' di dunia ini org mukmin itu bagaikan seorang tawanan yg berusaha melepaskan ikatan kehambaan yg ia miliki,dan baru merasa aman sampai nanti bertemu ALLAH.wahai anak adam, sesungguhnya engkau itu pagi mahupun petang selalu berusaha mendapatkan keuntungan maka jadikanlah tujuan utamamu itu jiwamu,sesungguhnya engkau tidak akan pernah mendapatkan keuntungan yg seperti itu selamanya
Khamis, 23 Mei 2013
rahsia sesuatu kejadian
Assalamualaikum & Bismillah Saya nak tanya kepada anda semua ,kenapa adanya azan ? Apa fungsi Azan bagi setiap 5 waktu dalam masa sehari? Ok,semua mesti anggap saya ni gila,kurang waras (dan seangkatannya).Tapi tahukah anda bahawa ( dah macam buat iklan sensodyne pulak) kenapa dalam setiap azan yang dikumandangkan ,azan subuh berbeza dan dikira special.Pernah terfikir tak? Kalau tak pernah,mari saya beritahu sebabnya.
"ash shalaatu khairun minan naum"
Jika kita
terjemahkan, ianya bererti Solat itu lebih baik daripada tidur. Tetapi
cuba perhatikan baik-baik. Mengapa kalimat itu hanya dikumandangkan
semasa azan subuh saja? Dalam kalimat itu Allah SWT ternyata sedang
memberikan isyarat kasih sayangnya pada kaum muslimin, satu isyarat yang
sering kita abaikan maknanya, yang jika kita tangkap isyarat itu lebih
kurang akan berbunyi seperti ini "solat (pada masa) itu lebih baik dari pada tidur". Subhanallah
Laa Khaula Wa Laa Quwwata Illa Billaah, Lalu mengapa isyarat itu
dikumandangkan hanya pada solat subuh, tatkala kita semua sedang tidur ,
dan bukan pada azan untuk solat lain?. Pada kajian
MILIS, kajian GISSI 2 dan kajian-kajian lain di luar negeri, yang
dipercayai sebagai suatu penyelidikan yang sahih mendapati satu
kesimpulan jika puncak terjadinya serangan jantung sebahagian besar
dimulai pada jam 6 pagi sehingga jam 12 tengahari. Mengapa
demikian? Kerana pada masa itu sudah terjadi perubahan pada sistem tubuh
dimana terjadi kenaikan tegangan saraf simpatis (istilah Cina:Yang) dan
penurunan tegangan saraf parasimpatis (YIN). Tegangan
simpatis yang meningkat akan menyebabkan kita sedia bergerak, tekanan
darah akan meningkat, denyutan jantung lebih kuat dan sebagainya. Pada
tegangan saraf parasimpatis yang meningkat maka terjadi penurunan
tekanan darah, denyut jantung kurang kuat dan lambat. Terjadi
peningkatan aliran darah ke perut untuk melumatkan makanan dan
berkurangnya aliran darah ke otak sehingga kita merasa mengantuk,
cenderung kepada keadaan istirehat. Pada
pergantian waktu pagi buta (mulai pukul 3 dinihari) sampai siang itulah
secara diam-diam tekanan darah beransur naik, terjadi peningkatan
adrenalin yang meningkatkan tekanan darah dan penyempitan pembuluh darah
(efek vasokontriksi) dan meningkatkan sifat agregasi trombosit (sifat
saling melekat satu sama lain pada sel trombosit agar darah membeku)
walaupun kita tertidur. Aneh bukan?
Perkara ini terjadi pada semua manusia, setiap hari termasuk anda dan
saya mahu pun bayi anda. Perkara seperti ini disebut sebagai ritme
Circardian/Ritme sehari-hari, yang secara semulajadi diberikan Allah swt
kepada manusia. Furgot dan
Zawadsky pada tahun 1980 dalam penyelidikannya mengeluarkan sekumpulan
sel dinding arteri sebelah dalam pada pembuluh darah yang sedang
diselidikinya . Pembuluh darah yang normal yang tidak dibuang sel-sel
yang melapisi dinding bahagian dalamnya akan melebar bila dititisi suatu
zat kimia iaitu: Asetilkolin. Pada
penyelidikan ini terjadi keanehan, dengan dikeluarkannya sel-sel dari
dinding sebelah dalam pembuluh darah itu, maka pembuluh tadi tidak
melebar bila dititisi asetilkolin. Penemuan ini menimbulkan kegemparan dalam dunia perubatan. “Jadi itu yang menentukan melebar atau menyempitnya pembuluh darah, sesuatu
penemuan baru yang sudah sekian lama, sekian puluh tahun diteliti tapi
tidak bertemu”. Penyelidikan
itu segera diikuti penyelidikan yang lain diseluruh dunia untuk
mengetahui zat apa yang ada didalam sel bahagian dalam pembuluh darah
yang mampu mengembangkan/melebarkan pembuluh itu. Dari sekian ribu
penyelidikan maka zat tadi ditemui oleh Ignarro serta Murad dan disebut
NO/Nitrik Oksida. Ketiga penyelidikan itu Furchgott dan Ignarro serta Murad mendapat hadiah NOBEL tahun 1998. Zat
NO selalu dihasilkan, dalam keadaan rehat tidur pun selalu dihasilkan,
namun hasil ini dapat ditingkatkan oleh ubat golongan Nifedipin dan
nitrat dan lain-lain tetapi juga dapat ditingkatkan dengan bergerak,
dengan bersukan Efek Nitrik
oksida yang lain adalah mencegah kecenderungan membekunya darah dengan
cara mengurangi sifat agregasi/sifat melekat satu sama lain dari
trombosit pada darah kita. Jadi kalau
kita kita bangun tidur pada pagi buta dan bergerak, maka ini akan
memberikan pengaruh baik pada pencegahan gangguan kardiovaskular. Naiknya
kadar NO dalam darah kerana aktiviti iaitu wudhu dan solat sunat dan
wajib, kemudian disertai berjalan ke masjid merupakan perlindungan bagi
pencegahan kejadian kardiovaskular......... tanpa manusia menyedarinya. Selain itu
patut dicatat bahawa pada posisi rukuk dan sujud terjadi proses menekan,
posisi ini meningkatkan tegangan otot parasimpatis (yang melawan kesan
tegangan otot simpatis). Dengan exercise tubuh menghasilkan NO untuk
melawan peningkatan kadar zat adrenalin di atas yang berkesan
menyempitkan pembuluh darah dan membuat sel trombosit darah kita jadi
bertambah liar dan saling memeluk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan