Assalamualaikum & Bismillah
Hari ni nak cerita pasal syirik,baca je post ni sampai habis.
Syirik adalah dosa besar, perlukan taubat nasuha untuk mendapatkan keampunan Allah
Sesungguhnya manusia diperintahkan oleh Allah swt agar manyembahNya dengan penuh keikhlasan dan meninggalkan segala perkara yang membawa kepada perkara-perkara syirik. Syirik bermaksud menyekutukan Allah swt dengan makhluk-makhluk lain dalam urusan ibadah. Dalam kata lain menyembah Allah dan pada masa yang sama menyembah selain daripada-Nya.
Syirik merupakan dosa yang amat besar yang tidak mungkin diampunkan oleh Allah swt kecuali dengan bertaubat dengan sepenuh hati kepada-Nya. Bagi dosa-dosa lain Allah swt berhak mengampunkan kesalahan tersebut jika Dia kehendaki. Berbeza dengan syirik yang dosanya tidak akan diampunkan oleh Allah swt kecuali dengan taubat nasuha.
Hal ini berdasarkan firman Allah swt bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang menyekutukan-Nya dan mengampunkan dosa selain daripada dosa syirik jika Dia kehendaki. Dan sesungguhnya sesiapa yang melakukan syirik kepada Allah swt maka dia telah mencampakkan dirinya ke dalam dosa yang teramat besar.” (Surah al-Nisa’: 48).
Perlulah kita ketahui bahawa mereka yang menyekutukan Allah swt tidak akan sekali-kali menghidu wagian syurga Allah swt apatah lagi untuk mengetuk pintu lalu masuk ke dalamnya. Sesiapa yang menyekutukan Allah swt maka tempatnya bukanlah di syurga tetapi dia dihumbankan ke dalam neraka Allah swt dan kekal di dalamnya buat selama-lamanya.
Jika kita melihat kepada sejarah kaum musyrikin Mekah mereka pada asalnya menyembah Allah swt. Hal ini kerana mereka menerima ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ‘alaihimassalam yang menyeru manusia kepada mentauhidkan Allah swt tanpa sebarang syirik. Antara buktinya adalah kaum musyrikin Mekah turut sama menunaikan ibadah haji di Baitullah. Namun setelah sekian lama mereka telah terjatuh ke dalam lembah kesesatan lalu mengubah prinsip keimanan dengan menjadikan sembahan-sembahan lain seperti patung, batu, pokok dan sebagainya sebagai tempat memohon keselamatan dan perlindungan.
Sesungguhnya sekalian rasul dan nabi diutuskan oleh Allah swt dengan tujuan utama iaitu membersihkan akidah manusia daripada segala bentuk syirik kepadaNya. Firman Allah swt : “Sesungguhnya Kami telah mengutuskan kepada setiap umat seorang rasul supaya mereka menyembah Allah Allah dan meninggalkan ‘thaghut’ (sembahan selain Allah). Sebahagian mereka Allah berikan hidayah dan sebahagian mereka lagi tetap berada dalam kesesatan, maka berjalanlah kamu di atas muka bumi Allah swt dan lihatlah bagaimana Allah kesudahan mereka yang mendustai ajakan para rasul.” (Surah al-Nahl: 36).
Sejarah menunjukkan bahawa kaum yang pertama yang mensyirikkan Allah swt ialah mereka yang hidup pada zaman Nabi Nuh as. Firman Allah swt: “Dan mereka berkata; janganlah kalu tinggalkan sembahan-sembahan kamu iaitu Wad, Suwa’, Yaghus, Ya’uuq dan Nasr.” (Surah Nuh: 23). al-Hafiz Ibnu Kathir dalam tafsirnya menyebutkan bahawa nama-nama yang disebutkan dalam ayat di atas ialah nama-nama orang-orang yang saleh pada zaman Nabi Nuh as. Setelah mereka meninggal dunia, maka datanglah syaitan menyuruh agar kaum mereka mengukirkan patung-patung menyerupai orang-orang saleh tersebut dengan alasan untuk dijadikan peringatan kepada anak cucu-cicit mereka. Namun setelah sekian lama maka patung-patung-patung tersebut telah disembah oleh generasi yang hadir selepasnya.
Syirik dalam pelbagai bentuk
Sesungguhnya syirik boleh berlaku dalam kehidupan manusia dengan pelbagai cara. Antaranya adalah dengan meletakkan hak-hak ibadah kepada selain daripada Allah swt. Contoh syirik dalam meletakkan hak-hak ibadah adalah seseorang yang memohon doa dan pertolongan daripada mereka yang telah mati seperti memohon sesuatu permintaan di kubur-kubur orang yang saleh. Perlulah kita tahu bahawa tiada doa dan permintaan hajat kecuali kepada Allah swt sahaja. Disamping itu upacara sembelihan yang dilakukan selain kerana Allah swt juga dikira sebagai syirik seperti menyembelih haiwan ternakan untuk upacara-upacara pemujaan syaitan.
Antara perkara yang membawa kepada mensyirikkan Allah swt ialah seseorang yang mendakwa mengetahui perkara-perkara yang ghaib. Firman Allah swt : “Katakanlah (Muhammad) sesungguhnya aku tidak mempunyai khazanah-khazanah Allah swt dan aku juga tidak mengetahui perkara-perkara ghaib, serta aku tidak berkata kepada kamu bahawa aku adalah malaikat melainkan apa yang aku ikuti hanyalah wahyu Allah swt.” (Surah al-An’am: 50). Daripada ayat ini jelas difahami bahawa Nabi saw tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib malah tidak tahu tentang khazanah-khazanah Allah iaitu berkaitan urusan pemberian rezeki kepada manusia.
Antara perkara-perkara syirik yang lain ialah melakukan sihir,
menilik nasib, mempercayai tentang adanya ‘sial’, mengagungkan manusia
sehingga menyamakan hak-hak Allah swt seperti menyembah mahupun sujud
kepada makhluk, mengadakan upacara-upacara tertentu untuk menolak sial,
memohon bantuan jin mahupun syaitan dan lain-lain lagi.
ok,Assalamualaikum ( ! * ! )
Hari ni nak cerita pasal syirik,baca je post ni sampai habis.
Syirik adalah dosa besar, perlukan taubat nasuha untuk mendapatkan keampunan Allah
Sesungguhnya manusia diperintahkan oleh Allah swt agar manyembahNya dengan penuh keikhlasan dan meninggalkan segala perkara yang membawa kepada perkara-perkara syirik. Syirik bermaksud menyekutukan Allah swt dengan makhluk-makhluk lain dalam urusan ibadah. Dalam kata lain menyembah Allah dan pada masa yang sama menyembah selain daripada-Nya.
Firman Allah swt : (maksudnya) “Sesungguhnya Luqman berkata kepada anaknya ; Janganlan kamu mensyirikkan Allah sesungguhnya syirik itu merupakan suatu kezaliman yang amat besar”. (Surah Luqman: 13).Zalim bermaksud meletakkan sesuatu perkara bukan pada tempat yang sepatutnya. Dalam ayat ini Allah swt menggambarkan kepada kita bahawa melakukan syirik itu merupakan suatu kezaliman kerana seseorang yang mensyirikkan Alllah swt memesongkan pengabdiannya kepada kuasa-kuasa lain selain daripada Allah swt.
Syirik merupakan dosa yang amat besar yang tidak mungkin diampunkan oleh Allah swt kecuali dengan bertaubat dengan sepenuh hati kepada-Nya. Bagi dosa-dosa lain Allah swt berhak mengampunkan kesalahan tersebut jika Dia kehendaki. Berbeza dengan syirik yang dosanya tidak akan diampunkan oleh Allah swt kecuali dengan taubat nasuha.
Hal ini berdasarkan firman Allah swt bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang menyekutukan-Nya dan mengampunkan dosa selain daripada dosa syirik jika Dia kehendaki. Dan sesungguhnya sesiapa yang melakukan syirik kepada Allah swt maka dia telah mencampakkan dirinya ke dalam dosa yang teramat besar.” (Surah al-Nisa’: 48).
Perlulah kita ketahui bahawa mereka yang menyekutukan Allah swt tidak akan sekali-kali menghidu wagian syurga Allah swt apatah lagi untuk mengetuk pintu lalu masuk ke dalamnya. Sesiapa yang menyekutukan Allah swt maka tempatnya bukanlah di syurga tetapi dia dihumbankan ke dalam neraka Allah swt dan kekal di dalamnya buat selama-lamanya.
Hal ini telah dinyatakan oleh Allah swt : “Sesungguhnya sesiapa yang menyekutukan Allah swt maka Allah swt mengharamkan baginya syurga dan tempat tinggalnya adalah di neraka, maka tidak ada sama sekali pertolongan-pertolongan bagi mereka yang berlaku zalim.” (Surah al-Maidah: 72).Kesyirikan ialah kesesatan
Jika kita melihat kepada sejarah kaum musyrikin Mekah mereka pada asalnya menyembah Allah swt. Hal ini kerana mereka menerima ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ‘alaihimassalam yang menyeru manusia kepada mentauhidkan Allah swt tanpa sebarang syirik. Antara buktinya adalah kaum musyrikin Mekah turut sama menunaikan ibadah haji di Baitullah. Namun setelah sekian lama mereka telah terjatuh ke dalam lembah kesesatan lalu mengubah prinsip keimanan dengan menjadikan sembahan-sembahan lain seperti patung, batu, pokok dan sebagainya sebagai tempat memohon keselamatan dan perlindungan.
Sesungguhnya sekalian rasul dan nabi diutuskan oleh Allah swt dengan tujuan utama iaitu membersihkan akidah manusia daripada segala bentuk syirik kepadaNya. Firman Allah swt : “Sesungguhnya Kami telah mengutuskan kepada setiap umat seorang rasul supaya mereka menyembah Allah Allah dan meninggalkan ‘thaghut’ (sembahan selain Allah). Sebahagian mereka Allah berikan hidayah dan sebahagian mereka lagi tetap berada dalam kesesatan, maka berjalanlah kamu di atas muka bumi Allah swt dan lihatlah bagaimana Allah kesudahan mereka yang mendustai ajakan para rasul.” (Surah al-Nahl: 36).
Sejarah menunjukkan bahawa kaum yang pertama yang mensyirikkan Allah swt ialah mereka yang hidup pada zaman Nabi Nuh as. Firman Allah swt: “Dan mereka berkata; janganlah kalu tinggalkan sembahan-sembahan kamu iaitu Wad, Suwa’, Yaghus, Ya’uuq dan Nasr.” (Surah Nuh: 23). al-Hafiz Ibnu Kathir dalam tafsirnya menyebutkan bahawa nama-nama yang disebutkan dalam ayat di atas ialah nama-nama orang-orang yang saleh pada zaman Nabi Nuh as. Setelah mereka meninggal dunia, maka datanglah syaitan menyuruh agar kaum mereka mengukirkan patung-patung menyerupai orang-orang saleh tersebut dengan alasan untuk dijadikan peringatan kepada anak cucu-cicit mereka. Namun setelah sekian lama maka patung-patung-patung tersebut telah disembah oleh generasi yang hadir selepasnya.
Syirik dalam pelbagai bentuk
Sesungguhnya syirik boleh berlaku dalam kehidupan manusia dengan pelbagai cara. Antaranya adalah dengan meletakkan hak-hak ibadah kepada selain daripada Allah swt. Contoh syirik dalam meletakkan hak-hak ibadah adalah seseorang yang memohon doa dan pertolongan daripada mereka yang telah mati seperti memohon sesuatu permintaan di kubur-kubur orang yang saleh. Perlulah kita tahu bahawa tiada doa dan permintaan hajat kecuali kepada Allah swt sahaja. Disamping itu upacara sembelihan yang dilakukan selain kerana Allah swt juga dikira sebagai syirik seperti menyembelih haiwan ternakan untuk upacara-upacara pemujaan syaitan.
Antara perkara yang membawa kepada mensyirikkan Allah swt ialah seseorang yang mendakwa mengetahui perkara-perkara yang ghaib. Firman Allah swt : “Katakanlah (Muhammad) sesungguhnya aku tidak mempunyai khazanah-khazanah Allah swt dan aku juga tidak mengetahui perkara-perkara ghaib, serta aku tidak berkata kepada kamu bahawa aku adalah malaikat melainkan apa yang aku ikuti hanyalah wahyu Allah swt.” (Surah al-An’am: 50). Daripada ayat ini jelas difahami bahawa Nabi saw tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib malah tidak tahu tentang khazanah-khazanah Allah iaitu berkaitan urusan pemberian rezeki kepada manusia.
Perkara yang Baginda ceritakan adalah wahyu daripada Allah swt. Firman Allah swt : “Dan tidaklah dia (Muhammad) berkata dengan hawa nafsu melainkan apa yang telah diwahyukan.” (Surah al-Najm: 3-4).Sesungguhnya Nabi saw melarang umatnya daripada terjerumus ke dalam perkara-perkara syirik. Antaranya ialah dengan mempercayai percakapan ‘kuhhan’ atau ‘arraf’ iaitu mereka yang mendakwa serta mengaku mengetahui perkara-perkara ghaib.
Dalam sebuah hadith Nabi saw telah bersabda bermaksud: “Sesiapa yang menemui ‘arraf’ iaitu mereka yang mendakwa mengetahui perkara-perkara ghaib maka tidak akan diterima solatnya selama 40 malam.” (Hadith riwayat Imam Muslim).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan