Sabtu, 1 Jun 2013

Ay@7 kUr$!

Assalamualaikum & Bismillah 

Selalu sangat kita baca surah-surah dalam al-quran,tapi fahamkah kita akan maksudnya,so hari ni jom kita kaji tentang ayat kursi secara lebih detail.




                                         



Allah,tidak ada Tuhan  ( yang berhak disembah ) melainkan Dia yang hidup kekal lagi terus-menerus mengurus (makhlukNya); tidak mengantuk dan tidak tidur.KepunyaanNya segala yang di langit dan di bumi.Tiada yang dapat memneri syafaat di sisi Allah tanpa izinNya.Allah mengetahui apa yang di hadapan dan di belakang mereka, dan mereka tidak menegtahui apa-apa daripada ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya.Kursi Allah meliputi langit dan bumi,dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya,dan Allah maha tinggi lagi maha besar.
                                                                                     (surah al-baqarah ayat 255)

 Penurunan Ayat Kursi  

 Ayat kursi diturunkan pada suatu malam selepas hijrah.Dilaporkan semasa ayat ini diturunkan kepada Nabi S.A.W,turut sama mengiringinya adalah seramai 70 000 malaikat kerana kebesaran dan kemuliannya.Ketika itu,syaitan dan iblis menjadi gempar kerana penurunan ayat ini dan ia menjadi petanda ayat ini adalah rintangan dalam perjuangan mereka bagi menyesatkan manusia.Sahabat Nabi S.A.W iaitu Zaid bin Thabit r.a segera diperintahkan supaya menulis dan menyebarkannya.

Menurut Prof.Dr.Hamka di dalam Tafsir al-Azhar,anjuran para ulama supaya kita sentiasa membaca Ayat Kursi adalah bagi menambah khusyuk kita kepada Allah SWT serta menambah ibadat secara langsung kepadaNya tanpa sebarang parantaraan.Dalam Ayat Kursi ini terkandung pengertian tauhid yang mendalam.

Dalam Tafsir al-Rahman pula dinyatakan ayat ini menggambarkan kebesaran kuasa dan ketulusan ilmu Allah SWT sebagai pencipta dan pentadbir sekalian alam.Ayat Kursi dikenali sebagai penghulu segala ayat dalam al-quran kerana kelebihannya yang besar bagi sesiapa yang mengamalkannya.Nabi S.A.W juga menyifatkan Ayat Kursi sebagai seagung-agung ayat yang terkandung dalam al-Quran.

 

Kelebihan  Ayat Kursi

Antara kelebihan beramal dengan Ayat Kursi sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis-hadis Nabi S.A.W adalah :  

 * Orang yang sering membaca Ayat Kursi akan dijauhkan daripada gangguan jin dan syaitan.

* Orang yang membacanya setiap kali selepas solat fardu,akan mendapat pahala seperti pahala orang yang bertakwa,dan pahala balasan amal para siddiqin iaitu memperoleh syurga.

*Allah SWT akan mengampuni dosa dan dihapuskan amalan kejahatan apabila ia sentiasa dibaca selepas solat fardu.

*Jika sentiasa dibaca selepas solat Subuh,Allah SWT akan memeliharanya daripada sebarang kejehatan sepanjang hari itu.

*Jika dibaca selepas solat Maghrib,Allah SWT akan memelihara daripada sebarang kejahatan sehingga pagi.

*Jika dibacakan sebelum tidur,Allah akan mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran-jirannya.Allah akan mengutuskan dua malaikat yang menjaganya daripada sebarang gangguan jin dan syaitan serta kejahatan manusia dan binatang.

* Jika dibacakan ketika keluar rumah,Allah mengutuskan 70 000 malaikat yang meminta keampunan baginya serta mendoakannya.

* Allah SWT mengutuskan malaikat bagi mencatat kebaikan dan menghapuskan dosa orang yang sering membacanya ketika itu sehingga keesokan harinya.

*Allah SWT akan memakbulkan hajat apabila ia dibaca sebanyak 170 kali pada waktu tengah malam bagi sesuatu hajat.

*Allah SWT akan memberi kelapangan dalam rezeki apabila ia dibaca sebanyak 170 kali setiap hari.

*Beramal dengannya sebanyak 170 kali,insya Allah dapat meningkatkan kecerdasan akal serta diterangkan hati oleh Allah.

*Bagi orang yang bersifat pemarah,Ayat Kursi perlu dibaca selalu bagi menjauhkan diri daripada syaitan yang memanaskan hatinya.

*Jika mengamalkan Ayat Kursi ketika sakit,Allah SWT meringankannya semasa ajal sampai.

*Dalam kitab Asrar al-Mufidah dinyatakan orang yang beramal dengan Ayat Kursi sebanyak 18 kali,beliau akan sentiasa hidup dengan jiwa tauhid,dibukakan hati dengan pelbagai hikmat,dimudahkan rezeki,ditingkatkan darjatnya,memiliki pengaruh serta Allah memeliharanya daripada sebarang bencana.

*Imam Gahazali menyebut di dalam kitab Khawaas al-Quran,antara kelebihan Ayat Kursi adalah jika dibacakan setiap kali selepas solat fardu,setiap pagi dan petang,setiap kali ketika masuk ke rumah dan ke pasar,ke tempat tidur dan ketika musafir,ia akan diselamatkan daripada gangguan syaitan dan kejahatan penguasa yang kejam,daripada kejahatan manusia dan haiwan yang berbahaya.Juga ahli keluarga,harta dan rumahnya dipelihara daripada kecurian,karam dan kebakaran.

*Ayat Kursi juga bermanfaat dibaca bagi mengatasi kerasukan jin dan syaitan.

*Di dalam Tafsir al-Qudsi,Abdul Rahman bin Auf menyatakan apabila beliau masuk ke rumahnya,beliau akan membacakan Ayat Kursi pada empat penjuru rumah bagi menjadi pendinding gangguan syaitan.

* Menurut ulama,Ayat Kursi juga elok dibaca bagi mengatasi perasaan dukacita serta kesulitan yang dihadapi.Bagi tujuan ini,ayat itu perlu dibacakan sebanyak 313 kali.Paling afdal jika diamalkan pada tengah malam yang sunyi bagi mendatangkan khusyuk.

 *Menurut kitab Dur al-Mantsur,surah yang paling afdal dalam al-quran adalah surah al-baqarah,dan yang terbesar antara ayat-ayat dalam surah al-Baqarah adalah Ayat Kursi.Syaitan melarikan diri dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Baqarah.

 Cara Mengamalkannya 

Terdapat berbagai-bagai cara beramal dengan Ayat Kursi,antaranya: 

1. Membacanya setiap kali selepas solat fardu.
2. Sentiasa membacanya sebelum keluar dari rumah.
3.Membacanya ketika hendak tidur.
4.Bagi memperoleh hajat tertentu,sebaik-baiknya perlu dilakukan seperti berikut :
  ^ Mendirikan solat sunat Hajat terlebih dahulu sebanyak dua rakaat.

 ^ Beristighfar dan memohon keampunan kepada Allah SWT.

 ^ Membaca surah al-fatihah

 ^ Berselawat ke atas Nabi S.A.W.

 ^ Membaca Ayat Kursi.

 ^ Memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT.
Sesiapa yang mengamalkannya sekurang-kurangnya dibacakan setiap kali selepas solat fardu,insya Allah kita dapat merasai kelebihannya .

Assalamualaikum.( * ! ^ )

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan