Ahad, 26 Ogos 2012

RAMADHAN

Abu Hurairah menyatakan :

Telah bersabda RASULULLAH S.A.W yang bermaksud :Apabila telah tibanya RAMADHAN, dibuka pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.

- Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari,Muslim,Nasai 'e,Ahmad dan Baihaqi.


 Awal turunnya kewajipan shaum Ramadhan adalah pada bulan Sya'ban tahun kedua Hijriyah,atas dasar ini para ulama beriima' bahwa Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam menunaikan ibadah shaum Ramadhan selama hidupnya sebanyak sembilan kali.

Ibnul Qayyim mengatakan dalam Zadul Ma'ad , bahawa difardhukannya shaum Ramadhan melalui tiga peringkat :

1.  Kewajiban yang bersifat takhyir (pilihan).

2. Kewajiban secara Qath'i (mutlak), akan tetapi jika seorang yang shaum kemudian tertidur sebelum berbuka maka diharamkan baginya makan dan minum sampai hari berikutnya.


3. Peringkat terakhir, iaitu yang berlangsung sekarang dan berlaku sampai hari kiamat sebagai nasikh (penghapus) hukum sebelumnya.


                                                    Kelebihan Bulan Ramadhan

                                                             HADITH 1
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : '' Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka.Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi ALLAH daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan ) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa''.