n kena buat jugak ) yang boleh dilakukan seperti membuat kuiz dan teka-teki ( oh,ini selalu saya main... )
- Kesihatan Wajib dijaga untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini.Tidak seharusnya belajar hingga lewat malam kerana ia menjejaskan konsentrasi. assalamualaikum......... sekarang semua baca buku and buku baca dirinya sendiri .... hihihi.
Hari ni saya nak bagi tip-tipz berguna untuk pelajar SPM yang akan menyambung kembali tugas adik-adik semua untuk BERPERANG jawab periksa selepas cuti raya deepavali ...
cuti tu cuti jugak tapi periksa tu pun kena ingat jugak...
nak tipz tak ? kalau nak ikut saya sehingga rancangan blog ni habis .....( macam kat TV pulak.... tak dapat masuk TV kita berlakonlah kat sini )
tajuknya ialah....
33 PERKARA WAJIB BUAT SEBELUM PEPERIKSAAN
sebenarnya tipz ni saya nak bagi 4/11/2012 , tapi sebab saya pun kena ulang kaji seringkas mungkin pelajaran saya.. maka terjadi lah kes macam ni . iaitu masa lupa (bukan sebab makan semut tau tp sebab makan nasi .... )
- Jika peperiksaan tersebut diadakan pada sebelah pagi,janganlah lupa bersarapan.( tapi bagi yang selalu tak sarapan ... buat amalan biasa yang korang amalkan semasa hari biasa... jangan buat perkara lain dari biasa terutama dalam hal berkaitan pemakan ... dah macam doktor pemakan dah )
- Sarapan yang diambil hendaklah disertakan makanan yang mengandungi protein dan buah-buahan ( ingat tu jangan buat-buat alzheimer pulak ..)
- Makan makanan yang kaya ( bukan letak duit / kaya yang sapu kat roti tau ) dengan protein seperti telur,kacang dan yogurt semasa sarapan dan makan tengahari.
- Ambil sarapan yang ringan kerana jika makan secara berlebihan atau mengambil makanan yang berat dikhuatiri akan mengantuk. ( bukan junk food yer )
- Jika ingin makan snek ( bukan ular yer),pilih snek yang boleh memberi tenaga untuk belajar dan mengulangkaji. contoh sandwic & semangkuk bijirin sarapan dengan susu memberi tenaga yang boleh bertahan lebih lama & menjimatkan masa untuk belajar.
- Untuk mendapatkan tidur yang cukup,ambil makanan karbohidrat (roti,mi atau pasta )dan juga sedikit protein kurang lemak (ikan ,ayam atau daging ) untuk makan malam.
- Ketika waktu peperiksaan,cuba kurangkan mengambil bahan yang ada kafein dan coklat.Walaupun ia membantu untuk kecerdasan otak,jumlah yang berlebihan boleh menyebabkan getaran dan debaran, menaikkan tahap kebimbangan dan memberi kesan pada tumpuan.Sebaliknya sediakan snek yang berkhasiat seperti protein bar atau fruit bar di antara waktu rehat .
- Minum air secukupnya kerana badan akan menjadi lesu sekiranya kekurangan air dan ini boleh menyebabkan hilang fokus semasa peperiksaan.
- Minumlah segelas susu panas sebelum masuk tidur ( ni bagi yang dah biasa amalkan ... yang tak pernah buat tu... jangan buat yer )
- Mengambil makanan yang mengandungi vitamin B dan Omega 3 boleh meningkatkan daya ingatan. ( macam makanan orang tua je kan .... yang lebih elok baik kita makan kismis + ginkgo biloba = hah... jadi bijaklah korang hihihi tipu je ... tapi cuba lah dulu makan kismis dengan ginkgo biloba tu yer)
- Lakukan senaman.Senaman fizikal ( macam mane tu....hah.. tu lah time suruh belajar PENDIDIKAN JASMANI kat sekolah dulu tak nak dengar ... ni lah jadinya )meningkatkan pembekalan oksigen dalam darah & nutrien ke dalam otak supaya ia dapat berfungsi dengan efisien.Senaman mental ( jangan ingat ni latihan untuk orang G*** je ,korang pun kena buat jugak )yang boleh dilakukan seperti membuat kuiz dan teka-teki ( selalu sangat buat tapi tak tahu pulak ini senaman ''mental'' )
- Demi mencari ketenteraman jiwa ( saya buat kerja gila ...haha) apa kata kamu bersiar-siar di taman selepas belajar beberapa jam,jika keadaan mengizinkan.. ( buka dengan orang lain... gi siar-siar sorang-sorang je ... jangan nak melebih )
- Elakkan diri daripada aktiviti yang boleh membawa kecederaan ...( kalau nak lagi selamat jangan letak benda-benda tajam kat rumah (dah macam amaran bagi ibu bapa yang ada anak kecik pulak )
yang ni saya bagi 14 tipz dulu.... sabar yer... nanti saya tambah tipz untuk ATASI STRESS CARA ISLAM & TIPZ ULANG KAJI DI HARI PEPERIKSAAN
ATASI STRESS CARA ISLAM
- Biasakan diri berada dalam keadaan berwudhuk.Pelajar disarankan agar membiasakan diri mengambil wudhuk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.
- Perbanyakan membaca al-quran.Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca al-quran walaupun satu ayat.
- Banyakan solat sunat.Amalkan bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
- Selalu berdoa kepada ALLAH.Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya.Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan.
- Bersangka baik dengan Allah.Manusia tidak terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup.Ujian daripada Allah menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya.Oleh itu,kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita.
- Lakukan kegiatan luar.Luangkan masa seketika dalam kesibukan mengulang kaji pelajaran.Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa bersama keluarga atau orang tersayang.
- Menangis dengan sepuas hati.Luahkan rasa hati dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas.Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana.
- Hargai kebolehan diri sendiri.
- Perlu ada sikap yakin diri.Apabila kita mempunyai keyakinan diri segala kesulitan untuk mencapai kejayaan menjadi senang.
- Cintai diri sendiri.Kita harus mencintai diri sendiri terlebih dahulu sebelum mencintai orang lain.Diri kita yang masih pada tahap lama perlu ditingkatkan.
Tipz ulangkaji di hari peperiksaan ...
- Sentiasa update perkembangan diri dengan memaklumkan kepada Ibu atau Ayah.
- Mohon restu
- Ambil wudhuk
- Menghadap kiblat
- Niat dan lafaz doa.
- Tidak ambil masa terlalu lama untuk mengulang kaji,otak perlukan rehat secukupnya untuk menghadapi peperiksaan yang seterusnya.
- Membaca menggunakan teknik menyemak atau melihat setiap muka surat ( bukan muka buku ) secara sambil lalu dan hanya memberikan tumpuan kepada sesuatu topik secara santai.
- Rehat dan tarik nafas yang panjang setiap 15 minit.Tamatkan mengulangkaji dengan berdoa ; mohon kepada ALLAH agar diberi ketenangan.
JADI TANGGUNGJAWAB SEBAGAI WALKING LOGGER YANG TAK BERTAULIAH... SILA LAH BACA SEHINGGA HABIS DAN FAHAMKAN .... NANTI ADA KUIZ NYA YER...
(dah macam kat dalam kelas lah pulak)
hah, ni gambar ikan ni nak pergi sekolah jawab periksa .. dia tak de pun mintak cuti untuk hari deepavali tau... yang gambar kat bawah ni .. jangan ikut yer
korang nak doa ? mesti nak punya kan... ok ambik yang kat bawah ni...
untuk release kan tension ... saya ada sertakan video ni...
jadi ringan-ringankan lah tangan kamu untuk menekannya yer...
cutez giler baby tu....... macam ( puji diri korang sendiri lah yer )
HOPE YOU CAN DO YOUR BESTZ IN EXAM.. ALL THE BESTZ... GOOD LUCK 2 YOU ....
ASSALAMUALAIKUM...(◕‿◕)
gaya pemeriksa kertas exam korang....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan