Assalamualaikum & Bismillah
Siapa kat sini pandai main catur ? angkat kening,hihihi.Hari ni saya nak bercerita tentang catur,bukan cara main catur..tapi,hmm baca je post kat bawah ni...
Assalamualaikum
Siapa kat sini pandai main catur ? angkat kening,hihihi.Hari ni saya nak bercerita tentang catur,bukan cara main catur..tapi,hmm baca je post kat bawah ni...
Catur adalah sejenis permainan berpapan,
rekreasi dan berdayasaing yang dimainkan di antara dua pemain.
Permainan ini telah mengalami transformasi secara berterusan bermula
dari tempat asalnya di India hinggalah ke Eropah bermula separuh abad
kedua pada abad yang ke-15. Catur biasanya dimainkan secara rekreasi dan competitif
di dalam kelab-kelab, pertandingan, online, dan dengan surat-menyurat
(catur berutusan surat). Banyak variasi dan berkaitan dengan catur
dimainkan di dunia. Yang paling popular, dalam turutan menurun oleh
bilangan pemain, adalah xiangqi di China, shogi di Japan, janggi di Korea, dan makruk di Thailand.
Catur dimainkan pada papan bersaiz 8×8 petak, memberikannya 64 petak
yang silih berganti warna, terang dan gelap, dengan setiap pemain
mempunyai petak terang pada dekat-lapan sudut apabila berdepan pada
papan. Setiap pemain mulakan permainan dengan 16 buah catur
di mana boleh gerak dalam hala kemas (dan dalam setengah misalan, jarak
terhad) dan boleh mengeluarkan lain-lain kepingan dari papan: setiap
kepingan pemain terdiri daripada lapan bidak (pawn), dua satria (knight), dua gajah (bishop), dua tir (rook), satu menteri (queen) dan satu raja (king). Semua kepingan boleh mengeluarkan kepingan pihak lawan dengan mendarat pada ruang yang mereka duduki.
Kini permainan catur adalah permainan yang paling popular di dunia. Ia menggambarkan bukan sahaja satu permainan tetapi juga satu seni dan satu sains. Kadangkala catur dilihat sebagai permainan perang yang abstrak ; kerana sebagai suatu ”seni mempertahankan diri menggunakan minda dan mengajar catur dilihat sebagai cara untuk meningkatkan keupayaan minda”.
Sejarah Permainan Catur
Permainan catur menurut Wikipedia pertama kali ditemui di Parsi dan Arab. Perkataan ‘chess’ itu sendiri berasal dari ‘Chaturanga,’ perkataan yang dalam bahasa Sanskrit bermaksud ‘empat bahagian tentera’. Nama itu sendiri datang daripada pembentukan pertempuran dalam epik Mahabharata yang terkenal di India. Chaturanga adalah permainan simulasi perang
untuk menunjukkan kuasa strategi tentera India pada masa itu. Kini,
Chaturanga telah tersebar di seluruh dunia dengan pelbagai varian
permainan sampai kemudian kita tahu ia seperti permainan sekarang.
Permainan
ini pada mulanya merebak ke Timur Jauh dan India, dan menjadi salah satu
pengajaran masyarakat Parsi dalam keluarga diraja dan golongan
bangsawan. Pemimpin agama Buddha, pedagang yang merentasi di Jalan
Sutera mula memperkenalkan papan catur untuk permainan ini. Kemasukan Chaturanga
ke Eropah melalui Parsi Kerajaan Byzantine, dan merebak ke Empayar
Arab. Selepas itu orang Muslim membawa permainan catur ini ke Afrika
Utara, Sicily dan Sepanyol pada abad ke-10.
Permainan
ini telah menjadi popular di Eropah. Dan, di akhir abad ke-15, permainan
ini terlepas dari senarai permainan yang dilarang Gereja. Dalam zaman
moden banyak terdapat bahan rujukan buku-buku catur, maka menggunakan
jam catur, dan beberapa peraturan permainan dan pemain yang hebat.
Kristianisasi Dalam Permainan Catur
Secara kebiasaannya apabila orang Islam membeli permainan catur, kita akan mematahkan simbol salib pada buah “King”. Simbol ini dipatahkan adalah bertujuan untuk tidak mahu menonjolkan imej dan identiti kristian
terhadap permainan tersebut. Namun begitu, kita hampir terlupa bahawa
terdapat satu buah catur lagi yang perlu dipatahkan oleh kita sebelum
memulakan permainan iaitu buah “Bishop”.
Di dalam permainan catur, buah “Bishop”
hanya boleh digerakkan secara 45 darjah dari kedudukannya. Walaupun ia
boleh bergerak ke atas dan ke bawah sahaja tetapi pergerakkannya
mestilah pada kadar 45 darjah daripada tempat asal. Buah “Bishop” juga merupakan buah yang setaraf dengan buah “King” atau “Queen” pada bahagian bawah sekali dan jika pemainnya seorang yang mahir, ia berupaya menjadi perangkap kepada buah “King” bagi melakukan langkah “Checkmate”.
Permainan
catur mula memasuki Eropah melalui Parsi semasa penyebaran pengaruh
Empayar Byzantine dan pengembangan Empayar Arab. Permainan ini dianggap dikaitkan dengan kehormatan dan kebudayaan tinggi, sehingga beberapa papan catur dibuat dari bahan istimewa dan berharga tinggi.
Oleh kerana permainan ini dikaitkan dengan nilai sosial yang tinggi maka Peter Alfonsi (Petrus Alphonsi)
iaitu seorang penulis, ahli astronomi Yahudi Sepanyol dan polemicist
beragama Kristian. Beliau telah menggabungkan catur kepada tujuh
kemahiran yang mesti dimiliki oleh seorang pahlawan (kesatri) di Clericalis Disciplina miliknya.
Susulan daripada tindakan tersebut, timbul cadangan untuk menggunakan simbol-simbol dan pegawai-pegawai tentera di dalam permainan catur. Ia diikuti dengan penggunaan simbol raja dan permaisuri
di dalam permainan ini. Senario ini berlaku disebabkan oleh minat
raja-raja di Eropah terhadap permainan catur. Contohnya Raja Henry I,
Raja Henry II dan Raja Richard I dari England adalah penaung permainan
catur. Minat ini bukan sahaja kepada raja-raja di England malah tersebar
di dalam pemerintahan Raja Alfonso X (Sepanyol) dan Raja Ivan IV
(Rusia).
Apabila
gereja mengeluarkan larangan terhadap pelbagai permainan dalam
masyarakat, catur terlepas dari disenarai hitamkan. Walaupun St. Peter Damian mengumumkan permainan ini akan mengekalkan kesan-kesan buruk kepada masyarakat. Tetapi ianya disanggah oleh Bishop Florence yang mempertahankan permainan ini kerana ia melibatkan kemahiran dan “bukan seperti permainan lain.” Ekoran daripada tindakan Bishop Florence mempertahankan permainan ini daripada disenarai hitamkan oleh pihak gereja, buah catur (gajah) telah dinamakan sebagai “BISHOP“ bersempena kedudukan jawatannya untuk diabadikan sumbangannya di dalam lipatan sejarah kewujudan catur di Eropah. Akhirnya dalam abad ke-12, anak catur mula kekal, untuk menjadi raja (raja), ratu (queen), gajah (biskop), kuda (kesatria) dan istana (Rooks). Bidak (Pawn) telah mula dihubungkan dengan infantri.
Papal Tiara
Jika kita melihat buah “Bishop” pada bahagian kepala atau atasnya, kita akan melihat simbol Pope secara abstrak. Ini kerana jika diamati pada bahagian kepala buah “Bishop” tersebut, kita akan mendapati buah “BISHOP” ini sebenarnya adalah simbolik kepada topi yang dipakai oleh Pope ketika upacara-upacara keagamaan Kristian. Di dalam agama Kristian Katholik, topi yang digunakan oleh Pope dikenali sebagai Papal Tiara.
Papal Tiara juga dikenali sebagai Triple Tiara atau dalam bahasa Latin sebagai ‘Triregnum’, dalam bahasa Itali sebagai ‘Triregno’ dan sebagai ‘Trirègne’ dalam bahasa Perancis
yang merupakan sebuah mahkota bertatah hiasan permata tiga tingkat.
Kononnya berasal dari Byzantine dan Parsi yang merupakan simbol terkenal
Pope (prominent symbol of the papacy).
Permainan Catur Dari Perspektif Islam
Terdapat
laman-laman web yang dikendalikan oleh pendakwah Kristian (seperti
Answering Islam) yang membuat dakwaan bahawa Rasulullah S.A.W. dan Islam
mengharamkan permainan catur.
Para ulama berbeza pendapat mengenai permainan catur, dengan sebilangan mereka mengatakan boleh dan sebilangan lagi mengatakan makruh
dan sebilangan lagi yang mengharamkannya. Ada yang menyatakan
hadis-hadis berkaitan dengan permainan catur tetapi apa yang nyata
adalah permainan catur ini menular di kalangan penganut agama Islam
setelah pengislaman negara Parsi bermula dalam 637M iaitu selepas
kewafatan Rasulullah S.A.W. dalam tahun 632M. Dr. Syeikh Yusuf al-Qaradawi beranggapan hadis-hadis yang disebutkan mengenai permainan catur adalah hadis palsu kerana Rasulullah S.A.W. wafat sebelum penaklukan negeri Parsi.
Khulafa al-Rasyidin sendiri berbeza pendapat mengenai permainan catur. Khalifah Umar r.a. menganggapnya lebih melekakan (sama seperti dadu) sementara Saidina Ali r.a. melihatnya sebagai satu perjudian (kerana ada yang bertaruh wang bermain catur).
Sahabat-sahabat
lain dan ulama-ulama yang mengikut semasa dan selepas Khulafa
al-Rasyidin seperti Ibnu Abbas, Abu Hurairah, Ibnu Sirin, Hisham bin
Umrah, dan Said ibn Al-Musayyib membenarkan permainan catur. Asas
kebenaran adalah catur tidak melibatkan pertaruhan nasib sebaliknya melibatkan kemahiran dan strategi.
Pandangan Mazhab Terhadap Permainan Catur
Permainan
catur adalah sejenis permainan klasik yang masih lagi popular sehingga
ke hari ini. Adakah permainan catur suatu bentuk perjudian? Sekiranya
permainan catur ini disertakan dengan pertaruhan wang atau hartabenda,
semua fuqaha’ bersetuju bahawa ia adalah judi dan hukumnya adalah HARAM. Sebaliknya, ulama’ berselisih pendapat mengenai permainan catur yang tiada sebarang pertaruhan wang. Pendapat di dalam empat mazhab adalah seperti berikut:
- Hanafi : tidak dibenarkan, yakni haram.
- Maliki : tidak dibenarkan, yakni haram.
- Shafie : ianya makruh, bukannya haram; dengan syarat permainan tersebut tidak melengahkan dari solat pada waktunya, tiada pertaruhan wang, dan tidak bercakap perkara yang buruk dan keji.
- Hanbali : catur sama seperti nard (sejenis permainan berpapan seperti catur yang menggunakan buah dadu sebagai taruhan nasib) dari segi hukum yakni haram, walaupun nas yang jelas adalah tentang nard sahaja. Hukum catur dikiaskan kepada hukum nard.
Pandangan Jumhur Ulama
Jumhur ulama’ yang mengharamkan catur menyandarkan hujjah mereka kepada umum ayat 90-91 dari Surah al-Maidah mengenai pengharaman arak dan judi dengan alasan catur boleh melalaikan manusia dari mengingati Allah dan boleh menyebabkan permusuhan sesama pemainnya.
Terdapat juga beberapa hadith dan athar yang dikemukakan untuk
menyokong hujjah jumhur, namun kebanyakan dari hadith ini adalah lemah.
Jumhur juga menggunakan kaedah qiyas terhadap pengharaman nard, dari segi melalaikan dan boleh membawa kepada pertaruhan dan permusuhan. Namun begitu An Nawawi mempersoalkan ketepatan kaedah qiyas dalam hal ini kerana beliau berhujjah bahawa catur berbeza dari nard kerana catur banyak bersandarkan pemikiran, pengiraan dan penilaian; sedangkan nard bersandarkan kepada nasib semata-mata.
Pandangan Ulama Muktabar
Dr. Syeikh Yusuf al-Qaradawi
berpandangan permainan catur dibolehkan di dalam Islam, seperti mana
permainan-permainan yang lain, selagi mana perkara-perkara berikut
dijaga oleh pengamalnya.
Namun tentang kebolehannya ini dipersyaratkan dengan tiga syarat:- Tidak boleh menunda-nunda sembahyang (leka), sebab perbuatan yang paling bahaya ialah mencuri waktu.
- Tidak boleh dicampuri perjudian atau wang pertaruhan.
- Ketika bermain, lidah harus dijaga dari bercakap kotor, cabul dan menghina pemain.
Kesimpulan
Walaupun
begitu, penggunaan simbol-simbol catur yang menyerupai unsur-unsur
Kristian oleh umat Islam tidaklah sampai ke tahap jatuh AQIDAH. Jesteru itu, tindakan mematah-matah unsur Kristian pada buah catur adalah usaha diri kita sendiri di dalam membuktikan sifat sensitif umat Islam terhadap persekitaran sosial. Namun begitu, kita sebagai umat Islam perlulah peka dan mengambil pendekatan berwaspada agar kita tidak terlalu teruja dengan dakyah-dakyah pihak tertentu yang memutarbelit fakta berkaitan catur. Jadikanlah segala pandangan dan huraian para ulama sebagai panduan hidup kita.
Ni kalau nak buat harta sendiri boleh je,hihihi

Tiada ulasan:
Catat Ulasan