' di dunia ini org mukmin itu bagaikan seorang tawanan yg berusaha melepaskan ikatan kehambaan yg ia miliki,dan baru merasa aman sampai nanti bertemu ALLAH.wahai anak adam, sesungguhnya engkau itu pagi mahupun petang selalu berusaha mendapatkan keuntungan maka jadikanlah tujuan utamamu itu jiwamu,sesungguhnya engkau tidak akan pernah mendapatkan keuntungan yg seperti itu selamanya
Di zaman Rasulullah SAW masih hidup, Al-Quran merupakan hal yang
benar-benar dijadikan tuntunan. Kehadirannya sangat ditunggu-tunggu oleh
para sahabat. Apabila ada satu masa dimana ayat Al-Quran tidak turun di
sana, maka sabahat akan bertanya-tanya kepada rasul. Sikap sahabat
terhadap Al-Quran bak ajudan pada pemimpinnya. Semua hal yang termaktub
di dalam Al-Quran akan langsung diamalkan oleh Rasul dan para sahabat
tanpa banyak bertanya. Keseharian para sahabat pun tidak pernah lepas
dari interaksi dengan Al-Quran. Hal ini yang menyebabkan generasi
sahabat sering disebut dengan generasi yang unik karena mereka sangat
rindu untuk berinteraksi dengan Al-Quran. Satu hal yang membuat sahabat di zaman itu sangat merindukan
berinteraksi dengan Al-Quran adalah keistimewaan yang Allah berikan bagi
siapa saja yang banyak berinteraksi dengannya. Hidup di bawah naungan
Al-Quran mendatangkan banyak keuntungan dan kemudahan yang didapat.
Tidak hanya itu, jalan-jalan akan dibukakan oleh Allah ketika
Al-Quran dijadikan penaung dalam hidup. Al-Quran memang dahsyat. Kedahsyatannya terlihat dari bagaimana
Al-Quran menjadikan orang yang awalnya berada di dalam kegelapan menuju
cahaya hidayah. Begitu hebatnya Al-Quran dapat menshibghoh seseorang.
Orang yang tersibghoh Al-Quran akan visioner dan tidak akan berpikir
pendek karena Quran mengajarkan untuk mempersiapkan hari esok dengan
sebaik-baik amal. Di zaman ini, sosok yang visioner hingga kehidupan
setelah kematian sangat jarang ditemukan. Oleh karena itu, kehadiran
pemimpin yang tersibghoh Al-Quran ini sangat ditunggu keberadaaanya.
Sosok pemimpin yang tak hanya istimewa dalam wawasan kenegaraan dan
kemampuan memimpin saja, namun sosok yang juga menjadi seorang ahlul
Al-Quran.
Jika berbicara tentang asal usul ahlul Al-Quran, maka semua sepakat bahwa
Rasulullah adalah teladan yang paling utama. Bahkan Aisyah ra sendiri
mengatakan bahwa akhlak Rasul adalah Al-Quran. Oleh karena itu, di zaman
Rasul, cara yang paling efektif untuk mempelajari Al-Quran adalah
memperhatikan gerak-gerik Rasul. Tidak heran zaman itu banyak sekali
sahabat yang ingin bertemu dan meminta nasihat langsung dari Rasul.
Rabi’ah bin Ka’ab bahkan meminta kepada Rasul agar ia diizinkan menemani
Rasul hingga ke syurga. Di zaman sekarang, tidak hadirnya Rasul tidak menjadi alasan untuk
tidak mempelajari dan mengamalkan Al-Quran, karena di luar sana banyak
sekali musuh Islam yang telah menyiapkan beribu cara agar Islam ini
hancur. Mereka tahu bahwa satu-satunya cara agar Islam hancur adalah
menjauhkan umat Islam dari sumber utama ajaran Islam, yaitu Al-Quran.
Maka, banyak sekali metode-metode yang mereka gunakan untuk menjauhkan
umat Islam dari Quran. Oleh karena itu, sebagai umat Islam dan aktivis
dakwah, sudah tidak ada toleransi lagi terkait interaksi dengan
Al-Quran. Dalam arti, aktivis dakwah harus senantiasa berinteraksi
dengan Quran apapun kondisinya. Hal ini dikarenakan aktivis dakwah
memiliki satu tugas penting yaitu menginstalasi Al-Quran agar ajaran
yang termaktub di dalam Al-Quran sampai di masyarakat.
Assalamualaikum & Bismillah Siapa kat sini pandai main catur ? angkat kening,hihihi.Hari ni saya nak bercerita tentang catur,bukan cara main catur..tapi,hmm baca je post kat bawah ni...
Permainan catur amat mencabar daya kreativiti
Catur adalah sejenis permainan berpapan,
rekreasi dan berdayasaing yang dimainkan di antara dua pemain.
Permainan ini telah mengalami transformasi secara berterusan bermula
dari tempat asalnya di India hinggalah ke Eropah bermula separuh abad
kedua pada abad yang ke-15. Catur biasanya dimainkan secara rekreasi dan competitif
di dalam kelab-kelab, pertandingan, online, dan dengan surat-menyurat
(catur berutusan surat). Banyak variasi dan berkaitan dengan catur
dimainkan di dunia. Yang paling popular, dalam turutan menurun oleh
bilangan pemain, adalah xiangqi di China, shogi di Japan, janggi di Korea, dan makruk di Thailand.
Catur dimainkan pada papan bersaiz 8×8 petak, memberikannya 64 petak
yang silih berganti warna, terang dan gelap, dengan setiap pemain
mempunyai petak terang pada dekat-lapan sudut apabila berdepan pada
papan. Setiap pemain mulakan permainan dengan 16 buah catur
di mana boleh gerak dalam hala kemas (dan dalam setengah misalan, jarak
terhad) dan boleh mengeluarkan lain-lain kepingan dari papan: setiap
kepingan pemain terdiri daripada lapan bidak (pawn), dua satria (knight), dua gajah (bishop), dua tir (rook), satu menteri (queen) dan satu raja (king). Semua kepingan boleh mengeluarkan kepingan pihak lawan dengan mendarat pada ruang yang mereka duduki.
Kini permainan catur adalah permainan yang paling popular di dunia. Ia menggambarkan bukan sahaja satu permainan tetapi juga satu seni dan satu sains. Kadangkala catur dilihat sebagai permainan perang yang abstrak ; kerana sebagai suatu ”seni mempertahankan diri menggunakan minda dan mengajar catur dilihat sebagai cara untuk meningkatkan keupayaan minda”.
Chaturanga merupakan salah satu daripada permainan catur terawal ditemui di India
Sejarah Permainan Catur
Permainan catur menurut Wikipedia pertama kali ditemui di Parsi dan Arab. Perkataan ‘chess’ itu sendiri berasal dari ‘Chaturanga,’ perkataan yang dalam bahasa Sanskrit bermaksud ‘empat bahagian tentera’. Nama itu sendiri datang daripada pembentukan pertempuran dalam epik Mahabharata yang terkenal di India. Chaturanga adalah permainan simulasi perang
untuk menunjukkan kuasa strategi tentera India pada masa itu. Kini,
Chaturanga telah tersebar di seluruh dunia dengan pelbagai varian
permainan sampai kemudian kita tahu ia seperti permainan sekarang.
Permainan
ini pada mulanya merebak ke Timur Jauh dan India, dan menjadi salah satu
pengajaran masyarakat Parsi dalam keluarga diraja dan golongan
bangsawan. Pemimpin agama Buddha, pedagang yang merentasi di Jalan
Sutera mula memperkenalkan papan catur untuk permainan ini. Kemasukan Chaturanga
ke Eropah melalui Parsi Kerajaan Byzantine, dan merebak ke Empayar
Arab. Selepas itu orang Muslim membawa permainan catur ini ke Afrika
Utara, Sicily dan Sepanyol pada abad ke-10.
Permainan
ini telah menjadi popular di Eropah. Dan, di akhir abad ke-15, permainan
ini terlepas dari senarai permainan yang dilarang Gereja. Dalam zaman
moden banyak terdapat bahan rujukan buku-buku catur, maka menggunakan
jam catur, dan beberapa peraturan permainan dan pemain yang hebat.
Kristianisasi Dalam Permainan Catur
Catur dijadikan permainan khusus kepada golongan bangsawan di Eropah
Secara kebiasaannya apabila orang Islam membeli permainan catur, kita akan mematahkan simbol salib pada buah “King”. Simbol ini dipatahkan adalah bertujuan untuk tidak mahu menonjolkan imej dan identiti kristian
terhadap permainan tersebut. Namun begitu, kita hampir terlupa bahawa
terdapat satu buah catur lagi yang perlu dipatahkan oleh kita sebelum
memulakan permainan iaitu buah “Bishop”.
Di dalam permainan catur, buah “Bishop”
hanya boleh digerakkan secara 45 darjah dari kedudukannya. Walaupun ia
boleh bergerak ke atas dan ke bawah sahaja tetapi pergerakkannya
mestilah pada kadar 45 darjah daripada tempat asal. Buah “Bishop” juga merupakan buah yang setaraf dengan buah “King” atau “Queen” pada bahagian bawah sekali dan jika pemainnya seorang yang mahir, ia berupaya menjadi perangkap kepada buah “King” bagi melakukan langkah “Checkmate”.
Permainan
catur mula memasuki Eropah melalui Parsi semasa penyebaran pengaruh
Empayar Byzantine dan pengembangan Empayar Arab. Permainan ini dianggap dikaitkan dengan kehormatan dan kebudayaan tinggi, sehingga beberapa papan catur dibuat dari bahan istimewa dan berharga tinggi.
Medan latihan minda oleh pemikir ketenteraan dan kerabat diraja
Oleh kerana permainan ini dikaitkan dengan nilai sosial yang tinggi maka Peter Alfonsi (Petrus Alphonsi)
iaitu seorang penulis, ahli astronomi Yahudi Sepanyol dan polemicist
beragama Kristian. Beliau telah menggabungkan catur kepada tujuh
kemahiran yang mesti dimiliki oleh seorang pahlawan (kesatri) di Clericalis Disciplina miliknya.
Susulan daripada tindakan tersebut, timbul cadangan untuk menggunakan simbol-simbol dan pegawai-pegawai tentera di dalam permainan catur. Ia diikuti dengan penggunaan simbol raja dan permaisuri
di dalam permainan ini. Senario ini berlaku disebabkan oleh minat
raja-raja di Eropah terhadap permainan catur. Contohnya Raja Henry I,
Raja Henry II dan Raja Richard I dari England adalah penaung permainan
catur. Minat ini bukan sahaja kepada raja-raja di England malah tersebar
di dalam pemerintahan Raja Alfonso X (Sepanyol) dan Raja Ivan IV
(Rusia).
Penggunaan simbol raja, pahlawan dan keagamaan dalam permainan catur
Apabila
gereja mengeluarkan larangan terhadap pelbagai permainan dalam
masyarakat, catur terlepas dari disenarai hitamkan. Walaupun St. Peter Damian mengumumkan permainan ini akan mengekalkan kesan-kesan buruk kepada masyarakat. Tetapi ianya disanggah oleh BishopFlorence yang mempertahankan permainan ini kerana ia melibatkan kemahiran dan “bukan seperti permainan lain.” Ekoran daripada tindakan Bishop Florence mempertahankan permainan ini daripada disenarai hitamkan oleh pihak gereja, buah catur (gajah) telah dinamakan sebagai “BISHOP“ bersempena kedudukan jawatannya untuk diabadikan sumbangannya di dalam lipatan sejarah kewujudan catur di Eropah. Akhirnya dalam abad ke-12, anak catur mula kekal, untuk menjadi raja (raja), ratu (queen), gajah (biskop), kuda (kesatria) dan istana (Rooks).Bidak (Pawn) telah mula dihubungkan dengan infantri.
Pope Benedict xvi memakai Papal Tiara semasa mengetuai upacara keagamaan Kristian
Papal Tiara
Jika kita melihat buah “Bishop” pada bahagian kepala atau atasnya, kita akan melihat simbol Pope secara abstrak. Ini kerana jika diamati pada bahagian kepala buah “Bishop” tersebut, kita akan mendapati buah “BISHOP” ini sebenarnya adalah simbolik kepada topi yang dipakai oleh Pope ketika upacara-upacara keagamaan Kristian. Di dalam agama Kristian Katholik, topi yang digunakan oleh Pope dikenali sebagai Papal Tiara.
Papal Tiara juga dikenali sebagai Triple Tiara atau dalam bahasa Latin sebagai ‘Triregnum’, dalam bahasa Itali sebagai ‘Triregno’ dan sebagai ‘Trirègne’ dalam bahasa Perancis
yang merupakan sebuah mahkota bertatah hiasan permata tiga tingkat.
Kononnya berasal dari Byzantine dan Parsi yang merupakan simbol terkenal
Pope (prominent symbol of the papacy).
Permainan Catur Dari Perspektif Islam
Terdapat
laman-laman web yang dikendalikan oleh pendakwah Kristian (seperti
Answering Islam) yang membuat dakwaan bahawa Rasulullah S.A.W. dan Islam
mengharamkan permainan catur.
Para ulama berbeza pendapat mengenai permainan catur, dengan sebilangan mereka mengatakan boleh dan sebilangan lagi mengatakan makruh
dan sebilangan lagi yang mengharamkannya. Ada yang menyatakan
hadis-hadis berkaitan dengan permainan catur tetapi apa yang nyata
adalah permainan catur ini menular di kalangan penganut agama Islam
setelah pengislaman negara Parsi bermula dalam 637M iaitu selepas
kewafatan Rasulullah S.A.W. dalam tahun 632M. Dr. Syeikh Yusuf al-Qaradawi beranggapan hadis-hadis yang disebutkan mengenai permainan catur adalah hadis palsu kerana Rasulullah S.A.W. wafat sebelum penaklukan negeri Parsi.
Khulafa al-Rasyidin sendiri berbeza pendapat mengenai permainan catur. Khalifah Umar r.a. menganggapnya lebih melekakan (sama seperti dadu) sementara Saidina Ali r.a. melihatnya sebagai satu perjudian (kerana ada yang bertaruh wang bermain catur).
Sahabat-sahabat
lain dan ulama-ulama yang mengikut semasa dan selepas Khulafa
al-Rasyidin seperti Ibnu Abbas, Abu Hurairah, Ibnu Sirin, Hisham bin
Umrah, dan Said ibn Al-Musayyib membenarkan permainan catur. Asas
kebenaran adalah catur tidak melibatkan pertaruhan nasib sebaliknya melibatkan kemahiran dan strategi.
Pandangan Mazhab Terhadap Permainan Catur
Permainan
catur adalah sejenis permainan klasik yang masih lagi popular sehingga
ke hari ini. Adakah permainan catur suatu bentuk perjudian? Sekiranya
permainan catur ini disertakan dengan pertaruhan wang atau hartabenda,
semua fuqaha’ bersetuju bahawa ia adalah judi dan hukumnya adalah HARAM. Sebaliknya, ulama’ berselisih pendapat mengenai permainan catur yang tiada sebarang pertaruhan wang. Pendapat di dalam empat mazhab adalah seperti berikut:
Hanafi : tidak dibenarkan, yakni haram.
Maliki : tidak dibenarkan, yakni haram.
Shafie : ianya makruh,
bukannya haram; dengan syarat permainan tersebut tidak melengahkan dari
solat pada waktunya, tiada pertaruhan wang, dan tidak bercakap perkara
yang buruk dan keji.
Hanbali : catur sama seperti nard (sejenis permainan berpapan seperti catur yang menggunakan buah dadu sebagai taruhan nasib) dari segi hukum yakni haram, walaupun nas yang jelas adalah tentang nard sahaja. Hukum catur dikiaskan kepada hukum nard.
Pandangan Jumhur Ulama
Jumhur ulama’ yang mengharamkan catur menyandarkan hujjah mereka kepada umum ayat 90-91 dari Surah al-Maidah mengenai pengharaman arak dan judi dengan alasan catur boleh melalaikan manusia dari mengingati Allah dan boleh menyebabkan permusuhan sesama pemainnya.
Terdapat juga beberapa hadith dan athar yang dikemukakan untuk
menyokong hujjah jumhur, namun kebanyakan dari hadith ini adalah lemah.
Jumhur juga menggunakan kaedah qiyas terhadap pengharamannard, dari segi melalaikan dan boleh membawa kepada pertaruhan dan permusuhan. Namun begitu An Nawawi mempersoalkan ketepatan kaedah qiyas dalam hal ini kerana beliau berhujjah bahawa catur berbeza dari nard kerana catur banyak bersandarkan pemikiran, pengiraan dan penilaian; sedangkan nard bersandarkan kepada nasib semata-mata.
Pandangan Ulama Muktabar
Wajah seorang ulama dan pemikir Islam tersohor
Dr. Syeikh Yusuf al-Qaradawi
berpandangan permainan catur dibolehkan di dalam Islam, seperti mana
permainan-permainan yang lain, selagi mana perkara-perkara berikut
dijaga oleh pengamalnya.
Namun tentang kebolehannya ini dipersyaratkan dengan tiga syarat:
Tidak boleh menunda-nunda sembahyang (leka), sebab perbuatan yang paling bahaya ialah mencuri waktu.
Tidak boleh dicampuri perjudian atau wang pertaruhan.
Ketika bermain, lidah harus dijaga dari bercakap kotor, cabul dan menghina pemain.
Kesimpulan
Walaupun
begitu, penggunaan simbol-simbol catur yang menyerupai unsur-unsur
Kristian oleh umat Islam tidaklah sampai ke tahap jatuh AQIDAH. Jesteru itu, tindakan mematah-matah unsur Kristian pada buah catur adalah usaha diri kita sendiri di dalam membuktikan sifat sensitif umat Islam terhadap persekitaran sosial. Namun begitu, kita sebagai umat Islam perlulah peka dan mengambil pendekatan berwaspada agar kita tidak terlalu teruja dengan dakyah-dakyah pihak tertentu yang memutarbelit fakta berkaitan catur. Jadikanlah segala pandangan dan huraian para ulama sebagai panduan hidup kita.
Telaga Zam-zam pada zaman dahulu dan telaga air Zam-zam pada hari ini
Perkataan "Zam-Zam" dalam bahasa 'Arab bererti yang banyak atau
melimpah. Adapun air "Zam-Zam" yang dimaksud oleh syari’at iaitu air
yang berasal dari telaga Zam-Zam. Letaknya dengan Ka’bah berjarak
sekitar 38 hasta.
Dinamakan "Zam-Zam" sesuai dengan ertinya kerana air dari telaga
tersebut sangat banyak dan berlimpah. Tidak habis walau sudah diambil
dan dibawa setiap harinya ke seluruh penjuru dunia oleh kaum Muslimin.
Dinamakan dengan "Zam-Zam" boleh juga diambil dari perbuatan Siti Hajar.
Ketika air Zam-Zam terpancar, ia segera mengumpulkan dan membendungnya
atau diambil dari galian Malaikat Jibril dan perkataannya ketika ia
berkata kepada Hajar.
Disebutkan juga bahawa nama "Zam-Zam" adalah ‘alam atau nama asal yang
berdiri sendiri, bukan berasal dari kalimat atau kata lain. Juga diambil
dari suara air Zam-Zam tersebut, karena zamzamatul ma` adalah suara air
itu sendiri.
Nama lain Zam-Zam, sebagaimana telah diketahui antara lain ia disebut
barrah (kebaikan), madhmunah (yang berharga), taktumu (yang
tersembunyi), hazmah Jibril (galian Jibril), syifa` saqim (obat
penyakit), tho’aamu thu’im (makanan), syarabul abrar (minuman
orang-orang baik), dan thayyibah (yang baik)
Telaga Zam-zam
Dari Jabir dan Ibnu ‘Abbas, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam
bersabda : "Air Zam-Zam, tergantung niat orang yang meminumnya" [Riwayat
Ibnu Majah]
Dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa
sallam bersabda :"Air Zam-Zam sesuai dengan niat ketika meminumnya. Bila
engkau meminumnya untuk ubat, semoga Allah menyembuhkanmu. Bila engkau
meminumnya untuk menghilangkan dahaga, semoga Allah menghilangkannya.
Air Zam-Zam adalah galian Jibril, dan curahan minum dari Allah kepada
Ismail" [Riwayat Darul Quthni dan Al-Hakim]
Dari Abi Thufail, dari Ibnu 'Abbas radhiyallahu ‘anhu, ia berkata :
"Saya mendengar Rasulullah bersabda : "Kami menyebut air Zam-Zam dengan
syuba’ah (yang mengenyangkan). Dan kami juga mendapatkan, air Zam-Zam
adalah sebaik-baik pertolongan (keperluan atas kemiskinan)" [Riwayat
At-Thobrani]
Dari Usamah radhiyallahu 'anhu berkata : "Bahawasanya Rasulullah meminta
untuk didatangkan segantang air Zam-Zam, kemudian beliau meminumnya dan
berwudhu dengannya" [Riwayat Ahmad]
Disebutkan dalam Silsilah Shohihah : "Adalah Rasululllah membawa air
Zam-Zam di dalam kantong-kantong air (yang terbuat dari kulit). Beliau
menuangkan dan membasuhkannya kepada orang yang sedang sakit"
"Tatkala Jibril memukul Zam-Zam dengan tumit kakinya, Ummi Ismail segera
mengumpulkan luapan air. Nabi berkata,”Semoga Allah merahmati Hajar dan
Ummu Ismail. Andai ia membiarkannya, maka akan menjadi mata air yang
menggenangi (seluruh permukaan tanah)" [Silsilah Shohihah]
Dari Ibnu ‘Abbas, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
"Sebaik-baik air yang terdapat di muka bumi adalah Zam-Zam. Di dalamnya
terdapat makanan yang mengenyangkan dan penawar penyakit" [hadis hasan
shohih]
Abu Dzar al Ghifari berkata : "Selama 30 hari, aku tidak mempunyai
makanan kecuali air Zam-Zam. Aku menjadi gemuk dan lemak perutku menjadi
hilang. Aku tidak mendapatkan dalam hatiku kelemahan lapar" [Riwayat
Muslim]
Dari Hammam, dari Abi Jamrah ad-Duba`i, ia berkata : "Aku duduk bersama
Ibnu ‘Abbas di Makkah, tatkala demam menyerangku. Ibnu ‘Abbas
mengatakan, dinginkanlah dengan air Zam-Zam, karena Rasulullah
mengatakan, sesungguhnya demam adalah dari panas Neraka Jahannam, maka
dinginkanlah dengan air atau air Zam-Zam" [Riwayat Bukhari]
Dari ‘Aisyah, ia membawa air Zam-Zam. Ia mengkabarkan : "Sesungguhnya
dahulu Rasulullah membawanya (sebagai bekal)" [Riwayat At-Tirmidzi]
Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah berkata : "Aku dan orang selain diriku telah
mengalami perkara yang ajaib tatkala berubat dengan air Zam-Zam. Dengan
izin Allah, aku telah sembuh dari beberapa penyakit yang menimpaku. Aku
juga menyaksikan seseorang yang telah menjadikan air Zam-Zam sebagai
makanan selama beberapa hari, sekitar setengah bulan atau lebih. Ia
tidak mendapatkan rasa lapar, ia melaksanakan tawaf sebagaimana manusia
yang lain. Ia telah memberitahukan kepadaku bahawa ia terkadang seperti
itu selama empat puluh hari. Ia juga mempunyai kekuatan untuk berjima’,
berpuasa dan melaksanakan tawaf" [kitab Zaadul Ma'ad]
Beliau [Ibnul Qayyim] rahimahullahu ta'aala berkata : "Ketika berada di
Makkah, aku mengalami sakit dan tidak ada tabib dan ubat (yang dapat
menyembuhkannya). Aku pun mengubatinya dengan meminum air Zam-Zam dan
membacakan atasnya berulangkali (dengan al-Fatihah), kemudian aku
meminumnya. Aku mendapat kesembuhan yang sempurna. Aku pun menjadikannya
untuk bersandar ketika mengalami rasa sakit, aku benar-benar banyak
mengambil manfaat darinya" [kitab Zaadul Ma'ad]
DO'A KETIKA MEMINUM AIR-ZAM-ZAM
Maksud : "Ya
Allah wahai Tuhan kami, sesungguhnya aku bermohon kepadaMu akan 'ilmu
yang bermanfa'at, rezeqi yang luas terbentang, serta kesembuhan dari
segala penyakit dan hawa panas"
Daripada
'Ikrimah meriwayatkan, bahawa adalah lbnu 'Abbas radhiyallahu 'anhuma
apabila minum air Zam-zam beliau berdoa (ertinya) : "Ya
Allah ya Tuhanku! Aku bermohon kepadaMu supaya dikurniakan ilmu yang
memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala
penyakit" (Riwayat Daarul Qutni dan lbnu Majah).
ADAB-ADAB DAN TATACARA KETIKA MEMINUM AIR ZAM-ZAM
Syeikh
Jamaludin Muhammad Jarullah bin Muhammad Nuruddin dalam kitabnya
"Al-Jami'ul Lathif fi Fadhli Makkah" dalam bab Adab minum air Zam-zam
berkata:
"Berkata
seorang ulama Rahimahullah, sesiapa yang hendak meminum air Zamzam,
eloklah dia mengambil bekas yang berisi air Zam-zam dengan mengadap
Qiblat, kemudian berkata: "Ya Allah, sesungguhnya telah sampai kepadaku daripada nabiMu Sallallahu 'Alaihi Wasallam, bahawa baginda bersabda:
Maka Ya Allah, aku meminum air Zamzam ini untuk ............. " (sebutkan
apa-apa niat yang dikehendaki). Selepas itu diminum seteguk, kemudian
bernafas diluar bejana/bekas itu. Dan begitulah dilakukan sebanyak tiga
kali. Setiap kali meneguknya dibaca Bismillah dan setiap kali selesai
dibaca Alhamdulillah. Beginilah cara meminum air Zamzam yang diriwayatkan daripada lbnu 'Abbas dan doa yang di atas dibaca ketika meminumnya.
Daripada 'Abdullah bin Abi Mulaikah katanya : "Seorang
lelaki telah datang menemui lbnu 'Abbas. Lalu bertanya lbnu Abbas :
"Tuan datang dari mana?" Lelaki itu menjawab : "Saya baru lepas minum
air Zam-zam". Tanya lbnu 'Abbas lagi : "Adakah tuan minum itu mengikut
cara yang sepatutnya'?" Lelaki itu tidak menjawab, sebaliknya bertanya
pula kepada lbnu 'Abbas : "Bagaimanakah caranya wahai lbnu 'Abbas?" Maka
lbnu 'Abbas pun menjelaskan: "Apabila minum air Zam-zam hendaklah
menghadap Qiblat, sebutkan nama Allah (baca Bismillah) dan bernafas di
luar bejana/bekas, kemudian baru teguk lagi, dan (sesudah selesai minum)
ucapkan pujian kepada Allah (baca Alhamdulillah). Sesungguhnya
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ada bersabda : "Perbezaan diantara
kita dan orang ramai (kaum munafiq) ialah bahawa mereka itu tidak suka
meneguk (minum) air Zam-zam" (Riwayat Daarul Qutni dan lbnu Majah)
Lokasi letaknya telaga Zam-zam dan ukuran kedalamannya
Disebutkan oleh Imam Bukhari dalam Shahih Bukhari, dari hadis Ibnu ‘Abbas : "Suatu
saat, ketika berada di Mekkah, Nabi Ibrahim menempatkan isterinya Hajar
dan anaknya Isma'il di sekitar Ka`abah di suatu pohon besar yang berada
di atas sumur Zam-Zam. Waktu itu, tidak ada seorang pun di Makkah
melainkan mereka bertiga. Setelah Nabi Ibrahim 'Alaihissalam meletakkan
kantung berisi kurma dan air, beliau pun berganjak pergi. Namun, Hajar
mengikutinya sambil berkata : "Wahai Ibrahim, ke manakah engkau akan
pergi dengan meninggalkan kami sendiri di tempat yang tiada manusia lain
atau yang lainnya?".
Pertanyaan
itu diulangi berterusan tetapi Nabi Ibrahim tidak melihat kepadanya.
Sampai akhirnya Hajar berseru kepadanya : "Apakah Allah yang menyuruhmu
melakukan hal ini?"
"Ya" jawab Nabi Ibrahim.
"Jika
begitu, Allah tidak akan menyusahkan kami" seru Hajar. Kemudian
kembalilah Hajar ke tempatnya, dan Nabi Ibrahim melanjutkan
perjalanannya.
Sesampainya
di Tsaniyah - jalan perbukitan, arah jalan ke Kada`. Rasulullah ketika
memasuki Makkah juga melewati jalan tersebut - dan keluarganya tidak
dapat melihatnya lagi, Nabi Ibrahim menghadap ke arah Baitullah, lalu
mengangkat kedua tangannya lantas berdoa : "Ya Tuhan kami, sesungguhnya
aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak
mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang
dihormati. Ya Tuhan kami, (yang demikian itu) agar mereka mendirikan
solat. Maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka,
dan berilah rezeqi mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka
bersyukur" [Surah Ibrahim, ayat 37]
Ibunda
Isma'il menyusui anaknya dan meminum dari kantung air tersebut. Hingga
akhirnya air itu pun habis, dan anaknya kehausan. Dia melihat anaknya
dengan penuh cemas, karena terus menangis. Dia pun pergi untuk mencari
sumber air kerana tidak sanggup melihat anaknya kehausan.
Pergilah
dia menuju bukit terdekat iaitu bukit Safa dan berdiri di atasnya.
Pandangannya diarahkan ke lembah di sekelilingnya, barangkali ada orang
di sana. Akan tetapi, nyata tidak ada orang.
Dia
pun turun melewati lembah sampai ke bukit Marwah. Berdiri di atasnya
dan memandang barangkali ada manusia di sana tetapi ternyata tidak ada
juga. Dia lakukan demikian itu hingga tujuh kali.
Ketika
berada di atas bukit Marwah, dia mendengar ada suara, dia berkata
kepada dirinya sendiri : "Diam!". Setelah diperhatikannya ternyata
memang benar dia mendengar suara, kemudian dia pun berkata : "Aku telah
mendengar, apakah di sana ada pertolongan?"
Tiba-tiba
dia melihat Malaikat Jibrail 'Alaihissalam yang mengais-ngais tanah
dengan kakinya (atau dengan sayapnya, sebagaimana disebutkan dalam
riwayat yang lain), kemudian memukulkan kakinya di atasnya. Maka,
keluarlah darinya pancaran air.
Hajar
pun bergegas mengambil dan menampungnya. Diceduknya air itu dengan
tangannya dan memasukkannya ke dalam tempat air. Setelah diceduk, air
tersebut semakin memancar. Dia pun minum air tersebut dan juga
memberikan kepada anaknya, Isma'il. Lalu Malaikat Jibrail berkata
kepadanya : "Jangan takut terbiar. Sesungguhnya di sinilah Baitullah
yang akan dibangun oleh anak ini (Isma'il) bersama ayahnya. Dan
sesungguhnya, Allah tidak akan membiarkan hambanya"
Selang
beberapa waktu kemudian, datanglah orang-orang dari qabilah Jurhum
turun di lembah Makkah. Mereka turun kerana melihat burung-burung yang
berputar-putar. Mereka berkata : "Burung ini berputar-putar di sekitar
air. Kami yakin di lembah ini ada air" lalu mereka mengirim utusan.
Ternyata benar mereka mendapatkan air. Utusan itu pun kembali dan
memberitahukan kepada orang-orang yang mengutusnya tentang adanya air.
Mereka pun kemudian mendatanginya dan meminta izin dari Ummu Isma'il
[Siti Hajar] bahawa mereka akan bertandang ke sana. Ummu Isma'il pun
mempersilakan dengan syarat, bahawa mereka tidak berhak memiliki
(sumber) air tersebut dan qabilah Jurhum pun bersetuju"
KANDUNGAN MINERAL AIR ZAM-ZAM
Tidak seperti air mineral yang umum dijumpai, air Zam-zam in memang unik mengandungi elemen-elemen 'alamiah sebesar 2,000 mg per liter. Biasanya, air mineral 'alamiah (hard carbonated water) tidak akan lebih dari 260 mg per liter.
Elemen-elemen kimia yang terkandung dalam air Zam-zam :-
Ion-ion Positif (+)
Sodium (250 mg per liter)
Calcium (200 mg per liter)
Potassium (20 mg per liter)
Magnesium (50 mg per liter)
Ion-ion Negatif (-)
Sulphur (372 mg per liter)
Bicarbonates (366 mg per liter)
Nitrate (273 mg per liter)
Phosphate (0.25 mg per liter)
Ammonia (6 mg per liter)
MOLEKUL PARTIKEL AIR ZAM-ZAM
Cerah dan bersinar-sinar umpama berlian
KADAR pH AIR ZAM-ZAM
Air
Zam-zam bersifat alkali yang dapat memberi tenaga yang luarbiasa kepada
setiap peminumnya. Kajian yang telah dibuat Air Zam-zam ini nilai pHnya
adalah pH7.8 – pH9.5 iaitu pH yang paling tinggi berbanding air mineral yang lain.
MANFA'AT AIR ZAM-ZAM
Ada dua belas (12) manfaatnya :-
Syaba’ah – mengenyangkan
Nafi’ah – memberi manfaat
Maimunah – keberkatan
Mahmudah – kebaikan
Mu’dzibah – mencegah rasa dahaga
Hazmatu Jibrail – keluarnya dari pijakan tumit Jibril
Murwiyah – menyegarkan
Afi’yah – menyihatkan
Barrah – memiliki kebaikan
Kaafiyah – mencukupkan
Syifa' Saqamin – menyembuhkan penyakit
Maghfirah – keampunan
Mata air Zam-zam pada jarak dekat
Jika diimbas sejarah awal kota Makkah, orang pertama menduduki kota suci
ini adalah Ismail AS sebelum menjadi nabi bersama ibunya Siti Hajar,
tatkala mereka berdua ditinggalkan ayahnya Nabi Ibrahim AS di lembah
kering kontang itu.
Sebagai tanda keagungan Allah SWT bagi memelihara Ismail dan ibunya,
Siti Hajar, dikeluarkan satu mata air dikenali sebagai air zam zam di
tengah padang pasir yang tandus.
Dalam ruangan kali ini, suka untuk saya berkongsi kisah mengenai air zam
zam yang penuh berkat ini, sebagai tanda keagungan Allah SWT bagi yang
berfikir.
Ibnu Abbas RA meriwayatkan, bahawasanya Ibrahim meninggalkan Siti Hajar
dan puteranya Ismail di satu lembah di tengah padang pasir yang tandus.
Di kala itu, tidak ada seorang pun menduduki kawasan berkenaan dan tidak
ada sumber air di sana. Ibrahim AS meninggalkan kedua-duanya di sana
dan hanya memberi bekalan dua kantung yang satunya berisi kurma dan satu
lagi berisi air.
Sewaktu Nabi Ibrahim AS ingin meninggalkan kedua-duanya, lalu Siti Hajar
mengejarnya seraya berkata: “Wahai Ibrahim, ke mana kamu akan pergi dan
meninggalkan kami di lembah yang tidak ada manusia dan sesuatu pun di
dalamnya?” Dia mengatakan hal itu berkali-kali, sementara Ibrahim AS
tidak menoleh kepadanya.
Tiba-tiba Hajar berkata: “Adakah Allah memerintahkan kamu dengan ini?” Maka Ibrahim AS menjawab: “Ya.”
Kemudian Siti Hajar berkata: “Kalau begitu, Dia tidak akan mensia-siakan
kami.” Lantas dia kembali kepada Ismail dan berangkatlah Ibrahim
sehingga kedua-duanya hilang daripada pandangan mata.
Selepas itu, Nabi Ibrahim menghadap ke arah lembah berkenaan dan
mengangkat kedua-dua tangannya lalu berdoa, seperti yang termaktub dalam
kitab al-Quran iaitu surah Ibrahim, ayat 37, yang bermaksud: “Wahai
Tuhan kami, sesungguhnya aku menempatkan sebahagian keturunanku di
lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di sisi rumahMu (Baitullah
Al-Haram) yang dihormati, wahai Tuhan kami (yang demikian itu) supaya
mereka mendirikan solat, maka jadikanlah hati sebahagian manusia
cenderung kepada mereka dan berilah mereka rezeki daripada buah-buahan,
mudah-mudahan mereka bersyukur.”
Dua kantung air ditinggalkan Nabi Ibrahim AS sememangnya diketahui tidak
cukup untuk keperluan seseorang. Lantaran kehausan, Ismail menangis
kerana lapar dan dahaga. Melihat keadaan anaknya sedemikian, Siti Hajar
pergi mencari air.
Dia berjalan menuju Bukit Safa dan Marwah dengan harapan dapat bertemu
pedagang yang membawa air. Setelah berulang-alik sebanyak tujuh kali di
antara dua bukit itu, Siti Hajar tidak bertemu sesiapa pun.
Berkata Ibnu Abbas, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Maka itulah saie manusia (orang haji dan umrah) antara kedua-duanya
(Safa dan Marwah).”
Kemudian apabila Siti Hajar naik ke Bukit Marwah, dia terdengar satu
suara lalu dia berkata di dalam hati: “Sesungguhnya aku mendengar-Mu,
jika engkau dapat memberi pertolongan, tolonglah kami.”
Tiba-tiba dia ternampak Malaikat di samping anaknya Ismail. Malaikat itu
menggali tanah dengan tumit atau sayapnya sehingga terpancutlah air
iaitu air zam zam.
Dengan peristiwa yang penuh pengajaran ini, akhirnya dirakamkan di dalam
al-Quran, dalam surah Al-Baqarah ayat 158, yang bermaksud:
“Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian daripada syiar Allah.
Barang siapa beribadah haji ke Baitullah atau melaksanakan umrah, tidak
ada dosa baginya mengerjakan saie antara keduanya...”
Saie satu rukun haji dan umrah, tanpanya kedua-dua ibadah dikira tidak sah.
Air zam zam pula diberi nama kerana banyaknya air ini dan dikatakan juga
kerana kepungan dilakukan Siti Hajar untuk mengepung air yang keluar.
Begitulah kehebatan kisah permulaan air zam zam yang penuh berkat serta
ibadah saie, rentetan kesusahan Siti Hajar berulang-alik dari Safa ke
Marwah mencari air di tanah yang panas terik.
Hikmahnya, air zam zam kekal sehingga ke hari ini dan menjadi air paling
baik di dunia, dan sangat menakjubkan ia tidak pernah kering, malah
boleh memberi minum kepada jutaan jemaah di Makkah dan Madinah hinggakan
setiap jemaah yang menunaikan umrah dibekalkan 10 liter air zam zam
percuma untuk dibawa pulang.
Antara hikmah dan manfaat air zam zam, ia anti oksida yang baik untuk
tubuh kita. Selain itu, ia adalah penawar dan ubat bagi pelbagai
penyakit, sebagaimana hadis Nabi SAW, yang bermaksud: “Air zam zam itu
penuh berkat. Ia makanan yang mengenyangkan (dan ubat bagi merawat
penyakit).” (Riwayat Muslim)
Tercatat di dalam kitab Zaadul Ma’aad, bahawasanya Imam Ibnu Qayyim
menceritakan pengalamannya berkaitan cara menyembuhkan penyakitnya
dengan air zam zam yang diselitkan dengan cara rukyah daripada al-Quran
apabila dia sakit.
“Pada satu ketika aku pernah jatuh sakit, tetapi aku tidak menemukan
seorang doktor atau sebarang ubat. Lalu aku berusaha mengubati dan
menyembuhkan diriku dengan surah al-Fatihah, maka aku melihat pengaruh
yang sangat menakjubkan.
“Aku ambil segelas air zam zam dan membacakan padanya surah al-Fatihah
berkali-kali, lalu aku meminumnya sehingga aku mendapati diriku sembuh
daripada penyakit.
“Kemudian aku bersandar dengan cara itu dalam mengubati pelbagai
penyakit dan aku merasakan manfaat yang sangat besar. Kemudian aku
memberitahu orang ramai yang menghidap penyakit dan ternyata ramai
daripada mereka sembuh dengan cepat.”
Sesungguhnya, begitu besar kebesaran Allah SWT seperti mana hebatnya air
zam zam yang diturunkan kepada Ismail dan Siti Hajar serta kekal
sehingga kini untuk hamba-Nya. Jadi, banyakkan meminumnya untuk
kesejahteraan hidup kita sebagai Muslim yang bertakwa.
Tidak
ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan
juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun sekali.
Seorang
pengkaji diperintahkan oleh raja Faisal untuk menyelidik telaga zam-zam
bagi menjawab tuduhan liar seorang doktor dari Mesir.
Berapa Juta Liter Air Zam-Zam?
Berapa
banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari kita kira
secara rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia pada
setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang dua juta orang.
Semua
jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya, jika 2
juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter air zam-zam ke
negaranya, ini sahaja sudah menjadi 10 juta liter.
Disamping
itu sepanjang berada di Mekah dan kebanyakannya jemaah tinggal 25 hari
dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari maka jumlahnya sudah 50
juta liter.
Keanehan Air Zam-Zam
Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air zam-zam tidak sihat untuk diminum.
Pendapatnya
berdasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut,
Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang
meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari
telaga air zamzam.
Berita
ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri
Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini dan menghantar
sampel air zam-zam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah untuk diuji.
Tariq
Hussain seorang jurutera kimia yang bekerja di Institut Penapisan Air
Laut untuk diminum di Jedah, mendapat tugas menyelidikinya.
Pada
masa memulakan tugasnya Tariq belum ada gambaran bagaimana telaga air
zam-zam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada hadnya.
Ketika
sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut apabila melihat bahawa
ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 kaki saja (Kira-kira 5 x 4
meter).
Tidak
terbayang bagaimana telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan galen
air setiap kali musim haji, dan ini berlaku sejak ribuan tahun yang lalu
semenjak zaman Nabi Ibrahim AS.
Penyelidikan
menunjukkan bahawa mata air zam-zam boleh mengeluarkan air sebanyak
11-18 liter air per saat, dengan demikian setiap minit 660 liter air
akan dihasilkan, itulah yang mengejutkan.
Tariq
mula mengukur kedalaman air telaga dan meminta pembantunya masuk ke
dalam air, ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit di atas bahu
pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 kaki 8 inci.
Lalu
dia menyuruh pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada cerukan
atau saluran paip di dalamnya. Setelah memeriksa dari satu tempat ke
tempat lainnya, ternyata tidak menemui apapun!.
Dia
berfikir mungkin sahaja air telaga ini diambil dari luar melalui
saluran pam berkapisiti besar, jika itu keadaannya maka dia boleh
melihat turun-naiknya permukaan air secara tiba-tiba.
Tetapi
dugaannya meleset, beliau tidak menemui gerakan air yang mencurigakan,
juga tidak menemui ada alat yang boleh mendatangkan air dalam jumlah
besar.
Seterusnya
dia minta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga, lalu menyuruh berdiri
dan diam ditempatnya sambil mengamati sekelilingnya.
Perhatikan
dengan cermat dan laporkan apa yang terjadi walau sekecil apapun,
setelah melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya tiba-tiba
mengangkat kedua tangannya sambil berteriak:
“Alhamdulillah, Saya temuinya ! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku, dan air itu keluar dari dasar telaga”.
Lalu
pembantunya diminta berpusing mengelilingi telaga ketika tiba masa
pengepaman air (untuk disalurkan ke tempat pengagihan air) berlaku. Dia
merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga sama besarnya seperti
sebelum tempoh pengepaman.
Aliran
air yang keluar besarnya sama di setiap titik di semua kawasan, ini
menyebabkan permukaan telaga itu stabil tidak ada goncangan yang besar.
Mengandungi Zat Anti Kuman
Hasil
penyelidikan sampel air di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan bahawa air
zam-zam mengandungi zat fluorida yang ada daya efektif membunuh kuman,
sama seperti sudah mengandungi ubat.
Lalu
perbezaan air zam-zam dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah dan
sekitar Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium.
Kandungan
kedua-kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zam-zam, mungkin
sebab itulah air zam-zam dapat menyegarkan bagi jemaah yang keletihan.
Keistimewaan
lain komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil sentiasa
sama dari sejak terbentuknya telaga ini. Rasanya” selalu terjaga,
diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang setiap
tahun. Boleh Menyembuhkan Penyakit Nabi saw menjelaskan: ”Sesungguhnya,
air zam-zam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang
mengandungi gizi”.
Nabi
S.A.W. menambahkan: “Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang
diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh
dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan
maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika
engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan
dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah
untuk Ismail”. (HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).
Rasulullah
(S.A.W.) pernah mengambil air zam-zam dalam sebuah kendi dan bekas dari
kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah dan Air zam-zam itu
digunakan Rasulullah (saw) untuk memercikkan kepada orang sakit dan
kemudian disuruh meminumnya.
Dalam
penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah, terbukti
bahawa air zamzam memang lain dari yang lain. Kandungan airnya berbeza
dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Makah.
Kadar
Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain,
berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.
Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.
Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.
Ajaibnya
lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering,
telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang tidak pernah
kering sepanjang zaman.
Beberapa
ulama fiqah mencadangkan agar jemaah haji membawa air zam-zam ketika
pulang ke negaranya kerana air zam-zam boleh jadi sebagai ubat untuk
penyembuhan.
Ini terbukti ramai jemaah dari negara umat Islam mahupun negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zam-zam.
Assalamualaikum & Bismillah Ni nak cerita sensitive sikit,jangan bagi tahu kat orang lain.Baca diam-diam,hihihi.
Di dalam buku CODEX MAGICA susunan Texe Marrs telah menerangkan berkaitan tiga versi isyarat “Tanduk Syaitan” seperti gambar di atas ini. Ketiga-tiga isyarat ini merupakan SIMBOL
yang sering dipertonjolkan oleh kebanyakkan masyarakat dunia sebagai
suatu isyarat komunikasi tanpa lisan. Merujuk kepada pencipta
bahasa-bahasa isyarat untuk orang bisu dan pekak iaitu Helen Keller, simbol ini dicipta untuk membawa maksud “I love U”. Sehingga sekarang, isyarat tangan seperti ini telah diterima pakai sebagai isyarat yang UNIVERSAL untuk semua bangsa bagi menggambarkan perasaan “AKU CINTA KAMU”. Namun begitu, hasil analisaTexe Marrs di dalam buku Codex Magica
yang dikarang olehnya telah mendedahkan suatu tanda yang jelas bahawa
simbol ini sebenarnya digunakan oleh golongan-golongan tertentu sebagai
menunjukkan sifat “PENYEMBAHAN” dan rasa kecintaan kepada unsur-unsur KESYAITANAN. Beliau menyimpulkan bahawa simbol ini sebagai membawa maksud “I LOVE U, SATAN”.
Walaupun Hellen Keller
dikenali sebagai penyumbang besar kepada terciptanya bahasa isyarat
tangan bagi orang bisu dan pekak tetapi latar belakangnya banyak
menimbulkan pelbagai persoalan dan kecurigaan tentang tujuannya. Para
penyelidik konspirasi cuba menyimpulkan bahawa isyarat “I love U”
yang dicipta oleh Hellen sebenarnya adalah adaptasi dari isyarat yang
berunsurkan kesyaitanan. Kesimpulan ini dibuat adalah berdasarkan kepada
satu kenyataan beliau di dalam bukunya yang bertajuk ‘Light in My Darkness’ yang diterbitkan pada 1927. Dalam buku tersebut beliau amat mengkagumi pandangan-pandangan “Emanuel Swedenborg” di mana falsafah Swedenborg telah dijadikan pegangan untuk mencapai visi hidupnya. Beliau
merupakan seorang ahli akademik dari Sweden yang amat meminati
amalan-amalan mistik dan kerohanian yang bercorak kefalsafahan agama. Di
kalangan ahli-ahli sejarah, Emanuel diakui seorang yang amat fanatik
dengan unsur-unsur tahyul, mistik dan kesyaitanan.
Syaitan mengayakan 'I Love U'
Unsur Tanduk Syaitan Dalam Industri Muzik
Jika diamati pada kulit album OzzFest yang dinyanyikan oleh penyanyi terkenal Ozzy Osborne jelas menunjukkan gambar syaitan sedang memberikan isyarat ‘I Love U’ ciptaan Helen Keller. Manakala pada kulit album Holy Diver yang dinyanyikan oleh DIO menunjukkan seekor syaitan membuat simbol TANDUK SYAITAN
ketika memukul seorang paderi yang jatuh di dalam laut. Namun begitu,
syukur kepada Allah S.W.T di Malaysia isyarat Tanduk Syaitan hanya
popular di kalangan peminat muzik Rock dan tidak diamalkan oleh
orang-oran awam mahu pun golongan pentadbir atau ahli politik.
Syaitan memukul paderi sambil mengayakan simbol Tanduk Syaitan
Aksi adiwira mengayakan simbol Tanduk Syaitan
Unsur Tanduk Syaitan Dalam Industri Filem
Siri kartun popular yang difelemkan iaitu Spiderman juga mempamerkan simbol TANDUK SYAITAN di dalam lagak aksi-aksinya. Watak adiwira yang dicipta oleh Stanley Martin Lieber
atau lebih dikenali sebagai Stanley Lee ini mula bertapak di persada
antarabangsa pada 1962. Beliau merupakan seorang berbangsa Yahudi.
Oleh itu, sudah pastilah beliau tidak akan melepaskan peluang untuk menerapkan simbol-simbol yang bersifat KEYAHUDIAN dalam kartunnya. Apabila watak hero komik ini dibaca dan ditonton oleh kanak-kanak maka sudah tentulah segala perilaku aksi watak tersebut mudah sahaja ditiru oleh mereka.
Tapi sayang, masyarakat dunia umumnya dan orang Islam khususnya dibuai dengan dogengan adiwira ciptaan YAHUDI yang hanya memikirkan bagaimana untuk mengoyahkan keimanan dan ketauhidan
dalam jiwa kita. Adakah kita rela pada suatu hari kelak, anak-anak kita
meniru simbol atau tingkah laku adiwira sama ada secara sedar atau di
bawah sedar? Tepuk dada, tanyalah hati….
Klip video ini akan mendedahkan secara ringkas SIMBOL dan WAJAH sebenar Freemason dalam kehidupan seharian….
Isyarat Syaitan yang bermaksud " I Love U, Satan" (jangan bermain cinta dengan "syaitan")