Ahad, 27 Januari 2013

cepat sedar....

Bismillah & Assalamualaikum...


             Kenapa kita perlu berdakwah?Apakah Dakwah kita akan diterima atau hanya diambil untuk sementara waktu...Bagaimana cara berdakwah yang berkesan?Jawapannya ada ditangan setiap dari kita...

Memang dakwah itu penting.Kerana apa?Why...Because manusia ini bersifat pelupa.. Insan itu maksudnya"Lupa"...Tidak kira dimana,bila atau bagaimana pun dakwah itu perlu dan dijalankan pada setiap masa,setiap detik,atau setiap minit...bak kata pepatah cina atau golongan peniaga (TIME IS MONEY....)
Money ok,siapa yang rugi kalau tak hargai masa....diri sendiri jugak...
Setiap orang ada caranya yang tersendiri untuk berdakwah,mungkin dengan cara lembut (maksudnya cara yang perlahan...biasa digunakan pada peringkat permulaan dakwah)Ada juga yang guna cara yang kasar(bahasa yang digunakan adalah kasar...tapi pada masa yang sama memberi kesan,kesedaran atau suntikan yang menyedarkan kita dari koma....)
Dimana-mana pun boleh kita jalankan aktiviti dakwah ini...contohnya di fb...(sambil on9 sambil dakwah...tapi perlu diingat juga jangan kita berdakwah pada orang tapi kita sendiri tidak betul....ingat yer...)


Nah,saya dah penat berleter...mari sini..dekat-dekat sikit...nak dakwah sikit ni....
baca tau..


   PESANAN UMAR AL-KHATTAB
'Apabila engkau melihat sseorang yg berilmu mencintai dunia maka curigailah ia mengenai agamanya kerana setiap orang yang mencintai sesuatu akan menyibukkan diri dgn apa yg dicintainya itu'...cintailah ilmu dan sibukkanlah diri untuk mendapatkanya..


 NASIHAT EMAS IMAM MALIK
Wahai Amirul Mukminin! Anggaplah jiwa anda sekarang berada di pintu kematian dan sakaratul maut. Anggaplah anda sedang menghadapi kepedihan rasa sakit yang dialami setiap orang yang hendak meninggal dunia….

Wahai Amirul Mukminin! Persiapkanlah segala bentuk amal shalih yang mampu anda kerjakan, agar kelak anda selamat dari kecemasan dan rasa takut pada Hari Kiamat….

Wahai Amirul Mukminin! Perintahkanlah kepada seluruh manusia untuk taat kepada Allah dan senang akan ketaatan. Cegahlah mereka dari segala bentuk kemaksiatan. Buatlah mereka selalu membenci kemaksiatan ….


 Amalkanlah...
1.bismillahhirrahmannirrahim pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2.alhamdulliah pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3.astagfirrullah jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4.insyaallah jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5.lahaulawalaquataillahbillah bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6.innalillah jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7.laailaahaillallah bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah


 "Carilah hatimu pada tiga tempat. Cari hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran. Jika kau idak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!".

Imam Al-Ghazali

 10 WASIAT IMAM AL-SYAHID HASSAN AL-BANNA

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.
2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.
4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara. ·
7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam Jemaah Islam, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang memberi kebajikan.
9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang. ·
10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.


 Apabila kita membuat perancangan.
Kita selalu kata "insyaAllah".

Tetapi bila tidak dapat apa yang kita rancang,
Kita akan berkeluh kesah.

Apabila datang ujian kita merungut pada khalayak,
Tanda tidak redho dengan ujian.

Itulah insan yang pelupa....
(Termasuk yang menulis ini)

Tandanya,
Perkataan "insyaAllah" dan "Allah" belum sebati dengan jantung kita ini.

Tiada yang manusia yang sempurna melainkan Nabi Muhammad saw, dengan Izin Allah.

Moga Allah memberi kekuatan jiwa yang sabar dan takut kepada Allah.

*Beruntunglah siapa yang mendengar kalimah "Allah",
Bergetar jiwa mereka.
(Moga kita ikhtiar bersama mendekati Allah dan mencontohi Rasulullah SAW)

Wallahu a'lam

Barakallahufikum


 Ya Allah,
Diriku memohon pada-Mu,
Jika tiba masaku,
Izinkan diriku dalam

Keadaan tengah berpuasa,
Keadaan mendapat redho ibubapa,
Keadaan iman tengah di kemuncak,
Keadaan hati yang bersih,
Keadaan bibir yang penuh dengan selawat,
Keadaan persekitaran yang mengingatkan pada Allah.

Kurniakanlahku kemanisan Husnul Khotimah Ya Allah.
:')
Amin Ya Allah,

Wallahu a'lam

Barakallahufikum

 What will happen today if Allah take ourlife because we forgot to sujud,
What will happen today if Allah close our heart from the light of goodness and iman because yesterday we forgot to remember him?




 Allah ghayatuna,
Arrasul quduwaruna
Al-quran dusturna
Al-jihad fi sabiluna
Al-mautu fi sabilillah asma amanina

Allah adalah tujuan kami
Ar rasul ikutan kami
Al-quran panduan kami
Jihad jalan kami
Mati di jalan Allah cita tertinggi kami

# Lirik lagu Bingkai Kehidupan ^^


 Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.

- Charles Cahier

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.

- Charles Cahier

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah

kesan langsung pemikirannya.

- James Allen

Menyimpang seinci, rugi seribu batu.

- Peribahasa Cina

Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.

- Benjamin Disraeli

Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.

- I. Salanter Lipkin

Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan

kualiti yang baik dalam perbuatannya.

- Aristotle

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.

- Albert Camus

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.

- Marcus Aurelius

Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.

- Jose Joaquin Olmedo

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan

kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak

menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke

akhir hayat.

- Joseph Conrad

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.

- William J. Siegel

Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.

- Philip Massinger

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.

- Lao Tze

Kegagalan adalah asas kemenangan

- Lao Tze

Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.

- Lao Tze

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding

kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.

- Flower A. Newhouse

Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.

- Samuel Johnson

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya
Tempah Percutian Murah Anda Sekarang !!

dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.

- Cecil B. DeMille

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak

mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.

- Peribahasa Arab

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

- Peribahasa Melayu

Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan

tindakannya.

- Confucius

Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah

melakukan satu kesalahan lagi.

- Confucius


 "Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji."

 Setiap kemaksiatan adalah racun di dalam hati yang merosak kesucian jiwa
seseorang, kerana ia rindu berbuat dosa yang akan mewariskan kehinaan. Oleh sebab itu, meninggalkan dosa bererti menghidupkan jiwa dan memancarkan cahaya keimanan di celah-celah sanubari insan.

Yang selalu membunuh kebijaksanaan seseorang ialah tamaknya
– Sayidina Ali.

Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan .

Kata al-Imam As-Syafi’i, “Mencari ilmu itu lebih utama daripada mengerjakan sunnah.”

Jika kita bandingkan hidup yang singkat di dunia ini dengan hidup yang abadi di alam akhirat, maka hidup ini adalah mimpi belaka
Rasullullah SAW bersabda;” Orang yang cerdas adalah orang yang selalu memikirkan dan mempersiapkan kematian”.

Berikan sepenuh kasih sayang kepada ibu bapa, kerana mereka adalah pemegang tali penghubung nyawa ketika kamu meningkat dewasa; kasih mereka terhadap anak adalah kasih dari titisan air mata dan titik peluh yang tak mungkin terbalas.

Gembira dan bahagia tika menyabit padi kiranya ianya ditanam sendiri. Begitu juga jiwa manusia itu bukan tumbuh kerana upah tetapi kerana kerja yang patut mendapat upah.

Biar kamu tidak cantik di mata penghuni bumi tetapi namamu menjadi perbualan penghuni langit.

Nabi SAW bersabda,”Jagalah dirimu daripada api neraka.. Meskipun dengan sedekah separuh daripada sebiji kurma. Jika tidak dapat,maka sepatah kata yang baik.”

Antara sifat munafik itu ialah menganggap nasihat orang sbagai sindiran
kepadanya sebab itu tidak diterimanya.



 JANGAN sekali-kali berkata, “Tak sembahyang pun tak apa, tak tutup aurat pun tak apa asal hati baik. Yang solat dan bertudung pun perangai teruk.” Orang begini telah buat dua kejahatan:
1. Berani menafikan suruhan Allah.
2. Menganggap hati sendiri sudah baik dalam keadaan hatinya masih derhaka pada Allah tidak mahu menurut perintah Allah


 "Carilah duniamu seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya dan carilah akhiratmu seolah-olah engkau akan mati besok pagi" (Hadis Riwayat Ibnu Asahin)
"Sebaik-baik kamu ialah orang yang tidak meninggalkan akhirat kerana dunianya dan tidak meniggalkan dunia kerana akhiratnya" (Hadis Riwayat Al-Khatib)
"Perbanyakkanlah mengingati sesuatu yang dapat menghapus segala keniknatan hidup,iaitu MATI" (Hadis Sahih Riwayat Tirmidzi,Nasaai,Ibnu Majah & Ibnu Nu'aim)


♥ Mutiara Hikmah ♥
• Jika manusia mencewakanmu, Jangan berduka karna Allah selalu menunaikan harapanmu
• Jika manusia menzalimimu, Jangan berduka karna Allah selalu berlaku adil terhadapmu
• Jika manusia melukaimu, Jangan berduka karna Allah selalu menitipkan penyembuh buatmu
• Jika manusia menyayangimu, ketahuilah bahwa terkumpulnya cinta seluruh manusia di bumi ini tak akan pernah menandingi cinta Allah terhadapmu


 Agama buat kehidupan di akhirat,
harta buat kehidupan di dunia.
Di Dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati,
tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara

-Saidina Abu Bakar As-Siddiq


 Dalam mencari...

Dlm kita cuba mencari kebenaran, kita terkadang akn berjumpa kepalsuan..
Dl­m kita cuba mencari ketenangan, kita terkadang akn berjumpa kerumitan..
Dl­m kita cuba mencari keaslian, kita terkadang akn berjumpa tiruan..
Dlm kita cuba mencari kegembiraan, kita terkadang akn berjumpa kesedihan..
Dl­m kita cuba mencari ketulusan , kita terkadang akn berjumpa keraguan...
Dl­m kita cuba mencari kebahagiaan, kita terkadang akn berjumpa ujian..
Dlm kita cuba mencari jawapan, kita terkadang akn berjumpa kekeliruan..
Dlm kita cuba mencari kesempurnaan, kita terkadang akn berjumpa kekurangan..
Beg­itulah kehidupan, semuanya mengikut Aturan Tuhan Yang Maha Menentukan.
Teta­pi dlm kita mencari jalan Tuhan, di situlah letak segala kebahagiaan..♥ :)

*PYH*


 Dengan “Bismillah” Aku Mulai
Dengan “Allahu Akhbar” Aku Laungi
Dengan “Subhanallah” Aku Kagumi
Dengan “MasyaAllah” Aku Keluhi
Dengan “Alhamdulillah” Aku Sudahi
Dan Dengan “Inna Lillah Wa Inna Ilaihi Rajiun” Aku Akhiri..


 Kelebihan Surah Al Insyirah

Mari kita bersama2 berkongsi mengenai kelebihan surah al Insyirah ini.

Tau tak surah al Insyirah ?

Ayatnya bermula dengan Alam Nasyrah La Ka Sodrok.

Antara kelebihan surah Al Insyirah ini adalah sekiranya poket kita dah kering, tak de sen, kalau ada pun cukup beli gula2 hacks, maka bacalah surah Al Insyirah ni sebanyak 7 kali...

InsyaALLAH anda akan rasa relaks je walaupun perut lapar.

Tak terliur pun tengok orang tengah gigit durian crepe.

Lagi, sekiranya anda jenis banyak kerja, overtime memanjang, projek paper kena siapkan berjela2, tidur sampai 2 ke 3 pagi.

Besuk kau orang ngantuk......

Jadi, sebelum tidur, bacalah 3 atau 7 kali surah al Insyirah ni.

Insya ALLAH, tidur 3 jam pun cukup, segar, macam minum Redbull. :)


 Dek kerana lemah kita tunduk pada hawa nafsu
Dek kerana lemah kita patuh pada suruhan syaitan
Dek kerana lemah kita malas bangun solat subuh

Macam mana nak jadi kuat... ?

Step pertama, Perkara yang paling mudah untuk jadi kuat adalah bergaul dengan orang-orang yang soleh. Tak susah bukan ? tapi ramai orang susah nak buat perkara itu padahal itu perkara mudah. ''sebenarnya aku segan nak bergaul dengan mereka sebab tu aku selalu lari dari mereka mungkin hidayah tak sampai lagi kot..''

Segan..? buat apa nak segan..? kalau asyik segan saja bila nak berubahnya..? Kalau hang segan nak pi pinang minah tu macam mana hang nak nikah dengan dia ? jadi tak perlu segan mereka juga manusia biasa dan hidayah tak datang kalau tak dicari begitu juga dengan baju, baju tidak akan terpakai kalau kita tidak memakainya (n_n


 Mu'az bin Jabal meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda : "Tidak ada sesuatu amalan yang dikerjakan oleh seseorang yang lebih menyelamatkan dirinya dari azab kubur daripada zikruallah" (Riwayat Imam Ahmad)



Wahai purnama, wahai purnama yang indah lagi sempurna.
Bagaimana, bagaimana nak ku luah dengan kata-kata.

Ya badrotim, ya badrotim min haza kul lakamaalin.
Madza yua'b, madza yua'b biruan u'la kamakolin.

Suburkan kecintaan kita pada Rasulullah saw bukan pada artis2 kpop. Solu ala Nabi.. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسلِّمْ
8 Pintu Syurga Sedia Menanti

Nabi bersabda, "Sesiapa yang mengambil wuduk dengan sempurna kemudian dia berdoa, asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna muhammadan 'abdahu wa rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin, akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana yang dia suka." (HR Tirmizi)
 Tersebut di dalam hadis bahawa barangsiapa yang melazimi surah QAF akan diringankan Allah saat dia menghadapi Sakaratul Maut...

عنِ النبـيِّ عليهِ الصلاةُ والسلامُ:
" مَنْ قرأَ سورةَ ق هَوَّنَ الله عليهِ ثاراتِ الموتِ وسكراتِه ".
 Andai rasa hidup kita gelap dan kelam zulmat....maka dirikan solat...tekunilah solat...dirikanlah solat..

Kenapa? Kerana SOLAT itu NUR....
Sabda Nabi SAW: "Solat itu CAHAYA.." (Riwayat Muslim)

Hidup orang yang tidak solat sentiasa gelap walaupun tubuhnya bermandikan cahaya.
 Seorang muazzin bertanyakan seorang ahli jamaah yang istiqamah hadir ke masjid sebelum azan di kumandangkan...

Muazzim: Setiap waktu saya lihat tuan hadir awal..

"Saya suka menyahut panggilan Allah sebelum DIA memanggil saya..dan saya amat malu andai saat Allah memanggil saya, saya masih sibuk melayani dan menyahut selain dari panggilanNya...
 Andai kita ditimpa kerugian duniawi yang amat berat namun kita masih istiqamah di jalan Allah, hakikatnya kita tidak @ belum rugi apa-apa. Dan...andai kita dapat buat untung besarrrr sekali pun namun kita jauh dari petunjuk dan jalan Allah, hakikatnya kita telah kerugian segala-galanya.."
 SINGKIRKAN SYAITAN DENGAN AIR HUJAN

Bagi orang yang terkena sihir, santau atau gangguan jin dan syaitan, cuba mandikan dia dengan air HUJAN....ia adalah satu kaedah rawatan Al Quran. Moga-moga ia maklumat yang bermanfaat.

Dalil bahawa syaitan dapat di halau dan disingkirkan dari diri pesakit dengan asbab air hujan adalah firman Allah berikut:

وَيُنَزِّلُ عَلَيْكُمْ مِنْ السَّمَاءِ مَاءً لِيُطَهِّرَكُمْ بِهِ وَيُذْهِبَ عَنكُمْ رِجْزَ الشَّيْطَانِ وَلِيَرْبِطَ عَلَى قُلُوبِكُمْ وَيُثَبِّتَ بِهِ الأَقْدَامَ} [الأنفال: 11

"Dan (ingatlah ketika) Ia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengannya dan menghapuskan dari kamu gangguan Syaitan, dan juga untuk menguatkan hati kamu dan menetapkan dengannya tapak pendirian (kamu di medan perjuangan)." (Surah Al Anfal : 11).

WALLAHU A'LAM BIS SOWAB...
 " Kenapa halang kami ? – Syaikh Mutawalli

Bagi sesiapa yang tidak suka melihat kaum muslimin menyambut kelahiran pembawa cahaya hidayah, Junjungan Nabi SAW, maka renungi kata – kata seorang alim besar, Syaikh Muhammad Mutawalli asy-Sya’rawi rahimahullah yang beliau utarakan dalam “Ma-idah al-Fikr al-Islamiyyah” halaman 295 yang bermaksud:-
“Jika setiap ciptaan yang dijadikan, hatta yang tidak bernyawa sekalipun, bergembira dengan kelahiran Baginda SAW dan semua tumbuh-tumbuhan pun bergembira malahan semua binatang pun bergembira dan semua malaikat pun bergembira dan semua jin Islam bergembira di atas kelahiran Baginda SAW, maka kenapa kamu menghalang kami daripada bergembira dengan kelahiran Baginda SAW ?.”

Gambar: Biadap! Rekaan Sebuah Bar Seperti Kaabah

Semakin lama, orang kafir makin biadab dan sudah pijak kepala kita secara terang-terangan. 

Yang terbaru, reka bentuk kiblat orang Islam ditiru dan dijadikan bar (disko/kelab malam) di New York.....
Biadap! Rekaan Sebuah Bar Seperti Kaabah

Semakin lama, orang kafir makin biadab dan sudah pijak kepala kita secara terang-terangan.

Yang terbaru, reka bentuk kiblat orang Islam ditiru dan dijadikan bar (disko/kelab malam) di New York.....
 
                
               
 Ok...assalamualaikum....semoga Allah akan menambahkan ilmu kita untuk dikongsi bersama yang lain...Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan