Berpurdah? Suatu kemestian atau apa yang anda fahami mengenainya? Baca post ni sampai habis jika inginkan jawapan mengenai masalah pemakaian purdah.
1. Seseorang itu berpurdah kerana kecantikan dan kejelitaan wajahnya sehingga wajahnya menjadi fitnah dan tarikan seorang lelaki sehingga menaikkan syahwat. (dalam keadaan ini wajib untuk berpurdah) maksudnya ialah apabila hanya anda sahaja yang memakai purdah tetapi rakan sekeliling anda tidak memakainya,lelaki akan lebih berminat untuk mengetahui apa yang ada disebalik purdah anda.(bahaya sikit,jadi sediakan
pepper spray,hihihi)
2. Diharuskan seseorang itu untuk berpurdah kerana memeliki yang kurang cantik atau mempunyai kecacatan pada wajahnya sehingga dia menjadi bahan ejekan dan cacian dan hinaan. Oleh sebab itu, dia harus menutup keaiban dirinya.
3. Yang berpurdah bagi seseorang yang merasai dia mampu untuk menjaga dan memelihara hanya untuk tatapan suaminya. Juga menjadi ibadah dan sama dengan perbuatan isteri-isteri Rasulullah dan pada Nabi. Itu amat digalakkan.
tahukah anda, ketika penghujung era 1800 dan diawal era 1900,
permaisuri-permaisuri di seluruh negara eropah yang bukan islam mengenakan
hijab dan niqab sama seperti ummat islam di tanah arab. kerana pada ketika itu
islam amat kuat dengan kerajaan khilafah turki uthmaniah dan kerajaan islam di
negara-negara lain. sehinggakan pakaian-pakaian ummat islam pada ketika itu
ditiru oleh barat untuk memakainya. mereka tidak pernah berani mengatakan
pakaian tersebut kolot atau jumud, malahan mereka meniru menggunakannya
walaupun mereka bukan islam. namun pada hari ini, selepas kerajaan islam di
turki dijatuhkan, keadaan menjadi terbalik. ummat islam menjadi lemah walaupun
bilangan mereka ramai. menjadi kebiasaan yang lemah akan meniru yang kuat untuk
menampakkan seolah-olah mereka kuat dan berada di dalam golongan yang kuat.
ummat islam hari ini meniru pakaian-pakaian barat kerana mereka ingin kelihatan
seperti barat dan takut dipandang jumud dan kolot. sedangkan sayyiduna umar r.a
pernah berkata "kita adalah satu kaum (ummat islam) yang dimuliakan Allah
dengan islam, sesiapa yang mencari selain islam, maka mereka akan berada di dalam
golongan yang hina". sedarlah wahai ummat, kita akan nampak kuat jika kita
sendiri perlihatkannya. jangan rasa malu atau rasa kolot dengan islam hatta si
dalam bab berpakaian. pakailah cara islam, maka kita akan dimuliakan dan kita
akan mampu menampakkan islam itu satu agama yang kuat.
#gambar rare, queen of austria mengenakan hijab dan niqab seluruh badan
walaupun mereka bukan islam. gambar ini dirakam pada tahun 1916 ketika
kemangkatan salah seorang raja eropah. semua wanita-wanita nombor satu eropah
hadir pada majlis tersebut dengan hijan dan niqob yang sempurna. kerana pada
ketika itu, dianggap satu kehinaan jika mereka menampakkan wajah dan tubuh
mereka. bukankah benar apa yang dikatakan sayyiduna umar r.a? harap kita mampu
berfikir.
Assalamualaikum
Tiada ulasan:
Catat Ulasan