Assalamualaikum & Bismillah .
Mata
adalah organ yang amat kompleks dan sempurna rekaannya. Ia
terdiri daripada 40 komponen, dan ia tidak dapat berfungsi jika
salah satu daripadanya hilang. Setiap komponen ini mempunyai perincian
rumit yang membuatkannya mustahil untuk ia muncul secara kebetulan.
Contohnya, jika lensa tidak ada, mata tidak dapat berfungsi. Atau, jika
lensa dan pupil bertukar tempat, mata tidak dapat berfungsi.
Malah air mata yang kelihatan
seperti cecair ringkas adalah amat penting kepada mata. Mata
yang tidak mempunyai air mata akan kering dan seterusnya
menjadi buta. Lagipun, khasiat antiseptik air mata melindungi mata
daripada kuman.
Struktur mata dapat disamakan
dengan kereta. Sebuah kereta terdiri daripada banyak ceraian.
Jika semua komponennya telah dipasang tetapi pedalnya hilang,
kamu tidak akan dapat memandunya. Jika salah satu wayar motornya
terputus, kereta tersebut tidak akan dapat bergerak. Mata juga seperti
kereta, ia tidak dapat berfungsi jika salah satu komponennya
hilang.
Bagaimanapun, para penyokong evolusi gagal menjelaskan bagaimana mata terbentuk, kerana mustahil sebiji mata dapat terbentuk secara kebetulan. Fikirkan, apakah mungkin 40 komponen berbeza dapat bercantum pada masa dan tempat yang sama? Ini termasuklah pupil, lensa, retina, kelopak mata, pembuluh mata, dan lain-lain perlu terbentuk secara kebetulan dan bercantum dengan sendiri. Sudah tentu ini adalah mustahil!
Jika kamu melihat sebuah kereta ketika kamu berjalan-jalan di dalam hutan dan bertanya bagaiman kereta ini boleh berada di sini, seseorang memberitahu kamu bahawa beberapa bahan daripada hutan telah bercantum dan membentuk kereta ini, apakah kamu akan mempercayainya? Apakah seseorang itu waras sekiranya dia mempercayai bahawa motor, pedal gas, stering, brek kaki, brek tangan, cermin hadapan, rangka dan bahagian-bahagian lain kereta dapat muncul secara mendadak dan bercantum untuk membentuk sebuah kenderaan?

Struktur
mata lebih rumit dan sempurna daripada sebuah kereta. Oleh itu kita
perlu mempersoalkan kesihatan mereka yang mendakwa mata terbentuk secara
kebetulan. Darwin sendiri tidak dapat memahami bagaimana mata dapat
muncul dan dia berkata, "Saya masih ingat apabila memikirkan tentang mata, ia membuatkan saya merasa seram sejuk".
(Norman Macbeth, Darwin Retried: An Appeal to Reason, Boston;
Gambit, 1971, muka surat 101) Pencipta teori ini tidak dapat
membantu untuk menjelaskan tentang kesempurnaan struktur mata.
Darwin
Juga Tidak Mahu Memikirkan Tentang Bulu Burung Merak. Pernahkah kamu
mengkaji dengan terperinci bulu seekor burung? Bulu burung mempunyai
ciri-ciri amat kompleks untuk membantunya terbang. Setiap bulu burung
ini pula mempunyai warna yang berbeza dan kita gemar melihatnya.
Contohnya, bulu burung merak sangat cantik sehingga manusia
menjadikannya subjek lukisan atau kanvas pin renda.
Bagaimanapun,
terdapat seorang yang amat tidak menggemarinya, terutama bulu
burung merak. Beliau ialah Charles Darwin. Kerana Darwin
percaya bulu burung merak terbentuk secara kebetulan. Tetapi, ia terlalu
cantik sehingga menyukarkan orang lain menerima bahawa ia
terbentuk secara kebetulan. Darwin menerangkan tentang bulu
ini, "Sekarang, memikirkan tentang struktur-strutur khusus
sering menyebabkan saya tidak selesa. Petanda yang terdapat
pada bulu ekor merak, setiap kali saya melihatnya, membuatkan
saya pening!".Assalamualaikum

Tiada ulasan:
Catat Ulasan