Rabu, 29 Mei 2013

dO@

Assalamualaikum & Bismillah

Apa yang anda semua faham mengenai DOA?Doa? yer DOA,apa yang anda faham mengenainya.Ok,sebelum semua kusut kepala dan buka lebih info,mari saya terangkan.


Dari Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: 
"Doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama, dan nur bagi langit dan bumi".
(HR Hakim)


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 

"Dua doa yang tidak pernah ditolak iaitu doa ketika waktu azan dan doa ketika waktu hujan".

-Riwayat Hakim dan disahkan oleh Adz Dzahabi-

 Sesiapa yang tiada air atau mengalami masalah bekalan air,bolehlah tadah air hujan kat blog saya ni ,lebih jimat tapi tak mengeBOMkan yer,harap maaf.
 
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Berdoalah pada waktu mustajab doa iaitu sewaktu pasukkan tentera bertempur, waktu mendirikan solat dan ketika hujan".

-Riwayat Abu Daud-



Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: 

"Doa tidak akan ditolak diantara azan dan iqamat".

-Riwayat Abu Daud dan al-Baihaqi-



Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: 

"Doa di antara azan dan iqamat tidak akan ditolak. Berkata para sahabat: 'Maka apa yang patut kami katakan wahai Rasulullah?' Nabi bersabda: 'Pohonlah kepada Allah kesejahteraan di dunia dan di akhirat.' "

-Riwayat Tirmizi-



Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 

"Seorang hamba paling hampir kepada Tuhannya adalah ketika sujud, maka kamu perbanyakkanlah doa".

-Riwayat Muslim An-Nasa'i, Abu Daud dan Ahmad-



Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhlah berdoa kerana saat itu sangat tepat untuk dikabulkan".

-Riwayat Muslim-

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                     

Sesiapa yang kat sini tak cukup lagi maklumat berkenaan doa boleh baca post di bawah ni,disediakan juga hadis-hadis yang lengkap untuk menguatkan lagi fakta dan maklumat saya ni (seperti sekuat TIGER,hihihi)

Terdapat beberapa waktu berdasarkan beberapa riwayat dimana doa kita jarang ditolak oleh Allah. Antaranya :

1- Doa Ketika Hujan Lebat (sekerang memang musim hujan,so sesuailah tu. hihihi)

Rasulullah bersabda : "Dua doa yang tidak pernah ditolak iaitu doa ketika waktu azan dan doa ketika waktu hujan". Hujan membawa rahmat kepada manusia dan kehidupan lain. Manusia perlukan air untuk diminum dan tumbuhan perlukannya untuk tumbesaran. Imam Nawawi memberitahu doa pada waktu ini jarang ditolak kerana turunnya rahmat terutama curahan hujan pertama di awal musim.

2- Doa Ketika Mendirikan Solat Fardu ( jika ingin berdoa ketika ini perlulah lengkap dan sempurna solat 5 waktu sehari kita)

Sabda Rasulullah ini menggambarkan afdalnya berdoa saat ini : "Berdoalah pada waktu mustajab doa iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun." (Riwayat Abu Daud)

3- Doa Apabila Bilal Selesai Azan ( ni dah biasa diamalkan sejak kecil..tu sebab mak suruh diam bila azan,nasib ingat lagi )

Kita sepatutnya melazimi diri berdoa pada waktu ini sementara menunggu iqamat yang akan diucapkan oleh bilal. Dengan demikian, doa kita tidak akan ditolak oleh Allah berdasarkan apa yang disebut oleh Rasulullah. Baginda bersabda : "Doa tidak akan ditolak di antara azan dan iqamat." (Riwayat Abu Daud dan al-Baihaqi)

4- Doa Ketika Sujud ( yang ni selalu sangat buat)

Rasulullah bersabda : "Seorang hamba paling hampir kepada Tuhannya adalah ketika dia sujud, maka kamu perbanyakkanlah doa." (Riwayat Muslim An-Nasa'i, Abu Daud dan Ahmad). Ketika bersujud kepada Allah, dahi kita mencecah lantai, maka Rasulullah memberi tunjuk ajar kepada kita supaya memperbanyakkan berdoa kerana waktu ini kita terlalu hampir dengan Allah.

 Rasanya maklumat yang saya berikan ni dah cukup buat masa sekarang,jika ada penambahan atau apa-apa yang tersilap saya akan perbaharuinya kemudian. sabar yer .

jom tengok kuasa laser & lebih banyak lagi video yang disediakan di bawah ini.

memang sedih ,tapi sebaiknya anda sediakan tisu disebelah sebelum menonton untuk mengelakkan banjir ( tips berguna daripada jabatan banjir dunia,hihihi) 






          Tip paling gilez & tak tahu nak cakap apa.(kalau tengok video ni sila gelak tak de suara yer)

ni yang terakhir

ok,  that all for Today.  Assalamualaikum ( * ! ^)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan