Assalamualaikum & Bismillah
Telaga Zam-zam pada zaman dahulu dan telaga air Zam-zam pada hari ini
Perkataan "Zam-Zam" dalam bahasa 'Arab bererti yang banyak atau melimpah. Adapun air "Zam-Zam" yang dimaksud oleh syari’at iaitu air yang berasal dari telaga Zam-Zam. Letaknya dengan Ka’bah berjarak sekitar 38 hasta.
Dinamakan "Zam-Zam" sesuai dengan ertinya kerana air dari telaga tersebut sangat banyak dan berlimpah. Tidak habis walau sudah diambil dan dibawa setiap harinya ke seluruh penjuru dunia oleh kaum Muslimin.
Dinamakan dengan "Zam-Zam" boleh juga diambil dari perbuatan Siti Hajar. Ketika air Zam-Zam terpancar, ia segera mengumpulkan dan membendungnya atau diambil dari galian Malaikat Jibril dan perkataannya ketika ia berkata kepada Hajar.
Disebutkan juga bahawa nama "Zam-Zam" adalah ‘alam atau nama asal yang berdiri sendiri, bukan berasal dari kalimat atau kata lain. Juga diambil dari suara air Zam-Zam tersebut, karena zamzamatul ma` adalah suara air itu sendiri.
Nama lain Zam-Zam, sebagaimana telah diketahui antara lain ia disebut barrah (kebaikan), madhmunah (yang berharga), taktumu (yang tersembunyi), hazmah Jibril (galian Jibril), syifa` saqim (obat penyakit), tho’aamu thu’im (makanan), syarabul abrar (minuman orang-orang baik), dan thayyibah (yang baik)
Telaga Zam-zam
Dari Jabir dan Ibnu ‘Abbas, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : "Air Zam-Zam, tergantung niat orang yang meminumnya" [Riwayat Ibnu Majah]
Dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :"Air Zam-Zam sesuai dengan niat ketika meminumnya. Bila engkau meminumnya untuk ubat, semoga Allah menyembuhkanmu. Bila engkau meminumnya untuk menghilangkan dahaga, semoga Allah menghilangkannya. Air Zam-Zam adalah galian Jibril, dan curahan minum dari Allah kepada Ismail" [Riwayat Darul Quthni dan Al-Hakim]
Dari Abi Thufail, dari Ibnu 'Abbas radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah bersabda : "Kami menyebut air Zam-Zam dengan syuba’ah (yang mengenyangkan). Dan kami juga mendapatkan, air Zam-Zam adalah sebaik-baik pertolongan (keperluan atas kemiskinan)" [Riwayat At-Thobrani]
Dari Usamah radhiyallahu 'anhu berkata : "Bahawasanya Rasulullah meminta untuk didatangkan segantang air Zam-Zam, kemudian beliau meminumnya dan berwudhu dengannya" [Riwayat Ahmad]
Disebutkan dalam Silsilah Shohihah : "Adalah Rasululllah membawa air Zam-Zam di dalam kantong-kantong air (yang terbuat dari kulit). Beliau menuangkan dan membasuhkannya kepada orang yang sedang sakit"
"Tatkala Jibril memukul Zam-Zam dengan tumit kakinya, Ummi Ismail segera mengumpulkan luapan air. Nabi berkata,”Semoga Allah merahmati Hajar dan Ummu Ismail. Andai ia membiarkannya, maka akan menjadi mata air yang menggenangi (seluruh permukaan tanah)" [Silsilah Shohihah]
Dari Ibnu ‘Abbas, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : "Sebaik-baik air yang terdapat di muka bumi adalah Zam-Zam. Di dalamnya terdapat makanan yang mengenyangkan dan penawar penyakit" [hadis hasan shohih]
Abu Dzar al Ghifari berkata : "Selama 30 hari, aku tidak mempunyai makanan kecuali air Zam-Zam. Aku menjadi gemuk dan lemak perutku menjadi hilang. Aku tidak mendapatkan dalam hatiku kelemahan lapar" [Riwayat Muslim]
Dari Hammam, dari Abi Jamrah ad-Duba`i, ia berkata : "Aku duduk bersama Ibnu ‘Abbas di Makkah, tatkala demam menyerangku. Ibnu ‘Abbas mengatakan, dinginkanlah dengan air Zam-Zam, karena Rasulullah mengatakan, sesungguhnya demam adalah dari panas Neraka Jahannam, maka dinginkanlah dengan air atau air Zam-Zam" [Riwayat Bukhari]
Dari ‘Aisyah, ia membawa air Zam-Zam. Ia mengkabarkan : "Sesungguhnya dahulu Rasulullah membawanya (sebagai bekal)" [Riwayat At-Tirmidzi]
Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah berkata : "Aku dan orang selain diriku telah mengalami perkara yang ajaib tatkala berubat dengan air Zam-Zam. Dengan izin Allah, aku telah sembuh dari beberapa penyakit yang menimpaku. Aku juga menyaksikan seseorang yang telah menjadikan air Zam-Zam sebagai makanan selama beberapa hari, sekitar setengah bulan atau lebih. Ia tidak mendapatkan rasa lapar, ia melaksanakan tawaf sebagaimana manusia yang lain. Ia telah memberitahukan kepadaku bahawa ia terkadang seperti itu selama empat puluh hari. Ia juga mempunyai kekuatan untuk berjima’, berpuasa dan melaksanakan tawaf" [kitab Zaadul Ma'ad]
Beliau [Ibnul Qayyim] rahimahullahu ta'aala berkata : "Ketika berada di Makkah, aku mengalami sakit dan tidak ada tabib dan ubat (yang dapat menyembuhkannya). Aku pun mengubatinya dengan meminum air Zam-Zam dan membacakan atasnya berulangkali (dengan al-Fatihah), kemudian aku meminumnya. Aku mendapat kesembuhan yang sempurna. Aku pun menjadikannya untuk bersandar ketika mengalami rasa sakit, aku benar-benar banyak mengambil manfaat darinya" [kitab Zaadul Ma'ad]
Jika diimbas sejarah awal kota Makkah, orang pertama menduduki kota suci ini adalah Ismail AS sebelum menjadi nabi bersama ibunya Siti Hajar, tatkala mereka berdua ditinggalkan ayahnya Nabi Ibrahim AS di lembah kering kontang itu.
Sebagai tanda keagungan Allah SWT bagi memelihara Ismail dan ibunya, Siti Hajar, dikeluarkan satu mata air dikenali sebagai air zam zam di tengah padang pasir yang tandus.
Dalam ruangan kali ini, suka untuk saya berkongsi kisah mengenai air zam zam yang penuh berkat ini, sebagai tanda keagungan Allah SWT bagi yang berfikir.
Ibnu Abbas RA meriwayatkan, bahawasanya Ibrahim meninggalkan Siti Hajar dan puteranya Ismail di satu lembah di tengah padang pasir yang tandus.
Di kala itu, tidak ada seorang pun menduduki kawasan berkenaan dan tidak ada sumber air di sana. Ibrahim AS meninggalkan kedua-duanya di sana dan hanya memberi bekalan dua kantung yang satunya berisi kurma dan satu lagi berisi air.
Sewaktu Nabi Ibrahim AS ingin meninggalkan kedua-duanya, lalu Siti Hajar mengejarnya seraya berkata: “Wahai Ibrahim, ke mana kamu akan pergi dan meninggalkan kami di lembah yang tidak ada manusia dan sesuatu pun di dalamnya?” Dia mengatakan hal itu berkali-kali, sementara Ibrahim AS tidak menoleh kepadanya.
Tiba-tiba Hajar berkata: “Adakah Allah memerintahkan kamu dengan ini?” Maka Ibrahim AS menjawab: “Ya.”
Kemudian Siti Hajar berkata: “Kalau begitu, Dia tidak akan mensia-siakan kami.” Lantas dia kembali kepada Ismail dan berangkatlah Ibrahim sehingga kedua-duanya hilang daripada pandangan mata.
Selepas itu, Nabi Ibrahim menghadap ke arah lembah berkenaan dan mengangkat kedua-dua tangannya lalu berdoa, seperti yang termaktub dalam kitab al-Quran iaitu surah Ibrahim, ayat 37, yang bermaksud: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya aku menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di sisi rumahMu (Baitullah Al-Haram) yang dihormati, wahai Tuhan kami (yang demikian itu) supaya mereka mendirikan solat, maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan berilah mereka rezeki daripada buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.”
Dua kantung air ditinggalkan Nabi Ibrahim AS sememangnya diketahui tidak cukup untuk keperluan seseorang. Lantaran kehausan, Ismail menangis kerana lapar dan dahaga. Melihat keadaan anaknya sedemikian, Siti Hajar pergi mencari air.
Dia berjalan menuju Bukit Safa dan Marwah dengan harapan dapat bertemu pedagang yang membawa air. Setelah berulang-alik sebanyak tujuh kali di antara dua bukit itu, Siti Hajar tidak bertemu sesiapa pun.
Berkata Ibnu Abbas, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Maka itulah saie manusia (orang haji dan umrah) antara kedua-duanya (Safa dan Marwah).”
Kemudian apabila Siti Hajar naik ke Bukit Marwah, dia terdengar satu suara lalu dia berkata di dalam hati: “Sesungguhnya aku mendengar-Mu, jika engkau dapat memberi pertolongan, tolonglah kami.”
Tiba-tiba dia ternampak Malaikat di samping anaknya Ismail. Malaikat itu menggali tanah dengan tumit atau sayapnya sehingga terpancutlah air iaitu air zam zam.
Dengan peristiwa yang penuh pengajaran ini, akhirnya dirakamkan di dalam al-Quran, dalam surah Al-Baqarah ayat 158, yang bermaksud: “Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian daripada syiar Allah. Barang siapa beribadah haji ke Baitullah atau melaksanakan umrah, tidak ada dosa baginya mengerjakan saie antara keduanya...”
Saie satu rukun haji dan umrah, tanpanya kedua-dua ibadah dikira tidak sah.
Air zam zam pula diberi nama kerana banyaknya air ini dan dikatakan juga kerana kepungan dilakukan Siti Hajar untuk mengepung air yang keluar.
Begitulah kehebatan kisah permulaan air zam zam yang penuh berkat serta ibadah saie, rentetan kesusahan Siti Hajar berulang-alik dari Safa ke Marwah mencari air di tanah yang panas terik.
Hikmahnya, air zam zam kekal sehingga ke hari ini dan menjadi air paling baik di dunia, dan sangat menakjubkan ia tidak pernah kering, malah boleh memberi minum kepada jutaan jemaah di Makkah dan Madinah hinggakan setiap jemaah yang menunaikan umrah dibekalkan 10 liter air zam zam percuma untuk dibawa pulang.
Antara hikmah dan manfaat air zam zam, ia anti oksida yang baik untuk tubuh kita. Selain itu, ia adalah penawar dan ubat bagi pelbagai penyakit, sebagaimana hadis Nabi SAW, yang bermaksud: “Air zam zam itu penuh berkat. Ia makanan yang mengenyangkan (dan ubat bagi merawat penyakit).” (Riwayat Muslim)
Tercatat di dalam kitab Zaadul Ma’aad, bahawasanya Imam Ibnu Qayyim menceritakan pengalamannya berkaitan cara menyembuhkan penyakitnya dengan air zam zam yang diselitkan dengan cara rukyah daripada al-Quran apabila dia sakit.
“Pada satu ketika aku pernah jatuh sakit, tetapi aku tidak menemukan seorang doktor atau sebarang ubat. Lalu aku berusaha mengubati dan menyembuhkan diriku dengan surah al-Fatihah, maka aku melihat pengaruh yang sangat menakjubkan.
“Aku ambil segelas air zam zam dan membacakan padanya surah al-Fatihah berkali-kali, lalu aku meminumnya sehingga aku mendapati diriku sembuh daripada penyakit.
“Kemudian aku bersandar dengan cara itu dalam mengubati pelbagai penyakit dan aku merasakan manfaat yang sangat besar. Kemudian aku memberitahu orang ramai yang menghidap penyakit dan ternyata ramai daripada mereka sembuh dengan cepat.”
Sesungguhnya, begitu besar kebesaran Allah SWT seperti mana hebatnya air zam zam yang diturunkan kepada Ismail dan Siti Hajar serta kekal sehingga kini untuk hamba-Nya. Jadi, banyakkan meminumnya untuk kesejahteraan hidup kita sebagai Muslim yang bertakwa.

DO'A KETIKA MEMINUM AIR-ZAM-ZAM
Maksud : "Ya
Allah wahai Tuhan kami, sesungguhnya aku bermohon kepadaMu akan 'ilmu
yang bermanfa'at, rezeqi yang luas terbentang, serta kesembuhan dari
segala penyakit dan hawa panas"
Daripada
'Ikrimah meriwayatkan, bahawa adalah lbnu 'Abbas radhiyallahu 'anhuma
apabila minum air Zam-zam beliau berdoa (ertinya) : "Ya
Allah ya Tuhanku! Aku bermohon kepadaMu supaya dikurniakan ilmu yang
memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala
penyakit" (Riwayat Daarul Qutni dan lbnu Majah).
ADAB-ADAB DAN TATACARA KETIKA MEMINUM AIR ZAM-ZAM
Syeikh
Jamaludin Muhammad Jarullah bin Muhammad Nuruddin dalam kitabnya
"Al-Jami'ul Lathif fi Fadhli Makkah" dalam bab Adab minum air Zam-zam
berkata:
"Berkata
seorang ulama Rahimahullah, sesiapa yang hendak meminum air Zamzam,
eloklah dia mengambil bekas yang berisi air Zam-zam dengan mengadap
Qiblat, kemudian berkata: "Ya Allah, sesungguhnya telah sampai kepadaku daripada nabiMu Sallallahu 'Alaihi Wasallam, bahawa baginda bersabda:
Maka Ya Allah, aku meminum air Zamzam ini untuk ............. " (sebutkan
apa-apa niat yang dikehendaki). Selepas itu diminum seteguk, kemudian
bernafas diluar bejana/bekas itu. Dan begitulah dilakukan sebanyak tiga
kali. Setiap kali meneguknya dibaca Bismillah dan setiap kali selesai
dibaca Alhamdulillah. Beginilah cara meminum air Zamzam yang diriwayatkan daripada lbnu 'Abbas dan doa yang di atas dibaca ketika meminumnya.
Daripada 'Abdullah bin Abi Mulaikah katanya : "Seorang
lelaki telah datang menemui lbnu 'Abbas. Lalu bertanya lbnu Abbas :
"Tuan datang dari mana?" Lelaki itu menjawab : "Saya baru lepas minum
air Zam-zam". Tanya lbnu 'Abbas lagi : "Adakah tuan minum itu mengikut
cara yang sepatutnya'?" Lelaki itu tidak menjawab, sebaliknya bertanya
pula kepada lbnu 'Abbas : "Bagaimanakah caranya wahai lbnu 'Abbas?" Maka
lbnu 'Abbas pun menjelaskan: "Apabila minum air Zam-zam hendaklah
menghadap Qiblat, sebutkan nama Allah (baca Bismillah) dan bernafas di
luar bejana/bekas, kemudian baru teguk lagi, dan (sesudah selesai minum)
ucapkan pujian kepada Allah (baca Alhamdulillah). Sesungguhnya
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ada bersabda : "Perbezaan diantara
kita dan orang ramai (kaum munafiq) ialah bahawa mereka itu tidak suka
meneguk (minum) air Zam-zam" (Riwayat Daarul Qutni dan lbnu Majah)
Lokasi letaknya telaga Zam-zam dan ukuran kedalamannya
Disebutkan oleh Imam Bukhari dalam Shahih Bukhari, dari hadis Ibnu ‘Abbas : "Suatu
saat, ketika berada di Mekkah, Nabi Ibrahim menempatkan isterinya Hajar
dan anaknya Isma'il di sekitar Ka`abah di suatu pohon besar yang berada
di atas sumur Zam-Zam. Waktu itu, tidak ada seorang pun di Makkah
melainkan mereka bertiga. Setelah Nabi Ibrahim 'Alaihissalam meletakkan
kantung berisi kurma dan air, beliau pun berganjak pergi. Namun, Hajar
mengikutinya sambil berkata : "Wahai Ibrahim, ke manakah engkau akan
pergi dengan meninggalkan kami sendiri di tempat yang tiada manusia lain
atau yang lainnya?".
Pertanyaan
itu diulangi berterusan tetapi Nabi Ibrahim tidak melihat kepadanya.
Sampai akhirnya Hajar berseru kepadanya : "Apakah Allah yang menyuruhmu
melakukan hal ini?"
"Ya" jawab Nabi Ibrahim.
"Jika
begitu, Allah tidak akan menyusahkan kami" seru Hajar. Kemudian
kembalilah Hajar ke tempatnya, dan Nabi Ibrahim melanjutkan
perjalanannya.
Sesampainya
di Tsaniyah - jalan perbukitan, arah jalan ke Kada`. Rasulullah ketika
memasuki Makkah juga melewati jalan tersebut - dan keluarganya tidak
dapat melihatnya lagi, Nabi Ibrahim menghadap ke arah Baitullah, lalu
mengangkat kedua tangannya lantas berdoa : "Ya Tuhan kami, sesungguhnya
aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak
mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang
dihormati. Ya Tuhan kami, (yang demikian itu) agar mereka mendirikan
solat. Maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka,
dan berilah rezeqi mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka
bersyukur" [Surah Ibrahim, ayat 37]
Ibunda
Isma'il menyusui anaknya dan meminum dari kantung air tersebut. Hingga
akhirnya air itu pun habis, dan anaknya kehausan. Dia melihat anaknya
dengan penuh cemas, karena terus menangis. Dia pun pergi untuk mencari
sumber air kerana tidak sanggup melihat anaknya kehausan.
Pergilah
dia menuju bukit terdekat iaitu bukit Safa dan berdiri di atasnya.
Pandangannya diarahkan ke lembah di sekelilingnya, barangkali ada orang
di sana. Akan tetapi, nyata tidak ada orang.
Dia
pun turun melewati lembah sampai ke bukit Marwah. Berdiri di atasnya
dan memandang barangkali ada manusia di sana tetapi ternyata tidak ada
juga. Dia lakukan demikian itu hingga tujuh kali.
Ketika
berada di atas bukit Marwah, dia mendengar ada suara, dia berkata
kepada dirinya sendiri : "Diam!". Setelah diperhatikannya ternyata
memang benar dia mendengar suara, kemudian dia pun berkata : "Aku telah
mendengar, apakah di sana ada pertolongan?"
Tiba-tiba
dia melihat Malaikat Jibrail 'Alaihissalam yang mengais-ngais tanah
dengan kakinya (atau dengan sayapnya, sebagaimana disebutkan dalam
riwayat yang lain), kemudian memukulkan kakinya di atasnya. Maka,
keluarlah darinya pancaran air.
Hajar
pun bergegas mengambil dan menampungnya. Diceduknya air itu dengan
tangannya dan memasukkannya ke dalam tempat air. Setelah diceduk, air
tersebut semakin memancar. Dia pun minum air tersebut dan juga
memberikan kepada anaknya, Isma'il. Lalu Malaikat Jibrail berkata
kepadanya : "Jangan takut terbiar. Sesungguhnya di sinilah Baitullah
yang akan dibangun oleh anak ini (Isma'il) bersama ayahnya. Dan
sesungguhnya, Allah tidak akan membiarkan hambanya"
Selang
beberapa waktu kemudian, datanglah orang-orang dari qabilah Jurhum
turun di lembah Makkah. Mereka turun kerana melihat burung-burung yang
berputar-putar. Mereka berkata : "Burung ini berputar-putar di sekitar
air. Kami yakin di lembah ini ada air" lalu mereka mengirim utusan.
Ternyata benar mereka mendapatkan air. Utusan itu pun kembali dan
memberitahukan kepada orang-orang yang mengutusnya tentang adanya air.
Mereka pun kemudian mendatanginya dan meminta izin dari Ummu Isma'il
[Siti Hajar] bahawa mereka akan bertandang ke sana. Ummu Isma'il pun
mempersilakan dengan syarat, bahawa mereka tidak berhak memiliki
(sumber) air tersebut dan qabilah Jurhum pun bersetuju"
KANDUNGAN MINERAL AIR ZAM-ZAM
Tidak seperti air mineral yang umum dijumpai, air Zam-zam in memang unik mengandungi elemen-elemen 'alamiah sebesar 2,000 mg per liter. Biasanya, air mineral 'alamiah (hard carbonated water) tidak akan lebih dari 260 mg per liter.
