Sabtu, 27 Julai 2013

Dajal

Assalamualaikum & Bismillah

 
Pada zaman Rasulullah s.a.w, Dajjal menamakan dirinya sebagai Syuib. Pernah di satu ketika Rasulullah s.a.w. dan sahabat berjalan di satu lorong lalu berjumpa dengan seorang budak berdiri sedang cekak pinggang dan merenung Baginda dan sahabat sehingga berasap matanya, lalu dia menjerit ''dukhan-dukhan (asap)''Lalu Saidina Ali bertanya kepada Rasulullah siapakan pemuda tersebut? Baginda menjawab, itulah Dajjal. dalam keadaan matanya yg berasap dia telah lari dari lorong ke lorong. Apabila Saidina Umar dan Saidina Ali mahu membunuh Dajjal ini, Rasulullah s.a.w. melarang mereka. Namun Saidina Umar telah menyiku Dajjal sehingga mata kanan Dajjal buta lalu lari dari Madinah. Rasulullah telah bermunajat kepada Allah agar Dajjal dibawa keluar ke satu Pulau dan dipenjarakan.
Bentuk Fizikal Dajjal
Dajjal ini bentuk rupa paras senantiasa berumur 33 tahun, berbadan sasa, rambutnya kerinting dan matanya sepet. Usianya kini sudah hampir 2700 tahun.

Setelah Rasulullah s.a.w. wafat, di zaman Khalifah Abu Bakar, Dajjal cuba datang ke Mekah dengan rombongan haji tetapi Dajjal tidak dapat hidup lalu dia telah diikat di satu Pulau tempat asalnya. Sehinggalah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. iaitu Saidina Tamim Abu Ad-Dhari jumpa Pulau itu dan bertemu dengan Dajjal yg dirantai di dalam sebuah Gua. Selepas Tamim memperkenalkan dirinya sebagai sahabat Nabi kepada dajjal lalu ia pun bertanya,"Apakah Saidina Abu Bakar maseh ada lagi?" Apabila dikatakan tiada maka Dajjal membesar. Kemudian Tamim mengatakan yg Saidina Umar sebagai Khalifah sekarang maka mengecillah ia lalu mengatakan bahawa Umarlah yg telah membutakan mata kanannya.

Tamim bertanya lagi."apakah tanda engkau akan bebas?" Lalu Dajjal mengatakan apabila dilihat wanita bebas berkuda.[Saya rasa maksud jawapan Dajjal itu ialah..bila kaum wanita setaraf dengan kaum lelaki..bebas berkuda,bersukan,berpolitik,menyanyi dan apa yang kita lihat pada zaman sekarang-wallualam].

Setelah bertanya kepada dajjal akan program akhir zaman. Sehinggalah Tamim faham akan program Dajjal lalu mengorak langkah membuat usaha demi utk umat di akhir zaman yakni KITA.
Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan: “Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w". Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda sambil tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak!".

Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?” Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”

Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal".
Pulau Socotra-Yaman
Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya. Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas.
Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari.
Di pulau yang tidak berpenghuni itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya.
Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?” Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.”
Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?” Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu". Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu.

Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya. Mereka bertanya: “Siapakah anda?” Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya “Siapa kamu ini?”

Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini".

“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”

"Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.” Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan:
Gua di Pulau Socotra-Yaman-Apakah di dalam gua ini Dajjal dikurung waktu itu...?
“Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab:

“Keadaan apanya yang tuan maksudkan?” Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?”

Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”

Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.” Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?” Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.” Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”

Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?” Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.” Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.” Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.
Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.” Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. "Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”
Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata": “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?” Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.” Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal".
"Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur.
Rasulullah s.a.w telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan datang dari arah timur. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal akan datang dari Khurasan atau Asfahan. Wallahu a’lam.


Pulau Socotra Di Yaman


                                                                         Pokok Dragon Blood
Benarkah seperti yg diceritakan oleh Nabi Muhammad S.A.W, Dajjal dikurung di sebuah pulau?
Apakah Pulau Socotra di Yaman?
Pulau Socotra yg terpinggir dari arus pembangunan dan bentuk geografi yg sungguh aneh di pulau ini (seperti gambar2 di atas), walaupun Pulau Socotra mempunyai keistimewaan yang tidak terdapat di lain tempat, ia bukanlah satu lokasi tarikan pelancong. Kerajaan Yaman tidak pernah mempromosikan pulau ini kepada dunia.
Pulau Socotra adalah pulau yang memiliki iklim tropika padang pasir. Panasnya mencapai sehingga 40 darjah celcius.
Pulau Socotra adalah pulau yang dilindungi keasliannya, di sana hampir tidak dibangunkan jalan raya. Satu-satunya jalan yang ada di sana, hanya dibina kira-kira 2 tahun yang lalu melalui antara Pemerintah Yaman dan UNESCO.


Tidak banyak usaha dilakukan untuk menarik pelancong ke Pulau Socotra agar keaslian pulau Socotra terpelihara.


Tiada kemudahan disediakan termasuk hotel penginapan,restoran  atau infrastruktur yg baik di sana.
Lebih aneh apabila ada masyarakat setempat yang mengaitkannya dengan penjara Dajjal. Pulau Socotra, pulau terpelik di dunia,. mempunyai spesis tumbuhan yang amat pelik, seperti dragon blood tree, atau pokok darah naga, getahnya berwarna merah. Pokok 'Dragon Blood Tree'.
Dalam bahasa tempatan Dam al-Akhawain bermaksud..'blood of the two brothers'. Pokok ini berharga kerana getah nya yang berwarna merah digunakan sebagai pembuatan ubat dan kosmetik. Pokoknya begitu cantik dan unik.
Pokok Daragon's Blood ini ialah salah satu diantara 900 spesis pokok yang sangat pelik dan popular di pulau Socotra. Bila ke sini seperti pergi ke planet lain, teori sebahagian penganalisis menyatakan pulau ini mungkin tempat asal dajjal di kurung waktu dulu.
Wallahu a’lam
 
   Dikisahkan apabila tiba di penghujung zaman nanti akan terjadilah satu peperangan yang terbesar dalam sejarah manusia iaitu peperangan diantara umat islam menentang kufar.
Perang Dunia ke 3 yang juga dikenali sebagai “Armagedon” ini merupakan perang terakhir antara kaum muslimin dengan orang-orang Yahudi sebelum kedatangannya hari kiamat.
Gambar Hiasan (Solat Subuh di Masjid Akbar New Delhi)
Dalam perang tersebut pemimpin mereka Dajjal terbunuh, hingga seluruh Yahudi juga akan terbunuh sebanyak 70.000 orang. Itulah peperangan terakhir buat umat islam bersama tentera Al Mahdi dan subuh yang terakhir sebelum dajjal terbunuh oleh Nabi Allah iaitu Isa as. Diriwayatkan apabila hampir subuh maka Imam Mahdi r.a pun memerintahkan tenteranya bersiap sedia untuk menunaikan solat subuh.
Bilal pun melaungkan azan kemudian masing-masing bersolat sunat fajar apabila semuanya selesai. Bilal pun berdiri dan melaungkan Iqomah menandakan solat akan didirikan .
Pada masa yg sama di luar sana 2 malaikat telah turun membawa seorang keturunan bani Israil dari langit, beliau adalah anak seorang perempuan yg suci. Beliau ialah Nabi Isa a.s . Nabi Isa a.s diturunkan ke menara putih di Masjid [ sesetengah perpendapat Nabi Isa a.s turun di Masjid Ummayad, Damascus Syria ]di mana Imam Mahdi r.a dan kaum muslimin bersolat subuh.
Turunnya Nabi Isa a.s untuk membuat perhitungan yg terakhir . Inilah detik terpadamnya fitnah yg menguasai manusia berabad – abad lamanya. Fitnah kaumnya tentang kematiannya disalib akan diperlihat kebenaran Al Quran bahawa jasadnya dinaikkan ke langit dan dikembalikan ke dunia untuk dipersaksikan keseluruhan umatnya yang telah sesat. Tanpa berlengah lagi nabi Isa a.s pun turun ke ruangan solat .Kelihatan ramai manusia sudah berdiri dan bersiap -siap untuk solat subuh .
Di dlm sebuah hadis ada menceritakan ketika Nabi Isa a.s turun ke bumi baginda memakai jubah yg berwarna putih kekuning-kuningan, berambut panjang sehingga mencecah bahu, rambutnya seolah-olah kelihatan basah seolah-olah ada air yg akan menitis ke pakaiannya, apabila di mengibaskan rambutnya jatuhlah mutiara daripadanya.

Diriwayatkan bahawa manusia yang pertama yang mengetahui turunnya Nabi Isa a.s ialah pesuruhnya iaitu dikenali sebagai Zarnab Bar’ala. Beliau hidup sejak zaman Rasulullah saw dan dipanjangkan usianya melebih 2000 tahun. Pesuruh nabi Isa as. itu ditempatkan di suatu bukit dan di doakan umur yang panjang sehingga turunnya nabi Isa a.s dari langit. Maka Nabi Isa a.s pun mengucapkan salam kepada semua kaum muslimin, semua orang di situ mendengar dengan jelas salam itu lalu mereka semua berpaling ke arah suara itu. Masing-masing tertanya-tanya siapakah gerangan manusia yang baru memberi salam ini, tanpa berlengah maka Zarnab Bar’ala memperkenalkan manusia itu ialah Nabi Isa as Putera Maryam.
Maka tersenyumlah kaum muslimin ,suasana diselubungi perasaan syukur dan gembira.Nabi Isa a.s menyapa dan bersalam-salaman dengan kaum muslimin. Tidak menjadi masalah baginya untuk bermesra dengan kaum muslimin kerana baginda mengetahui banyak bahasa dunia. Tanpa berlengah Nabi Isa a.s dipersilakan ke hadapan untuk mengimamkan solat subuh Itulah subuh yg terakhir sebelum Dajjal lenyap di dunia yg fana ini.

Imam Mahdi yg berumur 44 tahun ketika itu mempersilakan Nabi Isa a.s manjadi Imam tetapi ditolak pelawaan itu dengan baik olehnya . Dlm hal ini Rasulullah saw mengulas dlm satu hadisnya …. “perbuatan Nabi Isa a.s adalah satu penghormatan untuk umat ini”.
Setelah selesai sahaja Imam Mahdi r.a dan nabi Isa a.s serta kaum muslimin bersolat subuh berjamaah. Nabi Isa a.s memerintahkan supaya pintu kubu di buka ,setelah pintu kubu dibuka maka kelihatanlah Si Mata Satu [Dajjal Al-Masih].
bersama tenteranya telah berbaris dan bersedia untuk berperang di pinggang-pinggang mereka terdapat pedang tantinum yg bersalut emas dan mereka semua bertongga kaum Yahudi ketika itu berjumlah seramai 70,000 tentera belum lagi termasuk bilangan jin dan kaum-kaum lain yg terpedaya dan mengikuti dajjal.
Bala tentera Dajjal (gambar Hiasan)
Nabi Isa yg berumur 33 tahun itu maju ke hadapan bersama-sama tentera Islam. Nabi Isa ketika mara ke hadapan sambil menundukkan kepalanya, apabila sampai betul-betul setentang dihadapan dajjal barulah Nabi Isa a.s mengangkat kepalanya dan merenung Dajjal dengan matanya . Dengan izin Allah maka keluarlah mukjizat dari mata Nabi Isa a.s dan terkena Dajjal , akibat renungan tajam Nabi Isa a.s itu jasad dajjal menjadi cair.
Maka kelihatanlah jelas muka sebenar dajjal dan tubuh badannya. Kaum manusia yg sesat tersihir terkejut melihat perubahan tuhannya(dajjal) itu maka mereka tersedar bahawa mereka telah di tipu dan lari bertempiaran melepaskan diri. Sesungguhnya tuhan yg diikuti selama 37 hari itu sebenarnya adalah dajjal.
Seperti maksud drp potongan hadis, "kemudian ia (Nabi Isa a.s) pergi menuju mereka (dajjal dan tenteranya) dan apabila ia dilihat oleh musuh Allah maka ia (dajjal) akan mencair seperti garam yg mencair, sekiranya ia membiarkan hal itu ,sesungguhnya musuh Allah akan binasa….."
Dajjal sangat mengenal manusia yg berdiri di hadapannya itu, sebenarnya mereka sudah pernah bertemu sebelum ini iaitu lebih kurang 2020M tahun yg lampau. Maka dajjal sedar ajalnya sudah sampai, amat bodohlah sekiranya dia cuba untuk memerangi Nabi Isa a.s. Sudah tentu dia akan mati terbunuh dihadapan pengikutnya. Maka habislah gelaran pengiktirafan taraf Tuhan yg baru diperolehi itu drp manusia.
Dajjal mengambil keputusan untuk melarikan diri, secara-tergesa-gesa lari ke arah timur apabila tiba di sana alangkah terkejutnya kerana di dapati musuhnya sudah ada di hadapan nya. Tanpa berlengah dajjal lari ke arah barat, sesampai di sana alangkah terkejutnya buat ke dua kalinya, Nabi Isa a.s sudah ada di hadapannya.
Haikal Sulaiman-Istana Dajjal di Israel yg bakal dibina [gambar Ilustrasi]
Sesungguhnya pada ketika ini ia merasa dekatnya ajal, dajjal tidak berputus asa lalu dia lari ke arah negaranya iaitu Israil, tetapi sebelum sampai ke kuilnya iaitu di suatu tempat di pintu masuk Lud, Dia melihat Nabi Isa a.s sudah berdiri di situ dengan sebatang lembing di tangannya. Pada kali ini Nabi Isa a.s sudah tidak lagi memberi peluang kepada dajjal.
Nabi Isa a.s merejam lembing ke arah dajjal dan seterusnya lembing itu menusuk tepat ke dada dajjal dan serta merta dajjal pun mati,maka tamatlah riwayat tukang fitnah terbesar di sepanjang zaman. Nabi Isa a.s kembali menemui kaum muslimin dan menunjukkan lembingnya yg dibasahi darah dajjal. Seperti yg diceritakan di sebuah hadis yg maksudnya ….. “akan tetapi Allah mengkehendaki untuk membunuhnya di tangan Isa Ibnu Maryam, maka Isa memperlihatkan darah dajjal di hujung tombaknya”
Kaum yahudi bertempiaran lari lalu bersembunyi di sebalik pokok-pokok dan batu-batu , mereka ketakutan kerana tuhannya dajjal  sudah mati dibunuh, tidak ada sesiapa yang akan menaungi mereka.

