Jumaat, 12 Oktober 2012

otak kanan & kiri

otak ? apa itu otak ......  hahaha  dah mcm cg science pulak....   tahu tak  otak tu ape.... ok
  tengok dan ingat utk exam SPM 2012 ni... mane tahu masuk ttg cerebellum,cerebrem atau medulla  oblongata ..... haha ( sape yg  tak ingat Bukak balik Buku Teks Science F5 )

                                                    ok, murid x2 mari belajar science ... minat giler nk kaji ttg otak..... jom 
                                          terjah blog http://takwadancerdasakahani5ahra5hid.blogspot.com/2012_10_01_archive.html


Otak kita adalah satu sistem computer rumit yang dikawal oleh dua bahagian. Kedua-dua bahagian ini mempunyai kemahiran dan cara berfikir yang berbeza. Bahagian kanan otak memproses maklumat dengan cepat (rapid), melewati ruang dimensi fizikal (spatial) dan tanggapan yang tepat (perceptual). Otak kiri memproses dengan cara yang berbeza tetapi dalam bentuk lisan yang lebih kompleks, berbentuk analisa.

Para saintis telah membuktikan kita adalah satu kejadian dengan dua bahagian otak. Setiap bahagian mempunyai cara tersendiri dalam pemahaman dan penerimaan realiti. Kedua-duanya dapat bekerjasama, dengan setiap bahagian mempunyai keistimewaan tersendiri. Pada satu-satu waktu, setiap bahagian berfungsi sendiri, dengan satu bahagian “buka” manakala bahagian yang satu lagi “tutup”. Individu boleh menukar semula dan keluar tetapi cenderung pada bahagian yang dipilih. Walaupun yang dipilih tak selalu berubah, adalah berkemungkinan bagi kita untuk perkembangkan kemahiran pada kedua-duanya.

Sebagai contoh apabila dua orang berbincang tentang sesuatu mesyuarat. Yang pertama mungkin menitikberatkan tentang isi, topik perbincangan, keputusan yang dibuat dan matlamat jangka panjang. Yang kedua mungkin berbincang tentang kehadiran, maklumat yang dikongsi dan tindakan yang diambil. Setiap satu mempunyai persepsi yang berbeza tentang mesyuarat tersebut, bergantung bagaimana cara mereka memproses maklumat tersebut.



Karektor fizikal

Minta peserta memilih pasangan. Minta mereka berdiri berhadapan satu sama lain, kedua-duanya mengadap arah yang sama. Minta pasangan memeriksa kecenderungan fizikal berikut, dan tuliskan samaada ianya “kiri” atau “kanan” yang diperkatakan. Baca arahan berikut:-

  1. Jika peserta memakai jaket atau sweater dengan pad lengan, minta dia tanggalkan jaket atau sweater itu. Pasangannya perlu berdiri dibelakang dan letakkan dibahagian tertinggi bahu peserta. Mana lebih tinggi? (Jawapan samada kanan atau kiri)
  2. Pusing dan mengadap pasangan anda. Senyum.Bahagian mana lebih tinggi?
  3. Satukan kedua-dua tangan anda. Ibu jari yang mana lebih panjang? Ini patut menjadi posisi yang paling selesa untuk anda.
  4. Bentukkan teleskop dengan tangan anda. Umpamakan diri anda menggunakan teleskop. Mata mana yang anda akan gunakan untuk melihat?(Mata ini juga yang anda biasa gunakan untuk melihat lensa kamera).
  5. Kaki mana yang lebih besar?
Jika jawapan anda lebih kepada “kiri”, kecenderungan fizikal untuk diproses lebih pada “otak kanan”. Jika jawapan lebih kepada “kanan”, kecenderungan fizikal lebih pada “otak kiri”. Jika jawapan yang lebih kurang sama, maka proses lebih pada “keseluruhan otak”.

Adakah keputusan itu tetap? Ramai orang menunjukkan tanda-tanda yang bercampur-aduk, menunjukkan mereka menggunakan kudua-dua bahagian untuk memproses maklumat.
Bahagian kiri otak mengawal bahagian kanan tubuh, manakala bahagian kanan mengawal kiri tubuh. Serangan pada bahagian kiri otak boleh melumpuhkan bahagian kanan tubuh. Ianya boleh menyebabkan beberapa fungsi tubuh seperti penguasaan bahasa. Jika seseorang selalu memproses munggunakan otak kanan, bahagian kiri tubuhnya akan terbentuk untuk menjadi lebih besar, kuat dan lebih berkembang.
Karektor Otak Kiri – Otak Kanan

Pertuturan vs bukan pertuturan- kebolehan pertuturan biasanya terletak didalam otak kiri. Proses otak kanan mungkin menghadapi kesukaran menamakan atau melabelkan objek biasa, tetapi akan notis karektor bukan pertuturan orang yang bercakap.
Analisa vs Bercampur-aduk Otak kiri yang menganalisa biasanya menyebabkan kerja berjalan berperingkat-peringkat dalam satu masa, satu demi satu. Biasanya lambat dan membosankan. Manakala proses campur-aduk otak kanan cuba menemukan perhubungan dan membuat perkara lain sekaligus.
Simbol(tanda) vs Konkrit(wujud)Proses otak kiri berfikir dalam bentuk (tanda/symbol) , angka dan huruf. Proses otak kanan perlu wujud dan belajar melalui perbuatan, sentuhan dan gerakan.
 
Tepat masa vs Tak tepat masa Proses otak kanan kurang memikirkan waktu. Apabila mereka menyertai sesuatu projek, mereka tidak mengira berapa lama masa telah berlalu. Proses otak kiri biasanya lebih menepati waktu.

Duniawi vs Spiritual - Proses otak kanan lebih banyak menjuruskan kearah spiritual. Proses otak kiri lebih banyak menjurus kearah duniawi.

Rational vs Tidak Rational Proses otak kiri lebih banyak berdasarkan realiti dan perlu melihat pada logik dan penyebab pada sesuatu keputusan. Proses otak kanan tidak mempedulikan alasannya dalam mencari cara terbaik dalam membuat sesuatu dan mimpikan tentang cara sesuatu perkara perlu dan boleh jadi.

Logik vs Intuitif (Pengetahuan)Otak kanan lebih mengikut urutan dan logik, 1-2-3, satu perbuatan dalam satu masa dengan system keutamaan. Otak kanan bagaikan meletup dengan pencaturan yang pelbagai tanpa ada keutamaan.

Lurus vs HolistikLurus bermakna sebahagian-dari-keseluruhan. Sementara otak kiri mengambil bahagian yang sedikit, mengatur dalam aturan logik, dan kembali dengan kesimpulan, otak kanan perlu melihat gambaran sepenuhnya. Holistic, seluruh-bahagian, bermakna otak kanan bermula dengan konsep total dan kemudiannya baru memandang pada bahagian- bahagian yang sedikit.

Perkataan terakhir yang diperkatakanProses otak kanan lebih mudah mengingati perkataan terakhir yang diperkatakan.

Tunggal vs Serentak (Sekaligus) Proses otak kanan biasanya berkehendak untuk melakukan dua atau lebih perkara dalam satu masa. Proses otak kiri biasanya suka melakukan satu perkara dalam satu masa. Habiskan satu projek sebelum memulakan yang lain.

Ingat cara otak memproses bukanlah baik atau buruk. Keadaan mungkin mempengaruhi jika kualiti untuk menjadi asset atau kerosakan. Situasi mempengaruhi apa yang perlu berlaku dan sebelah mana yang perlu mengambil tempat. Idea seterusnya mungkin membantu mungkin dapat membantu anda melihat bagaimana sesuatu situasi biasa mempengaruhi dominasi otak.

Melayani kreativiti merupakan skil (kemahiran) otak kanan. Orang otak kanan mampu mengambil pola beberapa silang jahitan yang berbeza, cantumkan dengan beberapa warna baru, dan membuat sesuatuyang baru. Proses otak kiri hanya mengikut apa yang tersedia pada pola itu.Semasa memasak. Proses otak kiri hanya menurut resepi secara tetap. Proses otak kanan suka menggunakan kreativiti didalam dapur.

Bagaimana proses otak dicuci? Muncul desakan, kepadatan. Proses otak kiri biasanya suka keteraturan dan arahan (peraturan). Bayangan adalah mudah bagi kebanyakan proses otak kanan. Mereka berfikir dalam gambaran. Proses otak kiri berfikir dalam perkataan dan menghadapi masaalah menggambarkan.
Minta kepada sahabat mengambil pen atau pensil dan lakarkan diatas kertas cara untuk sampai kerumah mereka.

Proses otak kiri biasanya melakarkan langkah satu demi satu(step-by step direction). Manakala proses otak kanan biasanya melakarkan peta. Sesetengah menggunakan proses yang lebih lengkap dengan kedua-dua peta dan langkah(directions)nya sekali.

Perbezaan penggunaan bahagian otak membawa kepada perbezaan karektoristik. Sebagai contoh, Proses otak kanan suka arahan dan kestabilan; Proses otak kanan lebih menyukai corak kehidupan yang tidak rasmi (Informal way).

Sementara mereka menghadapi masaalah untuk mengeluarkan pendapat dengan pertuturan, Proses otak kanan lebih suka menggunakan ujian bertulis. Orang yang menggunakan otak kiri biasanya suka mempelbagaikan ujian.
Jika ada masa, anda mungkin hendak memperkatakan tentang karektoristik beberapa orang yang berbeza yang mungkin menunjukkan samaada mereka adalah pengguna otak kanan atau atau otak kiri.














Tiada ulasan:

Catat Ulasan