Khamis, 16 Mei 2013

Siapa diri kita ???????

Assalamualaikum & Bismillah
Hari ini saya ingin bercerita atau lebih dikenali ialah berkongsi mengenai Pencipta kita.
Pernah terfikir tak kenapa,makin lama banyak lagu mengenai ketuhanan dan yang bersifat keagamaan dan semakin lama semakin banyak juga kumpulan nasyid yang baru "lahir"(WUJUD).
Memang kita kena ingat balik yang kita diciptakan kat dunia ni untuk menjadi Khalifah (yang suatu ketika dahulu kita sendiri yang memilih diri kita untuk menjadi khalifah ni)

Korang rasa,korang dah sampai tak tahap dalam memberi nasihat dan menjadi khalifah ni ? Bila kita fikir balik dan insafkan diri (serta letak cermin depan kita) mungkin kita akan nampak kekurangan kita...tapi kita tetap jugak kena jalankan kewajipan kita sebagai khalifah-Nya dekat muka bumi ni.

Perumpamaan yang boleh diberi sama macam (ketam mengajar anaknya berjalan....tapi kita tetap kena bagi nasihat walaupun benda tu nampak macam senang..tapi susah (kalau yang dah pernah cuba mesti tahu )
Saya ada sesuatu yang nak diceritakan disini sebenarnya....tapi minta maaf terlebih dahulu takut ada yang terasa (perkara yang saya ingin bagi tahu ni tak de kaitan dengan  yang hidup dan yang telah meninggal dunia...)

Suatu hari dalam ( biarlah rahsia),saya dengar seorang hamba Allah ni bercerita ttg agama (berkaitan dgn fardhu kifayah lah), saya jenis yang suka mendengar dan memerhati je,tak suka campur dalam urusan orang yang tak de kaitan.Masalahnya ialah hamba Allah ni bercerita ttg benda yang salah,saya rasa macam nak tegur tapi perasaan takut tetap akan muncul  bak kata orang "perasaan berdebar apabila tunggu untuk ditemuduga"hihihi
Memang betul-betul rasa nak je tegur tapi..saya rasa takut bukan sebab takut kepada hamba Allah ni tapi sebab saya tak pernah tegur diorang ni pun,saya rasa macam tak sanggup berhadapan dengan diorang ni sebab mungkin dia akan pandang kita dari sudut Negative (sebab manusia ni ada side Positive & side Negative nya ( cerita DR.JEKLLY & MR.HYDE FORM 3 NOVEL)

Saya terfikir juga masa tu kalau saya tegur  : adakah mereka akan terima atau mengkritik ?
Nak tahu kenapa saya nak tegur diorang ni sebabnya ialah apa yang hamba Allah ni cakap tu sebenarnya dah kira terpesong sangat sampaikan pelajar-pelajar lain berfikir untuk terima pendapat dia ni dan kebanyakannya dah terangguk-angguk dan setuju. Ni yang buat saya terfkir kalau saya tak tegur rasa macam salah,tapi KEBERANIAN dalam DIRI INI terlalu tipis lebih nipis dari kulit bawang masa buat experiment science form 1 (erk,rasamacam mengimbas kembali kenangan sekolah dahulu pulak )

Ok,semua mesti sekarang dah Blink,blink ,dizzy and keadaan yang serupa seperti ni kan...sebelum korang jumpa doktor untuk ambil ubat,baca dulu penyelesaian antara kaitan lagu nasyid kat malaysia yang dah capai tahap HOT dan cerita saya tadi.

Perkaitannya ialah :-
1. Berdakwah boleh dengan pelbagai cara contohnya : menyampaikannya dengan cara menyanyikan lagu,menulis dalam bentuk buku terutama novel sebab ramai yang suka baca novel.

2.Tugas berdakwah bukan terletak dibahu ustaz,ustazah,pendakwah bebas,atau guru-guru sekolah agama tetapi dibahu setiap manusia yang masih bernafas sehingga saat ini & yang tengah baca post saya ni ( kenapa ana,anta ????)

3. Seperti dalam nombor 2, setiap dari kita yang memilih dan bersetuju untuk menjadi khalifah maka jalankanlah tugas tersebut seperti kita rasa macam apa yang kita tahu semuanya kita telah bagi tahu dan berkongsi dengan orang lain.

4.Walaupun status seseorang itu berbeza pada pandangan orang lain,masih ada sifat baiknya yang mungkin kita tak lihat masa kita lihat keburukannya (mana boleh kita minum dalam satu masa tangan kita memasukkan nasi dalam mulut,begitulah perumpamaan yang sesuai),dan seteruk mana pun contoh walaupun seorang penagih dadah memberi nasihat kepada kamu,jika nasihatnya benar kamu perlu mengikutinya.

5.Setiap dari kita akan dapat ilmu yang berbeza,tak semua sama dalam menafsirkan ilmu yang diterima macam tu jugak bila peperiksaan jawapan pelajar berbeza antara 1 sama lain walaupun guru yang mengajarnya adalah seorang.

6.Mungkin soalan yang kita tanya tak mampu dijawap oleh seorang ustaz/ ustazah yang terkenal dengan jawapan mereka yang memuaskan (bukan bermakna soalan kita tu High Order Thinking (HOT).Mungkin jawapan yang kita perlukan boleh didapati dan diberikan oleh seorang kanak-kanak yang bawah umur dari kita,atau seorang yang kita tak sangka dia boleh berikan jawapan yang mungkin memuaskan hati kita.

Sebelum saya mengundur diri (macam nak pergi jauh je bunyinya) saya nak ucapkan Selamat Hari Jadi buat Ayah saya dan Selamat Hari guru untuk esok( belum pukul 1.00 pagi lagi (@-@).



Ok,that all for today,Assalamualaikum ( & *)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan