' di dunia ini org mukmin itu bagaikan seorang tawanan yg berusaha melepaskan ikatan kehambaan yg ia miliki,dan baru merasa aman sampai nanti bertemu ALLAH.wahai anak adam, sesungguhnya engkau itu pagi mahupun petang selalu berusaha mendapatkan keuntungan maka jadikanlah tujuan utamamu itu jiwamu,sesungguhnya engkau tidak akan pernah mendapatkan keuntungan yg seperti itu selamanya
Sabtu, 25 Mei 2013
In shaa Allah
Assalamualaikum & Bismillah
Semua dah tahu dan sedia maklum,bahawa surah al-kahfi(Gua) menceritakan tentang Zulkarnain atau Alexander The Great (Nabi Zulkarnain as) ,tapi sebelum kita membaca ayat yang ke-83 hingga 99 yang menceritakan tentang Nabi Zulkarnain as, dalam ayat ke- 24 menceritakan tentang perkataan IN SHAA ALLAH.
Selain ucapan subhanallah,alhamdullilah,allah hu akbar,perkataan lain iaitu in shaa Allah ada diceritakan dalam al-quran. Apa yang kita sedia maklum maksud in shaa Allah adalah
'Dengan Izin Allah atau Jika Allah Mengkehendaki' adalah satu istilah yang
sering digunakan berkaitan dengan janji atau dalam bahasa orang putih
nya 'With God's Will '. Selalunya apabila kita berjanji, orang yang
perlu menunaikan janji itu akan berkata in shaa Allah bagi memberi faham kepada si penerima janji bahawa janji akan terjadi dengan keizinan Allah SWT.
Kisah ini diceritakan dalam ayat ke -24 (seperti yang di tulis di atas) dalam surah al-kahfi(gua).Kisahnya bermula apabila beberapa penduduk Mekkah datang kepada Nabi Muhammad SAW bertanya tentang roh, kisahAshabul Kahfidan kisahZulkarnain.
Nabi menjawab, "Datanglah besok pagi kepadaku agar aku ceritakan."
Keesokan harinya wahyu tidak datang menemui Nabi, sehingga Nabi gagal
menjawab hal-hal yang ditanyakan. Tentu saja "kegagalan" ini menjadi
cemuhan kaum kafir.
Saat itulah turun ayat menegur Nabi S.A.W
"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap sesuatu: "Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu besok pagi, kecuali (dengan menyebut): in shaa Allah . Dan
ingatlah kepada Tuhan-Mu jika kamu lupa dan katakanlah "Mudah-mudahan
Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya
daripada ini.".
Nampak tak betapa hebat perkataan in shaa Allah ni sehinggakan Allah s.w.t tidak menurunkan wahyu seperti kelazimannya tentang pertanyaan penduduk berkaitan roh.Apa yang dapat kita simpulkan di sini ialah perkataan in shaa Allah ini perlu diucapkan oleh setiap mereka yang membuat janji.Apa yang kita rancangkan jika tidak dikehendaki oleh Allah (kun faya kun) maka ia tidak akan berlaku tanpa keizinan-Nya.Walaupun kita pasti rancangan yang kita aturkan dah teliti,tapi kita perlu juga ucapkannya yang membawa maksud meminta keizinan-Nya.
ok,sebelum terlupa, ada satu lagi info berguna iaitu perkataan in shaa Allah yang membawa kepada maksud yang berbeza.
Apa yang ingin saya tekankan disini adalah tulisan rumi dalam penulisan, 'In Shaa Allah' atau 'InsyaAllah'. Kita tidak sepatutnya menulis 'InsyaAllah', 'InsyAllah' atau 'InshaAllah' kerana ia bermaksud 'Cipta/ Buat/ Wujudkan Allah'. Bunyi sama tapi membawa maksud yang berbeza.
Astaghfirullah al-Azim...
In shaa Allah haruslah ditulis dalam 3 perkataan rumi 'In Shaa Allah' yang membawa maksud 'Dengan Izin Allah'. Marilah kita sama-sama sebarkan kepada semua dan perbetulkan kesilapan yang sebelum ini kita pernah lakukan. In Shaa Allah.
ok,that all for today,in shaa Allah jumpa lagi.Assalamualaikum
Tiada ulasan:
Catat Ulasan