Khamis, 28 Februari 2013

Amaran.....tidak diendahkan

Assalamualaikum & Bismillah

   
             Apa yang anda faham tentang tanda diatas ini(ni hanya amaran tapi manusia tak pernah nak endahkannya)
Pernah terfikir tak kenapa kat Sekolah ada Loceng,kat Hospital ada Ambulans,kat kereta ada "Hon",kat handset ada alarm.... tu semua adalah tanda "amaran",manusia tak akan berdisiplin kalau tak ada benda ni semua.Cuba bayangkan kalau benda ni semua takde,tapi ada polis,doktor,guru,bomba &sebagainya(boleh ke mereka kawal keadaan)..
Dan pernah kah kamu terfikir,kenapa setiap kereta bunyi "hon"nya tetap sama ,tak ada ke yang lagu rock,nasyid ke?(gila sekejap)....ini membuktikan walaupun undang-undang telah ditetapkan,tapi untuk melaksanakannya suara kita tidak mampu didengar oleh berjuta/berbillion lemon manusia ni sebab kebanyakannya teringi digelar "istimewa",kalau guna suara tak boleh,bagilah amaran bertulis(tetap tak boleh,sebab manusia ni ramai yang buta huruf & pura-pura buta huruf..(tapi bagi jepun diorang tetap akan baca sebab diorang suka membaca buku..hihihi).So,teknologi seperti loceng semua dicipta untuk tujuan bagi "amaran,peringatan,nasihat"untuk apa?Hanya satu je jawapannya iaitu untuk mendisiplinkan manusia ni ? sebab apa? sebab manusia ni degil,tak suka dengar arahan.Tetapi kenapa yer manusia ni berani untuk menjadi khalifah kat muka bumi ni sedangkan dengar nasihat pun malas,ni nak bagi nasihat kat orang lain pulak?seperti apa?seperti ketam mengajar anaknya menari,eh silap berjalan.Ni nasib baik dulu time cikgu ajar tak pernah terfikir untuk buat peta dunia...
Berbalik kepada soalan kita tadi ...kenapa manusia ni berani untuk menjadi khalifah?Sebab hanya manusia sesama manusia je yang faham bahasa pertuturan kita,cuba bayangkan Kucing tegur kita buang sampah? tak ke pelik,sedangkan budak bawah umur tegur kita buat salah pun kita marah dia.kalau kucing yang tegur,hmm nauzubillah (tak tahu apa jadi?)Siapa cakap hanya peranan ustaz,ustazah & golongan alim ulama sahaja yang harus melaksanakan tugas "dakwah"(khalifah) tu,hahaha(kalau korang angkat tangan pun bukan saya boleh tahu,betul tak)...
Contoh :Doktor boleh nasihat pesakit dia makan ubat ikut masa,tapi boleh ke doktor jalankan tugas dakwah?jawapannya boleh,habis takkan tak kena marah,(cuba baca ni ) time doktor beri ubat boleh doktor nasihatkan supaya makan ubat tu selepas basuh tangan /sebelum minum ubat mulakan dengan membaca "bismillah".
Orang buat bangunan pun guna nisbah yang betul,kalau tak bentuk bangunan tu jadi macam menara condong pulak?hihihi...apa kaitannya ? setiap manusia perlu memiliki nisbah dan ukuran yang seimbang dalam memiliki iman ,takwa serta keikhlasan supaya hidup kita selamat dunia akhirat..
 
 
Polis boleh bagi nasihat kepada pencuri supaya tak curi lagi kalau tak dihukum potong tangan atau hukum hudud untuk orang yang membunuh. Apa isi penting yang anda dapat ialah mengenai Setiap Seorang Dari Kita Dijadikan Khalifah,maka Jalankanlah dengan sebaiknya....Setiap dari kita ada tanggungjawabnya di muka bumi ni....tapi apa kaitannya dengan disiplin...kaitannya ialah kita kena disiplin diri kita sendiri dengan melakukan Suruhan-Nya& meninggalkan Larangan-Nya.Disiplin itu penting,ia membuktikan kejayaan jika kita melakukan dengan betul dan baik....
ok,that all for today....



 
           


Rabu, 27 Februari 2013

Alexender zulkarnain...siapakah beliau???

Assalamualaikum & Bismillah 
 Siapakah Alexender Zulkarnain...nak tahu..sila angkat tangan..(hahaha macam nampak je)..ok,siapa nak jawapan untuk periksa sila baca sampai habis..



“Siapa yang aniaya, akan kami siksa dan dikembalikan kepada Tuhan agar Tuhan memberi siksa yang lebih hebat lagi. Adapun orang-orang yang saleh dan baik, akan kami lindungi serta diberi ganjaran-ganjaran dan kepadanya kami hanya akan perintahkan kewajiban-kewajiban yang ringan saja.”
Kata-kata tersebut berasal dari mulut sang penguasa eropa yang sejarah hidupnya,kelakuannya,kepercayaannya,menjadi pro dan kontra lebih dari 2300 tahun setelah sepeninggalnya iskandar zulkarnain,atau Alexander zulkarnain,atau yang kerap kita kenal dengan nama Alexander the great.
Alexander dilahirkan di Macedonia,tahun 356 sebelum masehi beliau lahir sebagai seorang pangeran yang akan meneruskan kekuasaan ayahnya Raja Philip II, Alexander dididik dengan pendidikan terbaik,dilatih oleh guru-guru terbaik dan dikurniai bakat terbaik,sebagai ilmuan,panglima,pangeran,dan pemimpin yang baik.

tersebutlah nama salah seorang pemikir terkenal pada zaman itu Aristoteles sebagai salah satu guru dari Alexander,pada usianya yang masih muda Alexander mengikuti pertemuan-pertemuan politik antara para raja dan bangsawan,kecerdasannya mengundang rasa iri serta kekaguman para raja.
keberaniannya ditempa oleh cerita tentang keberanian Achiles yang berasal dari buku iliad pemberian dari gurunya Aristoteles,Achiles nama seorang pejuang yang diceritakan begitu gagah berani dan kuatnya menimbulkan kesan positif bagi Alexander muda.
pada usianya yang ke 20 ayahnya Raja Philip II meninggal dunia karena terbunuh oleh beberapa orang yang tidak menyukainya,saat itulah Alexander diangkat menjadi seorang raja,mewarisi kekayaan Macedonia,serta mewarisi kekuasaan sebagai pemimpin tertinggi.
"Sehingga, apabila dia sampai di tempat terbenam
Matahari, didapatinya matahari itu terbenam dalam mata
air yang berlumpur hitam. Di sana didapatinya satu
kaum. Kami berkata : Hai, Zul'karnain, adakalanya
engkau siksa (kaum yang kafir itu) atau engkau
perlihatkan kepada mereka kebaikan..."
(Surah al-Kahfi 18 ayat 86)

Alexander zulkarnain,diceritakan dalam Al-quran yang tiada keraguan didalamnya,sebagai seorang yang mengemban tugas menegakkan Kebenaran,beliau mengemban tugas tersebut dan mulai bergerak dengan cara memperluas kekuasaan macedonia, pertama dia menyerbu daerah yang sekarang dikenal sebagai bulgaria dan rumania.
Pada zaman itu dikenal kebengisan tentara Imperium persia,tentara yang tidak mengampuni anak-anak,orang tua mahupun wanita,kekuasaan Imperium persia antara lain membentang dari Selat Dardanella sampai ke India.
Tahun 334 sebelum masehi,Alexander memulai penyerbuan ke wilayah-wilayah Asia menyeberangi laut Marmoa mendarat di daerah Asia kecil atau sekarang Turki.
kemenangan demi kemenangan setelah kemenangan pertama di sungai Granicus tidak membuat Alexander
melupakan tugas utamanya,setelah berbagai penaklukan beliau tidak mengizinkan  melainkan membuat kesepakatan dengan menghormati kepercayaan bangsa-bangsa yang ditaklukannya,bahkan dalam beberapa versi diceritakan Alexander menikahi salah seorang dari bangsa yang ditaklukannya.


Antara Iskandar zulkarnain dengan Yajud dan Majud.
Dikisahkan,saat Iskandar menuju Armenia melewati Persia dan Azerbaijan,dia menemui bangsa yang hidup diantara dua gunung,bangsa tersebut terlihat hidup dalam ketakutan,kegelisahan,seakan setiap harinya adalah ketakutan,Iskandar tidak memahami bahasa yang digunakan bangsa tersebut,akhirnya Iskandar mengerti alasan ketakutan bangsa tersebut,adalah dikarnakan bangsa tersebut tinggal berdampingan dengan bangsa Yajud dan Majud,Bangsa yang kejam,menghancurkan segala yang mereka lewati,membunuh siapa yang mereka temui.
Iskandar meminta bahan-bahan dari bangsa yang hidup diantara dua gunung tersebut,untuk membuat tembok yang tidak bisa di tembus oleh siapapun,oleh apapun.
“tembok ini adalah anugrah dari tuhanku,hanya tuhankulah yang dapat menembusnya dengan izinnya”
Bangsa yang hidup diantara dua gunung tersebut berterima kasih pada Iskandar serta memberikannya upah,namun Iskandar berkata
“saya menghargai pemberian dari kalian,namun saya tidak mengharapkannya,adalah rahmat tuhan saya yang telah memberikan saya segalanya”
Setelah Iskandar Zulkarnain dapat menaklukkan negeri-negeri lainnya ditimur, barat, diutara dan diselatan, maka kerajaannya kini
meliputi: Moroko, Rom, Yunani, Mesir, Persia dan India, sehingga merupakan sebuah kerajaan yang amat luas, yang belum pernah terjadi sebelumnya, dimana penduduknya kini hidup dengan aman
tenteram dan makmur.
Cita-cita Iskandar Zulkarnain telah dapat dicapainya, berkat pertolongan Allah, kerana dia selalu berlindung diri kepadaNya. Tetapi sayang setelah Iskandar Zulkarnain meninggal dunia, kerajaan
yang besar dan bahagia itu menjadi berpecah-belah, kerana perebutan kekuasaan para pengikutnya yang ditinggalkannya.
Iskandar Zulkarnain yang bererti raja Timur dan Barat, telah dapat mempersatukan kerajaan Timur dengan kerajaan Barat, menjadi suatu kerajaan yang adil dan makmur, berkat ilmu dan pengetahuannya, serta berkat dasar ketuhanan yang selalu dipegangnya teguh dalam mendirikan kerajaan besar itu.
Cita-cita Iskandar Zulkarnain yang suci murni dan maha besar itu, untuk sementara telah dilanggar oleh manusia yang berkuasa sesudahnya.

“beliau adalah raja yang agung,yang merendahkan keagungannya dibawah naungan keagungan yang Esa..beliau adalah raja yang agung,yang keagungannya anugerah dari yang maha agung..beliau adalah raja yang bijaksana,yang kebijaksanaannya adalah amanah dari yang kuasa”

 NI MAKLUMAT LAIN,KALAU RAJIN SILALAH BACA....KALAU MALAS ..PERGI TIDUR....hihihi

Iskandar Zulkarnain dikenali sebagai raja dan penakluk yang tiada tolak bandingnya. Di kalangan umat Islam, beliau dikenali sebagai Iskandar Agung. Manakala dalam masyarakat Barat, beliau dipanggil Alexander The Great. 
Namun, perbezaan nama itu menimbulkan persoalan yakni adakah kedua-dua nama itu orang yang sama ataupun tokoh yang berbeza. Persoalan ini masih belum terjawab. 
Di kalangan ulama dan para sarjana, mereka berbeza pendapat mengenai perkara ini kerana terdapat beberapa perbezaan dan ketidak selarasan cerita mengenai Iskandar Zulkarnain mengikut versi Islam dan barat.
Namun begitu A. Yusuf Ali, salah seorang ulama yang terlibat dalam menterjemah dan mentaksirkan al-Quran ke dalam bahasa Inggeris, menyimpulkan bahawa Iskandar Zulkarnain yang disebut dalam Quran dan sejarah Islam sama dengan Alexander The Great di barat. Perbezaan nama itu timbul kerana Raja Iskandar Zulkarnain menguasai empayar yang luas melangkaui dari benua Eropah sampai ke Timur Jauh. Beliau memerintah dua kerajaan dunia iaitu Timur dan Barat. Iskandar Zulkarnain pernah memimpin bala tentera ke Parsi, India, Bulchistan, dan Asia Tenggara. Malahan pernah belayar mengelilingi Semenanjung Tanah Melayu dan singgah di kota Medang Kamulan timur yang terletak di Kelantan.Di Medang, Iskandar Zulkarnain merancang untuk menguasai seluruh Kepulauan Melayu. 
Menurut catatan sejarah, Iskandar Zulkarnain berada Pulau Jawa selama 20 tahun untuk tujuan berdakwah. Setelah itu, beliau memimpin angkatan tenteranya menuju ke China. Kedatangannya mendapat tentangan yang hebat daripada Maharaja China. Tetapi bala tentera Iskandar Zulkarnain terlalu kuat dan akhirnya tentera China menyerah kalah.Maharaja China terpaksa menyerahkan bahagian timur Wilayah Shensi kepada Iskandar Zulkarnain. Beliau telah melantik seorang gabenor dan menamakan wilayah itu ‘Shang’ iaitu dari sebutan Cina ‘Yaksan’, nama asal Iskandar Zulkarnain. Selepas berjaya menguasai sebahagian wilayah Shang, China, Iskandar Zulkarnain meneruskan misi penaklukan ke negara Korea sebelum menyeberang ke Kepulauan Jepun. Dengan itu, tercapailah hasrat Iskandar Zulkarnain untuk sampai ke negara matahari terbit iaitu tempat yang paling hujung di sebelah timur.
Di setiap negara yang ditaklukinya, Iskandar Zulkarnain telah mengambil kesempatan untuk menyebarkan agama Nabi Ibrahim. Hampir tiga perempat dan penjuru dunia telah dijejaki oleh Iskandar Zulkarnain. Perihal ini ada disebut dalam al-Quran bahawa Iskandar Zulkarnain telah sampai ke negara matahari jatuh iaitu Norway dan terbit yakni Jepun. Sebab itulah beliau digelar “Zulkarnain” yang dalam bahasa Arab membawa pengertian “yang mempunyai dua tanduk”. Dua tanduk itu merujuk kepada dunia barat dan timur. 
Iskandar Zulkarnain dipercayai hidup lebih 3500 tahun yang lalu.Mengikut kitab Sulalatus Salatin, raja-raja Melayu merupakan keturunan Iskandar Zulkarnain. Ramai pengkaji sejarah meragui hubungan tersebut dan menyifatkannya sebagai percubaan penulis kitab itu untuk mengangkat martabat dan menunjukkan kehebatan serta kemuliaan raja-raja pada zaman dahulu. Sesetengah pula yang menyifatkannya sebagai mitos yang sengaja diadakan. 
Begitu juga legenda mengenai Iskandar Zulkarnain sengaja diperbesar-besarkan.Mengikut legenda barat, Raja Iskandar Agung pernah membina tembok gerbang besi bagi menyekat Yakjuj dan Makjuj yang lari ke sebuah gunung. Tujuannya ialah untuk mengelakkan kedua-dua makhluk ini daripada membuat onar dan mencetuskan huru-hara. Gerbang besi ini kononnya pernah ditemui oleh seorang pengembara China pada kurun ke-7 Masihi. Pengembara yang bernama Hiouen Tsiang menjumpai gerbang itu ketika dalam perjalanannya ke India. Beliau hanya menemui dua daun pintu yang diperbuat daripada besi dan digantung dengan loceng-loceng. Pintu gerbangnya sudah tidak wujud lagi. Keadaan ini mungkin disebabkan gerbang besi itu telah dirobohkan oleh orang-orang Monggol yang keluar menjelajah ke barat. Tembok gerbang besi itu dipercayai terletak di sebuah daerah yang bernama Hissar iaitu lebih kurang 150 batu dari Bukhara.
Kisah Iskandar Zulkarnain turut disebut secara tidak langsung dalam kitab Injil. Iskandar Agung atau Alexander The Great dibayangkan sebagai seorang raja yang gagah perkasa dan memerintah jajahan yang besar. Namun empayar jajahannya musnah selepas kematiannya. Josephus, seorang ilmuwan yang berbangsa Yahudi-Palestin yang hidup hampir sezaman dengan Nabi Isa a.s. pernah menulis secara panjang lebar mengenai lawatan Iskandar Zulkarnain ke Juruselam dan Baitul Mukaddis yang menjadi kota suci kepada orang-orang Yahudi, Nasrani, dan Islam.Baitul Mukaddis pernah diperintah oleh Nabi Sulaiman dan Nabi Daud. 
Selepas kewafatan kedua-dua nabi tersebut, orang Yahudi berbalah sesama sendiri dan menyebabkan kota itu jatuh ke tangan Iskandar Zulkarnain. Selepas Iskandar Zulkarnain meninggal dunia, Baitul Mukaddis jatuh pula ke tangan beberapa kuasa seperti Rom, Parsi, dan Islam. 
Sehingga ke hari ini, Baitul Mukaddis masih menjadi rebutan di kalangan orang-orang Islam, Yahudi, dan Nasrani dan menyebabkan pergolakan di Palestin masih menjadi isu yang tidak kunjung selesai.Yang lebih menarik dan pelik mengenai Iskandar Zulkarnain ialah beliau dikatakan pernah berguru dengan Aristottle, anak murid Plato, ahli falsafah Yunani yang terkenal. Justeru itu, timbul persoalan apakah Aristottle merupakan seorang yang beragama Islam kerana tidak mungkin bagi Iskandar Zulkarnain yang menganut ajaran Nabi Ibrahim mempelajari sesuatu yang bertentangan dengan akidah dan kepercayaannya. 
Bukan sekadar itu, Iskandar Zulkarnain juga dikatakan memperturunkan zuriatnya di Asia Tenggara, India, dan Parsi. Di antaranya ialah “Bharata” yang lahir di Pulau Jawa. Daripada “Bharata” pula lahir Anushirwan yang menjadi Raja Parsi dan turun kaum Pandawa serta Kaurawa dalam abad pertama Masihi.Nampaknya terdapat usaha daripada pelbagai bangsa dan kaum untuk menghubungkan keturunannya dengan Iskandar Zulkarnain. 
Jadi sudah tentu Iskandar Zulkarnain merupakan seorang tokoh dunia yang begitu hebat sehingga namanya disebut hampir dalam kebanyakan peradaban besar dan utama dunia. Setiap bangsa dan peradaban mempunyai panggilan yang tersendiri terhadap Iskandar Zulkarnain. Mereka cuba menampilkan sifat-sifat Iskandar Zulkarnain mengikut acuan serta nilai masyarakatnya. 
Oleh hal yang demikian, bukan suatu perkara yang menghairankan kalau Iskandar Zulkarnain mempunyai nama dan panggilan yang lain selain daripada Iskandar Agung dan Alexander The Great. Hal ini kerana pada hakikatnya kedua-duanya merupakan orang dan tokoh yang sama.
                                                                                              
ok,that all for today.assalamualaikum

Selasa, 26 Februari 2013

LOGO.... tanpa kita sedari

Assalamualaikum & Bismillah

Mari kaji sesuatu yang mungkin kita tak sedari ...... hari ini kita akan kaji tentang Badan Beruniform Pengakap...kenapa pengakap ? sebab ada rahsia tersembunyi yang kita tak sedari....jom baca post ni...

Jika diteliti dan diamati secara mendalam, didapati simbol logo pengakap yang diguna pakai oleh Pengakap Malaysia sekarang mempunyai unsur-unsur keagamaan khususnya Kristian sebagai identiti. Secara umumnya, simbol keagamaan Kristian ialah tiga kelopak bunga lili atau dikenali sebagai Fluer-de-lis. Bukti jelas perbandingan dua logo di bawah menerangkan maksud logo tersebut. Manakala lakaran seterusnya menunjukkan evolusi simbol bunga Fleur-de-lis kepada logo Pengakap.
Persamaan Logo Pengakap Malaysia dan Pengakap Sedunia
Lakaran evolusi Fleur-de-lis kepada logo Pengakap
Simbol Fleur-de-lis
Fleur-de-lis pada baju Marie de medici
Terjemahan Bahasa Inggeris daripada “fleur-de-lis” (kadang-kadang dieja “fleur-de-lys”). Fleur-de-lis adalah ungkapan di dalam bahasa Perancis yang memberi maksud Bunga Lili iaitu Fleur (Bunga) dan lis (Lili). Secara tradisional, simbol ini telah digunakan untuk mewakili kerabat raja Perancis. Ia digambarkan sebagai menandakan kesempurnaan, cahaya, dan kehidupan. Menurut legenda, bunga ini dikatakan hasil persembahan malaikat kepada Clovis, raja Merovingian kaum Frank. Pemberian bunga ini dikaitkan dengan simbol penghapusan dosa Clovis kerana beliau telah bertukar memeluk Kristian. Selain daripada itu, Clovis juga telah menggunakan simbol ini kerana tuah bunga lili ini membolehkannya menyeberang sungai dan berjaya dalam pertempuran. Bunga lili menjadi satu pengaruh yang unik kepada simbol-simbol kerajaan beraja di negara-negara Eropah khususnya Perancis dan Sepanyol.
Agama dan Perang
Simbol bunga lili ini telah dijadikan logo pada sepanduk putih oleh Joan of Arc yang menunjukkan tuhan telah memberkati fleur-de-lis menjadi lambang kerajaan Perancis ketika beliau memimpin pasukannya mencapai kemenangan ke atas Inggeris semasa menyokong Dauphin, Charles VII untuk mencari takhta Perancis.
Simbol Fleur-de-lis pada Pope
Susulan daripada kejadian tersebut, Gereja Katolik Rom telah mengatakan bahawa bunga lili sebagai lambang khusus dari Perawan Maria (Virgin Mary). Oleh kerana fleur-de-lis mempunyai tiga “kelopak bunga,” katanya fleur-de-lis juga telah digunakan untuk mewakili Tritunggal Kudus (Holy Trinity).
Oleh itu, penggunaan simbol Fleur-de-lis juga merangkumi simbol-simbol rasmi yang diguna pakai oleh Ketua Paderi Kristian yang bergelar Pope bagi gereja besar Katholik di Vatican, Itali. Penggunaan simbol ini banyak digunakan oleh sebahagian Pope sebagai logo-logo rasmi mereka seperti Pope Vincenzo Raaele Pecci (1810 – 1903), Pope Giovanni Antonio Monthini (1897 – 1978) dan Pope Angelo Geuseppe Roncalli (1881 – 1963).
Simbol Pope berunsurkan Fleur de lis
Penjenamaan Semula Pengakap
Secara dasarnya, aktiviti Pengakap adalah positif dalam membentuk jatidiri dan kendiri seseorang dalam mengharungi rintangan dan cabaran terutamanya sewaktu berada di dalam keadaan darurat atau sesat di dalam hutan. Namun begitu, terdapat beberapa unsur-unsur keagamaan perlu dibersihkan agar ia tidak melambangkan sesuatu anutan atau fahaman agama. Perkara ini adalah penting kerana kita tidak mahu orang Islam yang mengikuti pertubuhan ini secara HALUS telah menggadaikan AQIDAH dan SYARIAT Islam yang menjadi IKTIKAD kita. Kalau disalah ertikan, ia boleh membawa kepada MURTAD.
Logo dan penampilan KRS mengikut acuan Malaysia
Oleh itu, satu proses “PENJENAMAAN SEMULA” Pengakap perlu dibuat agar ia BEBAS dari semua elemen SYUBAHAH. Kalau boleh nama Pengakap hendaklah diubahsuai kepada nama lain, logo direka semula dan budaya-budaya dalaman diubahsuai agar sesuai untuk disertai oleh pelajar atau orang Islam. Perkara ini tidak sukar dilakukan. Misalnya penubuhan Kadet Remaja Sekolah (KRS) iaitu sebuah pertubuhan unit beruniform baru ala-kadet di mana KRS ditubuhkan dengan sistem yang tersendiri dan penjenamaan sendiri walaupun sekilas pandang kelihatan ia seperti unit beruniform Kadet Bersatu.

 Diusung ke merata tempat tanpa si pemakai mengetahui asal-usul SIMBOL tersebut? Pendedahan ini bukanlah bertujuan untuk mencadangkan agar PENGAKAP diHARAMkan tetapi perlunya penapisan yang sangat HALUS terhadap elemen-elemennya agar KEBAIKAN dan MANFAAT daripadanya dapat diserap manakala KEKURANGAN dan MUDARAT yang tidak KELIHATAN dapat dielakkan.

GLOSARI:
Pope (bukan popiah) = nama lain bagi paderi (gelarannya) 

 Assalamualakum...


 

Sabtu, 16 Februari 2013

hARI oRanG .....(SUsah Nak caKap.....fahamx2 lah)




Assalamualaikum & Bismillah


Sila baca sampai habis kalau nak jawapan untuk PEPERIKSAAN HIDUP.....!!!!!!!!





Hari Saint Valentine, atau lebih dikenali sebagai Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih, ialah satu sambutan tahunan yang diadakan pada 14 Februari untuk meraikan kasih sayang sesama kekasih. Sambutan ini dinamai sempena seorang “Christian Martyr” purba yang bernama Saint Valentine. Ia diasaskan oleh Pope Gelasius I pada tahun 496 M, tetapi digugurkan daripada Takwin Saint Rom oleh Pope Paul VI pada tahun 1969. Menurut tradisi, Hari Valentine merupakan hari bagi para kekasih untuk meluahkan rasa kasih sayang kepada satu sama lain dengan menghadiahkan bunga, menawarkan manis-manisan, dan mengirim kad ucapan.
Antara lambang-lambang Hari Valentine moden ialah bentuk hati, burung merbuk, dan dewa Cupid yang bersayap. Semenjak abad ke-19, surat cinta Valentine yang bertulisan tangan membuka laluan kepad kad ucapan yang dikeluarkan secara besar-besaran.
Valentine Day wajar dikawal agar ianya tidak mempengaruhi umat Islam
Perayaan Hari Kekasih atau Valentine’s Day mula membudayai kalangan masyarakat kita khususnya di kalangan muda-mudi, sekitar akhir tahun 1980-an beriringan dengan munculnya siaran-siaran televisyen yang banyak mengupas dan menayangkan iklan ataupun filem-filem yang bertemakan perayaan tersebut. Perayaan Hari Kekasih semakin dikenali oleh generasi muda kesan dari budaya asing yang masuk melalui berbagai saluran media sama ada media cetak mahupun media elektronik. Perayaan ini dikenali oleh mereka sebagai perayaan hari berkasih sayang, yang menurut mereka adalah saat yang paling tepat untuk mengungkapkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada mereka yang dicintai atau dikasihi.
Perayaan ini biasanya diraikan di kafe-kafe, hotel-hotel atau tempat-tempat yang romantik, yang mana setiap pasangan memberikan hadiah berupa bungkusan coklat atau bunga yang bertuliskan perkataan ‘I wish you will be my valentine’ kepada orang yang dikasihi. Setelah itu diadakan pesta-pesta yang diisi dengan hiburan seumpama nyanyian, tarian dan sebagainya. Ini tidak menghairankan kerana budaya ini sememangnya diimport dari budaya barat yang bersifat serba boleh dan hedonisme (menurut hawa nafsu).
Bunga mawar menjadi simbolik kepada sambutan Valentine’s Day
Fenomena sebahagian remaja menjadikan Valentine’s Day sebagai perayaan paling diminati dan sangat-sangat ditunggu untuk diraikan bersama kekasih amat menggusarkan. Ia sebenarnya merupakan satu fenomena ajaib dan aneh kerana perayaan ini tidak pernah disisipkan secara rasmi di mana-mana kalender. Akan tetapi ia terus diingati dan diraikan saban tahun. Bagi mereka yang meraikan sambutan Valentine’s Day ungkapan ‘To be my Valentine’ sering bermain di bibir. Kebiasaannya ia diungkapkan oleh teruna kepada si dara dalam menzahirkan kecintaannya.
Mengapa Mawar Merah
Selain ucapan ‘To be my Valentine’ pemberian jambangan mawar merah oleh si teruna kepada si dara juga sering menjadi amalan pada Valentine’s Day. Ia dianggap satu simbol dalam menzahirkan kasih sayang ‘hakiki’. Sebenarnya perbuatan ini merupakan amalan kebudayaan Eropah dengan diselitkan kepercayaan aneh dan karut. Menurut satu mitos Rom kuno, mawar merah merupakan bunga kegemaran Venus (dewi cinta). Dewi itu amat sinonim dengan memperingati kekasih. Ia tidak ada kaitan dengan Islam dan hanya mengikut ‘teladan’ mitos karut.
Perayaan ini sangat popular di kalangan pasangan muda-mudi dan remaja yang sedang mabuk dibuai cinta
Amalan memberi bunga mawar merah ini sebenarnya mula dipopularkan pada tahun 1970an. Ia berlaku selepas Raja Charles II mengarang buku yang bertajuk “The Languange of Flowers”, yang menguraikan tentang amalan kebiasaan bangsa Persia yang mengungkapkan perasaan melalui bunga. Sejak itu pemberian mawar merah terutama pada saat Valentine’s Day amat popular. Tanpa mengetahui sebabnya ia terus menjadi amalan.
Asal-Usul Valentine’s Day
Menurut Rizki Ridyasmara di dalam bukunya, Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Hallowen: So What?, para sejarawan masih tidak mempunyai kata sepakat berkenaan peristiwa apa sebenarnya menjadikan Hari Valentine terus diperingat. Tetapi daripada beberapa sumber sejarah terdapat empat (4) versi pendapat yang amat popular berkaitan dengannya seperti berikut :
Juno merupakan dewi kewanitaan
  • Pendapat Pertama
    • Hari Valentine bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno (ratu dewa-dewa dan dewi-dewi Rom). Juno adalah Ratu kepada tuhan-tuhan, isteri pelindung Negeri Rom. Beliau juga dikenali dengan nama Hera (Dewi Yunani) iaitu dewi perkahwinan dan kesejahteraan wanita. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.
  • Pendapat Kedua
    • Ianya merujuk kepada peristiwa yang berlaku pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.
Ratu Isabella merupakan individu yang membantu kejatuhan Empayar Islam di Sepanyol
  • Pendapat Ketiga
    • Hari sambutan Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri. 
  • Pendapat Keempat
    • Berdasarkan apa yang dinukilkan oleh Geoffrey Chaucer (1343 – 25 Oktober 1400), seorang penyair Inggeris di dalam puisi klasiknya yang bertajuk “Parlement Foules” (1382) berkaitan Burung cinta Chaucer (Chaucer’s love birds) yang mengaitkan Hari Valentine dengan cinta asmara ialah :
      • “For this was on seynt Volantynys day, Whan euery bryd comyth there to chese his make. “
    • “Untuk ini adalah Hari Saint Valentine, apabila setiap datang burung di sana untuk memilih pasangannya.”
      Koleksi puisi Chaucer berkisar tentang budaya dan cara hidup barat yang cuba didoktrinkan kepada masyarakat
      Koleksi puisi Chaucer berkisar tentang budaya dan cara hidup barat yang cuba didoktrinkan kepada masyarakat
      Puisi ini telah ditulis oleh beliau untuk meraikan ulang tahun pertama pertunangan King Richard II dari England Anne di Bohemia. Perjanjian yang membenarkan perkahwinan mereka ditandatangani pada 2 Mei 1381. (Sewaktu mereka berkahwin lapan bulan kemudian, mereka berdua hanya berusia 15 tahun).
    • Tanpa ragu-ragu, para pembaca menganggap bahawa Chaucer memaksudkan 14 Februari sebagai Hari Valentine. Persepsi ini adalah salah dan tidak benar. ini kerana pada pertengahan bulan Februari adalah masa yang tidak mungkin sesuai bagi burung-burung untuk mengawan di England. Pendapat ini telah diketengahkan oleh Henry Ansgar Kelly (1986) dalam bukunyaChaucer and the Cult of Saint Valentine” yang menegaskan bahawa mengikut “liturgical calendar”, 2 Mei ialah hari perayaan Saint Valentine dari Genoa. Ia merujuk kepada seorang biskop purba Genoa bernama St. Valentine yang meninggal dunia sekitar tahun 307 M. Ini bermakna Chaucer telah cuba mendoktrinkan satu tradisi di minda masyarakat yang menghubungkaitkan sambutan Hari Valentine merujuk kepada musim mengawan burung dengan mengambil asas kepada peristiwa memperingati Saint Valentine dari Genoa.
Sorotan sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine merupakan perayaan keagamaan yang disambut oleh umat Kristian. Malah sekiranya kita merujuk kepada kenyataan-kenyataan pihak Kristian pada hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual di dalam agama Kristian.
Valentine’s Day Menurut Perspektif Islam
Islam sebagai agama fitrah dan sempurna, sentiasa menganjurkan kasih sayang sesama kekasih. Ini dapat dilihat melalui apa yang diungkapkan di dalam Kitab Al-Quran dan dijelmakan oleh Rasulullah S.A.W. bongkarlah khazanah yang ditinggalkan oleh Rasulullah S.A.W. itu bagi mencarinya. Menzahirkan kasih sayang kepada kekasih perlulah ada batasan selaras dengan fitrah manusia. Kasih sayang diantara dua jantina berbeza tidak boleh hanya dengan janji manis di bibir. Tetapi ia perlu diikat dengan satu ikatan akad yang mampu menyimpul ikatan kukuh bagi menjamin zuriat, akhlak dan peribadi. Ikatan itu dinamakan sebagai perkahwinan.
Ia bukan bertujuan menyusahkan hubungan sesama manusia. Akan tetapi, ia hanya bermatlamatkan menjadikan masyarakat yang stabil, aman dan harmoni. Keindahan dalam menzahirkan kasih sayang itulah yang dianjurkan oleh Islam dan perlulah disemai dan dibajai setiap hari tanpa perlu menunggu detik satu hari dalam setahun.
Mesej ini perlu disebarkan secara istiqomah kepada umat Islam
Fatwa Haram Menyambut Perayaan Valentine’s Day
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine’s Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya. Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
Keterangan/Hujah :
Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.
Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang. Islam MENOLAK konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.
Hukum Islam jelas dalam hal MELARANG umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah S.A.W. :
من تشبه بقوم فهو منهم
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.” ( Riwayat Abu Daud)
Rasulullah S.A.W. juga bersabda:
من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang. Ia adalah berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang menfatwakan bahawa adalah HARAM kepada umat Islam menyambut Perayaan Valentine’s Day di atas sebab-sebab berikut :
Valentine’s Day In Islam ( haram ), posted with vodpod

Sebab-Sebab Pengharaman Valentine’s Day
  1. Tanggal 14 Februari setiap tahun seluruh penduduk khususnya di Amerika dan Eropah akan meraikan Hari Valentine iaitu satu hari rasmi untuk menyatakan rasa kasih sayang kepada pasangan masing-masing.
  2. Ada yang saling bertukar-tukar bunga ros merah, mengirimkan kad ucapan dan hadiah, mengumandangkan lagu-lagu cinta dan asmara, membuat upacara tari-menari besar-besaran di disko-disko bersama minuman arak, mengadakan acara makan malam dengan disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga sehingga berkucupan dan akhirnya sanggup menggadaikan kehormatan diri sendiri demi membuktikan kesetiaan kepada teman masing-masing. Sedangkan mereka tidak ada hubungan yang sah disisi agama yang mengharuskan mereka berbuat demikian.
  3. Tidak dinafikan ada umat Islam di negara ini turut meraikan Hari Valentine. Mereka meraikan hanya kerana suka-suka dan terikut-ikut untuk mendapatkan keseronokan tanpa mengetahui asal-usul dan sejarah hari tersebut.
  4. “Hari Kekasih” yang dibawa oleh orang barat tanpa disedari bertujuan untuk melekakan serta merosakkan aqidah dan akhlak masyarakat Islam, kerana kebiasaannya senario menyambut ”Hari Kekasih” berlaku di kalangan remaja Islam. Sungguhpun ia belum sampai ke tahap yang kronik, namun begitu ia boleh menyumbangkan kepada pelbagai kerosakan aqidah, akhlak dan budaya umat Islam sekiranya tidak ada sebarang tindakan dibuat untuk menyedar dan menginsafkan mereka.
  5. Harus diingat mengamalkan dan mengikut budaya asing terutama dalam meraikan hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan itu sebenarnya akan menjerumus umat Islam kepada kehancuran. Hal ini kerana perlakuan seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak orang Islam, bahkan boleh menjejaskan keimanan dan aqidah mereka.
Kesimpulan
Berdasarkan fakta-fakta di atas, jelas bahawa Hari Valentine merupakan salah sebuah perayaan yang menjadi amalan ritual di dalam agama Kristian. Ini sekaligus bercanggah dengan prinsip Islam yang tidak membenarkan umatnya meniru identiti atau cara hidup agama lain lebih-lebih dalam soal yang melibatkan aqidah Islam.
Islam sangat prihatin dan sangat menginginkan supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. :
“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.”
(Surah al-Kafirun : Ayat 1-6)
Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya yang dikhuatiri bercanggah dengan identiti dan syariah Islam. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.;
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sebarkanlah mesej Anti Valentine’s Day demi aqidah dan kesejahteraan umat Islam
Bagi menyelamatkan agama dan ummah dari terus musnah akibat impak amalan-amalan bertentangan dengan aqidah dan syariah sempena Valentine’s Day ini perlulah disemaikan dalam setiap minda kita mewar-warkan larangan Sambutan Valentine’s Day dari terus diraikan oleh umat Islam khususnya di Negara kita. Wujudkanlah perasaan anti Valentine’s Day di dada dan minda, hadirkanlah rasa benci dan tidak akan meraikannya melalui penyertaan aktiviti-aktiviti yang menyalahi aqidah, syarak dan tamadun manusia.
Pihak media massa perlulah PEKA dan SENSITIF terhadap FATWA yang telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dengan mengHARAMkan semua bentuk IKLAN, PROMOSI dan PUBLISITI berkaitan sambutan Perayaan Valentine’s Day di dalam semua siaran TV dan Telco. Manakala kita sebagai umat Islam mestilah menanam AZAM dan TEKAD untuk membuang semua amalan ini dari MINDA kita agar ianya mendapat KEBERKATAN daripada Allah S.W.T. Insya’Allah….. SEBARKAN MESEJ INI DI KALANGAN KELUARGA, SAHABAT DAN KENALAN……..

Jumaat, 15 Februari 2013

ori vs palsu

Assalamualaikum & Bismillah

Ok,hari ni saya akan bercerita tentang "JIRAN SEBELAH RUMAH SAYA"..siapa yang tinggal satu taman dengan saya mesti tahu yang saya tak ada jiran sebelah rumah,tapi jiran satu taman banyak je...so,siapa yang nak jadi jiran saya silalah komen diri anda yer... ok,hari ni tajuk yang saya ingin berkongsi adalah mengenai....maksud lirik lagu nasyid kumpulan devotees[penganut] - KAU ORI BUKAN FOTOKOPI  http://www.youtube.com/watch?v=6aj4e4KGTck ....
Siapa yang pernah dengar dan tak tahu maksudnya ....bolehlah baca post ni sehingga habis.....



كُلُّكُمْ رَاعٍ
وَكُلُّكُمْ مَسْؤُولٌ
فَالإِمَامُ رَاعٍ
وَهُوَ مَسْؤُولٌ
وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِهِ
وَهُوَ مَسْؤُولٌ
وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ زَوْجِهَا
وَهِيَ مَسْؤُولَةٌ
وَالْعَبْدُ رَاعٍ عَلَى مَالِ سَيِّدِهِ
وَهِيَ مَسْؤُولَةٌ
أَلاَ فَكُلُّكُمْ رَاعٍ
وَكُلُّكُمْ مَسْؤُول

*Terjemahan:
Setiap orang diantara kamu adalah penjaga
Dan setiap orang diantara kamu adalah bertanggungjawab
Maka Imam itu penjaga
Dan dia adalah bertanggungjawab
Lelaki itu penjaga keatas keluarganya
Dan dia adalah bertanggungjawab
Perempuan itu penjaga keatas rumah suaminya
Dan dia adalah bertanggungjawab
Hamba itu penjaga keatas harta tuannya
Dan dia adalah bertanggungjawab
Yang pasti setiap orang diantara kamu adalah penjaga
Dan setiap orang diantara kamu adalah bertanggungjawab
 
 
 

And the Prophet (s) said,
كلكم راع وكلكم مسؤول عن رعيته 
kullukum ra`in wa kullukum mas'oolun `an ra`iyyatihAll of you are shepherds and you are responsible for your sheep.

It means as the father or mother of the house, 
you are responsible for those of the house. There is a house, there is a mosque, there is a community, there is a country, and everyone has a responsibility to shepherd what Allah assigned to him or her. You must always try your best to keep the fitnah down. Wherever there is fitnah, to run away is better. Don't burn your hands, as Prophet said about Signs of the Last Days:




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgosF5Jzv_jG8BAlqbhJQw8K0DXTAhr_OtXg5CBvPezZqbzhkV15IUN5kt3SGzHum3nJQ3ebN0CkqgbdtxohAryHd2QBGHLfyLpg3LMPHt7RQJBMmwlm2qRNyx9txjugOwSUZCixAVu4vc6/s1600/jazakallah.gif                                                                           

ok,Assalamualaikum



Sabtu, 2 Februari 2013

rahsia

Assalamualaikum & Bismillah....

Hari ini saya ingin berkongsi satu rahsia besar dengan anda semua...Tak semua rahsia yang boleh dikongsi sebenarnya...saya nak bagi tahu rahsia dunia ni.....percaya tak? (hihihi ,peace)

ok,rahsia dunia yang saya ingin kongsi dengan anda semua ialah.....saya nampak semut lalu kat tangan saya....hihihi tipu je...mesti semua tengah bengang kan...jangan marah yer,nanti jadi nenek / atuk pulak..hahaha

ok,sekarang sila buka mata kamu besar-besar seperti PANDA....siapa yang tak boleh buat ,boleh mintak tips nak besarkan mata dari PANDA...ikhlas tips ni saya kongsikan dengan anda hahaha

 kalau saya bagi tahu rahsia ni kat kamu semua,tolong sebar-sebarkan pada orang lain jugak yer...
Kongsi ilmu itu kan indah....kalau nak bukti...silalah cuba...

Janganlah kita tinggalkan sembahyang fardhu walaupun satu waktu…tidak ada alasan untuk kita meninggalkan sembahyang selagi nyawa kita masih berdegup… inilah rahsia kita mengerjakan sembahyang fardhu mahupun sunnat

Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, solat, berzikir, dan berdoa.

Untuk menghilangkan stress, Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkomunikasilah pada Allah SWT dengan zikir dan doa.

Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan “kata kunci”,? “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlakku). (HR Ahmad).-DOA TENGOK CERMIN

Untuk  bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak sombong atau takabur.

Agar tubuh langsing , diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika anda sekuat tiger(iklan biskut tiger), lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS iaitu. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

Untuk mengembangkan diri , sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.