Kaum muslimin ketika itu nekad mengejar tentera yahudi dan menghabiskan semua kaum yahudi zionis di muka bumi yg berabad mencengkam dunia.
Bukan setakat kaum muslimin memerangi kaum yahudi bahkan termasuklah pokok –pokok dan batu-batu. sekiranya mereka bersembunyi dibelakang pokok-pokok atau batu-batu. Pokok -pokok dan batu-batu itu itu akan bercakap “Wahai muslim dibelakangku ini ada orang yahudi maka bunuhlah ia ! lalu kaum muslimin itupun membunuh yahudi yg bersembunyi itu. Seperti yang diceritakan pada suatu  hadis  yang maksudnya ” Hai Muslim,hai hamba Allah, hai orang yg bertauhid, dibelakangku ada orang yahudi yang bersembunyi, maka datanglah ke sini dan bunuhlah ia ” hadis yang lain menyebut ”…. sehingga pohon dan batu-batun memanggil ” wahai roh Allah di sini ada Yahudi ” maka tidak ada seorang pun pengikut dajjal yg tidak di bunuh oleh Isa “.
Surah Al-Mai'dah -Ayat 5:78
"Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh".
- Seperti pencerobohan yahudi ke atas Palestin apa yg kita lihat sekarang ini dan telah terkandung dlm surah Al-Mai'dah di atas sebagai bukti sahih.
Di dalam sepotong hadis Rasulullah telah bersabda, “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kaum muslimin memerangi kaum Yahudi dan membunuh mereka, sehingga bersembunyilah orang-orang Yahudi di belakang batu atau kayu, lantas batu dan kayu itu berkata, “Wahai orang muslim, wahai hamba Allah, ini ada orang Yahudi di belakang saya, kemarilah dan bunuhlah ia,” kecuali pohon Gharqad  kerana ia termasuk pohon Yahudi”  (HR. Bukhari dan Muslim).
Surah Al-Mai'dah -Ayat 5:41

"Wahai Rasul Allah! Janganlah engkau menanggung dukacita disebabkan orang-orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran, iaitu dari orang-orang yang berkata dengan mulutnya: "Kami tetap beriman", padahal hatinya tidak beriman; demikian juga dari orang-orang Yahudi, mereka orang-orang yang sangat suka mendengar berita-berita dusta; mereka sangat suka mendengar perkataan golongan lain (pendita-pendita Yahudi) yang tidak pernah datang menemuimu; mereka ini mengubah serta meminda perkataan-perkataan (dalam Kitab Taurat) itu dari tempat-tempatnya yang sebenar. Mereka berkata: "Jika disampaikan kepada kamu hukum seperti ini maka terimalah dia, dan jika tidak disampaikannya kepada kamu, maka jagalah diri baik-baik". Dan sesiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, maka engkau tidak berkuasa sama sekali (menolak) sesuatu apapun (yang datang) dari Allah untuknya. Mereka ialah orang-orang yang Allah tidak mahu membersihkan hati mereka; bagi mereka kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang besar".

Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yang ditangguhkan ajalnya “Minal Munzharin” seperti halnya Nabi Isa a.s. yang diangkat oleh Allah SWT ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini (Masjid Ummayad, Damascus Syria) lalu beliau akan mati dan dikuburkan di Madinah Al Munawwarah bersebelahan makam baginda Nabi Muhammad SAW. Sama juga halnya dgn Nabi Khidir a.s., para malaikat, para ambia dan iblis yang ditangguhkan kematian sehingga qiamat nanti..

Assalamualaikum  ( *-* )
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan