Sabtu, 10 November 2012

MARAH MENURUT PANDANGAN ISLAM (◕‿◕) .............



 Bismillah & assalamualaikum


 marah? apa tu .... ok jom buat experiment ... ( buat benda berfaedah sikit time cuti sekolah ni )
 mula-mula sediakan bunsen burner,termometer ( uji baran dia ... hahaha ), and lain-lain tu depand .

J0M kaji menurut pandangan islam , naik kereta cepat....kita gi masjid dengar usrah tentang    MARAH !!!!!






 OK , adik-adik sekalian dengar baik-baik usrah ni yer... sebelum tua ambik wudhuk dulu & baca doa ........ BERMULALAH KISAH


 RASULULLAH SAW bersabda: "Marah itu datangnya daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk" (Hadis Riwayat Abi Daud) .



"Sebab itu, ketika berdepan dengan orang yang sedang marah, kita disarankan untuk berwuduk dan mengerjakan solat sunat.

"Keadaan itu mampu melegakan keadaan kerana air yang digunakan berwuduk itu mampu meredakan kemarahan."

Perkara tersebut dijelaskan oleh Pensyarah Jabatan Undang-undang Islam, Kulliyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof. Madya Datin Dr. Paizah Ismail ketika diminta mengulas mengenai bagaimana mengatasi panas baran dalam kaedah Islam.

Jelas beliau, sifat marah atau panas baran ada dalam setiap diri seseorang. Namun ia bergantung kepada sejauh mana seseorang itu mengawal.

"Orang yang bersikap panas baran sebenarnya sedang berdepan dengan syaitan. Syaitan yang sedang mengapi-apikan dirinya supaya bertindak lebih ganas. 

"Jadi elakkan api kemarahan itu dengan meminum sedikit air.

"Walaupun sedikit ia mampu mengurangkan api kemarahan yang sedang membara itu.

"Malah dalam Quran sendiri memberitahu air adalah kepada penawar yang menyembuhkan segala penyakit.

"Selain itu, kita juga disaran untuk mengubah posisi diri ketika sedang dalam keadaan marah.

"Keadaan itu juga mampu meredakan keadaan yang tengah membara itu.

"Sebab itu apabila kita marah, kita perlu cepat-cepat memperingati Allah dengan beristighfar. Yang paling baik bersolat bagi mengelakkan keadaan semakin serius. Keadaan itu sekali gus mampu mengurangkan api kemarahan yang ada pada dirinya,'' ujarnya.

Tidak dinafikan semua orang mempunyai sifat marah apabila ada sesuatu yang tidak kena, namun dalam Islam sendiri kita perlu mengawasi tindakan tersebut bagi mengelakkan daripada terus berlarutan.

Dalam situasi tersebut, berikan ruang individu itu meluahkan untuk melepaskan ketidakpuasan hati, sementara kita pula yang menjadi pendengar janganlah pula cuba memprovokasi keadaan tetapi sebaliknya cukuplah menjadi pendengar setia.

"Dalam situasi itu, dengarlah luahannya dengan keadaan tenang sekurang-kurang memberikan kelegaan dan ketenangan untuk meluahkan apa yang tersirat di hatinya,'' ujarnya lagi.

Sekiranya dimarahi anggaplah itu sebagai perantara untuk individu berkenaan melepas ketidakpuasan yang berlaku.

Cara mengatasi marah dalam Islam ialah:

* Mengubah Posisi. Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang di antara kamu marah dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring." (Riwayat Muslim)

* Berwuduk. Rasulullah SAW bersabda: "Marah itu datangnya daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk." (Hadis Riwayat Abi Daud).

* Minum air. ( bagi sampai perut tu buncit.... hihihi)

* Mendiamkan diri ketika marah. (diam itu hiasan orang alim & penutup bagi orang b**** )

* Berlindung kepada Allah daripada syaitan.( dengan cara berdoa , berzikir & sentiasa melakukan suruhan ALLAH dengan rasa ikhlas )

* Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai. ( pilih orang yang kita boleh percaya dengannya .....
 A. ibu bapa 
 B. guru-guru 
 C. kakak / abang ( yang kandung je... yang angkat-angkat tu x boleh percaya sangat )
 D. pihak kaunseling 

* Berfikiran positif.
(A positive attitude causes a chain reaction of positive thoughts, events and outcomes. It is a catalyst and it sparks extraordinary results.)
Wade Boggs


* Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat. Elakkan daripada memekik atau bertindak garang.( kang ada yang bawa parang ke pisau lipat ke .... tak ke menyusahkan hidup )

* Bawa bertenang seperti menarik nafas.

* Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.

TAMAT ... SEMUA BOLEH TEPUK TANGAN SEKARANG KALAU RASA TERHIBUR DENGAN CERITA SAYA ....... SENYUM- SENYUM SELALU
(◕‿◕ ASSALAMUALAIKUM



                            moga korang terhibur  .......

 

 

                     

                     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan