Sabtu, 4 Mei 2013

semut...bayaha atau tidak

Assalamualaikum & Bismillah
Hari ni saya nak terangkan serba sedikit tentang binatang...(kalau cerita tentang manusia,banyak sangat ...jadi saya bercerita mengenai haiwan)

ok,anda boleh pilih haiwan kegemaran anda....(????)cari dalam kamus,hihihi
tajuk kali ni mengenai semut yang boleh mematikan di dunia ni...(takut tak baca tajuknya..kalau takut saya nasihatkan anda jangan baca kerana takut anda akan mengigau di malam hari...hihihi

ok,jom baca post saya kali ni jika anda berminat dengan tajuknya...

Semut adalah seekor haiwan yang sangat kecil. Tapi ternyata ada beberapa jenis semut yang mengandungi racun sangat mematikan. Hati-hati apabila anda mencari semut jenis ini.

 1. Yellow Harvester Ant




Nama lain adalah Maricopa Harvester Ant. Yup, nampak kecil dan tidak berbahaya. Tapi ini adalah salah satu semut yang paling beracun. Hanya ditemui di Arizona, Amerika Syarikat.

Jika digigit, sangat menyakitkan dan mengalami pembengkakan tubuh. Boleh mati jika ada reaksi alergi. Satu kejutan boleh membunuh tikus dengan berat 2kg.


2. red Harvester



Salah satu
semut yang paling beracun, tapi kurang agresif berbanding Semut Api. Hanya ditemui di Amerika Syarikat. Jika digigit, akan terjadi pembengkakan pada kulit dan sangat sakit. Boleh mati kerana reaksi alergi.


 3. fire Ants  (gambarnya tak dapat diambil sebab kamera rosak...hihihi...)


Semut Api boleh menyebabkan keracunan secara maksimum dan kematian. Sekitar 20 kematian di seluruh dunia setiap tahun disebabkan oleh semut api ini.

Gigitannya menyengat, akan terasa seperti terbakar oleh api, kemudian mengalami pembengkakan dan boleh mengalami kematian jika alergi. Ditemui di Asia, Amerika dan Eropah.



Tips untuk berjaga-jaga dengan SEMUT(kalau semut tahu saya tulis post ni...mesti die serang saya...hahaha)

1. Simpan ridsect banyak-banyak (beli selagi anda terdaya....kalau ada bekas kosongnya pun tak pe...mungkin semut akan takut jika tahu anda PENGUMPUL BEKAS RIDSECT)
2. Bela tenggiling di rumah anda ( semut merupakan haiwan yg paling banyak di muka bumi,iaitu 1 juta bagi setiap seorang ( ni fakta yang benar.)Tenggiling memakan semut sebagai makanan rujinya(pelik je bunyinya..hihihi)
3.Balut diri anda supaya semut tidak dapat melihat anda lagi ( caranya pilih alat perlindungan yg mempunyai warna sama dgn warna persekitaran anda...belajar dengan sesumpah...)
4. Elak diri anda sejauh mungkin agar tak bertemu,berjumpa,terlihat atau terserempak dengan semut sedaya mungkin....

Ni je tip yang saya boleh beri setakat ni,kalau ada lagi nanti saya akan tambah....
Moral story :-
Walaupun semut itu kecil,tetapi kelebihannya yang boleh membawa kepada maut amat menakjudkan,jadi jangan perlekehkan kekuatan seseorang walaupun di mata kita dia lemah,tetapi kekuatan yang dimilikinya mungkin disembunyikan..jika ingin tahu maka KITA PERLU BUAT UJI KAJI....(JOM JALANKAN EXPERIMENT )....
OK,that all for today...ASSALAMUALAIKUM
erk,sebelum terlupa nah,silalah buka video yang disediakan di bawah ni...harap anda terhibur...

kalau nak buat macam ni,perlu sasarkan kepada orang yang tak de sakit jantung n penyakit berbahaya ..takut kita masuk penjara pulak....(video so real it's scary)


 cuba try jika anda betul-betul dah pasti rambut anda boleh buat macam ni...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan