi barua kepada "tangan ghaib"
Pandangan ini diambil dari fakta di dalam kongres yang dipimpin Theodore Hertzl tersebut, Protokol Zionis memang disahkan menjadi satu agenda bersama gerakan Zionis Antarabangsa dalam menguasai dunia.

Selepas kongres Zionis pertama tersebut, Palestin akhirnya jatuh ke tangan Zionis setelah Balfour menulis suratnya yang terkenal ( 1917 ). Palestin ketika itu masih berada di bawah kekuasaan Kekhalifahan Turki Utsmaniyah dan Inggeris sama sekali tidak mempunyai hak sejengkal pun keatas tanah Palestin. Setelah Zionis berjaya meruntuhkan kekhalifahan Turki Utsmaniyah pada 3 Mac 1924, barulah Palestin jatuh ke tangan kumpulan Zionis ini. Perang Dunia I dan II juga diyakini merupakan hasil konspirasi mereka.

Pandangan ini ternyata keliru. Benar bahawa kejatuhan kekhalifahan Turki Utsmaniyah, Perang Dunia I dan II serta sejumlah peristiwa besar dunia adalah merupakan buah tangan dari konspirasi mereka. Namun Protokol Zionis sebenarnya tidak dibentangkan di dalam Kongres Zionis Antarabangsa di Switzerland tahun 1897 tersebut. Protokol Zionis telah muncul lebih lama sebelum Hertzl menjadi tokoh bepengaruh di dalam gerakan Zionis Antarabangsa. Sejarahnya bermula dari Dinasti Rothschild di Eropah abad pertengahan.

*Sebahagian artikel diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com 
Untuk memahami sejarah dunia moden, anda patut bermula dengan Rothschild- Detik Islam 
Assalamualaikum

tolakan yahudi

Di Iran, Yahudi tersebar di tiga bandar besar iaitu Tehran, Hamdan, Isfahan. Dan menurut data rasmi Iran, ada sekitar 30000 orang Yahudi di Iran. Sebuah jumlah yang sangat besar di sebuah negara yang melaungkan anti- Zionis!

Isfahan yang terletak di tengah-tengah Iran dan dikelilingi oleh bandar-bandar berasaskan Syiah seakan dengan jelas orang-orang Syiah melindungi mereka.


IRAN ISRAEL2 420x289 Yahudi di Iran; Sebuah Fakta Mencengangkan



Kita harus tahu mengapakah orang-orang Yahudi di Iran menolak untuk berpindah ke tanah jajahan Palestin. Mengapa?

Kerana sebahagian Yahudi, Iran adalah tempat suci kerana banyak nabi mereka dikebumikan di sini.

Misalnya saja Nabi Daneil. Nabi Daneil adalah salah seorang  nabi yang sudah meramalkan kejadian- kejadian sebelum kiamat dan beliau dikenali di antara Yahudi dan umat Kristian. Selain Nabi Daniel, ada juga Nabi Habqouq, Nabi Sumoil, Qeedar dan Nabi Hajayy .

Di Iran juga ada makam Bunyamin iaitu saudara Nabi Yusuf. Jadi tidak hairan jika Yahudi mengagungkan Iran sebagai tanah suci. Mereka menganggap Isfahan sebagai bandar yang lebih spesifik lagi. Bandar ini merupakan tempat pertama di mana mereka berkumpul pertama kalinya selepas kemusnahan Jerusalem oleh Novukhodonsur .

Sejarah sudah merekodkan hal ini dan kemudian setelah 70 tahun penangkapan oleh raja Babylon Nebukadnezzar, mereka berkumpul di Isfahan.

Rabi-rabi di Isfahan mengajar anak- anak Yahudi tentang pelbagai kuil Yahudi.
Yang lebih mengejutkan ada sebuah hadis Nabi yang tertera dalam Sahih Muslim, hadis ke 7034 : " Anas Bin Malik berkata bahawa Rasulullah saw berkata: ' Dajjal akan diikuti 70 ribu Yahudi dari Isfahan mengenakan selendang Parsi. " 
Assalamualaikum

Kumbang ????

Kumbang merah merupakan serangga perosak yang paling serius menyerang pokok-pokok kurma  di Israel. Sejak serangga perosak ini muncul pada tahun 1999 di Beit She’an menyebabkan kemusnahan beratus-ratus pokok kurma dan memusnahkan beratus-ratus hektar kebun dan tanaman hiasan di kawasan penempatan mereka.

Pegawai Israel mengadakan mesyuarat tergempar di sebuah hotel di Tel Aviv pada minggu terakhir bulan November tahun lepas untuk membincangkan kerosakan akibat kumbang sawit merah dan mencari jalan alternatif untuk menghapuskan mereka. Kumbang ini pernah menyebabkan kemusnahan awal kira-kira 20 ribu pokok kurma di Sepanyol.

Pihak berkuasa Israel berusaha untuk menutup mulut media mengenai bala kumbang merah tersebut. Pelbagai cara telah digunakan oleh rejim Yahudi untuk memusnahkan kumbang tersbut tetapi semua percubaan mereka gagal.





   Assalamulaikum                                                                                   

Makanan yahudi

Salah satu sebab kenapa berlaku kelaparan adalah ramai pengguna membeli banyak makanan tanpa mereka fikir kadar penggunaanya. Salah sebuah negara yang membuang makanan tertinggi di dunia adalah Israel.

Jabatan Perlindungan Alam Sekitar melaporkan sebuah rumah di Israel membuang makanan mereka bernilai 100 dolar sebulan. Menurut laporan ynet pada hari 9/11/2013 lalu dengan mengutip kenyataan Jabatan Perlindungan Alam Sekitar menjelang hari makanan antarabangsa, angka ini akan kekal stabil selama dua tahun berikutnya. Jabatan ini juga mengeluarkan laporan iaitu 30 hingga 40 peratus makanan di Israel hanya menjadi sampah.

Hari Makanan Sedunia ditubuhkan oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB (FAO) dalam usaha meningkatkan kesedaran tentang kelaparan dan kemiskinan di seluruh dunia. Walaupun ancaman kelaparan di pihak Barat jauh, namun mereka mengalami budaya konsumerisme yang berlebihan sehingga mengancam beberapa negara yang bermasalah dengan kelaparan dan kemiskinan.
Assalamualaikum
 

Arah Lawan Jam Ikut Sunnah atau yahudi

 Jika diperhatikan dengan teliti arah kanan yang di sunnatkan kepada kita adalah arah lawan jam.Jadi pergerakan positif akan terhasil apabila medan megnet bergabung dengan sistem peredaran planet-planet di sekitarnya. Jadi ,disarankan jangan pakai jam tangan kerana cas negatif akan mudah terhasil dan menganggu sistem darah dalam badan manusia.
 
Berpandukan sunnah Rasulullah, baginda sentiasa mengacau dengan menggunakan arah lawan jam. Tentu ada hikmah tersirat di sebalik perbuatan Rasulullah yang mulia. Mari kita soroti, mudah-mudahan Allah memberi kita petunjuk.

Lihat semua pergerakan ini:

Pada struktur atom, terdapat electrons yg merupakan satu-satunya objek yang bergerak dalam atom. Ia mengandungi cas negatif dan berputar mengelingi nucleus dlm kedudukan arah lawan jam.


Pergerakan cytoplasm di dalam sel adalah mengikut arah lawan jam.

Bumi dan bulan berputar pada paksinya juga mengikut arah lawan jam.
Begitu juga peredaran bulan beredar mengelilingi bumi, dan bumi beredar mengelilingi matahari, mengikut arah lawan jam.


Planet-planet di angkasa juga mengelilingi Matahari dalam gerakan arah lawan jam.


Matahari berputar pada paksinya juga mengikut arah lawan jam.


Tidak dilupakan, galaksi juga bergerak mengikut arah lawan jam.

Lihat pula syarat tawaf dalam ibadah haji, harus mengikut arah lawan jam.

Tawaf dalam ibadah haji, dilakukan mengikut arah lawan jam.

Mengikut artikel "Rahsia Kaabah" yang saya baca di sini, dijelaskan bahawa antara faktor-faktor yang menyebabkan pusaran tenaga sangat besar di Kaabah dan mengapa berdoa di Multazam sangat mustajab ialah kerana arah tawaf mengikut arah lawan jam. Bagaimana?


Hukum Tangan Kanan (Right Hand Rule)

Hukum Tangan Kanan

Dalam fizik, Hukum Tangan Kanan (Right Hand Rule) menerangkan bahawa jika ada sebatang konduktor yang di kelililingi oleh arus yang mengalir mengikutarah lawan jam, maka akan terhasil suatu daya elektromagnetik yang menghala ke atas.

Ketika jutaan orang sedang bertawaf mengelilingi Kaabah, hal ini seperti ada suatu arus elektrik yang besar, terjana daripada bio electrons dalam tubuh manusia, bergerak mengikut arah lawan jam yang mengelilingi Kaabah. Hasilnya ialah gelombang elektromagnetik yang keluar dari Kaabah.

Jadi dari situlah rahsia mengapa apabila kita berdoa di Multazam sangat mustajab. Ini kerana tenaga dari doa kita menumpang gelombang elektromagnetik yang keluar dari Kaabah. Maka kekuatan doa kita menjadi berlipat kali ganda.

Dalam persoalan mengacau makanan dan minuman mengikut arah lawan jam, saya pernah terbaca bahawa pakar metafizik mengatakan bahawa cara kacau air mengikut arah lawan jam dapat menghasilkan tenaga positif. Mungkin ia menggunakan prinsip yang sama, berpandukan Hukum Tangan Kanan. Sebab itulah banyak terapi melalui minuman selalunya mempunyai arahan supaya dikacau minuman tersebut melalui lawan arah jam. Wallahu a'lam.

Jika ini benar, maka terbuktilah keajaiban sunnah!

- Allah Maha Besar,Allah Maha Agung -
- Allahuakbar ! -
 
Tahukah anda, jam yang ada kebanyakannya hari ini ialah jam anti-tawaf?

Ini merupakan salah 1 rahsia hitam yang tidak didedahkan pada umat manusia. Sebenarnya.. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut hukum TAWAF
 
Kenapa begitu ya?

- Sebab Allah telah tentukan hukumnya sebegitu sejak galaksi ini diciptakan
- Hukum alam ini bergerak ke arah pusingan tawaf, dan ianya ke arah kanan
- Pusingan tawaf yang ada di alam semesta ini merupakan fitrah
- Manusia ciptaan tuhan sepatutnya hidup selari dengan fitrah alam
 
Bersebab besar apabila aktiviti TAWAF sentiasa berputar ke arah kanan
- Faedah tidak terhingga apabila memakai jam ikut arah hukum alam
- Rasai sendiri kehebatan & kesan setelah memakai JAM TAWAF
- Sebarkan rahsia pusingan TAWAF kepada semua umat Islam
Kesan

- Pergerakan ke kanan atau melakukan pusingan ke kanan mengimbangi sistem otak
- Pergerakan melakukan pusingan ke kanan mengimbangi tulang belakang anda
- Membersihkan darah dari ion positif berlebihan akibat radiasi luar yang terperangkap
- Meningkatkan fungsi sistem imun, antibodi dan hormon tubuh badan

- Merangsang daya tumpuan
- Mengekalkan potensi diri yang optima
- Mengimbangi kedua-dua hemisfera otak kiri dan otak kanan
- Mengawal tekanan perasaan
- Meningkatkan daya keyakinan & semangat
- Mengawal, mengimbangi, mencegah dan merawat kanser
Kesan Terhadap Rohani

- Menjadi pengimbang semulajadi setiap detik kiri & kanan
- Memenuhi falsafah hukum:

1) Kebenaran mengatasi kesilapan
2) Kelajuan mengatasi kelewatan
3) Kemudahan mengatasi kejutan
4) Kestabilan mengatasi kucar-kacir
5) Kekuatan mengatasi kelemahan
6) Keuntungan mengatasi kerugian
7) Kejayaan mengatasi kegagalan
 
- Bagi lelaki – memakainya di pergelangan tangan kanan
- Bagi wanita – memakainya di pergelangan tangan kiri


Di dalam dunia akhir zaman ini, jam yang asalnya berpusingan tawaf. Telah diolah putarannya mengikut 'arah jam' seperti yang anda lihat. Selain daripada jam yang diubah ini semua hasil ciptaan tuhan bergerak mengikut arah pusingan semulajadi

Apa itu semulajadi?
Semulajadi adalah = sistem asal ciptaan tuhan yang harmoni

Perbuatan ibadat haji adalah hukum alam. Pergerakan tawaf ini melibatkan sekecil-kecil perkara.Seperti putaran zarah-zarah elektron & ion (lihat pakai mikroskop) dan sebesar-besar objek seperti putaran planet & galaksi. (lihat pakai teleskop). Semua sifat semulajadi ini hadir bersama dengan (Jam Tawaf)
Sila baca rahsia selanjutnya di bawah..

Hukum ke Kanan (Ciptaan Allah):
Medan Magnet


Medan magnet ini menghasilkan medan elektromagnetik. Elektromagnet menggerakkan janakuasa sawat seperti keretapi laju. Anda sedia tahu keretapi laju bergerak menggunakan kuasa medan magnet. Sedangkan medan magnet menggunakan hukum ke kanan, iaitu tawaf dan ciptaan Allah ini menggunakan konsep kitaran tawaf yang menjanakan elektrik.

DNA Makhluk Berjasad
 
Imej getaran DNA yang ditunjukkan di dalam mikroskop mempunyai warna. Setiap warna jelas menunjukkan getaran yang terhasil. Ia berlaku adalah konsep tenaga yang sentiasa mengikut hukum ke kanan, iaitu tawaf. Perhatikan baik-baik, animasi DNA menunjukkan DNA membuat belitan ke arah kanan. Pusingan DNA adalah jelas merupakan 1 fenomena kitaran tawafdan semua makhluk di alam semesta ini ada trademark penciptanya. Sebab itu semua ciptaan Allah ada DNA masing-masingdan salah satunya Allah sentiasa menggunakan konsep kitaran tawaf.

Aliran Darah Manusia
 
Aliran darah dalam urat saraf manusia ada 1 pergerakan istimewa. Semenjak dari kandungan ibu lagi, kitaran darah anda ialah ikut sistem tawaf. Semua darah manusia yang melalui jantung adalah pergerakan ke arah kanan. Sebab itu bila perjalanan darah diganggu, maka badan manusia akan rosak. Molekul & zarah dalam apa jasad pun, sentiasa bergetar ke arah kanan. Perbuatan dan aktiviti ke arah kanan dinamakan tawaf. Pesakit jantung yang memakai alat bantu pengepam DILARANG MEMAKAI JAM TAWAF
Kenapa begitu pula larangannya 
Sebabnya.. jam tawaf sentiasa kembalikan sistem kelilingnya kepada sifat fitrah. Pesakit jantung yang memakai alat & mesin nadi akan mempunyai kesan bila memakai Jam Tawaf.

Nak tahu mengapa?
Kerana Jam Tawaf akan membatalkan hukum mesin tersebut sehingga mesin itu rosak. Kerana jam tawaf sentiasa akan mengembalikan fitrah, sedangkan mesin jantungbertindak berlawanan. Oleh itu, pesakit jantung dilarang memakainya

Planet Bumi

Tahukah anda, tuhan sengaja mencipta planet bumi berputar ke arah kanan
Kalau anda masih ingat, semua planet dalam sistem suria mengelilingi matahari dalam keadaan berputar ke arah kanan. Semua planet yang berjiran dengan bumi sentiasa tawaf kepada matahari. Planet bumi kita sentiasa berputar ke arah kanan di paksinya sendiri. Bahkan, matahari kita sendiri sentiasa berpusing di atas paksinya ke arah kanan. Semua tabiat & kelakuan planet & matahari ini adalah hukum putaran semulajadi ke arah kanandan proses ke arah kanan ini sama dengan TAWAF!

Taufan & Puting Beliung

Perhatikan taufan & puting beliung, anginnya berpusing ke arah kanan. Hukum ke arah kanan bersifatkan ketaatan. Putaran puting beling ini sangat dahsyat dan kerana ketaatannya, pusingannya sentiasa ke kanan. Sifat ke kanan ini sering disifatkan sebagai putaran tawaf. Bukan itu sahaja, air dalam singki pun berputar ke arah kanan seperti TAWAF! TAWAF itu ada rahsia yang misteri, hanya Islam sahaja mendedahkannyadan sudah tentulah rahsia kebaikan ini telah Allah abadikan di planet bumi iaitu;
Iaitu dengan kehadiran kaabah, di mana manusia mengelilingi dengan cara TAWAF..!

Hukum Ke Kanan (Ciptaan Manusia)

Radar
Pantulan radar adalah pembalikan gelombang yang dihantar ke arah kanan. Bagi mereka yang professionnya seorang jurutera kapal, pasti tahu jawapan ini. Bagi seorang juruterbang pula, adalah rutin harian mereka melihat skrin ini. Bagi panglima angkatan tentera di darat, udara, dan laut, radar adalah permainan mereka. Untuk pengetahuan anda, radar ADALAH warnanya hijau. Hijau simbolik kepada ISLAM dan radar canggih ini menggunakan konsep kitaran tawaf.

Bom Atom

Bom atom yang terhasil biasa tercetus akibat dari kitaran yang diganggu dalam sistem janaannya.Apabila geseran & gerakan ke kanan terdapat gangguan ke arah kiri. Maka kesannya menghasilkan letupan atau pergerakan tenaga di luar kawalan. Fenomena ini juga termaktub kepada bom hidrogen yang biasa digunakandan ujian terhadap ledakan nuklear menunjukkan perkara yang sama. Ini membuktikan hukum tawaf menyeimbangkan alam. Menghasilkan gangguan kepada kitaran tawaf akan mendatangkan bala bencana dan semua bom ciptaan manusia ini menggunakan konsep kitaran tawaf supaya ia tidak meletup.

CD, VCD, DVD & Blue Ray Player

Semua piring multimedia di atas berputar secara tawaf ketika pemindahan data berlaku. Akibat putaran tawaf, data mampu dihasilkan. Pancaran & pantulan laser dinyalakan hasil konsep gerakan tawaf iaitu putaran ke kanan. Setiap putaran alat di atas termaktup pada kelajuan tertentu untuk kapasiti aliran data yang terpilih. Ia ibarat tawaf di depan kaabah, bila lengkap 7 pusingan barulah rukun sempurna. Dengan konsep yang sama, aliran data cd ini dapat naik ke komputer bila sempurnanya kitaran mereka dan semua peranti canggih ini menggunakan konsep kitaran tawaf.

Piring Hitam, Video & Kaset

Kalau anda perhatikan pergerakannya, semuanya berputar ke arah kanan. Kalau anda lawan, maka bunyi aneh keluar (anda boleh lakukannya ketika era 80an). Perhatikan elok-elok, kitaran tawaf berlaku di depan mata anda selama ini. Terkadang, manusia perlu mengikut hukum semulajadi untuk mencapai harmoni. 3 alat di atas sudah dianggap antik, dan kanak-kanak hari ini tak pernah menyentuhnya. Ini adalah sebahagian besar rahsia tawaf yang berlaku ketika zaman remaja anda dahuludan semua peranti moden ini menggunakan konsep kitaran tawaf. Sedangkan tawaf adalah putaran yang berlaku di mana-mana.

Kipas Siling & Propeller Kapal

Perhatikan kipas siling anda, bila anda petik sahaja, ia sedang berputar ke arah kanan. Angin yang disedut di sisi dan turun ke tengah mendatangkan harmoni dan nyaman. Hukum putaran ini juga termaktup kepada kipas kapal, jurutera perkapalan memanggilnya "propeller". Besi propeller dibina dengan hasil campuran kumprum aloi yang tahan karat akibat air masin. Putaran propeller adalah kitaran tawaf dan menyebabkan kapal maju ke depan dengan laju. Kapal laut boleh undur ke belakang dengan membatalkan hukum tawaf. Sebab itu bila kita ikut hukum, hidup maju ke depan. Samalah halnya dengan helikopter yang terapung itu. Pergi ambik video dan rakam libasan kipasnya, bukankah ia berputar mengikut tawafdan semua perhiasan rumah & sistem pengangkutan ini menggunakan konsep kitaran tawaf. Sedangkan tawaf adalah rutin harian malaikat di atas langit. Sebab itu kaabah di bina di Mekah, supaya manusia boleh melakukan ibadat tawaf kerana tawaf mendatang keharmonian.

Sukan Lumba Lari
Masih ingat sukan lari 100 meter dekat sekolah?
Anda akan disuruh berlari ikut arah kanan tanpa seorang pun dari kamu menyedarinya. Sukan Dunia Olimpik dan Sukan Komanwel juga termaktub pada hukum yang sama ketika berlari. Perhatikan balapannya perpusing ke arah kanan, berlari laju-laju dan pusingannya sama seperti TAWAF!Perhatikan aksi jogging di waktu pagi dan petang di taman-taman, track yang disediakan semuanya ke arah kanan, sama seperti TAWAF. Terkadang, berjoging di tempat sendiri, badan kita akan dengan sendirinya pusing ke arah kanan seperti TAWAF, tanpa kita sedari pundan semua aktiviti riadah ini menggunakan konsep kitaran tawaf. Sedangkan tawaf adalah rutin semulajadi dalam diri kita sendiri. Putaran tawaf mendatang kesihatan & umur yang panjang. Inilah sejenis rahsia akhir zaman yang sengaja dipadam selepas si mata 1 menguasai dunia hari ini. Rahsia yang telah digelapkan di akhir zaman.

Soalan Cepu Emas

Anak Murid: Kenapa jam yang saya pakai berputar ke kiri?
Guru Mursyid: Jam yang kamu pakai adalah jam anti-tawaf. 
Tahukah kamu jam pertama yang diciptakan adalah berpusing ke arah kanan?
Tidakkah kamu perasan, setiap apa yang tuhan ajar pada umat manusia asalnya fitrah. Fitrah adalah bersifat semulajadi. Pada setiap umat pasti akan hadir MASTER MIND yang pasti membetah simbol semulajadi ini. Sedangkan kita adalah umat akhir zaman. Setiap nabi & rasul pada zamannya pernah memberi amaran tentang watak ini. Watak ini sentiasa menterbalikkan apa jua sistem hidup manusia. Baik dari segi kewangan, pakaian, sukan, hiburan, bahkan MASA.
Dialah yang disebut si mata 1. Dialah yang telah mencaturkan sistem jam hari ini KE ARAH KIRI. 
Kerana apa?
Sesungguhnya matanya buta di sebelah kiri..
Bayang-bayang dia untuk tiba semakin dekat..
Kerana sistem jaringan milik dia sudah berada di hadapan anda.
Assalamualaikum