Elemen-elemen kimia yang terkandung dalam air Zam-zam :-
Ion-ion Positif (+)
Sodium (250 mg per liter)
Calcium (200 mg per liter)
Potassium (20 mg per liter)
Magnesium (50 mg per liter)
Ion-ion Negatif (-)
Sulphur (372 mg per liter)
Bicarbonates (366 mg per liter)
Nitrate (273 mg per liter)
Phosphate (0.25 mg per liter)
Ammonia (6 mg per liter)
MOLEKUL PARTIKEL AIR ZAM-ZAM
Cerah dan bersinar-sinar umpama berlian
KADAR pH AIR ZAM-ZAM
Air
Zam-zam bersifat alkali yang dapat memberi tenaga yang luarbiasa kepada
setiap peminumnya. Kajian yang telah dibuat Air Zam-zam ini nilai pHnya
adalah pH7.8 – pH9.5 iaitu pH yang paling tinggi berbanding air mineral yang lain.
MANFA'AT AIR ZAM-ZAM
Ada dua belas (12) manfaatnya :-
- Syaba’ah – mengenyangkan
- Nafi’ah – memberi manfaat
- Maimunah – keberkatan
- Mahmudah – kebaikan
- Mu’dzibah – mencegah rasa dahaga
- Hazmatu Jibrail – keluarnya dari pijakan tumit Jibril
- Murwiyah – menyegarkan
- Afi’yah – menyihatkan
- Barrah – memiliki kebaikan
- Kaafiyah – mencukupkan
- Syifa' Saqamin – menyembuhkan penyakit
- Maghfirah – keampunan
Jika diimbas sejarah awal kota Makkah, orang pertama menduduki kota suci ini adalah Ismail AS sebelum menjadi nabi bersama ibunya Siti Hajar, tatkala mereka berdua ditinggalkan ayahnya Nabi Ibrahim AS di lembah kering kontang itu.
Sebagai tanda keagungan Allah SWT bagi memelihara Ismail dan ibunya, Siti Hajar, dikeluarkan satu mata air dikenali sebagai air zam zam di tengah padang pasir yang tandus.
Dalam ruangan kali ini, suka untuk saya berkongsi kisah mengenai air zam zam yang penuh berkat ini, sebagai tanda keagungan Allah SWT bagi yang berfikir.
Ibnu Abbas RA meriwayatkan, bahawasanya Ibrahim meninggalkan Siti Hajar dan puteranya Ismail di satu lembah di tengah padang pasir yang tandus.
Di kala itu, tidak ada seorang pun menduduki kawasan berkenaan dan tidak ada sumber air di sana. Ibrahim AS meninggalkan kedua-duanya di sana dan hanya memberi bekalan dua kantung yang satunya berisi kurma dan satu lagi berisi air.
Sewaktu Nabi Ibrahim AS ingin meninggalkan kedua-duanya, lalu Siti Hajar mengejarnya seraya berkata: “Wahai Ibrahim, ke mana kamu akan pergi dan meninggalkan kami di lembah yang tidak ada manusia dan sesuatu pun di dalamnya?” Dia mengatakan hal itu berkali-kali, sementara Ibrahim AS tidak menoleh kepadanya.
Tiba-tiba Hajar berkata: “Adakah Allah memerintahkan kamu dengan ini?” Maka Ibrahim AS menjawab: “Ya.”
Kemudian Siti Hajar berkata: “Kalau begitu, Dia tidak akan mensia-siakan kami.” Lantas dia kembali kepada Ismail dan berangkatlah Ibrahim sehingga kedua-duanya hilang daripada pandangan mata.
Selepas itu, Nabi Ibrahim menghadap ke arah lembah berkenaan dan mengangkat kedua-dua tangannya lalu berdoa, seperti yang termaktub dalam kitab al-Quran iaitu surah Ibrahim, ayat 37, yang bermaksud: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya aku menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di sisi rumahMu (Baitullah Al-Haram) yang dihormati, wahai Tuhan kami (yang demikian itu) supaya mereka mendirikan solat, maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan berilah mereka rezeki daripada buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.”
Dua kantung air ditinggalkan Nabi Ibrahim AS sememangnya diketahui tidak cukup untuk keperluan seseorang. Lantaran kehausan, Ismail menangis kerana lapar dan dahaga. Melihat keadaan anaknya sedemikian, Siti Hajar pergi mencari air.
Dia berjalan menuju Bukit Safa dan Marwah dengan harapan dapat bertemu pedagang yang membawa air. Setelah berulang-alik sebanyak tujuh kali di antara dua bukit itu, Siti Hajar tidak bertemu sesiapa pun.
Berkata Ibnu Abbas, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Maka itulah saie manusia (orang haji dan umrah) antara kedua-duanya (Safa dan Marwah).”
Kemudian apabila Siti Hajar naik ke Bukit Marwah, dia terdengar satu suara lalu dia berkata di dalam hati: “Sesungguhnya aku mendengar-Mu, jika engkau dapat memberi pertolongan, tolonglah kami.”
Tiba-tiba dia ternampak Malaikat di samping anaknya Ismail. Malaikat itu menggali tanah dengan tumit atau sayapnya sehingga terpancutlah air iaitu air zam zam.
Dengan peristiwa yang penuh pengajaran ini, akhirnya dirakamkan di dalam al-Quran, dalam surah Al-Baqarah ayat 158, yang bermaksud: “Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian daripada syiar Allah. Barang siapa beribadah haji ke Baitullah atau melaksanakan umrah, tidak ada dosa baginya mengerjakan saie antara keduanya...”
Saie satu rukun haji dan umrah, tanpanya kedua-dua ibadah dikira tidak sah.
Air zam zam pula diberi nama kerana banyaknya air ini dan dikatakan juga kerana kepungan dilakukan Siti Hajar untuk mengepung air yang keluar.
Begitulah kehebatan kisah permulaan air zam zam yang penuh berkat serta ibadah saie, rentetan kesusahan Siti Hajar berulang-alik dari Safa ke Marwah mencari air di tanah yang panas terik.
Hikmahnya, air zam zam kekal sehingga ke hari ini dan menjadi air paling baik di dunia, dan sangat menakjubkan ia tidak pernah kering, malah boleh memberi minum kepada jutaan jemaah di Makkah dan Madinah hinggakan setiap jemaah yang menunaikan umrah dibekalkan 10 liter air zam zam percuma untuk dibawa pulang.
Antara hikmah dan manfaat air zam zam, ia anti oksida yang baik untuk tubuh kita. Selain itu, ia adalah penawar dan ubat bagi pelbagai penyakit, sebagaimana hadis Nabi SAW, yang bermaksud: “Air zam zam itu penuh berkat. Ia makanan yang mengenyangkan (dan ubat bagi merawat penyakit).” (Riwayat Muslim)
Tercatat di dalam kitab Zaadul Ma’aad, bahawasanya Imam Ibnu Qayyim menceritakan pengalamannya berkaitan cara menyembuhkan penyakitnya dengan air zam zam yang diselitkan dengan cara rukyah daripada al-Quran apabila dia sakit.
“Pada satu ketika aku pernah jatuh sakit, tetapi aku tidak menemukan seorang doktor atau sebarang ubat. Lalu aku berusaha mengubati dan menyembuhkan diriku dengan surah al-Fatihah, maka aku melihat pengaruh yang sangat menakjubkan.
“Aku ambil segelas air zam zam dan membacakan padanya surah al-Fatihah berkali-kali, lalu aku meminumnya sehingga aku mendapati diriku sembuh daripada penyakit.
“Kemudian aku bersandar dengan cara itu dalam mengubati pelbagai penyakit dan aku merasakan manfaat yang sangat besar. Kemudian aku memberitahu orang ramai yang menghidap penyakit dan ternyata ramai daripada mereka sembuh dengan cepat.”
Sesungguhnya, begitu besar kebesaran Allah SWT seperti mana hebatnya air zam zam yang diturunkan kepada Ismail dan Siti Hajar serta kekal sehingga kini untuk hamba-Nya. Jadi, banyakkan meminumnya untuk kesejahteraan hidup kita sebagai Muslim yang bertakwa.

Tidak
ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan
juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun sekali.
Seorang
pengkaji diperintahkan oleh raja Faisal untuk menyelidik telaga zam-zam
bagi menjawab tuduhan liar seorang doktor dari Mesir.
Berapa Juta Liter Air Zam-Zam?
Berapa
banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari kita kira
secara rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia pada
setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang dua juta orang.
Semua
jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya, jika 2
juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter air zam-zam ke
negaranya, ini sahaja sudah menjadi 10 juta liter.
Disamping
itu sepanjang berada di Mekah dan kebanyakannya jemaah tinggal 25 hari
dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari maka jumlahnya sudah 50
juta liter.

Keanehan Air Zam-Zam
Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air zam-zam tidak sihat untuk diminum.
Pendapatnya
berdasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut,
Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang
meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari
telaga air zamzam.
Berita
ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri
Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini dan menghantar
sampel air zam-zam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah
untuk diuji.
untuk diuji.
Tariq
Hussain seorang jurutera kimia yang bekerja di Institut Penapisan Air
Laut untuk diminum di Jedah, mendapat tugas menyelidikinya.
Pada
masa memulakan tugasnya Tariq belum ada gambaran bagaimana telaga air
zam-zam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada hadnya.
Ketika
sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut apabila melihat bahawa
ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 kaki saja (Kira-kira 5 x 4
meter).
Tidak
terbayang bagaimana telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan galen
air setiap kali musim haji, dan ini berlaku sejak ribuan tahun yang lalu
semenjak zaman Nabi Ibrahim AS.
Penyelidikan
menunjukkan bahawa mata air zam-zam boleh mengeluarkan air sebanyak
11-18 liter air per saat, dengan demikian setiap minit 660 liter air
akan dihasilkan, itulah yang mengejutkan.
Tariq
mula mengukur kedalaman air telaga dan meminta pembantunya masuk ke
dalam air, ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit di atas bahu
pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 kaki 8 inci.
Lalu
dia menyuruh pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada cerukan
atau saluran paip di dalamnya. Setelah memeriksa dari satu tempat ke
tempat lainnya, ternyata tidak menemui apapun!.
Dia
berfikir mungkin sahaja air telaga ini diambil dari luar melalui
saluran pam berkapisiti besar, jika itu keadaannya maka dia boleh
melihat turun-naiknya permukaan air secara tiba-tiba.
Tetapi
dugaannya meleset, beliau tidak menemui gerakan air yang mencurigakan,
juga tidak menemui ada alat yang boleh mendatangkan air dalam jumlah
besar.
Seterusnya
dia minta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga, lalu menyuruh berdiri
dan diam ditempatnya sambil mengamati sekelilingnya.
Perhatikan
dengan cermat dan laporkan apa yang terjadi walau sekecil apapun,
setelah melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya tiba-tiba
mengangkat kedua tangannya sambil berteriak:
“Alhamdulillah, Saya temuinya ! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku, dan air itu keluar dari dasar telaga”.
Lalu
pembantunya diminta berpusing mengelilingi telaga ketika tiba masa
pengepaman air (untuk disalurkan ke tempat pengagihan air) berlaku. Dia
merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga sama besarnya seperti
sebelum tempoh pengepaman.
Aliran
air yang keluar besarnya sama di setiap titik di semua kawasan, ini
menyebabkan permukaan telaga itu stabil tidak ada goncangan yang besar.

Mengandungi Zat Anti Kuman
Hasil
penyelidikan sampel air di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan bahawa air
zam-zam mengandungi zat fluorida yang ada daya efektif membunuh kuman,
sama seperti sudah mengandungi ubat.
Lalu
perbezaan air zam-zam dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah dan
sekitar Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium.
Kandungan
kedua-kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zam-zam, mungkin
sebab itulah air zam-zam dapat menyegarkan bagi jemaah yang keletihan.
Keistimewaan
lain komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil sentiasa
sama dari sejak terbentuknya telaga ini. Rasanya” selalu terjaga,
diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang setiap
tahun. Boleh Menyembuhkan Penyakit Nabi saw menjelaskan: ”Sesungguhnya,
air zam-zam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang
mengandungi gizi”.
Nabi
S.A.W. menambahkan: “Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang
diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh
dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan
maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika
engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan
dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah
untuk Ismail”.
(HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).
(HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).
Rasulullah
(S.A.W.) pernah mengambil air zam-zam dalam sebuah kendi dan bekas dari
kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah dan Air zam-zam itu
digunakan Rasulullah (saw) untuk memercikkan kepada orang sakit dan
kemudian disuruh meminumnya.
Dalam
penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah, terbukti
bahawa air zamzam memang lain dari yang lain. Kandungan airnya berbeza
dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Makah.
- Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.
- Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.
- Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.
- Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.
Beberapa
ulama fiqah mencadangkan agar jemaah haji membawa air zam-zam ketika
pulang ke negaranya kerana air zam-zam boleh jadi sebagai ubat untuk
penyembuhan.
Ini terbukti ramai jemaah dari negara umat Islam mahupun negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zam-zam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan