' di dunia ini org mukmin itu bagaikan seorang tawanan yg berusaha melepaskan ikatan kehambaan yg ia miliki,dan baru merasa aman sampai nanti bertemu ALLAH.wahai anak adam, sesungguhnya engkau itu pagi mahupun petang selalu berusaha mendapatkan keuntungan maka jadikanlah tujuan utamamu itu jiwamu,sesungguhnya engkau tidak akan pernah mendapatkan keuntungan yg seperti itu selamanya
Menempuh suatu era sains moden
pada hari ini, muncul satu golongan yang tidak mempercayai kewujudan
tuhan dan berpendapat bahawa alam ini terjadi dengan sendirinya. Dokumentari yang diproduksikan oleh Bushwackk, iaitu produksi sama yang telah menghasilkan dokumentari Solomon's Temple
sebelum ini, akan cuba merungkai dan menjawab segala hujah pandangan
dan kepercayaan golongan atheist dan ini akan dihuraikan secara
terperinci merangkumi hujah saintifik, logik, falsafah dan matematik
sebagai bukti kewujudan tuhan yang diragui mereka.
Antara perkara yang dikupas di dalam siri ini adalah :
Persoalan mengenai kewujudan alam dengan sendirinya tanpa sebab
Sedikit kaitan teori sains dengan al-Quran
Kejuruteraan alam yang mengagumkan sebagai bukti kewujudan pencipta
Mukjizat yang terkandung di dalam al-Quran
Isu-isu yang melanda masyarakat kita pada hari ini
Semoga siri ini dapat memantapkan lagi kefahaman akidah kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan