Selasa, 15 Oktober 2013

Bahtera Nabi Nuh a.s ( * & *)

Assalamualaikum & Bismillah 

Pada post yang lepas saya telah menulis mengenai misteri lokasi bahtera nabi nuh tetapi post yang ingin saya bincangkan kali ini mengenai pembohongannya.Adakah ianya benar-benar berita bohong atau hanya untuk mnegaburi  mata manusia.Jika ingin tahu,bersedia untuk habiskan post yang telah saya kirimkan ini.


Adapun hal-hal mengenai bahtera Nabi Nuh as ini sesungguhnya Allah SWT telah meninggalkannya sebagai salah satu daripada tanda-tanda kebesaran-Nya, agar seluruh umat manusia yang datang setelahnya dapat mengambil pengajaran dari kejadian yang dialami oleh Nabi Nuh as dan orang-orang yang bersamanya yang kemudian diselamatkan dengan bahtera itu sementara orang-orang yang kafir terhadapnya ditenggelamkaan oleh Allah SWT, sebagaimana firman-Nya :
Dan demi sesungguhnya! Kami telah jadikan bahtera itu sebagai satu tanda yang menjadi pengajaran, maka adakah orang yang mahu beringat dan insaf? Oleh itu, perhatikanlah bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu. (Surah al-Qamar 15-16)
Manakala keberadaan bahtera tersebut setelah Allah SWT menyelamatkannya berserta orang-orang yang bersama Nabi Nuh as juga telah disebutkan didalam firman-Nya :
"Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: "Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu". Dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu. Dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas Gunung "Judi", serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa): "Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim". (Surah Hud : 44)
Ada yang mengatakan bahawa bahtera tersebut berada di Armenia, ada pula yang mengatakan ia berada di Iraq, dan ada juga yang mengatakan lokasinya adalah di Turki atau juga di daerah Yaman. Mereka yang mengatakan bahwa bahtera Nabi Nuh as tersebut berada di Armenia berdasarkan pada apa yang diberitakan didalam Bible (Israiliyat) bahawa bahtera itu terdampar di Ararat. {1} Namun ada juga yang mengatakan bahawa Ararat bukanlah sebuah bukit akan tetapi ia adalah sebuah perbukitan yang memanjang antara Armenia, Turki dan Iraq bahagian Utara, sementara bukit Judi adalah salah satu bukit dari perbukitan Ararat itu. {2}
Sementara itu, pihak yang mengatakan bahawa bahtera Nabi Nuh as berada di Yaman telah mengemukakan beberapa hujah - antaranya :
1. Bahawa tidak pernah terjadi air bah di daerah Asia Tengah yang menjadikan bahtera Nuh berada di Armenia sebagaimana disebutkan berbagai sumber sejarah dan hasil dari penelitian orang-orang Amerika di Laut Mati dan daerah-daerah sekitarnya pada tahun 2005.
2. Dan disebutkan didalam beberapa sumber sejarah bahawa asal muasal kaum Nuh adalah Bani Rasib yang merupakan asal-muasal dari orang-orang Yaman yang kemudian menyebar ke berbagai daerah di Jazirah Arab.
3. Lokasi gunung yang disebut dengan Tanur yang disebutkan didalam Al Quran ; berada di kota Hamdan propinsi Shan’a.
4. Dan sesungguhnya kuburan Nabi Nuh as berada di desa al Waqsyah yang dibangun didaerah Nahm. Hal ini dibuktikan dengan nama kota itu adalah Nahm yang juga nama dari Nabi Nuh as, Nuh adalah Nahm, sebagaimana disebutkan didalam Taurat.
5. Kota Shan’a dahulunya juga bernama kota Saam bin Nuh as. {3}
Sementara itu, Imam Ath Thobari mengatakan dari Ishaq bahawa bahtera tersebut berada di air selama setahun, melewati Baitullah dan melakukan perputaran (thawaf) sebanyak tujuh kali, lalu Allah SWT mengangkatnya agar tidak tenggelam, seterusnya bahtera tersebut menuju ke Yaman dan kembali ke Judi dan berlabuh di sana. Sedangkan Al Qurthubi dan juga Al Baghowi di dalam tafsir masing-masing menjelaskan bahawa Bukit Judi berada di daerah Jazirah berhampiran al Maushul.
Ibnu Katsir menjelaskan bahawa Bukit Judi adalah bukit besar yang berada disebelah timur Jazirah Ibnu Umar hingga ke sungai Dajlah, berada dipinggiran al Maushul, (panjang bukit itu) dari Selatan hingga Utaranya sepanjang tiga hari perjalanan dan memiliki ketinggian sepanjang setengah hari perjalanan. Ia adalah bukit yang hijau kerana ditumbuhi pepohon dari eek (kayu) yang disampingnya terdapat sebuah desa yang bernama desa ats tsamanin sebagai tempat tinggal orang-orang yang diselamatkan bersama Nabi Nuh as. Berkenaan lokasi ini, Ibnu Katsir juga menyebutkan bahawa tidak hanya satu orang ahli tafsir yang menyebutkannya. {4}
Penulis tersohor, Muhammad Isa Dawud dalam bukunya "Siapakah Penghuni Bumi Sebelum Manusia" menyebut bahawa bahtera Nabi Nuh as tidak berada di Gunung Ararat. Hal itu hanyalah "permainan" pihak-pihak tertentu supaya para pengkaji (terutama dunia Islam) tidak pergi ke lokasi lain yang mana berkemungkinan menjadi lokasi sebenar bahtera berharga itu terdampar. Dalam erti kata lain, ada pihak tertentu yang sengaja menggembar-gemburkan kewujudan bahtera itu di Gunung Ararat atas faktor-faktor tertentu. Fakta yang mana ramai umat Islam di dunia terlepas pandang ialah ; penyelidikan bahtera Nabi Nuh as (di Ararat) semuanya dilakukan oleh sarjana Barat berdasarkan Bible. Sumber dari Britannica Encyclopedia menyebut :
The name Ararat, as it appears in the Bible, is the Hebrew equivalent of Urardhu, or Urartu, the Assyro-Babylonian name of a kingdom that flourished between the Aras and the Upper Tigris rivers from the 9th to the 7th century bce. {5}
Gunung Ararat yang ketinggiannya mencecah 4,267 meter dengan puncak yang sering diliputi salji ini terletak di Turki. Hal ini mengelirukan kita kerana kajian-kajian terkini menunjukkan banjir besar itu tidaklah sampai begitu jauh hingga ke Turki. Daratan Mesopotamia diduga kuat sebagai lokasi berlakunya banjir besar zaman Nabi Nuh as. {6} Namun hal itu bukanlah mustahil kerana keluasan banjir itu pun masih dipertikaikan para pengkaji.  Al-Quran pula menamakan gunung tempat berlabuhnya bahtera itu sebagai Bukit Judi. Sememangnya ada sebuah bukit yang berketinggian 4000 meter di wilayah Butan, yakni kurang lebih 40 km di sebelah Timur Laut Pulau Ibnu Umar. {7}
MISTERI BAHTERA DAN PROPANGANDA YAHUDI 
Kemungkinan ada pihak-pihak tertentu dalam kalangan Yahudi Zionis yang sengaja mempromosikannya selain menambahkan mitos-mitos di sekitar Gunung Ararat. Diantara mitos berkaitan bahtera Nabi Nuh as ialah ; barang sesiapa yang berjaya tiba di kemuncak gunung ini tidak akan mati sebelum mencapai usia 100 tahun. Walau bagaimanapun, mitos ini ternyata gagal apabila sudah terlalu ramai yang berjaya mendakinya dan meninggal sebelum usia 100 tahun.
Catitan sejarah melakarkan, Tsar Nicholas II Rusia menghantar satu ekspedisi ke Gunung Ararat pada 1916-1918. Fakta yang menyatakan bahawa Nicholas turun takhta semasa Revolusi Februari pada awal Mac 1917 (Kalendar Gregory) sama sekali tidak benar. Beberapa sumber-sumber meletakkan tarikh ekspedisi tersebut pada 1916, ("tentera diraja Rusia diandaikan telah menghantar kira-kira 150 orang ke Gunung Ararat pada tahun 1916 untuk mencari sebuah objek besar yang dikatakan sebagai blok bandar raya"). {8} Hasil dari siasatan itu telah dihantar pulang kepada Tsar Nicholas II, malangnya belum pun sempat laporan siasatan itu sampai ke tangan baginda, Revolusi Bolshevik 1917 meletus. {9} Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan General Leon Trotsky. Sehingga sekarang masih lagi belum diketahui samada segala ‘laporan siasatan’ itu masih disimpan atau dimusnahkan. 
Pada tahun 1953, seorang Yahudi bernama George Jefferson Green yang sedang memandu helikopter di sekitar puncak Ararat terlihat sesuatu yang mirip sebuah kapal. George Jefferson Green berjaya mengambil beberapa buah gambar, sebelum kesemua gambar-gambar tersebut hilang 10 tahun kemudian dan dia dibunuh. {10}

Pada 1955, seorang pengkaji warga Perancis yang tidak diketahui agamanya Fernand Navarra telah dilaporkan menjumpai 5 buah sisa-sisa potongan kayu di sekitar Gunung Ararat. Kajian oleh The Forestry Institute of Research dan Experiments of the Ministry of Agriculture di Sepanyol mendapati kononnya usia potongan-potongan kayu tersebut berusia sekitar 5000 tahun. {11} Kebetulan ia sesuai dengan masa yang diperkirakan berlakunya banjir besar pada zaman Nabi Nuh. Penipuan ini berjaya dibongkar apabila sebuah kajian dilakukan di sebuah universiti di Amerika Syarikat dan di Britain. Hasilnya, usia kayu itu tidak lebih daripada 1400 tahun sahaja. {12} 
Kesimpulan yang dapat dibuat ialah, mungkin apa yang digembar-gemburkan di Gunung Ararat itu bukanlah bahtera Nabi Nuh as. Lokasi sebenarnya entah di mana, mungkin juga di Bukit Judi seperti yang dinyatakan dalam Surah Hud ayat 44. Di kala seluruh dunia dan umat Islam sibuk dengan penemuan di Gunung Ararat, mungkin satu pihak lagi telah pun menemui bahtera Nabi Nuh as di tempat lain dan mengambil manfaat daripadanya. Saluran berita milik taikun Yahudi Rupert Murdoch, Fox News pada Jumaat 20 April 2010 melaporkan bahawa penemuan terbaru oleh sekumpulan pengkaji (Kristian) dari Hong Kong boleh jadi benar dan boleh jadi juga tidak. Malah kumpulan pengkaji tersebut juga memberitahu bahawa sekiranya tidak terbukti ia adalah bahtera yang dicari, mereka tidak akan berhenti mencari di lokasi lain. {13} Ia sekaligus memberi gambaran bahawa sememangnya terdapat lokasi-lokasi lain yang disyaki selain Ararat dan Yaman. Maka dengan itu, dakwaan bahawa Yahudi sanggup melakukan apa sahaja termasuk melakukan ekspedisi palsu bagi mengaburi mata dunia mungkin boleh dipertimbangkan.


                              

ASSALAMUALAIKUM ( * & *)

Sabtu, 12 Oktober 2013

Pelbagaikan Bahasa Anda ( * + ^)

Assalamualaikum & Bismillah

Biasanya bila kita bertemu seseorang atau ingin menyapa orang lain,perkataan yang kita gunakan ialah "Hello".Mungkin anda semua dah bosan mendengarnya setiap hari.Mari kita guna cara baru untuk bertegur dan change make your life better,right ?

So,let begin to change...3,2,1.
NIHAO
Kalau ditanya bahasa apa paling banyak digunakan manusia di muka bumi,mungkin sebahagian akan menjawab bahasa inggeris.Ternyata salah kerana bahasa yang paling banyak digunakan adalah bahasa Mandarin.Oleh kerana popular,jangan pula beranggapan mudah untuk mempelajarinya kerana menghafal satu perkataan Mandarin mempunyai empat intonasi berbeza dengan empat makna berlainan.Bahasa Mandarin mengalahkan bahasa inggeris dengan perbandingan 2.1 berdasarkan kajian ke atas lebih sejuta orang.Untuk mengatakan "hello" dalam bahasa Mandarin adalah "ni hao".

INGGERIS
Bahasa Inggeris menduduki tangga kedua tertinggi diucapkan manusia di dunia.Ia juga adalah bahasa rasmi banyak digunakan di negara dunia.Antara negara yang memperaktikkan bahasa ini ialah New Zealand,Amerika Syarikat,Australia,England,Zimbabwe,Afrika Selatan dan Kanada.Jumlah pengguna bahasa ini adalah 508 juta orang.

NAMASTE
Bahasa ketiga terbanyak digunakan di dunia adalah Bahasa Hindi.Bahasa yang digunakan di negara India ini tidak mengungguli bahasa inggeris kerana ada sebahagian kawasan di india juga menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa harian.Bahasa ini digunakan 497 juta orang.Ucapan "hello" dalam Bahasa Hindi adalah "namaste"

HOLA
Bahasa keempat terbanyak digunakan adalah bahasa Sepanyol.Di samping digunakan di negara asal iaitu Sepanyol,ia juga boleh dikatakan digunakan seantara Amerika Tengah dan Amerika Selatan termasuk Cuba.Sejumlah bahasa Sepanyol diserap masuk ke dalam bahasa inggeris seperti tornado,bonanza,patio,enchilada,taco,grade,alligator,barbeque,bravo,cafetaria,cargo,coccaine,guerrilla,lasso dan lainnya.Ia digunakan 392 juta manusia.Katakan 'hola' untuk mengungkapkan "hello" dalam bahasa Sepanyol.

ZDRAVSTVUITE
Bahasa kelima terbanyak adalah bahasa Russia.Selain Russia,bahasa ini juga digunakan di Georgia,Kyrgyzstan,Kazakhstan dan Moldova.Ia tergolong antara enam bahasa rasmi yang digunakan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).Digunakan 277 juta manusia,ucapkan 'zdravstvuite'apabila ingin menyata 'hello' dalam bahasa Russia.

ASSALAMUALAIKUM 
Assalamualaikum adalah perkataan bahasa Arab iaitu salah satu bahasa tertua di dunia.Digunakan di kawasan negara Timur Tengah seperti Arab Saudi,Kuwait,Iraq,Syria,Jordan,Lubnan dan Mesir.Di samping itu,kitab suci al-Quran tertulis dalam bahasa Arab,dengan berjuta-juta orang di negara lain juga menggunakan bahasa ini.Pada 1974 bahasa Arab ditetapkan sebagai bahasa rasmi keenam di PBB.Digunakan oleh 246 juta manusia,'assalamualaikum' bermaksud salam sejahtera diungkapkan sebagai ganti 'helo'.

ACAY
Bahasa ketujuh terbanyak adalah bahasa Benggali.Bahasa yang digunakan di Bangladesh dan wilayah tertentu di India,komuniti di Asia Selatan seperti Burma (suku Rohingya) sedang memperjuangkan bahasa ini untuk menjadi bahasa rasmi ketujuh PBB.Digunakan oleh kira-kira 230 juta orang,katakan "acay" untuk ucapkan "hello".

BOMDIA
Bahasa kelapan paling banyak dituturkan adalah bahasa Portugis.Kegigihan penjejah terkenal, Vasco da Gama yang menjelajah tujuh benua untuk mencari daerah jajahan sejak abad ke -12 menjadikan bahasa ini terkenal.Selain Portugis,Brazil,Macau,Angola,Venezuela,Mozambia dan Timor Timur menggunakan bahasa ini.Pengguna bahasa ini seramai 191 juta orang.Untuk menyapa 'helo' katakan "Bom Dia".Unik!

APAKHABAR
Bahasa kesembilan terbanyak digunakan di dunia  adalah bahasa Indonesia.Berasal daripada bahasa Melayu dan banyak digunakan di Indonesia,Malaysia dan Brunei.Tidak hairan ia tercatat antara paling popular kerana bilangan penduduk Indonesia keempat teramai di dunia.Jumlah pengguna bahasa ini seramai 159 juta orang.

BONJOUR
Bahasa Perancis menduduki tempat ke-10.Dinobatkan sebagai bahasa romantis selain digunakan di negara asalnya,negara seperti Belgium,Kanada,negara Afrika seperti Rwanda,Cameron,Guinea,Pantai Gading,Congo,Niger juga Haiti. Daripada penelitian ,lebih 30 peratus bahasa Inggeris adalah serapan daripada bahasa Perancis.Antaranya Icarrot,lemon,apricot,saxophone,silhouette,aisle,cream,caramel,croissant dan banyak lagi.Jumlah penutur bahasa ini seramai 129 juta.Ucapkan "bonjour" untuk menyapa seseorang.
Assalamualaikum  ( * + ^)

Rabu, 9 Oktober 2013

Wudhuk (@ ! @ )

Assalamualaikum & Bismillah
Jika kita sentiasa melakukan solat tepat pada waktunya tetapi tidak mengambil wuduk,maka solat itu dikira tidak sah, seperti juga kita makan tetapi pinggannya tidak ada ( makanan atas meja tanpa pelapik).Manusia akan definisikannya sebagai kotor - pengotor. 

Cara Rasulullah saw Berwuduk
Hadis Abdullah bin Zaid bin Aasim Al-Ansariy r.a:
Beliau telah ditanya: Tunjukkan kepada kami cara Rasulullah s.a.w berwuduk.
Maka beliau pun meminta sebekas air, lalu menuang sedikit air ke atas tapak tangan dan membasuhnya sebanyak tiga kali. Kemudian beliau memasukkan tangan ke dalam bekas untuk mencedok air dengan tangannya dan berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung dengan air yang sama sebanyak tiga kali.
Kemudian beliau mencedok air sekali lagi lalu membasuh muka sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau mencedok lagi dengan tangannya lalu membasuh tangan hingga ke paras siku dua kali. Kemudian beliau mencedok lagi lalu menyapu kepala dalam keadaan menyapu tangannya dari arah depan kepala ke arah belakang dan menyapu tangannya kembali ke arah depan kepala, kemudian beliau membasuh kedua kakinya hingga ke paras buku lali.
Selepas itu beliau berkata: Beginilah cara Rasulullah s.a.w mengambil wuduk.
–Hadith riwayat Muslim.

  Wajib Membasuh Kedua Kaki Dengan Sempurna
Hadis Abdullah bin Amru r.a katanya:
Suatu hari, kami pulang bersama Rasulullah s.a.w dari Mekah menuju ke Madinah. Di pertengahan jalan, apabila kami tiba di suatu tempat yang mempunyai air kami dapati sekelompok manusia dalam keadaan tergesa-gesa mengambil wuduk kerana waktu Asar hampir tamat. Apabila kami menghampiri mereka, kami dapati tumit-tumit mereka kering tidak dibasahi air.
Maka Rasulullah s.a.w telah bersabda: Celakalah tumit-tumit yang tidak basah itu dengan ancaman api Neraka. Sempurnakanlah wuduk kamu dengan baik.
.
Sunat Melebihkan Had Basuhan Pada Muka, Tangan Dan Kaki Ketika Berwuduk
Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu merupakan orang yang bercahaya muka, tangan dan kakinya pada Hari Kiamat kerana kamu telah menyempurnakan wuduk dengan baik. Maka sesiapa di antara kamu yang mampu melebihkan had basuhan pada muka, tangan dan kakinya hendaklah dia berbuat demikian.
.
      Assalamualaikum ( @ ! @ )

Tidur ikut sunnah (^ , + )


Assalamualaikum & Bismillah

Biasanya kita selalu dengar mengenai sunnah nabi,tapi pernah ke setiap dari kita amalkannya selalu dan sentiasa konsiten (istiqamah) dalam melaksanakannya.Post saya pada kali ini mengenai cara tidur Nabi S.A.W.

Amalan tidur membantu untuk memberi keselesaan. Sebelum tidur pastikan diri dalam keadaan bersih dan disarankan mengambil wuduk supaya diri berasa semangat mahu tidur dan keadaan yang bersih disukai Allah.
Tidurlah di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat. Berusahalah menjaga adab tidur, elakkan kaki bersilang atau tertiarap dan mengangkat punggung. Tutuplah aurat dan tidurlah di tempat yang terselamat daripada bahaya serta kekotoran.
Islam melarang tidur secara meniarap
“Nabi melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas beliau berkata: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah.”(Hadis riwayat Tarmizi)
Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Apabila kamu mahu tidur ambil wuduk dulu seperti kamu mahu sembahyang, kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Jauhkan diri daripada amalan tidur dua kali pada siang hari kerana amalan itu perbuatan syaitan. Ia menyebabkan wajah jadi kusam, keruh, lembap dan mengurangkan rezeki.

Tidur Cara Nabi

Ibn Qaiyim merumuskan bahawa Nabi SAW tidak tidur dalam kekenyangan. Beliau berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur.
Nabi Muhammad SAW suka tidur mengiring ke sebelah kanan. Baginda SAW tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap. Ucapan memuji Allah sering diucap pada bibir.
Saintis juga mengakui kedudukan tidur Nabi Muhammad SAW itu adalah model terbaik. Ia mampu memberi kesan kepada kesihatan badan. Tidur cara Nabi Muhammad SAW mampu merehatkan badan dan menjaga kesihatan tulang leher.
Pakar perubatan mencadangkan dua kedudukan semasa tidur, iaitu mengiring dengan meluruskan tulang belakang atau menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokkan tulang leher.
Anak Rasulullah SAW, Fatimah pernah menemui ayahandanya untuk meminta tawanan perang sebagai pembantu rumah kerana penat melakukan tugasan rumah tangga, tetapi tidak dipenuhi Baginda.
Sebaliknya, Baginda SAW mengajarkan mereka cara lebih baik daripada itu, iaitu mengamalkan zikir pada waktu hendak tidur dengan membaca pujian bagi Allah (subhanallah sebanyak 33 kali) diikuti Alhamdulillah dan Allahuakbar.
Itu adalah cara tidur sebaiknya diamalkan sambil berzikir memohon kebaikan serta kesejahteraan daripada Allah. Cara lain ialah membaca surah digalakkan seperti al-Fatihah, ayat Kursi, tiga ‘Kul’ dan doa sebelum tidur bagi mengelak gangguan.
Manakala menurut sains ( maklumat tambahan),tidur dengan cara mengiring ke kanan boleh menyebabkan jantung dan nadi kita berada tetap dan tidak terganggu berbanding tidur mengiring ke kiri.Bagi seseorang yang mengalami masalah insomnia (susah tidur) lebih baik tidur mengiring ke kiri.
Menurut islam,tidur yang mengiring ke arah kanan membantu dalam membangunkan kita bagi menunaikan solat tahajjud.Perkara yang digariskan dalam islam sentiasa ada hikmah yang tersembunyi,tetapi kita tidak mengkajinya terlebih dahulu.Sanggup menunggu pengkaji barat mengeluarkan kenyataan dan memberikan bukti-bukti mengenai sesuatu perkara baru nak ikut.

ok,Assalamualaikum  (^ , + )