Assalamualaikum & Bismillah
Biasanya kita selalu dengar mengenai sunnah nabi,tapi pernah ke setiap dari kita amalkannya selalu dan sentiasa konsiten (istiqamah) dalam melaksanakannya.Post saya pada kali ini mengenai cara tidur Nabi S.A.W.
Amalan tidur membantu untuk memberi
keselesaan. Sebelum tidur pastikan diri dalam keadaan bersih dan
disarankan mengambil wuduk supaya diri berasa semangat mahu tidur dan
keadaan yang bersih disukai Allah.
Tidurlah di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat. Berusahalah menjaga adab tidur,
elakkan kaki bersilang atau tertiarap dan mengangkat punggung. Tutuplah
aurat dan tidurlah di tempat yang terselamat daripada bahaya serta
kekotoran.
Islam melarang tidur secara meniarap
“Nabi melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas beliau berkata: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah.”(Hadis riwayat Tarmizi)
Sabda Baginda SAW yang bermaksud:
“Apabila kamu mahu tidur ambil wuduk dulu seperti kamu mahu sembahyang,
kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Hadis riwayat Bukhari dan
Muslim)
Jauhkan diri daripada amalan tidur dua
kali pada siang hari kerana amalan itu perbuatan syaitan. Ia menyebabkan
wajah jadi kusam, keruh, lembap dan mengurangkan rezeki.
Tidur Cara Nabi
Ibn Qaiyim merumuskan bahawa Nabi SAW tidak tidur dalam kekenyangan. Beliau berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur.
Nabi Muhammad SAW suka tidur mengiring
ke sebelah kanan. Baginda SAW tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan
membenci tidur secara meniarap. Ucapan memuji Allah sering diucap pada bibir.
Saintis juga mengakui kedudukan tidur
Nabi Muhammad SAW itu adalah model terbaik. Ia mampu memberi kesan
kepada kesihatan badan. Tidur cara Nabi Muhammad SAW mampu merehatkan
badan dan menjaga kesihatan tulang leher.
Pakar perubatan mencadangkan dua
kedudukan semasa tidur, iaitu mengiring dengan meluruskan tulang
belakang atau menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke
atas dengan menjaga bengkokkan tulang leher.
Anak Rasulullah SAW, Fatimah pernah
menemui ayahandanya untuk meminta tawanan perang sebagai pembantu rumah
kerana penat melakukan tugasan rumah tangga, tetapi tidak dipenuhi
Baginda.
Sebaliknya, Baginda SAW mengajarkan
mereka cara lebih baik daripada itu, iaitu mengamalkan zikir pada waktu
hendak tidur dengan membaca pujian bagi Allah (subhanallah sebanyak 33
kali) diikuti Alhamdulillah dan Allahuakbar.
Itu adalah cara tidur sebaiknya diamalkan sambil berzikir memohon kebaikan serta kesejahteraan daripada Allah. Cara lain ialah membaca surah digalakkan seperti al-Fatihah, ayat Kursi, tiga ‘Kul’ dan doa sebelum tidur bagi mengelak gangguan.
Manakala menurut sains ( maklumat tambahan),tidur dengan cara mengiring ke kanan boleh menyebabkan jantung dan nadi kita berada tetap dan tidak terganggu berbanding tidur mengiring ke kiri.Bagi seseorang yang mengalami masalah insomnia (susah tidur) lebih baik tidur mengiring ke kiri.
Menurut islam,tidur yang mengiring ke arah kanan membantu dalam membangunkan kita bagi menunaikan solat tahajjud.Perkara yang digariskan dalam islam sentiasa ada hikmah yang tersembunyi,tetapi kita tidak mengkajinya terlebih dahulu.Sanggup menunggu pengkaji barat mengeluarkan kenyataan dan memberikan bukti-bukti mengenai sesuatu perkara baru nak ikut.
ok,Assalamualaikum (^ , + )


Tiada ulasan:
Catat Ulasan